Sunday, August 15, 2010

KEBERKATAN RAMADHAN DAN HAPPY BIRTHDAY YANG...

13 AUGUST 2010, satu lagi tarikh yang sentiasa di dalam ingatan. Takde big celebration untuk cik abe... aku beli sebiji kek dan nyanyi happy birthday untuk hubbyku semasa berbuka puasa hari itu... Kakak kata, 5 orangpun dah cukup untuk buat sambutan hari jadi. hmmm... nak buat ramai2 boleh tapi... aku tak larat la, lagipun sure hubby tak mau, dah tua jadi alasannya. Masa mudapun tak buat inikan pulak tua... Hari jadi hubbyku jatuh sama hari dengan birthday Ika, anak buah ku.

Esoknya 14 Ogos 2010, Hari Jadi arwah mak yang dah pergi. aku jadi confused, takkan nak celebrate orang yang dah takde. makcu kata dia pegi kubur pagi tu... aku seperti kebiasaan, takde chance nak ziarah kubur mak, sebab yang bertiga anakku ini nak tinggalkan susah jugak. Kekadang aku teringat apa mak nak makan bukak puasa, tapi baru aku tersedar, mak dah takde rupanya. Ntah la, kalau ingat2kan mau aku bergelumang dengan air mata saje. Sedih, kalau kenangkan mak. Lagi2 saat aku perlukan sokongan moral dengan keadaan hubbyku yang nak tak nak je berubat. Aku dah tak boleh nak kata apa2. Pasrah je. Menangis keluar air mata darahpun dia takkan nak berubah. Dan dia takkan berubah katanya. Kalau mak ada, aku luahkan segala2nya dengan mak. Mak memang tak boleh nak tolong, selalunya mak tolong dengar dan bagi nasihat je, cukup la, aku tau mak memang takkan boleh tolong dengan tenaga. Tapi sekarang tolong dengarpun dah tak boleh. Mak dah takde.

Aku pun tak baik sepenuhnya dari demam, doktor bagi MC 2 haripun aku rasa tak mencukupi untuk aku rehat sepenuhnya. Batuk dan selsema belum kebah lagi. Aku perlu rehat je sekarang ni. Memang penat berulang alik sewaktu hubbyku 2 minggu di hospital. Lepas tu dia ajak pergi ke Melaka, nak naik cruise malam katanya. Aku kata aku tak larat nak drive, waktu tu badanku dah lemah. Dia kata takpe dia yang drive katanya. Aku tak nak menghampakan permintaannya aku turutkan dia ke Melaka, tapi hakikatnya aku betul2 kehabisan tenaga. Balik dari Melaka, aku yang drive tak sanggup tengok dia keletihan. Aku offer drive walau hakikatnya akupun tak larat. Memang cari nahas. Balik dari Melaka aku demam panas. tu yang dapat MC dua hari tu. Dalam pada itu aku bawa anakku Syahmi ke DEMC Specialist centre untuk masalah ketuat di muka dan lehernya. Minggu depan 17 Ogos 2010 dia masuk OT untuk buang ketuat tersebut. Kena berpuasa kata doktor, macamana la agak2nya nak posakan dia. Masuk kereta je terus nak susu. Tengok la nanti macamana.

Amy anakku yang sulung akan periksa sekolah agama pulak bermula esok. Harap2 dia jawab dengan mudah dan tenang. Semasa hubbyku di hospital dia periksa sekolah kebangsaan, Alhamdulillah semua subject dapat A kecuali English. Harap2 untuk subject sekolah agama nipun kakak dapat mumtaz macam biasa. Sempena Ramadhan ini aku pohon keberkatan dan ketenangan menjadi milikku dan keluarga serta sahabat2 dan jiran tetangga. Amin.

Tuesday, August 3, 2010

Sorafenib - Usaha dan Ubat Terkini

Semalam 2 Ogos 2010, pukul 5.00pm hubby masuk hospital lagi, selepas 'dibebaskan' Jumaat lepas. Kemasukkan kali ini, untuk menjalankan satu procedure memasukkan 'stand' untuk menghalang salur vein daripada blocked disebabkan compression by the growth. Procedure ini mengambil masa selama 2 jam akan dilakukan pada hari ini 3 Ogos 2010. Aku pulak kebetulan kena bercuti sebab taska dan tadika anakku terpaksa ditutup sekali lagi disebabkan penyakit HMFD. Kalau tak tutuppun aku kena cuti jugak untuk mengiringi hubby ke hospital. Aku ambil kesempatan ini untuk menulis blog, sementara menunggu hubbyku menjalani procedure tersebut. Pagi semalam aku ke DEMC untuk review tangan abang, tapi terlupa nak ambil insurance report yang dah siap. Aku siap ambil referal letter untuk anakku Syahmi untuk masalah mollarscum di muka dan tubuhnya yang tak hilang2, di klinik Baharuddin Sek. 2. Petang baru aku bawa hubbyku ke hospital.

Hari Sabtu lepas, selepas di refer oleh Dr. Gan, aku bawa hubbyku ke Wijaya International Medical Centre yang terletak di PJ, very isolated Medical Centre di celah2 industrial area. Di sana kami berjumpa dengan Dato' Dr. Ibrahim Wahid, president Oncologist Malaysia. Very nice guy. Dia kata kalau hubbyku berjumpa dia dalam bulan Mac, dia tetap akan push hubbyku untuk buat procedure embolization yang disaran oleh pakar hospital Selayang sebelum ini. Sebenarnya Dr. Gan dah referkan ke Dato' Dr. Ibrahim lama dulu, aku yang tak tau, kalau aku tau, sure akupun akan pushed hubbyku pergi berjumpa dengannya. Sekarang ni dah tak banyak normall tissue tinggal di hati hubbyku. Tapi aku tetap yakin, semuanya adalah aturan Allah, yang boleh memberi dan mengambil semula milikNya. Kun Fa Yakun. Anak2 aku post ke rumah Yong, melalui Makcu, sebab malamnya ada majlis Tahlil untuk arwah mak yang ke 40 hari.

So, hasil dari perjumpaan tersebut (yang ditemani oleh adik iparku Zele dan isteri) Dato' Dr. juga sarankan supaya stand tersebut dimasukkan sebelum keadaan lebih rumit berlaku. Disebabkan compression tersebut lah hubbyku sedikit jaundice, sebab cecair dari hati tidak dapat keluar sepenuhnya (kalau aku tak silap). Melalui blood test result, hubbyku perlu turunkan standard point kepada 6 daripada 7 or 8 points untuk membolehkan ia dimasukkan sebagai salah seorang peserta study yang sedang dijalankan oleh Dato' Dr. Ibrahim. Maknanya segala kos adalah FOC. Untuk menurunkan point tersebutlah procedure yang sedang dijalani sekarang ini terpaksa dilakukan untuk mengurangkan jaundice, supaya apa2 juga ubat yang diberi akan menjadi lebih berkesan. Tapi kalau tak dapat point sebagaimana yang diharapkan, hubbyku akan tetap diberikan ubat Sorafenib, sejenis drug terkini untuk penyakitnya itu. Or linifenib. Tapi kalau tidak menjadi bahan study, maknanya kos ubat2tan kena tanggung. Mujur company hubbyku boleh tanggung segala perubatan. Masalahnya kalau VSS yang dipohon oleh hubbyku diluluskan, tiada lagi tanggungan perubatan untuknya segala2nya sendirian berhad.

Semoga procedure hari ini akan menjadi satu langkah kejayaan untuk mengubati penyakit hubbyku. Aku sendiri telah 'dihalau' oleh bosku dari ofis, untuk menangani masalah hubbyku ini. Dia kata dia 'tak nak' tengok muka aku kat ofis. Ada dua makna yang aku boleh translate dari kata2nya itu. Tapi aku ambil yang positif sahaja. Apa2 hal terjadi ke atas tanggungjawabku di ofis, aku harap aku tidak akan dipersalahkan. Audit OSHMS aku telah jalankan walaupun dalam keadaan hubbyku warded. Findings pun aku dah masukkan dalam J Drive, dan email kepada Kak Salmah, tugasan lain akan aku subcon kalau aku tak dapat lakukan tapi akan aku pastikan segalanya selesai sebagaimana yang dirancang. Sebab rezekiku dan anak2 adalah hasil dari gaji yang diberi daripada kerja2 yang diamanahkan kepadaku. Aku gunakan cuti mengiringi pesakit yang tinggal 4 hari lagi ( 3 hari telah ambil sewaktu arwah mak di hospital dulu), selebihnya aku gunakan cuti tahunan. Kalau dah habis cuti, dan ada rezekiku untuk ke Makkah, aku akan ambil cuti tanpa gaji la jawabnya.

Hari ini aku letakkan anak2ku yang 2 orang tu di Taska berdekatan rumahku. Abang kata ooo senangla abang nak balik rumah. Hait, aku kata jangan nak mengada2 tau balik rumah pulak. Adik mujur tak menangis sewaktu aku tinggalkan, sebab abang ada. Tadi sewaktu hantar kakak ke sekolah, kakak kata dia ketinggalan buku mathematic kat bilik atas, dia gesa aku ambilkan, terpaksala aku patah balik ke taska untuk hantarkan buku dan hantar dia sekali ke sekolah. Aku lari dari hospital dalam pukul 11.45am. Hubby aku tinggalkan. Procedure yang dijadualkan pukukl 2.00 tertangguh ke pukuk 3.00pm. Kalau aku tau, takde lah aku tergesa2 pergi hantar kakak dan patah semula ke hospital. Ini lah yang buat aku jadi stress. Sebelum ke hospital pagi tadi, aku ke farmasi beli susu adik, murah je compared tu di kedai runcit. Beza sampai dekat RM3.00. Akupun borong 4 tin, tahan la untuk sebulan. Dulu hubbyku yang akan lakukan kerja2 pembelian, tapi sekarang aku la yang terpaksa lakukan. Banyak lagi barang dapur aku tak sempat nak beli, nanti la aku kena beli sikit2.

Wednesday, July 28, 2010

Endoscopy and Ultrasound

Semalam 27 Julai hubby terpaksa menjalani Endoscopy satu proses di mana doktor terpaksa memasukkan sejenis alat beserta kamera untuk memeriksa keadaan di dalam perut hubbyku. Terdapat satu ulcer. Itu sebenarnya punca bleeding sewaktu dia buang air, sehingga menjadi tidak bertenaga dan lembik. Bleeding dahpun stopped dengan kecanggihan machine terkini, di mana doktor telah bakar ulcer tersebut sewaktu procedure endoskopi tersebut dan jab ubat. Janji pukuk 930 am, akhirnya hubbyku masuk OT pukul 1200pm. Aku yang meminta melihat prosidur tersebutpun tidak dipanggil disebabkan communication breakdown di antara staff nurse dan doktor.

Tengahari itu, ramai staff, ex-boss dan colleagues hubbyku datang melawatnya. Just right after hubbyku selesai endoscopy. Hubbyku pun masih mamai lagi baru sedar dari sedation yang terpaksa dibuat untuk melakukan procedure tersebut. Aku yang menelefon office hubbyku memaklumkan keadaan terkininya yang telah diwarded. Adik beradikku Makcu, Angah, Ateh (all the way from kampung) dan Ira (adik iparku-isteri Asu)) juga ada melawat. Adik iparku Lina(adik hubby) juga ada. Terima kasih di atas sokongan kalian kepadaku. Aku tak bermaksud nak menyusahkan semua orang, aku hanya memaklumkan kepada Yong, yang mungkin aku tidak dapat attend Majlis Tahlil untuk arwah mak yang dibuat sempena 40 hari pemergian mak weekend ni. Dah tu Yong yang memaklumkan kepada semua adik beradikku. Lina balik untuk jemput Ma di Subang Airport. Hubbyku masih tak boleh makan, kena berpuasa untuk procedure Ultrasound pulak.

Petang hubby terpaksa menjalani Ultrasound, untuk doktor memeriksa keadaan dalaman blockage sekiranya ada, sebab dia sedikit jaundice. Aku dan Lina masuk sekali di dalam bilik Ultrasound. Pukul 700 pm baru doktor Gan datang explain keadaan hubbyku. Doktor kata tak boleh nak dipastikan keadaan sebenar kecuali kena buat CT Scan, yang hubbyku sangat phobia sekarang. Tapi dia masih tak dibenarkan makan sehingga esok harinya. Doktor nak monitor keadaan ulser, takut2 bleeding berulang.

Anak2ku aku subcon kepada Makcu untuk ambil dari sekolah dan taska. Mujur ada Makcu yang masih membujang sampai sekarang (anjang doakan ko dapat jodoh yang terbaik Makcu - bak kata kakak masa birthday Makcu). Kalau dah bersuami susah juga aku nak meminta pertolongan. Makcu terus bawa anak2ku ke hospital. Aku dah siap2 belikan diorang makanan untuk dinner.

Malam tadi, adik iparku Le dan Ah, Ma dan Linda, Ayah Ail, Cik Da dan Ayah Jie (bapa2 saudara hubbyku) datang melawat. Aku terpaksa memohon diri untuk membawa anak2ku pulang. MA bercadang nak bermalam di situ, tapi hubbyku kata tak perlu. Ma kata buat teman bicara. Dia siap bawa sleeping beg, lagi la hubbyku marah. Dia kata ramai yang akan menjaga dia waktu malam, setiap satu jam nurse datang melawat, so no hal kalau dia dok sorang2. Nak apa2 just tekan button, sampai la pertolongan.

Pukul 1000 pm aku balik, esok kakak ada exam Maths dan Sains. Ateh kata tak pe waktu ni tak kritikal kalau result tak bagus pun. Tapi kakak bersemangat nak study, dia bawa buku sekali untuk belajar di hospital, aku tak terlayan, sian kakak. TAwakkal je la aku kata kat kakak sebelum dia tidor. Dia kata yang paling dia takuti subject Sains. Aku doakan kakak dapat menjawab dengan mudah nanti. Dulu sewaktu exam tengah tahun, aku sibuk berulang alik melawat mak, kali ini sibuk dengan hubbyku pulak. Insya Allah kakak boleh jawab, aku yakinkan kakak. Mummy tak marah kalau result kakak tak secantik yang mummy mahukan. Mummy faham.

Adik dah tertidor dalam kereta, mesti penat. LAgipun Ayah Le dan Auntie Ah nya rajin melayan dia bermain di Play Ground hospital. AKu angkat adik masuk dalam rumah, tapi adik kena mandi aku kata. Hubbyku cukup pantang, balik hospital tak bersihkan badan. Aku paksa adik mandi, menangis2 dianya. Lepas aku bagi susu sebotol, terus tertidor. Aku seperti biasa menyiapkan barangan untuk esok harinya. Kakak sempat buat exercise MAths sebelum tidor. Abangpun dah kepenatan, letak kepala atas bantal terus lelap. AKu SMS hubby tak berjawab, sure dah kepenatan dan tertidor.

Tuesday, July 27, 2010

Aku pohon keberkatan Nisfu Syaaban

Salam.

Hari ini, 27 Julai 2010, hari nisfu Syaaban. Semoga hari ini mendatangkan keberkatan buatku, suamiku, anak2ku seluruh ahli keluargaku, iparduai, sahabat2 dan jiran tetangga. Semasa aku menulis ni aku berada di dalam wad menemankan hubbyku, yang dimasukkan malam tadi. Dah 2, 3 hari hubbyku tak lalu nak bangun dari pembaringan. Bangun untuk mandi, baring semula, solat tidur balik. Selebihnya untuk makan, kalau aku ada, aku akan bawa ke tempat pembaringannya, di atas sofa kegemarannya itu.

Hari Sabtu lepas 24 Julai, dia teringin nak makan mee udang. Memang dia tak larat, tapi digagahkan jugak. Selepas ke farmasi untuk mencari ubat adik untuk panyakit ketuatnya itu, dia minta aku bawa kereta. Ke KL, ke bangunan Medan MARA lebih tepat. Nak makan mee udang yang dia jumpa di internet, lebih sedap dari mee udang Sg. Dua katanya. Itu yang diperkatakan oleh internet. So, dengan dia jadi co-pilot, akupun drive kereta ke KL. Sampai sana cari parking dan naik lif, jumpa Berisi Kafe, terus order untuk dia seorang. Aku dan anak2 pegi jalan2 cuci mata. Tapi hubby makan sikit je, dia kata masin. Aku rasa sikit, hmmm.. sedap jugak, selebihnya anak2ku yang perabih. Aku order 2 lagi untuk anak2ku punya dinner. Tak habih pun, banyak sangat.

Hari Ahad 25 Julai, dia dah tak larat nak bangun. Aku pulak sibuk dengan kerja2 rumah yang tak pernah habih2. Melayan anak2 yang tak pernah duduk diam, bercakap tak henti2. Sesekali terlepas jugak perasaanku kepada anak2, tapi aku cepat2 mohon maaf dengan mereka. Mujur anak2ku faham.

Hari Isnin, 26 Julai, aku audit OSHMS telah dijadualkan oleh Kak Sally, aku terpaksa ke Sepang. Seorang auditor terpaksa tarik diri dari awal sebab ada tugasan di Terengganu. Aku selaku lead auditor terpaksa la cover, dua lagi hanya observer, tapi aku mohon ehsan Zurani, seorang lagi observer convert jadi auditor, tolong aku buat audit sepenuhnya. Aku tawakkal tinggalkan hubbyku, diapun kata dia ok, cuma penat je katanya. Aku sebenarnya tak sedap hati, keep on calling him kalau ada kelapangan. Tengahari aku called Ma, ceritakan keadaan hubby. Mungkin dia yang called Linda or Zele, adik iparku. Tapi tugasku tetap ku laksanakan sampai settle, hingga present findings kepada SGM, NML.

Malam setelah ambil anak2ku, hubby kata hospis suruh ke hospital malam tu jugak, because of low blood pressure. Lagipun hubby dah tak bertenaga, sebab tak lalu makan. Mungkin dia berhubung dengan Zele, minta tolong bawakan dia ke hospital. Akhirnya dia kena warded. Aku memang bersyukur punya adik ipar yang prihatin. Aku dan anak2 tak lena tidor malam tadi. Pukul 11.30 baru kakak terlelap itupun puas aku menegur. Rasa sunyi takde sorang di rumah. Rasa sayupun ada.

Pagi2 lagi aku dah terjaga. Di dalam solat tak lupa ku pohon kesembuhan bagi penyakit hubbyku. Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang diperkenankan doa. Aku pohon penuh pengharapan kepadaMu yang Allah, sesungguhnya aku ini adalah hambamu yang lemah, Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatanMu Ya Allah. Sembuhkan penyakit suamiku Ya Allah.

Friday, July 23, 2010

My Videos

Salam teman2 yang dikasihi, lama tak jenguk blog sebab terlalu busy di ofis, sampaikan keletihan kat rumah. So, nak bukak laptoppun macam ala-ala malas gitu...

Aku dah dapat satu ilmu di blog ini, iaitu upload video ke dalam You-tube dan link ke blog aku ni, baru ada tiga testing video kat kaki blog aku ni. Happy viewing. Nanti nak upload lagi video best2.

Aku kesian dengan group auditors yang tak balik2 lagi sehingga pukul 11.00 malam, sebab esok ada closing meeting of our internal audit. Aku dah chow dulu, sebab bospun rasanya tak perlukan aku di situ, nanti aku dichop sebagai pengacau. Lebih baik aku celah dulu. Janji OFI dan NCR bagi aku punya group, aku dah submitted kat J:drive. Semua format aku dah buat. Tak tau la kenpa group yang tak berjaya buat report OFI dan NCR, sebab aku buatpun sesorang, tapi dah discussed sebelumnya dengan my group members.

Lagipun kontrak aku dengan suami dan anak2 bermula dari pukul 6.00 pm ke malam. So, tak dapek nak menolong mek Aza, siapkan report NCR. Betul2 maaf.

Lepas ni terpaksa mengadap Dept/Centres untuk OSHMS Audit pulak, bermula Isnin 26 Julai... Stress jangan cerita la. Pastu tak lama lagi puasa. Aku mengharapkan ketenangan buatku, suami, anak2, keluarga, dan teman2 pada Ramadhan ini.
Selamat datang Ramadhan.

Sunday, July 18, 2010

Audit, Audit, Audit...

Audit dalaman QMS dah bermula, opening meeting pada 12 Julai baru ni, started 2.30pm... Bos aku jadi heroin di atas pentas, walaupun Mgt Rep. dan VPs lain ada sama. Tamat opening meeting aku ke ofis semula, buat homework apa2 yang patut.

Audit started pada 14 Julai, 8.45am aku dah ada kat Tkt.11 menara, menunggu VP MBDD Division. TApi yang ditunggu tak kunjung tiba. Petang baru aku berkesempatan berjumpa dengan VP ni, banyak jugak soalan yang tak berjawab. Selebihnya dijawab oleh officer incharged. Records banyak yang tak de,
SOP bagi core process belum buat. Takpela, bit by bit la, daripada takde langsung, tugas aku audit je. Ada kata ada, takde aku kata takde. Aku sempat suarakan pada VP tentang kekosongan State Office yang takde sape nak pantau. Dia welcome aje aku, anytime dia suruh officer tu tulis surat kepada HR.

Tamat audit aku ke legal dept jumpa kawan2 lama, esp, Kak Habsah. Banyak cerita dah lama tak jumpa, dari kisah kerja ke kisah anak cucunya. Anak akak ni 3 orang je semua berjaya, seorang akauntan kerja dengan Shell Int. Seorang Majistret, dan sorang lagi tengah buat Medic. Dia nasihatkan aku, anak2 ni kita kena doakan sentiasa, jangan ada kecil hati dengan anak2, kalau berasa hati cepat2 maafkan. Dia dok berjiran dengan owner of Zahafiz travel, so kalau nak pergi haji boleh la jumpa dengan owner yang duduk sebelah rumah dia je katanya, lagi2 dengan keadaan hubbyku yang tak sihat, baru dia tau selepas aku ceritakan keadaan hubbyku. Aku suarakan pada hubby kalau nak pergi ikut package Zahafiz tapi nampaknya dia tak berminat. Aku masih tunggu surat dari TH. Nak call takde kesempatan, called called selalu tak berangkat.

15 Julai aku dan group audit di GCA. Ok, good cooperation. Hasilnya aku bentangkan petang itu. Tapi aku tak boleh tunggu group lain buat pembentangan, aku ada komitmen lain, dengan anak2 yang perlu diambil dari taska, tadika dan sekolah. HAri pertama habis 6.30pm, hari kedua 6.00 lebih jugak.

Esok 19 Julai aku akan audit di RERC, new centre dengan ketua yang baru. Aku dengar SOPpun takde lagi, takpela lagi senang kerja audit aku. Last sekali tempat QEMC, itu yang tough, sebab orang2nya handal ISO.

Habis Audit QMS, next weeknya aku kena buat kerja OSHMS audit pulak. Heee.. bila la nak habis audit nih, aku pun tak tau la. Aku dah tak sabar nak pi move ke dept lain. Buat keje audit sepenuh masa ok gak, tak yah fikir kerja lain. Seksyen Audit Dalaman tengah nak mengembangkan empirenya sebab bosnya dah naik SGM. Wow, dari SM ke SGM, mesti nak luaskan lagi tanah jajahan, nanti aku nak call bos Audit Dalam, baru ye.

Sunday, July 11, 2010

Maya Karin oh Maya Karin

7 Julai 2010, seperti yang diwar-warkan ke segenap pelusuk organisasiku, si pelakon maya karin adalah tetamu khas sempena sambutan Hari OSH dan environmental (OSHE) 2010 pada hari ini. Aku pagi2 lagi dah bangun dan kejutkan kakak, dia bingkas bangun sebagaimana yang dijanjikan aku kena pergi cepat hari itu. Abang aku serah kepada hubbyku untuk hantar ke tadika, sebab semalamnya 6 Julai dia dah buat hal tak nak pergi ke sekolah tadikanya. Puas aku pujuk, lepas janji nak berikan kereta remote baru dia nak keluar dari kereta, kalau tak keras kekung tak nak berganjak. Dekat 9.30pg baru settle. Kalau tak kenangkan dia patah tangan, mau aku cubit2 dianya. Adik aku bawa sekali, tak sampai hati nak tinggalkan sikecik aku ni. Dah siap aku keluar rumah, tapi sampai simpang kat trafic light baru teringat aku tertinggal handphone yang aku charged malamnya. Terpaksa patah balik. Dari cepat dah jadi seperti hari2 biasa.

Sesudah hantar kakak dan adik, aku berkejar ke auditorium. Sampai2 aje dah kena jerit dengan bos. Ni, Mahiran orang nestle ni dah mengamuk sebab dah 4 kali tukar tempat. La dah tau 4 kali tukar tempat kenapa bos aku tak arahkan diorang pi ke tempat yang sebenarnya. Aku tak faham, sengaja nak cari salah aku la ni. Takkan la tak faham dengan masalah aku lagi, aku ingatkan bos aku ni seorang yang understanding tapi...Tapi aku kena cool, takut silap haribulan aku kena serangan jantung. Aku jumpa dengan pengurusnya En. Mohd Yusoff Abdul Rahman, aku slow talk dengan dia. Aku mohon maaf di atas segala kesulitan yang diorang alami, communication breakdown la ni aku kata. Ok je, takdepun dia marah2 aku. NEstle dah settled.

Aku ke auditorium, sesudah aku sampai di atas, bos telefon suruh settlekan gerai buah2an dan sayur2an, sekali lagi aku rasa bos nak cari salah aku sebab datang lambat. Aku turun semula ke bawah. Aku yang kena bebelan of course aku terasa. Bos tak boleh nak salahkan aku kalau aku terasa, sebab message di dalam kepala dia memang aku terima sebegitu. En. Kasim kan ada aku cakap dengan bos. Dia kan Head di dalam GQOSHE, aku ni walau Head of the event, tapi aku pencacai je. Bos kata En. Kasim tak tau pape... Maknanya communication di dalam departmentpun breakdown, satu lagi message aku nak sampaikan kat semua orang. Inikan kooperasi punya tanggungjawab kenapa aku pulak yang dipanggil. Yang salah semuanya aku, yang baik takde pulak aku dapat pujian. Memang tak patut. Aku masih boleh bersabar, bagi aku ini masalah kecil yang boleh disettle secara gelak2, bukan marah2. Sebenarnya aku dah minta tolong dengan colleague aku si Bur untuk tolong tengok2kan keadaan sementara aku datang, sebab aku kena settlekan anak2ku ke sekolah dahulu.

Dah settle masalah gerai buah dan sayur, aku ke atas tinjau kawasan pemeriksaan kesihatan, semua dah settled kata kak Iza. ok aku terus ke auditorium. Tak ramai lagi yang datang, biasa lah dekat sini, orang akan datang stage by stage. Or dah daftar, dapat doorgift balik semula ke ofis masing2. Adat la tu. Pelajar2 sekolah SMK Abdul Aziz Shah yang dijemput juga dah sampai, ramai pulak cikgu2 yang datang, mentang2 kata ada maya karin. Aku bantu Aza bagi goodies untuk pelajar2 ini, ada lagi goodies yang masih belum dimasukkan ke dalam beg, aku tolong masukkan, dan Mohamad (trainee) yang tolong distribute.

Bos tanya lagi aku VP2 semua dah ada ke, aku called VP marketing dan R&T yang belum sampai. PA En. Asmadi kata dia akan datang dalam masa 5 minit lagi. Dr. Zainal dalam pada aku kalut called ofis dia, aku nampak dia muncul. Tinggal lagi nak panggil VP Corporate. Dia yang akan wakilkan CEO untuk perasmian yang terpaksa bertugas di luar negara. Timbalan Pengarah DOSHpun ada jugak. Aku cue MC hari itu, Mimi dari Corporate. Selesai bacaan doa, program dimulakan dengan ucapan aluan dari bos aku kemudian perasmian oleh VP korporat.

Upacara paling menarik ialah, upacara menanam pokok dalam pasu di atas pentas. Aku terpaksa berlari ke belakang pentas, untuk ingatkan buruh2 apa yang patut diorang lakukan apabila MC buat pengumuman akan upacara ini. Bawa meja dan pasu serta baldi berisi tanah ke atas pentas. Aku ke dalam auditorium semula selesai beri arahan. MEmang menarik upacara ini diselang selikan dengan ulasan spontan dari Mimi. Dr. Zainal yang paling last sekali selesai menanam pokok dalam pasu. 9.45am upacara selesai, diikuti dengan minum pagi di dataran.

SElesai makan, Erin sibuk menunggu ketibaan maya karin. Maya sampai dalam pukul 10.45am, lewat sedikit dari jadual iaitu 10.30am. Dia dibawa ke VIP room sebelum ke auditorium. Talk dari maya hari itu berkenaan dengan Alam sekitar since dia salah seorang envoy/embassador for environment di Malaysia. Very nice talk, sweet and lovely aku puji dia dalam VIP room selepas dari ceramah beliau. Dia memang seorang yang soft spoken, bersopan santun dan has a natural beauty. Dia lagi cantik dari dalam tv or dari gambar. Walaupun dia seorang selebriti tapi dia sangat humble dan hormat kat orang lain, I would say that. Mungkin the way she has been brought up, the father is a geologist and town planner, jadi environmental issues dah jadi sebahagian dari kehidupannya. Aku dan group tak ketinggalan berposing dengan Maya kat VIP room. Aku yang suggested kat bos supaya gqoshe amik gambar kat dalam VIP Room, kalau tak bos nak mulakan sessi foto atas pentas dengan maya dimulai dengan group GQOSHE baru la diikuti dengan staff. Buat malu je aku kata. Lupa sekejap masalah kehidupanku sendiri. Maya sendiri sedang dirundung masalah rumahtangganya, tapi dia tetap senyum melayan kami dengan sabar.

Selesai ceramah maya, aku ke booth nestle, aku lega sebab En. Yusuf kata barangan dia sold out. Sampling drinks juga kehabisan lebih 2000 cups. Sampling cekodok dan mee goreng juga mendapat sambutan. Aku sendiri diberi sebeg penuh maggie dan seasoning cukup rasa maggie. Tapi En. Yusuf a bit upset sebab maya karin tak jenguk booth mereka sebab last year maya karin merupakan duta nescafe. Aku called boss. Bos turun dan mohon maaf dengan En. Yusuf. Aku tak jaga maya jadi aku tak nak memandai2 beri arahan suruh maya ke booth nescafe pulak. Bospun dapat sebeg maggie. Aku berlari ke tkt 1 sebab ada appointment urut refleksologi. Orang yang buat urutan tu kata buah pinggang aku bengkak, tumit aku yang sakit, ada masalah rahim katanya, badan aku penuh angin, itu aku terpaksa akui sebab pinggang aku dan tumit aku memang sakit. Mungkin sebab selalu angkat si adik.

Petang ada lagi ceramah nutrisi dari Dr. Fatimah, sebagai bidan terjun menggantikan Tony Ng dari hovid pure yang sepatutnya memberikan ceramah nutrisi tersebut. Tak ramai yang hadir. Mungkin semua dah penat dengan aktiviti sebelah pagi. Aku sendiri mengalami cramping di kaki. Aku ke urut refleksologi, menyatakan masalah kaki cramp aku ini, orang tu kata, sepatutnya selepas urut aku kena rehat, tapi aku nak rehat macamana...Program hari itu tamat jam 4-30pm. Siap kemas belakang pentas, aku balik ke pejabat. Badan aku sakit2. Sememangnya aku dah tak berapa sihat sehari dua sebelum program OSHE day lagi.

Esoknya aku ke klinik untuk sakit tumitku dan tekak yang dahpun berasa perit. Doktor bagi aku Medical Leave untuk rehatkan badan, especially tumit aku yang dah keradangan kata doktor., Tapi walau dalam MC aku terpaksa bawa adik ke pakar sekali lagi disebabkan ketuat di mukanya masih belum hilang, appointmentnya sehingga pukul 12.00pm, dapat GL aku dan hubby pergi SMC. TApi doktor pakar nipun tak dapat solvekan masalah anakku ini, dia kata buat laser tak sesuai untuk kanak2 sekecil adik, sebab kena bius. Dia bagi lagi cream untuk sapu, cuba lagi lama2 hilang la katanya. OK la, nanti nak cuba doktor lain la pulak.

Aku terpaksa skipped kelas bahasa Arab sebab aku ke rumah Makcu untuk berehat sementara menunggu anak2ku untuk diambil dari sekolah. Aku tertidur sehingga pukul 4.00pm. Bangun tidor baru aku makan makanan yang dah siap aku beli. Aku tinjau ubat2 arwah mak yang makcu simpan di rak paling bawah. Rasa sedih memang tak dapat aku bendung, teringat kat mak, baru sebulan je mak pergi tinggalkan kami. Aku msg makcu untuk ambil ubat spray mak, yang mak guna masa dulu untuk kakinya yang sakit. Aku spray ke kaki, boleh tahan jugak ye, memang ada kurang sedikit, mungkin sebab dah berehat ke aku pun tak tau. Lagipun doktor ada bagi cream sapu jugak. Hopefully lepas ni tumit dan kakiku ok. Minggu depan, internal audit QMS bermula diikuti dengan audit OSHMS, satu lagi program dari GQOSHE. Hmmm.. ntah bilanya aku ni nak rehat.

Tuesday, July 6, 2010

Genap Sebulan Mak Pergi

Hari ini 5 Julai 2010, genap sebulan mak pergi selama-lamanya. Maknanya dah sebulan juga aku tak cium mak, tak jumpa mak. Aku betul2 sedih... Nak ke kubur makpun aku belum ada kesempatan. Tetapi aku redho dengan ketentuan Ilahi. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itu aku tau. aku text makcu, bertanyakan khabarnya, dah lama rasanya tak berhubungan. Makcu ingatkan aku tentang sebulan mak dah takde kan... Dia sedih, sebab keseorangan kat rumah tu... Hari2 balik dah takde sape yang sambut. Aku kata kalau dia perlukan sesape, I have my shoulder to cry on, makcu kata kat ofis tak leh nak cry2. Aku nasihatkan makcu supaya redho. Nak menangis boleh tapi jangan berlebihan, kita masih ada Allah tempat mengadu. Insya Allah aturan yang Allah buatkan untuk kita adalah sebenarnya yang terbaik. Mesti ada hikmah yang terselit di sebalik semua kejadian. Lama2 ok la tu, masih baru ni memang terasa kehilangan yang amat sangat. Mungkin nampak happy di luaran, tapi kat dalam antara kita dengan Allah saje yang tahu.

Aku seperti biasa sibuk nak settlekan sambutan Hari OSHE 7 Julai ni... Pagi aku ke Auditorium ada rehearsal terserempak dengan ex VP S&Q. Aku beri salam dan dia tegur aku, 'tak cukup tidur ke' tanyanya. Hmm... aku jawab, tak cukup rehat. Teruk sangat ke rupa aku, sampai dia tanya aku macam tu. Aku tanya kekawan, dorang jawab, macam tu lah kot rupa ko, macam tak cukup tidur. Ishh rasa macam ok je, biasa la dah tak pakai mekap macam tu la rupanya. Tak pe lah, kalau cantik kang boleh mengundang fitnah pulak. Mungkin kepenatan sebab kerja2 di rumah semasa weekend baru ni. Lepas attend majlis perkahwinan PZX di Sek. 19 kami ke Subang Jaya,(ingat nak ke rumah makcu) bertemu beloved mother in law, Ma, sambil belajar macamana nak masak perut muda. Balik dari situ, aku buat sup perut macam yang Ma ajar. Sampai ke malam baru settle aku kerjakan perut lembu yang hubbyku beli, aku hidang untuk hubbyku. Dia sorang je la makan, aku tak pernah makan perut muda. Perut tua pernah la, itupun masak lemak cili api, orang masak masa kenduri kahwin. Malam menggosok baju anak2 sekolah. So, memang penat la, kesedihan lagi teringatkan mak. Nampak serabut.

Aku cerita kat Ma, mak tak pernah masak perut (ntah la aku tak ingat yang arwah mak pernah masak perut). Yang kebiasaan mak buat dia suka sup kaki lembu. Kalau time raya, tak pernah missed sup kaki lembu, dia bakar dan buat sup. Lepas tu buat meehoon sup. Itu memang favorite mak. Terkenang mak hirup meehoon sup kaki lembu. Raya ni aku tak tau la, macamana nak sambut raya tanpa mak. Ntah ada lagi ke tak sup kaki lembu. Tak lalu rasaya nak makan kalau masakpun, sure teringat kat mak. Nak pergi Hajipun rasa macam dah tak seronok, lebih2 lagi bila teringat nak tinggalkan anak2ku yang manja2 tu. Kakak kata nanti dia nak tinggal dengan sapa kalau mummy pergi haji, nenek dah takde. Aku hanya berdoa semoga segalanya dipermudahkan kalau aku dapat surat terpilih nanti. Ini dugaan sementara je kot, aku selalu kata begitu untuk sedapkan hatiku. Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tau. Kekuatan aku hanya bila teringatkan hubbyku yang perlukan seseorang untuk menemankannya dalam keadaannya yang sebegitu. Kalau dia sihat, mau rasanya aku suruh dia pergi sendiri. Berikan aku kekuatan Ya Allah, sesungguhnya tiada kekuatan melainkan dengan kekuatanMu jua.

Petang aku temankan bos beli cenderahati untuk panel judges dan peserta Pertandingan Poster. Banyak lagi yang aku perlu tengokkan. Esok ada sekali lagi rehearsal di auditorium. Hopefully everything is ok. Tak sabar rasanya nak lepaskan event 7 Julai ni. Baru aku lega. Maya Karin ke apa ke, aku dah tak kisah, aku dah tak larat rasanya, nak rehat pulak, sebelum buat tugasan lain pulak dengan audit QMS start 12 Julai ni, yang dah sedia dirancang. Selagi hidup, selagi itu kerja tak habis2. Ya Allah permudahkan segala urusanku, urusan suamiku, urusan anak2ku, seluruh kaum keluargaku, sahabat2 dan jiran tetanggaku. Dan engkau cucuri RahmatMu Ya Allah ke atas roh kedua-dua orang tuaku. Luaskan dan sejukkanlah Ya Allah kubur mereka. Amin Ya Rabbal 'alamin.

Thursday, July 1, 2010

Kursus Intensif , OSHE Day dan Tangan Abang.

29 dan 30 Jun 2010, aku attended kursus intensif haji di kelana jaya, mengikut jadual yang diterima oleh hubbyku. Sepatutnya 30 hb tu aku ada meeting oshe day, tapi aku utamakan kursus kerana, kursus mingguanpun aku on and off, disebabkan tiada siapa yang akan jaga anaku2ku. Nak pergi sendirian, macam tak afdal plak sebab hubbyku tak pergi. Nak bawa bebudak, ishh tak terkejar aku dengan si adik. Aku delegated kerja dekat erin dan burhan, rakan se'section'.

Alhamdulillah aku rasa pemahamanku akan ibadah haji semakin bertambah mantap. Masuk2 je dah disediakan kertas exam. Aku sedikit gabra, sebab masuk lewat, orang lain semua dah hampir selesai menjawab. AKu baca ala kadar dan tenyeh, mujur objektif. Dapatla markah 21/25. Esok ada lagi exam kata pengacara. Alamak.. aku kata, ingat dah selesai dah. Aku sampai lewat kerana nak hantar anak2ku ke sekolah dan taska serta tadika. Abang walau dalam MC terpaksa jugak ku hantar ke tadika sebab sape lagi nak jaga. Kalau dulu aku hantar ke rumah mak sebab ada bibik.

Hari pertama dimulakan dengan praktikal haji.Cara2 memakai ihram, wukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah, Melontar, Tawaf dan Sa'ei. Ada la disediakan jamrah dan kaabah tiruan. Dewan Seri Kelana hanya ada 14 orang, ramai berkumpul kat Dewan Seri Jugra 1 dan 2, tempat di mana hubbyku masuk. Aku lewat jadi di'halau' ke Seri Kelana. Ada satu lagi kelas di Dewan Melawati. Takpela makin sikit orang, makin senang nak beri tumpuan dan bertanya. Ustaz Ahmad Rosli yang bagi ceramah sampai ke petang, nampak serius, sekali dia bukak mulut, tak kering gusi dibuatnya.

Hari kedua kursus, berkenaan kesihatan, Penceramah merupakan Pengarah Hospital Sg. Buloh, Dr. Khalid Ibrahim, tersangat humble orangnya. Dah 11 tahun membantu TH di Makkah semasa musim haji. Dia nasihatkan budak tidak payah la bawa semasa musim haji, banyak mudharat dari manfaat. Kesian kat budak sebab keselesaan memang tiada especially di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Petang belajar bab pengurusan haji. Lepas tu exam, rupa2nya soalan sama seperti semalam, mujur discuss jawapan dengan kakak2 yang ada mana2 soalan yang tersalah jawapan. PAtut la kertas soalan ambil balik semalam.

Hari ini, 1 Julai aku masuk ofis sebentar, sebab appointment untuk review tangah abang pada pukul 10.30am. Banyak hal2 oshe day terpaksa disettlekan. Meeting untuk memilih pemenang poster pada esok 2 Julai 2010 terpaksa mencari panel yang lain kerana panel yang dilantikpun memasuki pertandingan. Alhamdulillah dengan bantuan Burhan, dia berjaya contact beberapa orang untuk menjadi Panel semasa aku ke hospital membawa abang. Thanks ye Burr... Nanti buat meeting kat DSG, sebab sebanyak 78 poster akan dipilih pemenangnya. Sudahnya aku terlewat ke hospital. Dah sampai nak jumpa specialistpun terpaksa menunggu lama. Abang direview tangannya, masih dengan keadaan yang sama selepas menjalani x-ray kali kedua. Dr. Mahamud suruh datang lagi 2 minggu. Disebabkan bejumpa pakar, aku terpaksa dahulukan cash aku sebelum boleh claim separuh duit.

On the way nak naik ke bilik doktor semula, aku ke mesin ATM bank islam, kad aku meps MAybank. Lama menunggu, duit tak keluar2. Ah sudah aku kata. AKu cuba di machine Muamalat di sebelahnya, aku check baki, dah deducted. Aku kena keluarkan jugak duit, mujur baik ok, dapat la duit sebagaiman amount yang hendak dikeluarkan. Tapi macamana dengan duit aku yang tak keluar2 tu.Aku refer kat staff hospital, dia called abangnya yang kerja di Maybank. Dia suruh pergi ke cawangan maybank berdekatan. Alamak urusan abang tak settle lagi nih. Takpe akak pi dulu jumpa Dr. Mahamud, pastu ke maybak sek. 14, katanya. Baik adik nih, sebab kalut aku lupa tengok nametagnya, tapi aku ucapkan terima kasih bebanyak atas pertolongan dia calledkan abangnya guna hp dia pulak tu. Begitulah kalau ikhlas menolong memang orang tak akan berkira2, terus saja menolong. Nak dapatkan tahap keikhlasan sebegitu bukannya senang.

Aku balik semula ke bilik Dr. Mahamud. Dia kata amik masa 2-3 bulan untuk fully recovered. Hmmm, abang nak menulis untuk jawab exam nanti macamana ye... Hopefully tangan abang recover secepat mungkin, kesian dia jadi OKU sementara ni, serba serbi terpaksa dibantu, nak mandi, pakai baju, makan kalau perlu dll. 2, 3 malam jugak abang tak tidor lena, mengerang sakit dan gatal sebab dia eczema, tak selesa kata abang.

Ada sekali tu aku terpaksa kejarkan abang ke klinik pada pukul 1 tghmalam, sebab abang mengamuk tidak selesa gatal. Doktor bagi ubat tahan gatal dan ubat bengkak. Kalau bengkak tak hilang dia nasihatkan aku bawa semula ke hospital. Lepas tu aku bawa abang cari beg ben10 selepas pulang dari klinik tersebut di uptown Damansara yang bukak sampai 4 pagi. Bawa abang ke hospital semula pada esok harinya (weekend lepas) sebab jari abang bengkak berkilat tak surut sikitpun.

Tapi tak pernah serik, dan masih lasak seperti biasa. Nak balik dari hospital tengahari tadipun masih sempat jatuh tertiarap lagi menghempap tangan yang sakit. Aku puji staff hospital ni, sebab bantuan akan cepat datang. Masa abang jatuh ntah dari mana datang nurse nipun aku tak tau, tetiba terus tanya, akak nak jumpa doktor semula ke, aku tanya abang ok ke tak, dia kata ok, jadi tak payah lah jumpa doktor, abangpun tak nak.

Balik dari hospital aku terus ke Maybank, parking kat tempat 2 ringgit. Dah isi borang aduan, aku terus masuk ke bilik apabila nombor dipanggil. Selepas check traksaksi, aku disuruh ke bank islam pulak buat aduan sebab ianya melibatkan atm bank islam. Alamak aku kena berjalan pulak ke situ, walau hanya cross jalan sahaja. Kereta aku tinggal dan berjalan kaki ke Bank Islam. Isi lagi borang, dan kali ni orang jaga kaunter tu kata, duit akan direverse semula dalam masa seminggu. Apa2lah janji aku dapat balik duit aku. Kalau nak sedekah kat bank islam aku rasa tak berbaloi. Masa tu dah dekat pukul 1 aku ajak abang makan kat kafe bank islam, dah kepenatan berjalan, abang ok je.

Kelas bahasa arab, tetap kukejar, aku bawa abang sekali, kalau nak hantar, patah balik alamat lama la aku ketinggalan kelas. Abang nampak boring, aku suruh dia keluar tengok2 sekeliling. Dia keluar nak ke tandas katanya. Pastu masuk semula, tengah mengunyah buah.. Ler abang amik mana, dia kata kat luar ada kakak2 tu makan. Dah tu dia mengantuk, sebelum kelas dismiss aku chow bawa abang ke taska. LAgipun ustaz ulang kembali wazan 11 dan 12, tak belajar new topic.

Petang meeting auditor QMS pulak sampai pukul 5.00pm Bergegas ambil abang dan adik kat taska dan amik kakak kat sekolah. Hujan selebat2nya turun hari ni. Lepas hujan, semasa drive aku tunjukkan kepada anak2ku kehebatan dan kebesaran Allah, iaitu keindahan 7 warna pelangi. Kakak kata cantiknya mummy pelangi niii, aku kata ucapkanlah Subhanallah kalau nampak bende2 yang cantik di atas ciptaan Allah ni, kakak dan abang ucap Subhanallah serentak.

Friday, June 25, 2010

Inikah yang dinamakan Ujian@Dugaan?

Hari ini 24 Jun 2010, seawal 9.00 am aku dah berangkat ke blok 23 menemani Shana rakanku untuk Roadshow EMS di SPRINTEC. Semasa roadshow sedang berjalan sekali sekala ada isu2 semasa diceritakan interupt sekejap explanantion dari Shana. Selesai Roadshow kami dibawa melawat ke bengkel utama center itu untuk melihat akan keadaan LEV sama ada berfungsi dengan berkesan atau tidak, samada ianya ada melepaskan gas merbahaya ke luar alam sekitar atau tidak. Shana meminta manual bagi ketiga2 LEV yang ada.

Semasa aku di blok 23, Makcu text aku samada aku free atau tidak untuk ke Pusat Dialisis. Aku kata ok. Selesai discussion berkenaan tempahan baju untuk GQOSHE TEAM, aku ke kelas Bahasa Arab, seperti kebiasaan setiap Khamis tengahari. Called Lin, dia dah keluar kata Kakak yang mengangkat telefon. Kami belajar Wazan 11 - 20. Wazan 6-10, ustaz skip dulu, tak berapa penting kata ustaz. Kepala yang dah sememang pening bertambah2 lagi pening. Faham itu InsyaAllah tapi yang perit sedikit nak menghafal.

Belajar apa2 jua bahasa selain Bahasa Malaysia kalau tak sentiasa bergelumang (practice) dengan bahasa tersebut sememangnya susah, sebab bukan bahasa kita. Orang luarpun nak belajar bahasa malaysia susah kalau tak dipraktikkan hari2. Dulu masa di IPT aku belajar Bahasa German, pun macam tu jugak, dah tak dipraktikkan, yang aku ingat sekarang Wie Heisen Sie?(What's your name) Wie geht Es Ihnen?(How are you) Ich liebe dich? (I love you), yang lain2 sikit2 tengok aku boleh la agak2. Eins, swei, drei..for one, two, three aku ingat lagi. BElajar Bahasa Arabpun sama je, takde istilah Bahasa Arab ni susah dan belajar bahasa lain senang. Kalau tau taktik dan teknik, senang, cuma nak menghafal tu je yang susah.

Habis kelas, aku berlari ke Pusat Dialisis, seperti appointment yang aku dah buat dengan stafnya bernama Linda. Sebaik berjumpa Linda, dia menghulur kepadaku sampul, dia kata sumbangan dari KMC (Kump Mais Corp) di atas kembalinya mak ke rahmatullah. Aku called makcu, Yong dan Uda. Kami sepakat untuk menyedekahkan sumbangan tersebut semula kepada yang lebih memerlukan. Aku kembali kepada Linda, dan Linda berjanji akan distribute sumbangan tersebut kepada pesakit2 buah pinggang yang betul2 memerlukan.

Baru2 ini hubbyku ada bagitau yang dia dikehendaki hadir untuk kursus intensif HAji di Kelana Jaya. Aku called Tn. Hj. Ashraf di TH HQ, menanyakan status aku. Aku brief dia berkenaan kursus yang perlu diattend itu dan kelulusan yang hubbyku dah terima untuk medical checkupnya. Alhamdulillah, dia kata rayuan aku dah diterima, dia sendiri yang bawa ke board katanya. Mungkin akhir bulan ni surat tawaran akan dikeluarkan. Aku bukan apa, kalau betul aku dapat pergi aku kena arrange anak2ku. Mujur kursus weekdays, so masalah penjagaan anak2ku sudah aku kira selesai. Aku gembira tapi pada masa yang sama aku sedih kerana tidak dapat memaklumkan berita gembira itu pada mak. Arwah Mak yang beriya2 sangat hendak aku pergi sekali dengan hubbyku, dia yang terlebih concern kerana hubbyku sakit katanya. Inikah ujian, aku redha.

Petang, sebaik aku bersiap2 hendak solat asar, tiba2 handphoneku berbunyi, dari cikgu elli, taska. Kak Mahiran kat mana? Kat ofis lagi aku kata. Cepat datang taska sekarang ye. Laa apahal pulak ni aku tanya cikgu elli spontan. Datang je... ye la kenapa aku tanya, aku dah macam lemah lutut rasanya. Ni N.E ni (gelaran abang di tadikanya - sebab ada 2 nama syafiq di situ dulu, jadi abang dipanggil N.E untuk Nik Emirul sorang lagi W.M -Wan Mohamad Syafiq). N.E ni tangan dia patah rasanya... Kenapa pulak patah tu aku tanya lagi..Ntah la dia main kat pokok kelapa tadi tu, jatuh kot. Aku apa lagi bergegas ke Taska.

Sesampai di sana, diorang tengah buat first aid untuk abang. Tangan abang dah berbalut. Aku dan group yang pernah jadi juara pertandingan pertolongan cemas nipun dah jadi tak reti nak buat sling (anduh). Panik. Aku tanya kenapa boleh jadi macam ni. Cikgu Fiza kata dia main kat pokok tu, tumbuk2 pokok, dah tegur dia toleh, kononnya nak tumbuk kali terakhir la tetiba terjatuh. Aku tanya abang dia kata dia tendang pokok kelapa, bukan tumbuk, masa tendang tu pokok tu licin tu yang dia terjatuh. akupun tak tau which one is which version yang betul. Tapi yang pastinya bukan jatuh pokok kelapa laa.

Aku amik adik dan bawa abang pergi ke DEMC, terus masuk bilik emergency. Abang dibawa ke new building DEMC kat sek. 14 tu, diiringi oleh nurse dan beberapa orang lagi untuk x-ray tapi aku tak ikut sekali, sebab kena ambil kakak yang balik pukul 6-30pm. Aku solat asar. Kembali ke DEMC, tapi abang belum balik dari new building. Dekat pukul 7-30 baru abang sampai dengan kenderaan DEMC. Dr. Mahmud, Dr. pakar tulang kot, explain dan tunjukkan xray abang. Dua2 tulang patah, tapi dah letak simen nampak dah lurus. Seminggu lagi datang untuk check-up. Doktor kata tulang budak mudah recover, tak perlu masuk besi. eeii ngeri pulak aku dengar kalau abang kena masuk besi. Sudah jumpa doktor, baru nampak kelibat hubbyku, baru datang dari rumah. Dia masih lagi on MC selama 2 minggu akan berakhir weekend ni. Esok boleh la abang duduk dengan dia. Lepas tu nanti... arhh inikah dinamakan dugaan Allah. Teringat maksud firman Allah, lebih kurang berbunyi "Sesungguhnya anak2mu itu hanyalah ujian bagi kamu semata-mata di dunia ini". Aku akur hendak membesarkan anak2, macam2 yang perlu ditempuh kerana mereka ini adalah amanah Allah dan ujian bagi ibubapa.

Mungkin ini adalah ujian sebelum aku pergi menunaikan haji. Dulu sebelum pergi umrah, abang patah colar bone 2 minggu sebelum berangkat. Semasa di Mekah aku berdoa supaya colar bone abang kembalik seperti sediakala, Alhamdulillah Allah makbulkan. Sekembali, aku dapati colar bone abang seperti tiada apa2 patah. Kali ni patah tangan pulak. Ya Allah engkau permudahkanlah segala urusanku. Itu yang Yong doakan untukku jugak, sebaik aku maklumkan kepadanya tentang perkara itu. Dah takde mak ni, Yong la jadi pengganti mak. Dia kata sabar la Njang, ini semua dugaan Allah.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Jadi, Makcu!

Hai Makcu ,ini kakak yang tulis. selamat hari jadi pada hari Isnin 21.6.2010.makcu kakak ingatkan makcu jangan menangis selepas balik kerja.kalau ada masa datang la ke rumah kakak ye.bila bila masa je,kakak tak kesah pun.makcu, bila makcu nak kahwin.semoga makcu dapat jodoh yang baik.lagi satu perkara kakak nak cakapkalau makcu datang adik buat perangai maafkan kakak ye.ok kakak dah nak tidur ini.selamat malam makcu.kakak taip waktu malam.hari isnis 21.6.2010.bai makcu.

Sunday, June 20, 2010

Apa Erti Kehilangan?

Petang Jumaat 18 Jun 2010, satu ceramah agama telah disampaikan oleh Ust. Sihabuddin Mohaimin, di organisasiku. Aku dan rakan2 seperjuanganku Aza dan Shana pergi agak lewat. Biasa la nak settlekan kerja2 yang tak ada kesudahannya.

Ceramah hari itu berkisar pada sifat Ujub, bukan Junub ye kata Aza buat lawak pandai. Sifat ujub merupakan satu sifat bangga dan mengkagumi akan kelebihan diri sendiri, maknanya musuh utama ialah diri kita sendiri. Berbeza dengan riak ialah sifat menunjuk2 kelebihan kepada makhluk (orang) lain. Takbur pula merasai lebih daripada sang Pencipta iaitu Allah swt.

Menurut ustaz, manusia biasa ujub pada kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya, kemahirannya, kelebihannya ilmu, pengalamannya dll.

Bagaimana nak hindarkan dari sifat tersebut ialah dengan cara begini:

1. Kurangkan bercakap, dan banyakkan diam - banyak cakap banyak salah, banyak salah banyak dosa, banyak dosa masuk neraka, masuk neraka akan disiksa. Bercakap bila perlu sahaja. Aku nak cuba praktikkan ini.

2. Sentiasa melihat kekurangan diri kita daripada melihat kekurangan orang lain. Orang melayu suka tunjuk satu jari pada orang lain tanpa memikirkan yang tiga jari lagi menunjuk kepada diri sendiri, kalau orang cina, ustaz kata kelima-lima jari tunjuk kat orang, sambil menunjukkan aksi saolin macam jackie chan.

3. Sentiasa ingatkan Allah. Berzikir mengingati Allahlah yang Maha Berkuasa, kita akan dihindarkan dari sifat Ujub itu.

4. Amalkan sikap berkasih sayang dan hormat menghormati sesama insan. Dengan cara ini akan dapat menundukkan rasa bangga akan diri sendiri.

Jadi sama-samalah kita cuba menghapuskan sifat ujub dari diri kita sendiri, supaya amalan kita diterima Allah, kerana sifat ujub ini umpama api di dalam sekam, boleh menghapuskan pahala2 amalan kita.

Sehabis ceramah, kami pulang ke ofis menyambung sedikit kerja. Selepas itu, aku pulang mengambil anak2 yang kutinggalkan di taska. Kemudian aku membeli makanan di pasar malam sek. 6, dan terus ke rumah makcu di sek. 7. RAsa sayu menyelubungi perasaanku setiba aku di rumah tersebut. Tiada lagi kelibat mak di situ. Si kakak anakku kata 'inila yang kakak tak suka pergi sini ni, mesti mummy nangis' katanya. Aku terbayang-bayang mak baring di atas katil, sambil biasanya tersenyum menyambut kedatangan cucu2nya, terutamanya si adik, Syahmi.

Aku lihat bilik dan katil tiduran mak, dah diubah suai oleh makcu menjadi tempat tidurnya. Tiada lagi ubat2an mak di situ. Semua makcu dah kemaskan dan dimasukkan ke dalam bilik belakang. Baju2 bibikpun makcu dah bungkus masuk bawah katil.

Aku sebenarnya nak ambik baju yang hubbyku hantar untuk iron di laundry blok 2, Mosba laundry, tapi dah tutup. Minggu depan la jawabnya aku akan ambil. Sesudah makan dan mandi, dalam pukul 9.20pm aku mula bergerak turun untuk pulang. Makcupun nak keluar pergi rumah kawan baiknya, Nana untuk mengambil microsoft office installer katanya untuk diinstall kat Laptop Iya anak buahku.

Aku nasihatkan makcu supaya sibukkan diri dengan bersosial supaya tidak terlalu memikirkan/mengingati akan mak. Baca quran untuk sedekahkan kepada mak di samping untuk dapatkan ketenangan. Aku ajak makcu duduk denganku buat sementara waktu, makcu tak nak. Atau duduk dengan Yong, sekurang2nya tidakla rasa sunyi sangat. Aku faham sangat dengan kesunyian yang makcu tanggung.

Kalau dulu semasa mak masih ada, kalau mak duduk dalam seminggu dua di rumahku, aku pasti akan kesunyian selepas mak balik. Aku pasti akan menangis, walaupun aku sudah ada family sendiri. Sekarang kalau aku menangis teringatkan mak, anakku abang pasti akan berkata 'kan mummy boleh jumpa nenek kat syurga nanti' aku hanya mampu menganggukkan kepala. Sesungguhnya orang yang pernah merasai kehilangan orang yang disayangi sahaja yang tahu akan bagaimana rasanya dan faham akan erti kehilangan itu.

Saturday, June 12, 2010

Sekalung Terima Kasih Buat Semua!

Selama lebih kurang sebulan, aku bergelut dengan masa dan tenaga semasa arwah mak dimasukkan ke hospital. Satu pengalaman yang penuh bermakna Allah turunkan buatku dan keluargaku. Peluang terakhir yang Allah berikan kepada kami sekeluarga untuk memberi khidmat buat terakhir kalinya kepada mak oleh kami anak2 mak (tanpa bantuan bibik). Aku sendiri kena membahagikan masa untuk diri sendiri, anak2, suami, kerja2 di pejabat dan di rumah. Aku pasti seluruh keluargaku juga. Sekiranya tidak dengan bantuan orang2 di sekelilingku, terutamanya suamiku, anak2ku, adik beradikku, ipar duaiku dan rakan2 seperjuangan di tempat kerjaku dan jika tidak dengan izinNya aku diberi Kekuatan dan Kesabaran yang dilimpahkan olehNya ke atasku, tidak mungkin aku dapat menghadapi dan melalui semua ini.

Untuk itu, aku dengan rasa rendah diri, ingin mengucapkan sekalung terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan kalian semua yang berupa doa, kata2 semangat, bantuan dari segi kerja yang terpaksa rakan2ku tanggung untukku sewaktu ketiadaanku di ofis dan pemahaman kalian di atas situasi yang ku hadapi terutamanya semasa pemergian mak. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya, jika tidak di dunia InsyaAllah manfaatnya akan diperolehi di akhirat kelak. Janji Allah adalah benar, setiap satu kebaikan yang dilakukan Allah berjanji akan membalas dengan kebaikan (pahala) yang berkali lipat gandanya.

Aku juga dengan rasa penuh keinsafan mohon ampun dan maaf kepada orang-orang di sekelilingku, yang berhubung secara langsung atau tidak langsung denganku, sekiranya ada tersalah kata terkasar bahasa sewaktu aku dalam kekalutan itu. Sesungguhnya aku ini adalah insan biasa yang tidak lari dari membuat salah lebih2 lagi di dalam keadaan pemikiranku yang tidak seimbang itu. Sesungguhnya aku tahu aku masih tidak keseorangan di dunia ini. Sekurang2nya aku masih ada Allah tempatku mengadukan kesedihanku.

Wassalam...

Thursday, June 10, 2010

SELAMAT BEREHAT DENGAN TENANG, MAK!

Salam buat pembaca blogku. Dah lama tak update blog ini. Memang takde mood sebenarnya. Aku lebih suka melayan perasaanku. Biar sampai aku berasa tenang, puas dengan apa yang kulakukan. Aku ingin menangis sepuas2nya. Biar hilang dukaku, semoga hilang rinduku padanya, tapi aku tak sanggup kehilangan kenangan2 manis aku bersamanya.

Aku baru sahaja mengharungi satu episod duka dalam hidupku. Episod yang paling aku takuti untuk aku lalui. Kehilangan insan yang banyak berjasa padaku dan adik beradikku yang lain. Pada subuh Sabtu,5 Jun 2010, tatkala DYMM Seri PAduka Baginda YDPertuan Agung menyambut ulangtahun kelahirannya, aku terima berita yang menyedihkan. Dah seminggu mak pergi, tapi terasa baru semalam sahaja aku cium mak buat kali terakhir. Mak pergi untuk menyertai Abah yang dah 25 tahun kembali ke Rahmatullah, dan setelah lebih kurang 6 tahun Kak Maz (menantu mak, isteri Uda) pergi untuk selama2nya.

Dalam pukul 4.50am, Makcu yang menunggu mak malam tu, msg aku (mgkn kepada semua abang dan kakaknya)mengatakan mak kena sawan setiap 15 min sekali. Tak tau nak kategorikan mak sebagai tenat atau apa. Aku ingatkan makcu supaya mengingatkan mak kepada Allah, mengucap di telinga mak. Aku memang sudah terjaga, bangun dan berhajat untuk mengerjakan solat sunat dan solat Hajat. Selesai solat Subuh aku mengaji, dan pahalanya aku hadiahkan buat diriku sendiri, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kepada suami dan anak2ku, ibuku yang sedang sakit (semoga diringankan kesakitannya dan dipermudahkan urusannya) kepada arwah abahku, seluruh ahli keluargaku, ibu mertuaku, ipar duaiku, sahabat2 dan jiran tetanggaku.

Tiba2 aku terima msg lagi dari makcu berbunyi ' dtg hospital, urgent'.. tak lama aku terima panggilan dari makcu, 'Anjang, mak dah takde' kata makcu dalam sebak. AKu suruh makcu bersabar dan bertenang, anjang akan datang kejap lagi aku kata. Aku tutup quran, mandi dan mohon kebenaran hubby untuk ke hospital, mak dah takde aku maklumkan pada hubby, aku pulak sebak. Makcu kata mak pergi dalam tidur setelah kena sawan subuh itu. Makcu ingat mak betul2 tidur. Moga2 mak pergi sewaktu aku menyedekahkannya bacaan al-Quran subuh itu.

Dalam perjalanan aku msg kawanku Lin, orang pertama yang aku maklumkan makku dah takde, dia kata dia tak boleh call aku sebab tak sanggup menangis sekali denganku?? Sesungguhnya aku tidak mengharapkan apa2 dari kawan2ku. Sungguh! Biar saat duka aku tanggung sendiri, tanpa melibatkan dan membebankan orang lain. Aku called Busu di Teluk Intan (adik mak paling Bongsu), pada awalnya Busu tenang, tapi akhirnya Busu jugak tidak dapat menahan airmatanya. Semua dah makcu maklumkan kecuali Ateh, makcu kata tak dapat called ateh. Akhirnya, Uda yang called rumah ibu mertuanya.

Sesampai di hospital, Angah, Abg Ngah dan Hasanol (menantu Yong) dah tiba dahulu. Aku buka penutup kain mak, aku cium mak puas2. Badan mak masih terasa panas lagi, mak seakan2 tidor sahaja. Tak lama Asu, Uda dan Alang tiba. Kami berbincang, di mana nak kebumikan mak. Rumah Yong atau rumah Ateh yang baru siap pembinaannya di kampung Sg. Besar. Mak tak sempatpun nak jejakkan kaki ke rumah Ateh tu. Uda buat keputusan, untuk tidak menyakitkan mak lagi, kita bawa ke rumah Yong di Klang. Yong tiada halangan. Pada asalnya, jenazah mak mahu dimandikan di hospital sahaja, tapi Yong kata dia sudah dapatkan tukang mandi jenazah berdekatan dengan rumahnya. Dalam pada itu, jenazah mak diperkemaskan oleh nurse yang bertugas. Doktor India yang membuka semua jarum2 dan salotape di badan makpun mengaku, 'makcik ni macam tidur laa' katanya.

Aku dan Alang balik dahulu ke rumah Yong, untuk membantu Yong apa2 yang patut. Aku msg rakan2 sepejabatku terutamanya bosku, semasa di hospital lagi, semasa tu belum ada keputusan di mana nak kebumikan mak. Aku memaklumkan sahaja, bukan untuk memohon simpati, jauh sekali untuk membebankan rakan2ku itu. Aku katakan kepada mereka, sekiranya menyusahkan tak perlu ziarahi aku atau jenazah semasa mereka ingin dapatkan alamat rumah Yong, cukup sekadar sedekahkan fatihah buat jenazah mak, itu sahaja. Aku sampai di rumah Yong, sudah ada jiran tetangga Yong di situ. Aku ambil wudhuk dan mula membaca al-quran untuk mak pahalanya disedekahkan.

Sesungguhnya urusan jenazah mak sangat mudah. Semasa di hospital, jika mengikut prosedur, jenazah sepatutnya dibawa terlebih dahulu masuk ke bilik mayat. Tetapi orang yang incharged (En. Abu) kata tak payah masuk bilik mayat memandangkan waris telah ada, tunggu untuk pengesahan sahaja dengan menandatangani borang dan Jenazah akan terus dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa pulang. Angah, Abang Ngah, Uda dan Asu akan mengiringi mak pulang ke rumah Yong. Aku tak berapa pasti pukul berapa jenazah mak sampai di rumah Yong. Lingkungan pukul 9.30 - 10.00 am.

Lebih kurang habis satu juzuk al-Quran (setiap seorang), jenazah mak sudah hendak dimandikan. Semua anak2 mak yang 8 orang menguruskan mandian jenazah mak, dengan bantuan tukang mandi jenazah. Ramai yang mandikan mak hari tu. Mak seakan tersenyum sahaja, cuma mak dah tak boleh bersuara. Urusan mengkafankan mak dilakukan oleh tukang mandi jenazah. Kami membantu sedikit2 sahaja. Selesai urusan tersebut, semua anak2 mak, cucu2 mak cium mak mengikut giliran. Aku sempat ucapkan selamat berehat dengan tenang kepada mak. Berehat dari kesakitan yang mak tanggung selama ini. Berehat dari segala kesengsaraan yang dilakukan oleh doktor2 semasa di hospital dahulu (dah merata badan mak dicucuk untuk mencari urat bagi memasukkan ubat). Selesai urusan kafan, tukang mandi jenazah memohon kebenaran menyembahyangkan jenazah mak, kami anak2 perempuan mak turut serta. Selesai solat jenazah, aku dapati bosku Pn. Fiza, rakan2 sepejabatku Aza, Sharina dan Kak Siti tiba. Aku sebak melihat kehadiran mereka. Terima kasih di atas keperihatinan korang pada aku, aku betul2 terharu. Walau aku kata tak perlu datang, korang datang dengan keikhlasan. Terima kasih sekali lagi.

Jenazah mak dibawa ke surau untuk disolat jenazahkan oleh jemaah surau selesai solat zohor. Aku tidak turut serta ke surau, disebabkan terpaksa menjaga anak2ku terutamanya Syahmi yang masih tidak mengerti apa2 itu. Aku turut ke kubur dengan anak2ku, Alang dan anak2nya, selesai solat jenazah. Along (anak alang) yang menjaga anak2ku di dalam kereta semasa urusan pengkebumian. Hubbyku dengan keretanya bawa makcu, kaknyah dan Zele (adik iparku - adik hubbyku). Dalam pukul 2.30 pm urusan pengkebumian selesai. Anak2 mak yang lelaki yang membantu menguruskan jenazah mak, berbakti kepada mak buat kali terakhir di liang kubur.

Aku amat2 berterima kasih kepada doktor2 dan nurse2 yang merawat mak di hospital Klang selama ini. Dan yang paling aku berterima kasih, doktor dah buat keputusan untuk tidak membuat CPR dan memasukkan tiub ke dalam badan mak lagi, disebabkan faktor umur kata doktor. Kalau tidak mungkin mak lagi siksa sewaktu hendak 'pergi' sekiranya dibuat CPR. Alhamdulillah, mak pergi dengan tenang sekali, sewaktu tidur mungkin selepas penat berhempas pulas mengharungi saat sakaratul maut (sawan).

AKu yang menandatangi semua keterangan dan keputusan itu pada hari Jumaat 4 Jun 2010. Semasa itu ada program 'Biggest Cholesterol Loser', aku lari ke hospital, setelah mendapat panggilan dari Yong tentang keadaan mak. Selepas maklumkan bos kecikku Ir Kasim dan bos besar aku maklumkan melalui msg shaja aku terus ke hospital. Aku sempat memohon ampun dan maaf serta minta mak halalkan makan minumku,sewaktu aku hendak ke ofis semula pada waktu petang kerana petang itu ada meeting OSHE Day. Mak angguk masa tu. MAk dah maafkan semua anak2 mak, angah yang maklumkan pada kami. Permintaan mak yang terakhir, mak minta diselimutkan dengan kain batik baru, yang Kak Nor belikan dari Langkawi katanya berwarna oren. Petang itu, selesai mesyuarat aku lari ke Sek.7 dan bawa tiga helai kain batik baru ke hospital, aku tunjukkan kepada mak, dan mak pilih yang ada warna oren-oren itu. Tengahari tu makcu dah bawa satu kain batik baru tapi mak kata itu bukan dia yang empunya tapi makcu punya. Tapi takpela kami kata, buat sementara mak guna aje dulu.

Hari ini 10 Jun 2010, dah 6 hari mak pergi. Barang2 mak dah dikemaskan di Sek.7. Ada yang disedekahkan kepada adik2 mak, jiran2 mak di kampung dan ada sebahagiannya kami anak2 mak ambil buat kenang2an. Aku masih lagi bersedih dengan kembalinya mak ke rahmatullah. Aku bukan meratap, malahan mungkin itu yang terbaik buat mak, supaya mak tidak menderita lagi. Tapi aku sedih sebab aku dah tak dapat berjumpa mak setiap alternate day, mencium tangan mak, cium pipi mak, bergurau senda dan bersembang dengan mak, mengadu masalah2ku pada mak. Aku rasa ketika ini jiwaku kosong, mungkin faktor waktu yang akan memulihkan kembali semangat dan keceriaanku sama seperti semasa mak ada dahulu. Aku mohon bos untuk cuti lagi 2, 3 hari lagi. Mungkin minggu depan baru aku mula bekerja. Lagipun cuti sekolah, aku ambil kesempatan ini untuk bercuti bersama2 anak2ku.

Kalau tidak yang pasti setiap tengahari Isnin, Rabu dan Jumaat aku akan berjumpa dengan mak, untuk bawa mak ke pusat dialisis. Mak sering nasihatkan aku supaya cepat2 buat rayuan untuk pergi haji bersama2 hubbyku.(Hubbyku dah dapat tawaran pergi haji)Aku dah buat rayuan sebenarnya. Aku kata kalau aku pergi sama sape nak jagakan anak2ku. Mak kata mak akan tengok2kan anak2ku itu dengan bantuan bibik. Tapi kini segalanya tidak mungkin lagi. Mak dah takde, bibikpun dah takde. Khidmatku pada mak kini hanyalah iringan doa supaya mak ditempatkan bersama2 orang yang soleh. Doaku supaya tempat peraduan mak kini dijadikan seluas mata memandang, dan doaku juga tempat persemadian mak merupakan salah satu dari lorong2/taman2/liang2 syurga. Al-fatihah buat mak. Makkkkk, anjang rindu dengan makkk!!!

Tuesday, June 1, 2010

Al-Fatihah Buatnya

1 Jun 2010, aku forward email dr. HR berkenaan cuti,untuk dapatkan advice hubbyku. Dia tak kisah, tapi dia maklumkan aku melalui email balasnya satu peristiwa yang mengejutkanku.

Hubbyku kata Dr. Imran homeopathy dah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas, iaitu masa cuti Wesak DAy tempohari. Dr. Imran (was an engineer, hubbyku panggil Aji sahaja) merupakan kenalan / sahabat seorganisasi hubbyku, tapi dah opted out from that organisation, ambil VSS. Dia buka klinik homeopathy, setelah dia juga diberi ujian dengan g.bladder cancer, tapi recovered dengan pengambilan ubat homeopathy semasa dia mendalami ilmu perubatan tersebut di Indonesia. Dia pernah terlantar di hospital selama 4 bulan dan badannya hanya tinggal tulang semata2 dan perlu kepada bantuan orang lain untuk mengangkatnya dari satu tempat ke tempat lain. Itu yang dia pernah ceritakan kepadaku dan hubby.

Di kliniknya di Banting itulah hubbyku berulang alik mengambil ubat selama lebih kurang 2 bulan dan rawatan lanjutan yang lain, sebagai alternative untuk tidak dibedah, atau sekurang2nya boleh mengurangkan merebaknya sel yang tidak elok. Dia kata hubbyku dah recovered dari sakitnya itu, dari segi perubatan homeopathy, itu yang dia tafsirkan. Dia tak mengambil bayaran selagi belum habis ubat2tan yang diprescribednya atau selagi hubbyku belum sembuh dari pandangannya. Dia treated hubbyku sebahagian dari keluarganya. Selain ubat homeopathy dia beri hubbyku madu terbaik dunia dari Yaman, dan air zam2 yang dia sendiri mengambilnya dari Mekah. Dia sering ke Mekah dan berziarah MAdinah, seterusnya ke Yaman.

Aku pernah berbincang melalui telefon dengannya, semasa hendak membuat keputusan go for operation atau tidak, dia kata dia sudah berbincang panjang lebar dengan hubbyku (aku tidak turut serta dalam perbincangan itu) , dan terpulang kepada hubbyku untuk membuat keputusan. Aku pernah berjumpa 2,3 kali sahaja dengannya, semasa mengikut hubbyku mengambil ubat, selepas beberapa tahun dahulu (about 10 yrs ago) semasa pertama kali hubbyku membawaku berjumpa dengannya.

Ternyata kuasa Allah, dia pergi mendahului kita semua, pada Hari Jumaat yang mulia, meninggalkan 2 orang balu dan anak yang masih kecil, berusia lebih kurang 9 bulan. Semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah s.w.t dan dimasukkan di dalam golongan orang2 yang beriman. Al-fatihah buat Dr. Imran. Semoga keluarganya tabah dengan ujian ini.

Bibik Belum Mahu Balik M'sia

Hari ni 1 Jun 2010, sudah agak lama aku tak update blog aku ni. Sibuk, takde masa, penat, malas dll. Pilih lah mana satu reasons, or semua yang di atas.

Aku baru balik dari menjenguk mak di hospital. Tak dengar lagi dari mulut angah, bila mak nak dikeluarkan. Semalam 31 Mei 2010, sepatutnya bibik sudah balik semula menyambung perkhidmatan. Tapi hampa, Makcu called anak bibik yang angkat kata bibik masih ada urusan yang belum settle di Indon. Selama sebulan bagi masa mungkin tak cukup bagi bibik menyettlekan urusan di sana. Yang kesiannya si angah, takde sapa nak gantikan dia jaga mak. Yong? Abang Longku tumbang subuh Sabtu lepas, semasa hendak solat Subuh. Ada pendarahan di kepala (otak). Jadi dia tak boleh gantikan angah, terpaksa jaga abang long pulak. Mungkin abang long akan dibawa ke hospital Sg. buloh untuk pemeriksaan lanjut. Alang, anakkunya sedang exam.

Hari Sabtu dan Ahad malam makcu yang jaga mak, siang aku take over sekejap waktu petang, bagi ruang kat makcu dan angah berehat di rumah. aku minta kebenaran hubbyku. Alhamdulillah setakat ni hubbyku faham dan masih membenarkan. Kalau dia muncung waktu aku minta kebenaran nak pergi jaga mak, aku takut jugak nak pergi. Nanti pahala yang ku cari dosa yang aku dapat. Thank you ye Yang. Cuti tiga hari, masa Wesak Day jatuh hari Jumaat, kami tak kemana2 seperti kebiasaan cuti panjang. Pantang ada cuti, pasti akan berjalan. Tapi semenjak hubbyku tak sihat ni, jarang jugak kami dapat makan angin jauh2.

Mak minta dipicit kaki dan kepala setiap masa kepada penjaganya. Sakit kaki dan pening katanya. MAsa hari Ahad lepas tu mak minta aku tarik2kan rambutnya bagi legakan sedikit kepalanya yang sakit. Akupun ambik sedikit rambut dan tarik bagi berbunyi, mak sure lega. Tapi.. tarik punya tarik, rambut mak terputus serumpun..haaa, aku terjerit. Mak dah takut la anjang nak tarik rambut mak. Macam reput je, terputus dan tercabut.

Makcu masih bengang dengan bibik. Angah kata kalau bibik ada, dapat la gantikan dia sekejap. Bibik masih ada kontrak 2 bulan untuk jaga mak. Kontrak bibik habis pertengahan bulan Julai kalau tak silap. Aku kata takpe makcu, kita bagi masa kat dia, mungkin betul apa yang dikatanya itu, kalau dia masih berkeras then only kita buat contingency plan. Kita ambil apa2 tindakan yang patut.

Aku la ni sibuk untuk persiapan sambutan OSHE Day untuk companyku. Hari ni sahaja aku terpaksa siapkan 2 Paperwork for MC Meeting 10 Jun nanti. Petang baru aku berkesempatan melawat mak. Esok Senamrobik bulanan, aku ingat nak join, sebab badanpun dah tak fit.

Friday, May 28, 2010

Sambutan Hari Guru

Khamis 27 Mei 2010, taska anakku mengadakan sambutan buat guru2 dan pengasuh2. Aku terlewat sedikit sampai, abang baru sudah memulakan majlis dengan membaca al-quran diiringi oleh terjemahannya oleh Auni. Terlepas mendengar bacaan abang. Abang kata kenapa mummy takde masa abang baca quran. Aku sedikit kesal. Sorry la abang mummy ada kerja tadi.

Selepas ucapan oleh pengerusi Taska, persembahan dimulakan dengan persembahan kanak2 2 tahun, iaitu group adik. Adik pakai croc costume. Lagu chicky dance mengiringi persembahan. Tapi takde sorangpun yang berdancing. Semua tegak macam batu. Adik? Lerr adik apasal menangis kat atas tu. Mungkin panas sebab pakai costume tu. Mungkin dia terpandangkan aku. Lagipun adik tak sihat, malam adik demamm panas badan dia. Siang sedikit dedar, batuk dan selsema. Takpe baru first time, cultural shock la tu.

Masa time abang buat persembahan, dia pulak yang berlebih2 nak naik atas pentas. Tak terkejar aku, aku hantar adik masuk bilik. Abang jadi ketua persembahan yang bagi arahan kat kawan2, one, two, three kata abang, kawan2 semua ikut tunduk, dan up. Program habis dekat pukul 12.00pm.

Pagi tu ada training sambungan semalam, tapi hari ni boss besar aku yang bagi. Itu hari aku dah attended. Aku cakap dengan boss kecik, aku tak dapat attend training hari ni, sebab pagi ada program anakku itu, dan petang aku nak cuti, sebab anakku tak sihat. Ok kata boss kecik, Ir. Kasim. Dia ok saje.

Tengahari selepas program sambutan hari guru, aku ambil kesempatan lawat mak kat hospital. Kelas Bahasa Arab, aku terpaksa skipped. Minta tolong Lin ambilkan homework minggu lepas. Mak baru lepas tukar salur kat leher tu, masa aku sampai. Mak nampak segar sedikit, tapi badan mak keluar bintik2 merah. Allergic. Mungkin allergic kepada ubat klinik yang dibagi masa mak pergi baru ni, semasa bleeding kat leher tu. Katil opposite tu orang sedaerah mak. Aku kata ntah2 sedara mak tak, aku berjenaka. Mak tersenyum manis. Haa first time nampak mak senyum. Mak minta aku picit kaki mak. Aku sempat bersembang dengan auntie sebelah katil mak. Chinese. Dia nak cepat2 keluar hospital.

Balik dari hospital, aku ambil anak2ku, kebetulan kakak cuti sekolah petang sebab pagi dorang adakan sambutan hari guru. Kakak ada exam sekolah pagi, jadi takde lah kes nak attend program pagi tu. Lega sikit aku. Balik tu aku pergi ke Giant sek. 13, beli sedikit barang, nak bawa bebudak ni berjalan sekejap. Tujuanku sebenar ialah nak cari product Xangosteen untuk ketuat adik, anakku yang tumbuh dimuka itu. Dulu abang kena penyakit yang sama, aku bagi produk tu, nampak mujarab. Tapi sekarang payah nak cari produk yang sama. Mungkin sebab mahal, ianya imported from US. Dah merata aku cari. Produk ni good for skin. Ketuatpun boleh tertanggal.

Balik rumah, aku nak berehat sebab badanku terasa penat. Aku masak untuk makan malam. Simple je.

Thursday, May 27, 2010

Mak Warded Lagi

Rabu, 26 Mei 2010, aku ada training OSHMS Internal Auditor pulak. Seharian di Bilik Seminar. Aku sempat lagi create image untuk program aerobik bulanan, dan email to all staff. Tengahari aku lari ke rumah mak di sek. 7, kena hantar mak ke pusat dialisis di sek. 3. Asu terpaksa datang all the way from Putrajaya untuk angkat mak. Kat pusat dialisis, abang ngah yang tolong angkat mak. Petang aku text angah tanyakan keadaan mak. Angah kata badan mak menggigil2, walaupun dah 2 selimut bagi kat mak. Kebetulan doktor pakar melawat hari ni. Mak kena refer to hospital semula, suspected jangkitan kuman kat salur dialisis mak di leher tu.

Sebenarnya kelmarin salur kat tengkuk tu bleeding, aku half day that day. Makcu yang hantar mak ke DEMC, lepas dressing dorang suruh balik. Makcu ada meeting katanya, jadi aku take over. Lagipun mak demam. Malam tu nak bawa mak pergi hospital, mak tak nak. Petang ada meeting on OSHE day. InsyaAllah akan disambut pada 9 Julai 2010, tu je date yang ada kosong kat bilik Titanium.

Aku ke pusat dialisis petang tu, lepas ambil kakak balik sekolah. Nurse kat pusat dialisis tu suggest mak dibawa secepat mungkin sebab mak demam, badan mak panas. Aku dok fikir, sape nak bawa mak nih. Dalam kereta ada bebudak tu, aku called hubby minta tolong dia bawakan balik bebudak, dia kata dah on the way balik. Takkan nak suruh dia patah balik. Hubby suggest call ambulan, aku buat. Tapi bebudak dialisis tu kata, kalau nak tunggu ambulan entah bila nak sampainya dalam keadaan jem orang balik kerja ni katanya. Nak tunggu makcu, dia dari KL ada seminar, lambat jugak. Asupun kesian pulak dekat dia, diapun kena ambil anaknya sekolah petang juga dan somemore jalan surely jem.

Aku tak nak putus akal. So aku nekad, aku akan bawa mak, bebudak aku suruh bertolak ansur dan bersabar. Ini adalah pengalaman paling berharga buat diorang, harap2 menjadi contoh tauladan/ iktibar buat anak2ku. Walau aku tau dorang penat tapi adakalanya kita perlu berkorban demi ibunda tercinta. Si adik dah buat muka seriusnya tu, sebab tak dapat duduk sebelahku di seat hadapan, sebab aku baringkan mak di situ. Dia duduk di seat tengah dengan angah, sambil baring dia tendang2 pintu kereta, kekadang dia tolak seat mak duduk dengan kakinya. Adik sekejap je ye, nanti adik duduk dengan mummy dekat depan ye, sesekali angah pujuk adik. 2 orang lagi anakku aku suruh duduk di seat belakang sekali. Alhamdulillah diorang akur.

Aku daftarkan mak di wad emergency, selepas MA hospital angkat mak naik ke strecher. Aku tengok mak sekejap sebelum angah take over, dan aku balik. Aku tau mak sedih, walau takde air mata lagi yang keluar, tapi dari raut muka mak aku tau dia kesedihan. Mungkin sebab dia dah tak bermaya, sakit, dan tidak selesa dengan keadaannya sekarang. Aku kata mak sabar dan jangan lepas dari zikir kepada Allah. Dalam keadaan mak lemah ni, makhluk Allah yang kita tak nampak tu, senang je nak menyelinap ke dalam badan kita, aku kata kat mak. Mak angguk. Nanti takut mak stroke lagi, aku kata. Mulut mak kumat kamit, zikir.

Dalam perjalanan pulang aku dapat call dari Kak Iza. Dia kata, An tertinggal nasi dan lauk nih. Alamak, ye la kak aku kata, lupa nak ambil masa balik tadi. Dia dah tapaukan untuk aku bawa balik, lauk dari training tengahari tadi. Memang sedap lauk ikan masak asam pedas, dengan sayur lemak pucuk ubi bertempoyak, dan ayam goreng. Aku kata sedekah je la kat sesape yang ada lagi. Kak IZa kata dah takde sape nih. Ok aku kata aku on the way ke Shah Alam ni dari Klang, boleh la kot singgah ofis kejap. Aku cerita kat kak Iza. Aku sampai dia dah ada kat bawah dalam kereta, aku tak perlu lagi naik atas. Memang rezeki An ni kata kak iza. Terima kasih ye kak Iza. Dalam kereta aku dah bagi kakak dan abang makan. Mujur ada tipuware dalam kereta untuk masukkan nasi dan makan dengan ayam goreng. Lagipun sure dorang dah lapar, sebab dari tadi abang merengek nak makan, walau aku dah bagi roti scotch untuk dimakan sebagai alas perut. Airpun ada lagi, dalam botol air aku yang aku bawa setiap hari ke ofis. Adik dah tertidor di seat depan.

Sampai rumah dalam pukul 9.30pm. Esoknya (hari ini) kakak masih ada 2 subject agama yang perlu ditelaahnya untuk persediaan exam esok. Tapi kakakpun dah pandai work smart, dia dah baca dalam kereta siap2 masa on the pergi dan balik hantar mak tadi. Mujur dia bawa buku tauhid dan feqah tu. Lepas mandi kakak sambung study. Kakak dan abang tak mengaji quran malam ni. Takpela aku kata sekali sekala takpe jangan selalu or tiap2 hari, memang nak kena la dengan aku. Pukul 10.30pm aku ajak anak2ku tidor, kecuali si adik, mata dia dah segar sebab tidor dalam kereta tadi. Aku tak tau dia terlelap pukul berapa sebab akupun dah tak sedar zzzzz masa tu. Esok ada sambutan Hari Guru kat taska, aku kena join untuk bagi support kat dorang sebab anak2ku akan buat persembahan. Training? Lupakan la kejap aku dah attend course tu dulu!

Tuesday, May 25, 2010

Hari Pertama Dialisis Selepas Discharge

Semalam 23 Mei 2010 adalah Anniversary kami yang ke 11. Takde special celebration on that day, just wished each other. Nak celebrate camne ye? buat party tak mungkin. Nak pergi makan2, kitorang dah buat awal, makan2 kat Serai, Sek. 3 hari Jumaat lepas. Nak pergi berdua saje, bebudak nak 'buang' kat mana? takpe la janji masih ingat date 'terindah' dalam hidup tu. Hadiah? Kesihatan itu adalah hadiah terbaik dalam hidup. Ingat ini.. 'if you think healthy is expensive, try illness'. Bila dah sakit, then only kita hargai kesihatan.

Hari ini Isnin 24 Mei 2010, mak perlu pergi ke Pusat Dialisis di Sek.3 seperti kebiasaan. Lunch hour aku berkejar ke sek. 7, nak bantu apa yang patut. Aku sampai, Hafiz (hubby Kak Nyah - anak buahku / menantu Yong) dan Abang Ngah ada sama. Tak lama Makcu pun sampai. Aikk, awat hang balik? aku tanya makcu. MAkcu speaking pulak, 'She asked me to be back' sape? aku tanya, mak ke? Ha ah, kata makcu. Mesti mak nak makcu yang angkat mak. Sebab tu hari masa bibik ada, dia ada bagitau aku, mak punya concern, nanti sape nak tolak dia ke Pusat dialisis masa bibik takde, sebab Anjang dan Angah dua2 dah pernah operate, dia takut kami yang terpaksa angkat la tu.

Memang Makcupun yang angkat mak ke kerusi roda. Mak berpaut kat tengkuk makcu, makcu peluk mak, angkat dan pusing terus dudukkan mak. Aku cakap ngan makcu, banyak pahala ko dapat makcu, tolong mak. Abang Ngah sampuk 300 kali lipat pahalanya. Di kereta, Hafiz dan Abang Ngah yang tolong angkat, nampak kekok, sebab Abang Ngah besar, pintu kereta kecik je, Kalau berdua memang nampak payah. Hafiz sorang nampak tak daya dia. Dalam keadaan tak bermaya ni mak memang berat. Mak nampak sedih / stress. Air mata dah tak keluar lagi dari mata mak, tapi aku nampak mata mak merah, mak sedih / stress / depressed. Aku pujuk mak, sementara je ye mak, nanti buat dialisis kat rumah senang la kan, aku kata. Mak angguk. Makcu kata mak tu dah hopeless, ada cerita dia nak bagitau aku. Nanti makcu called cerita, janji makcu.

Di Pusat dialisis, aku ambil kerusi roda dan mintak tolong jejaka2 kat Pusat Dialisis tu angkat mak. Memang nampak kekok. Makcu je yang boleh angkat mak dengan senang, dan aku nampak mak selesa (Walapun hakikatnya bukan semudah yang kita tengok). Naik keretapun dia nak naik kereta makcu, bukan kereta aku, tapi aku tanya dia jawab, kereta mana2 lah. Lepas mak masuk dalam Pusat tu, aku balik. Aku nampak mak dah tak sapa sesiapa, selalu dia suka menegur kawan2 sedialisisnya. Nampak dia penat. Tadi masa masuk ke kereta kepala mak terantuk.

Petang aku called Angah yang jaga mak kat P.Dialisis, tanyakan keadaan mak. Angah kata so far ok. Ada nak tolong apa2 tak, takde apa, kata angah. Ok kalau macam tu anjang terus balik tau, lepas ambil kakak dari sekolah ni aku kata. Balik lah angah kata.

Aku attended talk on hypertension semasa HR road show hari ni, sifir kesihatan ialah lifestyle perlu ubah untuk ubah tahap kesihatan kita. The most important thing is exercise kalau kita dah didiagnosed hypertension. Ubat hanya sementara dan selagi kita tak berubah, ubat akan bertambah dan berubah2, doktor yang bagi talk tu menambah. Aku check kesihatan aku menggunakan sejenis machine dengan hanya menggunakan jari manis kiriku. Terlupa pulak nak tanya, apa jenis pemeriksaan tu. So, bahagian kepala kurang oksigen. Bahagian jantung ada kapilari darah yang tebal menunjukkan sudah ada lemak di situ dan ada kapilari yang berhuruf 8, menunjukkan ada sedikit problem di jantung. Kakipun ada problem aliran darah, mungkin tu sebab aku sakit tumit. Aku janji dengan diriku, aku nak exercise, masa aerobik 2 Jun nanti Insya Allah aku nak join. Bos kata ada permintaan nak buat every week program aerobik, ala bos, I dah janji dengan diorang kalau ada sambutan sebulan kita buat 2 kali. Ok, bos kata kita tengok sambutan next program ni. Bos dah pesan suruh aku email about that program a week before and a day before. Aku jawab, OKEH boss!

Saturday, May 22, 2010

Siang tidur malam berjaga

Hari ni aku pergi sek. 7 lepas ambil abang setelah tamat program campingnya. Sebelum tu aku msg makcu, ada ramai manusia ke kat rumah dia. Dia jawab ramaiii, arif sorang je. Buat lawak pulak kataku. aku msg lagi ada nak beli apa2 tak? Orang ke? Dia jawab memang banyak yang nak dibeli tak list down lagi, kalau ada jual orang yang boleh tolong angkat mak, beli la katanya.

Masa aku datang makpun sedang solat zohor. Aku bagi anak2ku makan tengahari, yang aku beli siap2. Saja malas nak susahkan makcu kena siapkan makan tengahari untuk kami. Abang dah sudah makan katanya. Aku beli ABC 3 bekas, hmm sedapnya kata makcu makan ABC tu dengan Arif.

Habis solat aku urut kaki mak lagi. Makcu dan alang ambil peluang keluar shopping. Alang nak beli permata hijrah untuk matanya yang sakit katanya. Alang kata dok simpan2 duit, kang bute pulak mata; tak guna jugak. Aku kata tau takpe..hehehe.

Mak tertidor lagi. Aku tanya mak mengantuk sangat ke, asyik nak tidor je. Ntah lah mak kata, malam susah nak tidor. Jadi siang mak mengantuk, sebab malam tak cukup tidor. Aku kata cuba mak jangan tidor siang, cuba je, kot2 nanti malam senang tidor. Aku tengok mak tertidor lagi. Takpe la ngantuk sangat la tu. Aku biarkan mak tidor, sementara tu selesai zohor aku tidorkan si adik, dengan aku aku sekali tetidor.

Aku terjaga bila alang dan arif ketuk pintu. Aku jenguk mak, mak tidor, aku kejutkan mak tanya nak solat asar tak? mak kata mungkin mak terkencing atau b***k. Aku check pampers mak. Ha ah aku kata mak terbe... ni. Mak macam tak rasa sangat. Takpe, mak selesaikan dulu apa2 yang patut. Dah selesai aku bersihkan mak dengan spray dan wet tissue. Aku bangga dapat buat kerja tu untuk mak. Itupun tidak mungkin dapat membalas jasa2 mak. Memang tak mungkin, aku tau itu. Selesai saja, aku salinkan pampers mak dengan bantuan makcu. Aku belum cekap lagi. Mak mengiring ke kiri pastu ke kanan. Aku ambilkan air untuk mak berwuduk. Makcu yang tolong wudhukkan mak.

Sebelum tu, hubbyku pergi berjumpa dengan doktor di Gombak. Aku tak dapat pergi sama, kerana kena ambil abang sesudah camping. Dia msg aku, kata nak makan sup ketam untuk tambahkan darah. Aku kata beli la ketam kat pasar malam, hari ni ada pasar malam kat tempat kami tu. Dia msg lagi, nak beli ketam apa? Aku kata janji ketam beli je la (itu yang sahabatku Aza kata, apa2 ketampun boleh). Hubby msg lagi dah beli ketam. Sementara tu, Ateh and family datang.

Lepas solat asar, aku siap2 nak balik, nak masakkan hubbyku sup ketam. Sampai rumah aku terus masak nasi dan siang ketam dan buat sup. Aku goreng ikan kering, bakar ikan bawal. Selesai solat maghrib saje aku hidangkan untuk makan malam familyku. Sayur rupa2nya dah habis dalam fridge. Tapi sedap jugak la sekali sekala makan tanpa sayur. Ikan kering tu dah buka selera hubbyku. Sup ketam? Sesungguhnya aku bukan lah chef terbaik untuk suamiku.

Mak Dah discharged!

Semalam 21 Mei 2010, Angah msg mengatakan mak dah boleh keluar petang ni. Aku tanya aku perlu ke sana ke? Angah kata tak perlu lah sebab ada abang ngah. Asupun ada Yong kata, masa yong telefon aku. Ok la tu dah ada dua orang 'badang' tolong angkat mak masa keluar nanti.

Semalam seharian meeting review AKP criteria. Sudahnya criteria menjadi checklist sahaja, yang perlu diisi oleh semua departments/centres untuk proses shortlisting. Tahun ni aku suggested, AKP direhatkan sementara all departments/centres familirize dengan new checklist. Tapi perlu kepada 2nd checklist for auditor to use during site audit. Itu lain hari pulak aku kena fikirkan. Nanti kalau dah stuck aku akan panggil lagi semua ahli GQOSHE yang bijak pandai untuk create 2nd checklist.

Masa aku meeting tu, si kakak called aku. Dia tak nak pergi sekolah kebangsaan or pergi ke sambutan hari guru boleh la dia kata. Aku ingatkan dia kepada perjanjian kami pagi tu, kalau dia nak ke sekolah agaama untuk sambutan hari guru, boleh, tapi dia kena usaha sendiri, iaitu kena naik bas. Kalau dia nak ke sekolah kebangsaan, aku akan hantar. Kakak mumbling ntah apa ntah aku tak berapa dengar. Ok ye, mummy tengah meeting ni, boss mummy ada kat sebelah ni aku kata. Dia tengah marah ni, aku kata, nak menghentikan perbualan dengan kakak. Boss aku senyum je. Korang ni macam nak pergi lawyer je 'ada perjanjian' dia ajuk cakap aku tadi. Masa rehat, aku pujuk kakak, bawa dia belikan hadiah untuk ustazahnya, Isnin boleh bagi aku kata. Nak belikan novel yang dia minta, dah tak sempat, sebab dah nak masuk kelas. Kakak masam dan buat hal tak nak jugak pergi. Aku kena tegas, tak nak ajar anak2ku ponteng kelas, mengikut kawan2 lain yang ponteng. Bebudak transit ramai yang ponteng kalau ada event macam ni. Aku dan hubby memang dah set up our mind takkan benarkan dia dipengaruhi kawan2, especially untuk ponteng. Kecuali sakit atau memang emergency je boleh ponteng sekolah, itupun kena bagi surat kat cikgu.

Petang aku tergesa2 hantar beg si abang (anakku syafiq) untuk camping. Dari jauh dia dah berlari2 mendapatkan aku, ye la dia sorang je lagi yang belum pakai kasut sukan. Kekawan yang lain sume dah bersedia nak exercise. Aku hantar begnya ke bilik persalinannya di belakang Dewan Serbaguna. Pastu aku keluar untuk belikan dia air oren yang aku dah janjikan pada paginya. Aku sampai kembali dah sudah habis jogging petang tu. Seronokk la dia dapat air twister perisa oren.

Aku pulang ke sek. 7 petang tu, untuk jenguk mak yang dah keluar hospital. Mak solat maghrib masa aku sampai. Solat baring. Aku sempat urutkan mak, bersembang dengan mak. Mak tanya lagi aku, macamana mak boleh jadi macam ni. Aku tanya, apa last sekali yang mak ingat. Mak kata, mak ingat badan mak berat nak bangun, mak sakit perut, anjang bawak mak klinik prebet (private). Tu je dia kata. Anjang bawa pergi hospital? Mak tak ingat kata mak. Mak makan kacang kuda rebus? Mak buat dialisis kat hospital masa anjang lawat masa balik dari kenduri kahwin? Mak geleng kepala. Takpela, janji sekarang mak dah sedar. Dah boleh solat walaupun dalam keadaan berbaring.

Tapi mak masih lemah, belum nampak keceriaan. Sesekali adik (anakku syahmi) datang mendekati mak, panggil mak 'nenekk, nenekkk' dengan irama manjanya itu. Mak cuba senyum. Yee..mak balas. Eiii..kata adik, seolah-olah takut tengok hidung mak berplaster, untuk salur makan mak. Adik jangan kacau nenek tau, nenek sakit, aku kata kat si adik. Mak tanya lagi, ada ke Uda datang. Aku kata ada, mak tak ingat ke? Tak, mak geleng. Ada mak dia datang baru ni je, weekend minggu lepas. Itupun mak dah tak ingat. Kesian mak. Takpela janji aku masih boleh cium mak. Bercakap2 dengan mak.

Pukul 9.00 lebih aku nak balik. Tak tidur sini ke tanya makcu. Nanti la, esok lusa ke anjang datang la tido. Sementara alang ada ni, boleh la dia temankan ko dulu. Anjang nak tengok si abang kat taska dulu. Lagipun aku terkenangkan hubbyku kat rumah, kang apa2 hal, susah. Esoknya dia nak pergi sekali lagi ke tempat dia berubat sekarang ni, kat Gombak (bukan wangsa maju) katanya. Aku pergi taska, tapi tengok budak2 tu takde kat luar, rasa malas pulak nak jenguk ke bilik aktiviti diorang tu. Akupun terus balik, kakak dan adik dah tertido dalam kereta. Dalam pukul 10.00pm aku sampai rumah.

Thursday, May 20, 2010

Mak Balik Sehari Dua Lagi

Petang tadi aku ke hospital pada pukul 4.15pm. Sampai di sana dalam pukul 4.35pm. Kalau jalan tak jem, smooth je boleh sampai sekejap je, tapi kalau jem, 1 jampun belum tentu sampai. Ada Kak Long (cousin) visit mak, Kak Long ada appointment dengan O&G, jadi dia singgah sebentar jenguk mak. Angah, Abg Ngah, Alang dan Yong serta Arif ada sekali.

Sebelum tu aku pergi ke kelas B.Arab setiap tengahari Khamis. Masa pulangkan homework kami, Ust. Esa kata, dia nampak banyak 'inovasi' yang kami telah lakukan ke atas homework kami. Salah la tu maknanya homework yang dibuat. Akupun ada 'inovasi' yang dah kubuat pada feel mudharik. Hehehe.. nak buat camne, aku buat homework tu dalam keadaan kalut, jadi hasilnya pun kelam kelibut.

Angah kata mungkin Jumaat or Sabtu, doktor akan keluarkan mak. Hari Isnin ni, macammana. Sape nak angkat mak ye. Biarla Isnin la baru fikir kata hatiku. Yong suggest biarla mak keluar hari Sabtu, jadi time cuti tu ramai la yang boleh tolong angkat mak especially, jejaka2 yang gagah perkasa kat kg. tu (Ateh dan Uda). Tapi hari Isnin? nak pergi dialisis camne?

MAk dialisis air secara manual, maknanya takde involve machine yang canggih dan berharga sebiji kereta kancil tu. Jadi kosnya kurang la sedikit, dlm RM2600 saje termasuk dressing perut. Yong akan attend kursus penjagaan dialisis air di rumah minggu depan, untuk abang long, sebab permohonannya dah diluluskan.

Untuk mak nanti, mungkin angah yang akan attend kursus. Aku suggest kita pi ramai2 nak, jadi sorang tak boleh buat, sorang lagi yang boleh buatkan untuk mak di rumah Yong nanti. Mak diam je masa kitaorang berbincang hal tersebut. Tapi doktor nak kalau boleh sorang je maintain buatkan untuk mak. Bukan apa takutkan jangkitan kuman kalau ramai2 yang operate. Rumahpun kena sentiasa dalam keadaan bersih. Senangkan mak dah tak payah pergi mana2, buat dialisis kat rumah je. Mak angguk. Tapi sementara waktu ni, kena sacrifice sikit la dulu, sebab belum boleh lagi buat dialisis kat rumah tu.

Sambil urut kaki kanak mak, aku kata kat mak, senyum la mak. Mak balas buat apa senyum? Aku kata senyum boleh hilangkan stress, awet muda dan lupa yang kita sakit. Yong, Angah dan Alang ketawa. Makpun tersenyum kelat. Ha kan nampak ceria sikit kalau dah senyum tu. Kakak2ku sengih jee. Aku cakap dengan diorang, mak ni boleh solat jamak sebab sakit, tapi tak boleh solat qasar. Maknanya 3 kali je mak solat. Senang la sikit. Lagipun mak dalam keadaan darurat. Leher mak baru je kena tebuk semalam untuk buat saluran dialisis.

Aku balik dalam pukul 5.20pm untuk kejar anak2ku yang tiga orang tu pulak. Selesai makan malam aku siap2kan barangan si abang nak pergi camping esok. Abang sungguh excited. Dah lama dia tunggu saat ini..camping! Bebudak la katakan, seronok je yang diorang fikirkan. Aku fikir biarla diorang berseronok, sehingga ke satu ketika, budak2 ni kena mula berfikir secara serius, especially bila dah mula masuk alam remaja.

Esok kakak ada sambutan hari guru kat sekolah agamanya waktu petang, dia pujuk aku supaya benarkan dia pergi, aku sebenarnya tidak berapa setuju dia pergi sebab petang tu ada sekolah kebangsaan. Kalau nak bagi hadiah, bebilapun boleh aku pujuk kakak, tapi dia berkeras, aku kata tengok la esok.

Wednesday, May 19, 2010

Hospital2 jugak, homework kena buat jugak!

19 Mei 2010, aku tak ke hospital. Nanti Abang Ngah anta kami msg angah kepada ku. Aku jawab, K. Tengahari tu, aku keluar sebentar ke Alam Sentral, bawa kepalaku yang pening2 lalat ni bersama2 Lin. Kami makan di restoran Ani Sup Utara, Lin belanja aku. TQ ye Lin. Harap2 rezeki 'secupak' akan menjadi 'segantang' untuk lin sekeluarga.

Aku hanya msg angah, bertanyakan keadaan mak. Angah kata tadi mak ok je, masa angah balik. Malam ni alang tunggu. Angah balik rumah angah, esok baru angah yang tunggu pulak. Habih si kecik arif tu? aku tanya. Dia ikut Yong rupa2nya. Ok je makcu kata, mulut dia riuh macam selalu jugak, kata angah melalui msgnya kepadaku. Tangan dah ok ke? aku tanya angah lagi. Semalam sewaktu aku melawat mak, aku urut tangan angah yang lenguh tu guna cream yang doktor klinik soraya bagi kepada ku (untuk sakit tumitku ini). Angah kata 'ok la ckit2, tak macam memula dulu'. Alhamdulillah, kesian dia, sampai lenguh tangan (sehingga nak menulispun tak mampu) jaga mak. Tak pela angah, pasti ada ganjaran dariNya tu nanti.

Mak mungkin akan keluar pada hari Jumaat ni, angah bagitau aku sewaktu aku melawat semalam. Sementara tu, mak akan cuci darah macam biasa. Takpe la nanti Abang Ngah tolong angkat mak, kata angah. Itu sementara nak buat salur kat perut mak untuk cuci air, tengah tunggu turn (queue) kat hospital serdang. Kesian mak, lepas satu, satu kena tebuk. Sementara itu, doktor akan buat salur ikut leher mak, untuk cuci darah. Hmm... aku rasa mak dah immune dengan kesakitan. Diapun dah tak berape mengaduh masa aku urutkan kaki kanannya yang sakit itu, guna cream yang sama aku urut angah.Cuma berkerut sikit, tapi tak macam memula dulu, pasti akan terjerit dianya. Harap2 mak boleh jalan macam biasa. Mak kuat semangat, mana tau kan boleh jalan.

Aku nak siapkan homework Ust. Esa, nak buat wazan 1 hingga 5. Ntah terbuat ke tak? mata ni macam dah mengantuk je. Kalau aku buat, dan tak boleh pergi kelas nanti, aku pas je kat lin. Kalau aku pergipun entah2 tak terbuat homework pulak. Nanti ye aku cuba usahakan.

Monday, May 17, 2010

Buat dialisis air, keputusan terkini

Hari ni 17 Mei 2010 dari pagi lagi aku dah acumm sekali, acumm dua kali, dan hacccum.. Hidungku dah bagi warning, aku pulak kena selsema, maknanya aku kekurangan vitamin C la ni. Kepala rasa berat, tapi aku gagahhkan juga, kalau tak sape nak bangunkan aku, siapkan anak2 ku ke sekolah. Hari ni aku kena attend training Internal Auditor for EMS. Hari ni dan esok. Banyak jargon baru aku pelajari, antaranya eutrophication, first time come accross perkataan ni. Maknanya, apa ye? aku lupa2 ingat, tapi simple layman term, yang aku boleh catch up, increasing in algae disebabkan oleh chemical such as detergent, so reduction in water quality, jadi ikan tak dapat hidup di dalam air tersebut. Dan banyak lagi aku kena familiarize kalau nak jadi good internal auditor. Aku tanya cikgu yang mengajar Pn. Aminah Ang, non-technical people macam aku ni layak ke jadi internal auditor for EMS. Dia kata okkk, lama2 ok la tu.

Tengahari aku minta kebenaran Pn. Aminah, untuk masuk lambat sedikit kerana aku terpaksa menghantar Angah ke hospital. Alang yang jaga mak malam tadi. Arif anak alang tidor dengan angah, ok pulak dia ni. Makcu kata, takpe dia hantar angah nanti petang kalau aku terkejar2. Aku kata takpe, sebab aku tak boleh jaga mak, jadi despatchpun jadilah, aku kata. Angah kata tetiba je tangan kanannya lenguh, tak boleh angkat. Kenapa pulak tu, aku tanya. Entahlah tetiba bangun tidor katanya. Angah nampak sebak. Takpe, kalau angah tak boleh angkat mak, minta tolong yong, kan dia ada jaga abang long kat situ jugak, aku cadangkan kat angah.

Hari ni mak dipindahkan lagi ke katil lain, dekat dengan meja nurse pulak. Mak tidor masa aku datang, lagipun aku sekejap sahaja. Aku tengok mak macam penat, dah tak ceria macam selalu. Laaa aku lupa nak bagi angah tadi masa dalam kereta tadi, aku bawakan multivitamin keluaran hovid pure. Kesian aku tengok kakak2ku, mesti letih, jadi aku bagi multivit tu supaya diorang segar terutamanya di hospital ni. Actually jaga orang sakit ni walau buat kerja tak seberapa, tapi sangat memenatkan. Aku terpaksa pergi ke kereta, ambil vitamin, dan masuk semula ke wad. Hmmm.. habis masa kat sini je, aku kata dalam hati. Aku bagi angah, dan jalan semula ke kereta untuk balik semula ofis. Dalam pukul 2.35pm aku dah sampai sebenarnya tapi sengaja masuk dulu ofis ambil air baru la ke Bilik vanadium semula tempat training diadakan.

Doktor nak keluarkan mak kalau boleh dalam minggu ni juga, angah msg aku. So, dia nak keputusan samaada nak buatkan dialisis air or darah. Uda kata kat kampung takut takde kekosongan kalau nak buat dialisis darah, kalau dialisis air sape pulak nak buatkan untuk mak. Lagipun tangan mak tu dah teruk dikerjakan dek doktor dan nurse masa cari urat mak itu hari. Sampai lebam2. Fistula mak dah tak function since kena stroke and high BP masa tu.

At last, Yong, offer jaga mak, buat dialisis air kat rumah dia. Lagipun bilik dialisis dah siap kat rumah Yong tu, tinggal tunggu mesin saje. Abang long payah jugak nak dapat dari kerajaan selangor ni sebab dia orang perak. Mak mungkin senang sikit dapat mesin tu, walau orang perak tapi dah lama bermastautin di selangor ni. Jadi boleh la share2 dengan mak. Harga mesin yong kata about 40K satu mesin, dan maintenancenya kalau rosak, tak kurang 1K. Takpela InsyaAllah adala rezeki untuk mak dan abang long tu. Tapi itu bukan penyelesaian segala masalah. Banyak yang mak kena lalui lagi, iaitu, kena buat salur dekat perut pulak. Kena tebuk perut pulak. Doktor akan arrange dengan hospital serdang. Kena tunggu queue. Sementara tu mungkin mak kena duduk hospital lagi.

Aku berdoa semoga segala urusan dipermudahkan Allah, terutamanya kepada Yong. Semoga Yong dirahmati Allah dengan keputusan Yong itu. Segala belanja mak dan bibik, Yong jangan risau, kami adik2 yong yang akan uruskan. Aku msg angah, minta dia belajar juga cara2 handle mesin di rumah nanti, in case of emergency, at least ada la yang menggantikan Yong. InsyaAllah angah jawab.

Petang tadi keretaku buat hal lagi, alarm dah tak berbunyi tapi lampu emergency dok kelip2. Horn masih tak function. Lepas kena cabut wayar itu hari, aku masih tak berkesempatan untuk buat appointment dengan TOYOTA disebabkan kekalutan yang aku alami sekarang ni. Aku bawa balik kerja konon nak buat kat rumah, tapi tak pernah menjadi. Kerja banyak bertangguh di ofis dah kena pergi training pulak. Aku harap semuanya akan settle tak lama lagi, once mak dah duduk di rumah Yong, dah keluar hospital, dah start buat dialisis dengan air.

Tapi aku masih ada satu masalah yang perlu difikirkan...my beloved hubby. Aku hanya harap dia dapat bertahan dari segala kesakitan, aku akan pastikan dia tak tertekan dan sentiasa happy, biar lupa kepada penyakitnya. Dan tetiba dah tak sakit. Amin. Kata Dr. Tina, kita kena guna subconcious mind dan bayangkan apa yang kita nak, InsyaAllah ianya adalah sebahagian dari doa, dan kalau diizinkan Allah ianya boleh terjadi.

Sunday, May 16, 2010

Sape nak jaga mak?

Pada hari Sabtu, aku mengemas rumah dan mencuci baju2 kotor yang belum bercuci. Petangnya aku ambil kesempatan lawat mak di hospital. Masa aku datang, ramai yang ada, Ateh dan family, Angah, Alang dan Makcu. Aku tanyakan Ateh, macamana keputusan dia dan Uda. Dia kata masalahnya sape nak jaga mak. Sape nak jawab soalan tu? Aku ke yang nak kena jaga mak? Kat mana2pun mak berada, sape yang nak jaga mak. Bibik akan sampai 2 minggu lagi. (tu pun kalau dia balik, kalau dia ambil keputusan sebaliknya dengan alasan2 dia). Mak kat hospital seminggu lagi, hanya ada masa seminggu je takde sape yang jaga mak. Aku rasa seminggu tu InsyaAllah boleh settle.

Mungkin menung mak tu fikirkan nak duduk dengan sape, anak lelaki ke anak perempuan? Itu soalan yang dia pernah lontarkan kepada bibik, bibik yang bercerita dengan aku. Bibik kata kalau ikut memang tanggungjawab anak lelaki, sebab anak perempuan tanggungjawabnya dengan suami. Tapi kalau dengan anak lelaki, nak ke menantu perempuan dia jaga mak?? Itu persoalan yang mungkin mak fikirkan. Sekarang ni persoalannya lagi, dengan sesape saje mak duduk, sape nak jaga mak sementara bibik tiada ni, angkat mak pergi dialisis? Aku teringat kalau lah aku yang sakit, aku memang kena buat sendiri semuanya. Kalau aku tak boleh bangun, maknanya aku akan terlantar sementara sihat atau sementara ajal tiba?

Aku kat hospital sekejap saje, sebab bawa bebudak yang bertiga ni sekali, hubby tak berapa berkenan. Aku terpaksa ikut kehendak dia, bahawa sebentar saje boleh di sana. Terus ke Jusco Bukit Tinggi, Klang sebab dia nak beli seluar katanya. Tapi tak berjumpa yang dia berkenan. Lepas makan kami balik ke rumah.

Hari Ahad ni, adalah hariku menggosok baju2. Sepatutnya pagi Ahad aku kena attend kursus, dah tiga minggu aku tak pergi, sebab takde siapa yang nak jaga bebudak ni. Pagi ni hubby, aku minta pergi, sebab ada ceramah berkenaan kesihatan. Aku rasa dia perlukan maklumat lanjut disebabkan keadaannya yang tidak sihat itu, sekiranya berada di sana nanti. Aku jaga bebudak di rumah dan segala info aku minta hubby cerita kemudian.

Saturday, May 15, 2010

Mak Tak Ingat Apa Yang Terjadi

Semalam 14 Mei 2010, lepas hantar kakak ke sekolah petang, aku ke hospital untuk melawat mak. Mak kelihatan sihat sedikit, tapi mak dah tak senyum sekarang. Aku kata kat mak, mak senyum sikit, mak buat dek aje... aku tak tau apa yang mak fikirkan. Kekadang aku tengok mak merenung jauh.

Doktor suruh kami buat keputusan samaada nak buatkan mak dialisis di rumah iaitu dialisis air atau dialisis darah macam kebiasaan. Tapi doktor kata kalau pergi buat dialisis kat pusat dialisis, kena arrange transport dan katil di pusat dialisis, dan kena ada orang angkat mak, sebab mak dah tak boleh bangun duduk sendiri, kena ada orang tolong. Ini berikutan stroke yang dialaminya.

Aku called Abang chik (Ateh). Aku tanya ateh tgh meeting ke? tak, kat rumah ni kata ateh. Ok, senang sikit nak cakap. Aku terang kat ateh tentang keadaan mak, aku minta ateh dan uda fikirkan tentang mak pulak, apa keputusan yang perlu dibuat. Aku memang dah tak boleh fikir, setakat hantar mak aku boleh buat, tapi nak angkat aku surrender, nak dokong anakku Syahmipun kekadang tak mampu. Aku tengok mak menung panjang. Mak fikir apa tanyaku? Takde apa, sape yang nak jaga mak nanti, katanya. Ala mak tak yah la fikir, kitorang yang akan fikir ye. Aku pujuk mak.

Sambil gosok kaki mak dengan minyak/balm aku kata, mak kena exercise. Pagi tadi pakar fisioterapi datang ajar mak buat exercise, kata angah. Memang mak buat, sesekali mak angkat tangan, gerakkan kakinya. Mak boleh mengiring, tapi nak bangun sendiri tak boleh lagi. Aku tanya mak, mak ingat tak apa yang dah berlaku. Mak geleng kepala. Mak tanya sape bawak mak pergi hospital. Angah kata Anjang. Aku tanya mak ingat tak apa jadi sebelum mak tak sedar diri. Mak kat tak ingat. Apa jadi mak tanya balik. Aku cerita la tentang mak makan kacang kuda rebus yang mak sendiri suruh yong belikan. Mak tak sedar dalam seminggu, apa yang mak rasa. Mak kata tak ingat apa2.

Aku kena balik sebab ada tugasan lain yang menungguku. Hari Sabtu dan Ahad, hariku bersama keluarga. Bossku suruh bagi 5S talk di Semenyih hari Sabtupun aku terpaksa sub-con ke Burhan, officemateku. Itu company anak Tan Sri Tajuddin katanya. Any offers on weekend memang aku kena surrender. Thanks ye Bur, sebab faham situasi aku.

Makcu called kata dia on the way ambil alang kat bus station. Mungkin alang yang akan tunggu mak malam ni katanya.