Friday, May 28, 2010

Sambutan Hari Guru

Khamis 27 Mei 2010, taska anakku mengadakan sambutan buat guru2 dan pengasuh2. Aku terlewat sedikit sampai, abang baru sudah memulakan majlis dengan membaca al-quran diiringi oleh terjemahannya oleh Auni. Terlepas mendengar bacaan abang. Abang kata kenapa mummy takde masa abang baca quran. Aku sedikit kesal. Sorry la abang mummy ada kerja tadi.

Selepas ucapan oleh pengerusi Taska, persembahan dimulakan dengan persembahan kanak2 2 tahun, iaitu group adik. Adik pakai croc costume. Lagu chicky dance mengiringi persembahan. Tapi takde sorangpun yang berdancing. Semua tegak macam batu. Adik? Lerr adik apasal menangis kat atas tu. Mungkin panas sebab pakai costume tu. Mungkin dia terpandangkan aku. Lagipun adik tak sihat, malam adik demamm panas badan dia. Siang sedikit dedar, batuk dan selsema. Takpe baru first time, cultural shock la tu.

Masa time abang buat persembahan, dia pulak yang berlebih2 nak naik atas pentas. Tak terkejar aku, aku hantar adik masuk bilik. Abang jadi ketua persembahan yang bagi arahan kat kawan2, one, two, three kata abang, kawan2 semua ikut tunduk, dan up. Program habis dekat pukul 12.00pm.

Pagi tu ada training sambungan semalam, tapi hari ni boss besar aku yang bagi. Itu hari aku dah attended. Aku cakap dengan boss kecik, aku tak dapat attend training hari ni, sebab pagi ada program anakku itu, dan petang aku nak cuti, sebab anakku tak sihat. Ok kata boss kecik, Ir. Kasim. Dia ok saje.

Tengahari selepas program sambutan hari guru, aku ambil kesempatan lawat mak kat hospital. Kelas Bahasa Arab, aku terpaksa skipped. Minta tolong Lin ambilkan homework minggu lepas. Mak baru lepas tukar salur kat leher tu, masa aku sampai. Mak nampak segar sedikit, tapi badan mak keluar bintik2 merah. Allergic. Mungkin allergic kepada ubat klinik yang dibagi masa mak pergi baru ni, semasa bleeding kat leher tu. Katil opposite tu orang sedaerah mak. Aku kata ntah2 sedara mak tak, aku berjenaka. Mak tersenyum manis. Haa first time nampak mak senyum. Mak minta aku picit kaki mak. Aku sempat bersembang dengan auntie sebelah katil mak. Chinese. Dia nak cepat2 keluar hospital.

Balik dari hospital, aku ambil anak2ku, kebetulan kakak cuti sekolah petang sebab pagi dorang adakan sambutan hari guru. Kakak ada exam sekolah pagi, jadi takde lah kes nak attend program pagi tu. Lega sikit aku. Balik tu aku pergi ke Giant sek. 13, beli sedikit barang, nak bawa bebudak ni berjalan sekejap. Tujuanku sebenar ialah nak cari product Xangosteen untuk ketuat adik, anakku yang tumbuh dimuka itu. Dulu abang kena penyakit yang sama, aku bagi produk tu, nampak mujarab. Tapi sekarang payah nak cari produk yang sama. Mungkin sebab mahal, ianya imported from US. Dah merata aku cari. Produk ni good for skin. Ketuatpun boleh tertanggal.

Balik rumah, aku nak berehat sebab badanku terasa penat. Aku masak untuk makan malam. Simple je.

Thursday, May 27, 2010

Mak Warded Lagi

Rabu, 26 Mei 2010, aku ada training OSHMS Internal Auditor pulak. Seharian di Bilik Seminar. Aku sempat lagi create image untuk program aerobik bulanan, dan email to all staff. Tengahari aku lari ke rumah mak di sek. 7, kena hantar mak ke pusat dialisis di sek. 3. Asu terpaksa datang all the way from Putrajaya untuk angkat mak. Kat pusat dialisis, abang ngah yang tolong angkat mak. Petang aku text angah tanyakan keadaan mak. Angah kata badan mak menggigil2, walaupun dah 2 selimut bagi kat mak. Kebetulan doktor pakar melawat hari ni. Mak kena refer to hospital semula, suspected jangkitan kuman kat salur dialisis mak di leher tu.

Sebenarnya kelmarin salur kat tengkuk tu bleeding, aku half day that day. Makcu yang hantar mak ke DEMC, lepas dressing dorang suruh balik. Makcu ada meeting katanya, jadi aku take over. Lagipun mak demam. Malam tu nak bawa mak pergi hospital, mak tak nak. Petang ada meeting on OSHE day. InsyaAllah akan disambut pada 9 Julai 2010, tu je date yang ada kosong kat bilik Titanium.

Aku ke pusat dialisis petang tu, lepas ambil kakak balik sekolah. Nurse kat pusat dialisis tu suggest mak dibawa secepat mungkin sebab mak demam, badan mak panas. Aku dok fikir, sape nak bawa mak nih. Dalam kereta ada bebudak tu, aku called hubby minta tolong dia bawakan balik bebudak, dia kata dah on the way balik. Takkan nak suruh dia patah balik. Hubby suggest call ambulan, aku buat. Tapi bebudak dialisis tu kata, kalau nak tunggu ambulan entah bila nak sampainya dalam keadaan jem orang balik kerja ni katanya. Nak tunggu makcu, dia dari KL ada seminar, lambat jugak. Asupun kesian pulak dekat dia, diapun kena ambil anaknya sekolah petang juga dan somemore jalan surely jem.

Aku tak nak putus akal. So aku nekad, aku akan bawa mak, bebudak aku suruh bertolak ansur dan bersabar. Ini adalah pengalaman paling berharga buat diorang, harap2 menjadi contoh tauladan/ iktibar buat anak2ku. Walau aku tau dorang penat tapi adakalanya kita perlu berkorban demi ibunda tercinta. Si adik dah buat muka seriusnya tu, sebab tak dapat duduk sebelahku di seat hadapan, sebab aku baringkan mak di situ. Dia duduk di seat tengah dengan angah, sambil baring dia tendang2 pintu kereta, kekadang dia tolak seat mak duduk dengan kakinya. Adik sekejap je ye, nanti adik duduk dengan mummy dekat depan ye, sesekali angah pujuk adik. 2 orang lagi anakku aku suruh duduk di seat belakang sekali. Alhamdulillah diorang akur.

Aku daftarkan mak di wad emergency, selepas MA hospital angkat mak naik ke strecher. Aku tengok mak sekejap sebelum angah take over, dan aku balik. Aku tau mak sedih, walau takde air mata lagi yang keluar, tapi dari raut muka mak aku tau dia kesedihan. Mungkin sebab dia dah tak bermaya, sakit, dan tidak selesa dengan keadaannya sekarang. Aku kata mak sabar dan jangan lepas dari zikir kepada Allah. Dalam keadaan mak lemah ni, makhluk Allah yang kita tak nampak tu, senang je nak menyelinap ke dalam badan kita, aku kata kat mak. Mak angguk. Nanti takut mak stroke lagi, aku kata. Mulut mak kumat kamit, zikir.

Dalam perjalanan pulang aku dapat call dari Kak Iza. Dia kata, An tertinggal nasi dan lauk nih. Alamak, ye la kak aku kata, lupa nak ambil masa balik tadi. Dia dah tapaukan untuk aku bawa balik, lauk dari training tengahari tadi. Memang sedap lauk ikan masak asam pedas, dengan sayur lemak pucuk ubi bertempoyak, dan ayam goreng. Aku kata sedekah je la kat sesape yang ada lagi. Kak IZa kata dah takde sape nih. Ok aku kata aku on the way ke Shah Alam ni dari Klang, boleh la kot singgah ofis kejap. Aku cerita kat kak Iza. Aku sampai dia dah ada kat bawah dalam kereta, aku tak perlu lagi naik atas. Memang rezeki An ni kata kak iza. Terima kasih ye kak Iza. Dalam kereta aku dah bagi kakak dan abang makan. Mujur ada tipuware dalam kereta untuk masukkan nasi dan makan dengan ayam goreng. Lagipun sure dorang dah lapar, sebab dari tadi abang merengek nak makan, walau aku dah bagi roti scotch untuk dimakan sebagai alas perut. Airpun ada lagi, dalam botol air aku yang aku bawa setiap hari ke ofis. Adik dah tertidor di seat depan.

Sampai rumah dalam pukul 9.30pm. Esoknya (hari ini) kakak masih ada 2 subject agama yang perlu ditelaahnya untuk persediaan exam esok. Tapi kakakpun dah pandai work smart, dia dah baca dalam kereta siap2 masa on the pergi dan balik hantar mak tadi. Mujur dia bawa buku tauhid dan feqah tu. Lepas mandi kakak sambung study. Kakak dan abang tak mengaji quran malam ni. Takpela aku kata sekali sekala takpe jangan selalu or tiap2 hari, memang nak kena la dengan aku. Pukul 10.30pm aku ajak anak2ku tidor, kecuali si adik, mata dia dah segar sebab tidor dalam kereta tadi. Aku tak tau dia terlelap pukul berapa sebab akupun dah tak sedar zzzzz masa tu. Esok ada sambutan Hari Guru kat taska, aku kena join untuk bagi support kat dorang sebab anak2ku akan buat persembahan. Training? Lupakan la kejap aku dah attend course tu dulu!

Tuesday, May 25, 2010

Hari Pertama Dialisis Selepas Discharge

Semalam 23 Mei 2010 adalah Anniversary kami yang ke 11. Takde special celebration on that day, just wished each other. Nak celebrate camne ye? buat party tak mungkin. Nak pergi makan2, kitorang dah buat awal, makan2 kat Serai, Sek. 3 hari Jumaat lepas. Nak pergi berdua saje, bebudak nak 'buang' kat mana? takpe la janji masih ingat date 'terindah' dalam hidup tu. Hadiah? Kesihatan itu adalah hadiah terbaik dalam hidup. Ingat ini.. 'if you think healthy is expensive, try illness'. Bila dah sakit, then only kita hargai kesihatan.

Hari ini Isnin 24 Mei 2010, mak perlu pergi ke Pusat Dialisis di Sek.3 seperti kebiasaan. Lunch hour aku berkejar ke sek. 7, nak bantu apa yang patut. Aku sampai, Hafiz (hubby Kak Nyah - anak buahku / menantu Yong) dan Abang Ngah ada sama. Tak lama Makcu pun sampai. Aikk, awat hang balik? aku tanya makcu. MAkcu speaking pulak, 'She asked me to be back' sape? aku tanya, mak ke? Ha ah, kata makcu. Mesti mak nak makcu yang angkat mak. Sebab tu hari masa bibik ada, dia ada bagitau aku, mak punya concern, nanti sape nak tolak dia ke Pusat dialisis masa bibik takde, sebab Anjang dan Angah dua2 dah pernah operate, dia takut kami yang terpaksa angkat la tu.

Memang Makcupun yang angkat mak ke kerusi roda. Mak berpaut kat tengkuk makcu, makcu peluk mak, angkat dan pusing terus dudukkan mak. Aku cakap ngan makcu, banyak pahala ko dapat makcu, tolong mak. Abang Ngah sampuk 300 kali lipat pahalanya. Di kereta, Hafiz dan Abang Ngah yang tolong angkat, nampak kekok, sebab Abang Ngah besar, pintu kereta kecik je, Kalau berdua memang nampak payah. Hafiz sorang nampak tak daya dia. Dalam keadaan tak bermaya ni mak memang berat. Mak nampak sedih / stress. Air mata dah tak keluar lagi dari mata mak, tapi aku nampak mata mak merah, mak sedih / stress / depressed. Aku pujuk mak, sementara je ye mak, nanti buat dialisis kat rumah senang la kan, aku kata. Mak angguk. Makcu kata mak tu dah hopeless, ada cerita dia nak bagitau aku. Nanti makcu called cerita, janji makcu.

Di Pusat dialisis, aku ambil kerusi roda dan mintak tolong jejaka2 kat Pusat Dialisis tu angkat mak. Memang nampak kekok. Makcu je yang boleh angkat mak dengan senang, dan aku nampak mak selesa (Walapun hakikatnya bukan semudah yang kita tengok). Naik keretapun dia nak naik kereta makcu, bukan kereta aku, tapi aku tanya dia jawab, kereta mana2 lah. Lepas mak masuk dalam Pusat tu, aku balik. Aku nampak mak dah tak sapa sesiapa, selalu dia suka menegur kawan2 sedialisisnya. Nampak dia penat. Tadi masa masuk ke kereta kepala mak terantuk.

Petang aku called Angah yang jaga mak kat P.Dialisis, tanyakan keadaan mak. Angah kata so far ok. Ada nak tolong apa2 tak, takde apa, kata angah. Ok kalau macam tu anjang terus balik tau, lepas ambil kakak dari sekolah ni aku kata. Balik lah angah kata.

Aku attended talk on hypertension semasa HR road show hari ni, sifir kesihatan ialah lifestyle perlu ubah untuk ubah tahap kesihatan kita. The most important thing is exercise kalau kita dah didiagnosed hypertension. Ubat hanya sementara dan selagi kita tak berubah, ubat akan bertambah dan berubah2, doktor yang bagi talk tu menambah. Aku check kesihatan aku menggunakan sejenis machine dengan hanya menggunakan jari manis kiriku. Terlupa pulak nak tanya, apa jenis pemeriksaan tu. So, bahagian kepala kurang oksigen. Bahagian jantung ada kapilari darah yang tebal menunjukkan sudah ada lemak di situ dan ada kapilari yang berhuruf 8, menunjukkan ada sedikit problem di jantung. Kakipun ada problem aliran darah, mungkin tu sebab aku sakit tumit. Aku janji dengan diriku, aku nak exercise, masa aerobik 2 Jun nanti Insya Allah aku nak join. Bos kata ada permintaan nak buat every week program aerobik, ala bos, I dah janji dengan diorang kalau ada sambutan sebulan kita buat 2 kali. Ok, bos kata kita tengok sambutan next program ni. Bos dah pesan suruh aku email about that program a week before and a day before. Aku jawab, OKEH boss!

Saturday, May 22, 2010

Siang tidur malam berjaga

Hari ni aku pergi sek. 7 lepas ambil abang setelah tamat program campingnya. Sebelum tu aku msg makcu, ada ramai manusia ke kat rumah dia. Dia jawab ramaiii, arif sorang je. Buat lawak pulak kataku. aku msg lagi ada nak beli apa2 tak? Orang ke? Dia jawab memang banyak yang nak dibeli tak list down lagi, kalau ada jual orang yang boleh tolong angkat mak, beli la katanya.

Masa aku datang makpun sedang solat zohor. Aku bagi anak2ku makan tengahari, yang aku beli siap2. Saja malas nak susahkan makcu kena siapkan makan tengahari untuk kami. Abang dah sudah makan katanya. Aku beli ABC 3 bekas, hmm sedapnya kata makcu makan ABC tu dengan Arif.

Habis solat aku urut kaki mak lagi. Makcu dan alang ambil peluang keluar shopping. Alang nak beli permata hijrah untuk matanya yang sakit katanya. Alang kata dok simpan2 duit, kang bute pulak mata; tak guna jugak. Aku kata tau takpe..hehehe.

Mak tertidor lagi. Aku tanya mak mengantuk sangat ke, asyik nak tidor je. Ntah lah mak kata, malam susah nak tidor. Jadi siang mak mengantuk, sebab malam tak cukup tidor. Aku kata cuba mak jangan tidor siang, cuba je, kot2 nanti malam senang tidor. Aku tengok mak tertidor lagi. Takpe la ngantuk sangat la tu. Aku biarkan mak tidor, sementara tu selesai zohor aku tidorkan si adik, dengan aku aku sekali tetidor.

Aku terjaga bila alang dan arif ketuk pintu. Aku jenguk mak, mak tidor, aku kejutkan mak tanya nak solat asar tak? mak kata mungkin mak terkencing atau b***k. Aku check pampers mak. Ha ah aku kata mak terbe... ni. Mak macam tak rasa sangat. Takpe, mak selesaikan dulu apa2 yang patut. Dah selesai aku bersihkan mak dengan spray dan wet tissue. Aku bangga dapat buat kerja tu untuk mak. Itupun tidak mungkin dapat membalas jasa2 mak. Memang tak mungkin, aku tau itu. Selesai saja, aku salinkan pampers mak dengan bantuan makcu. Aku belum cekap lagi. Mak mengiring ke kiri pastu ke kanan. Aku ambilkan air untuk mak berwuduk. Makcu yang tolong wudhukkan mak.

Sebelum tu, hubbyku pergi berjumpa dengan doktor di Gombak. Aku tak dapat pergi sama, kerana kena ambil abang sesudah camping. Dia msg aku, kata nak makan sup ketam untuk tambahkan darah. Aku kata beli la ketam kat pasar malam, hari ni ada pasar malam kat tempat kami tu. Dia msg lagi, nak beli ketam apa? Aku kata janji ketam beli je la (itu yang sahabatku Aza kata, apa2 ketampun boleh). Hubby msg lagi dah beli ketam. Sementara tu, Ateh and family datang.

Lepas solat asar, aku siap2 nak balik, nak masakkan hubbyku sup ketam. Sampai rumah aku terus masak nasi dan siang ketam dan buat sup. Aku goreng ikan kering, bakar ikan bawal. Selesai solat maghrib saje aku hidangkan untuk makan malam familyku. Sayur rupa2nya dah habis dalam fridge. Tapi sedap jugak la sekali sekala makan tanpa sayur. Ikan kering tu dah buka selera hubbyku. Sup ketam? Sesungguhnya aku bukan lah chef terbaik untuk suamiku.

Mak Dah discharged!

Semalam 21 Mei 2010, Angah msg mengatakan mak dah boleh keluar petang ni. Aku tanya aku perlu ke sana ke? Angah kata tak perlu lah sebab ada abang ngah. Asupun ada Yong kata, masa yong telefon aku. Ok la tu dah ada dua orang 'badang' tolong angkat mak masa keluar nanti.

Semalam seharian meeting review AKP criteria. Sudahnya criteria menjadi checklist sahaja, yang perlu diisi oleh semua departments/centres untuk proses shortlisting. Tahun ni aku suggested, AKP direhatkan sementara all departments/centres familirize dengan new checklist. Tapi perlu kepada 2nd checklist for auditor to use during site audit. Itu lain hari pulak aku kena fikirkan. Nanti kalau dah stuck aku akan panggil lagi semua ahli GQOSHE yang bijak pandai untuk create 2nd checklist.

Masa aku meeting tu, si kakak called aku. Dia tak nak pergi sekolah kebangsaan or pergi ke sambutan hari guru boleh la dia kata. Aku ingatkan dia kepada perjanjian kami pagi tu, kalau dia nak ke sekolah agaama untuk sambutan hari guru, boleh, tapi dia kena usaha sendiri, iaitu kena naik bas. Kalau dia nak ke sekolah kebangsaan, aku akan hantar. Kakak mumbling ntah apa ntah aku tak berapa dengar. Ok ye, mummy tengah meeting ni, boss mummy ada kat sebelah ni aku kata. Dia tengah marah ni, aku kata, nak menghentikan perbualan dengan kakak. Boss aku senyum je. Korang ni macam nak pergi lawyer je 'ada perjanjian' dia ajuk cakap aku tadi. Masa rehat, aku pujuk kakak, bawa dia belikan hadiah untuk ustazahnya, Isnin boleh bagi aku kata. Nak belikan novel yang dia minta, dah tak sempat, sebab dah nak masuk kelas. Kakak masam dan buat hal tak nak jugak pergi. Aku kena tegas, tak nak ajar anak2ku ponteng kelas, mengikut kawan2 lain yang ponteng. Bebudak transit ramai yang ponteng kalau ada event macam ni. Aku dan hubby memang dah set up our mind takkan benarkan dia dipengaruhi kawan2, especially untuk ponteng. Kecuali sakit atau memang emergency je boleh ponteng sekolah, itupun kena bagi surat kat cikgu.

Petang aku tergesa2 hantar beg si abang (anakku syafiq) untuk camping. Dari jauh dia dah berlari2 mendapatkan aku, ye la dia sorang je lagi yang belum pakai kasut sukan. Kekawan yang lain sume dah bersedia nak exercise. Aku hantar begnya ke bilik persalinannya di belakang Dewan Serbaguna. Pastu aku keluar untuk belikan dia air oren yang aku dah janjikan pada paginya. Aku sampai kembali dah sudah habis jogging petang tu. Seronokk la dia dapat air twister perisa oren.

Aku pulang ke sek. 7 petang tu, untuk jenguk mak yang dah keluar hospital. Mak solat maghrib masa aku sampai. Solat baring. Aku sempat urutkan mak, bersembang dengan mak. Mak tanya lagi aku, macamana mak boleh jadi macam ni. Aku tanya, apa last sekali yang mak ingat. Mak kata, mak ingat badan mak berat nak bangun, mak sakit perut, anjang bawak mak klinik prebet (private). Tu je dia kata. Anjang bawa pergi hospital? Mak tak ingat kata mak. Mak makan kacang kuda rebus? Mak buat dialisis kat hospital masa anjang lawat masa balik dari kenduri kahwin? Mak geleng kepala. Takpela, janji sekarang mak dah sedar. Dah boleh solat walaupun dalam keadaan berbaring.

Tapi mak masih lemah, belum nampak keceriaan. Sesekali adik (anakku syahmi) datang mendekati mak, panggil mak 'nenekk, nenekkk' dengan irama manjanya itu. Mak cuba senyum. Yee..mak balas. Eiii..kata adik, seolah-olah takut tengok hidung mak berplaster, untuk salur makan mak. Adik jangan kacau nenek tau, nenek sakit, aku kata kat si adik. Mak tanya lagi, ada ke Uda datang. Aku kata ada, mak tak ingat ke? Tak, mak geleng. Ada mak dia datang baru ni je, weekend minggu lepas. Itupun mak dah tak ingat. Kesian mak. Takpela janji aku masih boleh cium mak. Bercakap2 dengan mak.

Pukul 9.00 lebih aku nak balik. Tak tidur sini ke tanya makcu. Nanti la, esok lusa ke anjang datang la tido. Sementara alang ada ni, boleh la dia temankan ko dulu. Anjang nak tengok si abang kat taska dulu. Lagipun aku terkenangkan hubbyku kat rumah, kang apa2 hal, susah. Esoknya dia nak pergi sekali lagi ke tempat dia berubat sekarang ni, kat Gombak (bukan wangsa maju) katanya. Aku pergi taska, tapi tengok budak2 tu takde kat luar, rasa malas pulak nak jenguk ke bilik aktiviti diorang tu. Akupun terus balik, kakak dan adik dah tertido dalam kereta. Dalam pukul 10.00pm aku sampai rumah.

Thursday, May 20, 2010

Mak Balik Sehari Dua Lagi

Petang tadi aku ke hospital pada pukul 4.15pm. Sampai di sana dalam pukul 4.35pm. Kalau jalan tak jem, smooth je boleh sampai sekejap je, tapi kalau jem, 1 jampun belum tentu sampai. Ada Kak Long (cousin) visit mak, Kak Long ada appointment dengan O&G, jadi dia singgah sebentar jenguk mak. Angah, Abg Ngah, Alang dan Yong serta Arif ada sekali.

Sebelum tu aku pergi ke kelas B.Arab setiap tengahari Khamis. Masa pulangkan homework kami, Ust. Esa kata, dia nampak banyak 'inovasi' yang kami telah lakukan ke atas homework kami. Salah la tu maknanya homework yang dibuat. Akupun ada 'inovasi' yang dah kubuat pada feel mudharik. Hehehe.. nak buat camne, aku buat homework tu dalam keadaan kalut, jadi hasilnya pun kelam kelibut.

Angah kata mungkin Jumaat or Sabtu, doktor akan keluarkan mak. Hari Isnin ni, macammana. Sape nak angkat mak ye. Biarla Isnin la baru fikir kata hatiku. Yong suggest biarla mak keluar hari Sabtu, jadi time cuti tu ramai la yang boleh tolong angkat mak especially, jejaka2 yang gagah perkasa kat kg. tu (Ateh dan Uda). Tapi hari Isnin? nak pergi dialisis camne?

MAk dialisis air secara manual, maknanya takde involve machine yang canggih dan berharga sebiji kereta kancil tu. Jadi kosnya kurang la sedikit, dlm RM2600 saje termasuk dressing perut. Yong akan attend kursus penjagaan dialisis air di rumah minggu depan, untuk abang long, sebab permohonannya dah diluluskan.

Untuk mak nanti, mungkin angah yang akan attend kursus. Aku suggest kita pi ramai2 nak, jadi sorang tak boleh buat, sorang lagi yang boleh buatkan untuk mak di rumah Yong nanti. Mak diam je masa kitaorang berbincang hal tersebut. Tapi doktor nak kalau boleh sorang je maintain buatkan untuk mak. Bukan apa takutkan jangkitan kuman kalau ramai2 yang operate. Rumahpun kena sentiasa dalam keadaan bersih. Senangkan mak dah tak payah pergi mana2, buat dialisis kat rumah je. Mak angguk. Tapi sementara waktu ni, kena sacrifice sikit la dulu, sebab belum boleh lagi buat dialisis kat rumah tu.

Sambil urut kaki kanak mak, aku kata kat mak, senyum la mak. Mak balas buat apa senyum? Aku kata senyum boleh hilangkan stress, awet muda dan lupa yang kita sakit. Yong, Angah dan Alang ketawa. Makpun tersenyum kelat. Ha kan nampak ceria sikit kalau dah senyum tu. Kakak2ku sengih jee. Aku cakap dengan diorang, mak ni boleh solat jamak sebab sakit, tapi tak boleh solat qasar. Maknanya 3 kali je mak solat. Senang la sikit. Lagipun mak dalam keadaan darurat. Leher mak baru je kena tebuk semalam untuk buat saluran dialisis.

Aku balik dalam pukul 5.20pm untuk kejar anak2ku yang tiga orang tu pulak. Selesai makan malam aku siap2kan barangan si abang nak pergi camping esok. Abang sungguh excited. Dah lama dia tunggu saat ini..camping! Bebudak la katakan, seronok je yang diorang fikirkan. Aku fikir biarla diorang berseronok, sehingga ke satu ketika, budak2 ni kena mula berfikir secara serius, especially bila dah mula masuk alam remaja.

Esok kakak ada sambutan hari guru kat sekolah agamanya waktu petang, dia pujuk aku supaya benarkan dia pergi, aku sebenarnya tidak berapa setuju dia pergi sebab petang tu ada sekolah kebangsaan. Kalau nak bagi hadiah, bebilapun boleh aku pujuk kakak, tapi dia berkeras, aku kata tengok la esok.

Wednesday, May 19, 2010

Hospital2 jugak, homework kena buat jugak!

19 Mei 2010, aku tak ke hospital. Nanti Abang Ngah anta kami msg angah kepada ku. Aku jawab, K. Tengahari tu, aku keluar sebentar ke Alam Sentral, bawa kepalaku yang pening2 lalat ni bersama2 Lin. Kami makan di restoran Ani Sup Utara, Lin belanja aku. TQ ye Lin. Harap2 rezeki 'secupak' akan menjadi 'segantang' untuk lin sekeluarga.

Aku hanya msg angah, bertanyakan keadaan mak. Angah kata tadi mak ok je, masa angah balik. Malam ni alang tunggu. Angah balik rumah angah, esok baru angah yang tunggu pulak. Habih si kecik arif tu? aku tanya. Dia ikut Yong rupa2nya. Ok je makcu kata, mulut dia riuh macam selalu jugak, kata angah melalui msgnya kepadaku. Tangan dah ok ke? aku tanya angah lagi. Semalam sewaktu aku melawat mak, aku urut tangan angah yang lenguh tu guna cream yang doktor klinik soraya bagi kepada ku (untuk sakit tumitku ini). Angah kata 'ok la ckit2, tak macam memula dulu'. Alhamdulillah, kesian dia, sampai lenguh tangan (sehingga nak menulispun tak mampu) jaga mak. Tak pela angah, pasti ada ganjaran dariNya tu nanti.

Mak mungkin akan keluar pada hari Jumaat ni, angah bagitau aku sewaktu aku melawat semalam. Sementara tu, mak akan cuci darah macam biasa. Takpe la nanti Abang Ngah tolong angkat mak, kata angah. Itu sementara nak buat salur kat perut mak untuk cuci air, tengah tunggu turn (queue) kat hospital serdang. Kesian mak, lepas satu, satu kena tebuk. Sementara itu, doktor akan buat salur ikut leher mak, untuk cuci darah. Hmm... aku rasa mak dah immune dengan kesakitan. Diapun dah tak berape mengaduh masa aku urutkan kaki kanannya yang sakit itu, guna cream yang sama aku urut angah.Cuma berkerut sikit, tapi tak macam memula dulu, pasti akan terjerit dianya. Harap2 mak boleh jalan macam biasa. Mak kuat semangat, mana tau kan boleh jalan.

Aku nak siapkan homework Ust. Esa, nak buat wazan 1 hingga 5. Ntah terbuat ke tak? mata ni macam dah mengantuk je. Kalau aku buat, dan tak boleh pergi kelas nanti, aku pas je kat lin. Kalau aku pergipun entah2 tak terbuat homework pulak. Nanti ye aku cuba usahakan.

Monday, May 17, 2010

Buat dialisis air, keputusan terkini

Hari ni 17 Mei 2010 dari pagi lagi aku dah acumm sekali, acumm dua kali, dan hacccum.. Hidungku dah bagi warning, aku pulak kena selsema, maknanya aku kekurangan vitamin C la ni. Kepala rasa berat, tapi aku gagahhkan juga, kalau tak sape nak bangunkan aku, siapkan anak2 ku ke sekolah. Hari ni aku kena attend training Internal Auditor for EMS. Hari ni dan esok. Banyak jargon baru aku pelajari, antaranya eutrophication, first time come accross perkataan ni. Maknanya, apa ye? aku lupa2 ingat, tapi simple layman term, yang aku boleh catch up, increasing in algae disebabkan oleh chemical such as detergent, so reduction in water quality, jadi ikan tak dapat hidup di dalam air tersebut. Dan banyak lagi aku kena familiarize kalau nak jadi good internal auditor. Aku tanya cikgu yang mengajar Pn. Aminah Ang, non-technical people macam aku ni layak ke jadi internal auditor for EMS. Dia kata okkk, lama2 ok la tu.

Tengahari aku minta kebenaran Pn. Aminah, untuk masuk lambat sedikit kerana aku terpaksa menghantar Angah ke hospital. Alang yang jaga mak malam tadi. Arif anak alang tidor dengan angah, ok pulak dia ni. Makcu kata, takpe dia hantar angah nanti petang kalau aku terkejar2. Aku kata takpe, sebab aku tak boleh jaga mak, jadi despatchpun jadilah, aku kata. Angah kata tetiba je tangan kanannya lenguh, tak boleh angkat. Kenapa pulak tu, aku tanya. Entahlah tetiba bangun tidor katanya. Angah nampak sebak. Takpe, kalau angah tak boleh angkat mak, minta tolong yong, kan dia ada jaga abang long kat situ jugak, aku cadangkan kat angah.

Hari ni mak dipindahkan lagi ke katil lain, dekat dengan meja nurse pulak. Mak tidor masa aku datang, lagipun aku sekejap sahaja. Aku tengok mak macam penat, dah tak ceria macam selalu. Laaa aku lupa nak bagi angah tadi masa dalam kereta tadi, aku bawakan multivitamin keluaran hovid pure. Kesian aku tengok kakak2ku, mesti letih, jadi aku bagi multivit tu supaya diorang segar terutamanya di hospital ni. Actually jaga orang sakit ni walau buat kerja tak seberapa, tapi sangat memenatkan. Aku terpaksa pergi ke kereta, ambil vitamin, dan masuk semula ke wad. Hmmm.. habis masa kat sini je, aku kata dalam hati. Aku bagi angah, dan jalan semula ke kereta untuk balik semula ofis. Dalam pukul 2.35pm aku dah sampai sebenarnya tapi sengaja masuk dulu ofis ambil air baru la ke Bilik vanadium semula tempat training diadakan.

Doktor nak keluarkan mak kalau boleh dalam minggu ni juga, angah msg aku. So, dia nak keputusan samaada nak buatkan dialisis air or darah. Uda kata kat kampung takut takde kekosongan kalau nak buat dialisis darah, kalau dialisis air sape pulak nak buatkan untuk mak. Lagipun tangan mak tu dah teruk dikerjakan dek doktor dan nurse masa cari urat mak itu hari. Sampai lebam2. Fistula mak dah tak function since kena stroke and high BP masa tu.

At last, Yong, offer jaga mak, buat dialisis air kat rumah dia. Lagipun bilik dialisis dah siap kat rumah Yong tu, tinggal tunggu mesin saje. Abang long payah jugak nak dapat dari kerajaan selangor ni sebab dia orang perak. Mak mungkin senang sikit dapat mesin tu, walau orang perak tapi dah lama bermastautin di selangor ni. Jadi boleh la share2 dengan mak. Harga mesin yong kata about 40K satu mesin, dan maintenancenya kalau rosak, tak kurang 1K. Takpela InsyaAllah adala rezeki untuk mak dan abang long tu. Tapi itu bukan penyelesaian segala masalah. Banyak yang mak kena lalui lagi, iaitu, kena buat salur dekat perut pulak. Kena tebuk perut pulak. Doktor akan arrange dengan hospital serdang. Kena tunggu queue. Sementara tu mungkin mak kena duduk hospital lagi.

Aku berdoa semoga segala urusan dipermudahkan Allah, terutamanya kepada Yong. Semoga Yong dirahmati Allah dengan keputusan Yong itu. Segala belanja mak dan bibik, Yong jangan risau, kami adik2 yong yang akan uruskan. Aku msg angah, minta dia belajar juga cara2 handle mesin di rumah nanti, in case of emergency, at least ada la yang menggantikan Yong. InsyaAllah angah jawab.

Petang tadi keretaku buat hal lagi, alarm dah tak berbunyi tapi lampu emergency dok kelip2. Horn masih tak function. Lepas kena cabut wayar itu hari, aku masih tak berkesempatan untuk buat appointment dengan TOYOTA disebabkan kekalutan yang aku alami sekarang ni. Aku bawa balik kerja konon nak buat kat rumah, tapi tak pernah menjadi. Kerja banyak bertangguh di ofis dah kena pergi training pulak. Aku harap semuanya akan settle tak lama lagi, once mak dah duduk di rumah Yong, dah keluar hospital, dah start buat dialisis dengan air.

Tapi aku masih ada satu masalah yang perlu difikirkan...my beloved hubby. Aku hanya harap dia dapat bertahan dari segala kesakitan, aku akan pastikan dia tak tertekan dan sentiasa happy, biar lupa kepada penyakitnya. Dan tetiba dah tak sakit. Amin. Kata Dr. Tina, kita kena guna subconcious mind dan bayangkan apa yang kita nak, InsyaAllah ianya adalah sebahagian dari doa, dan kalau diizinkan Allah ianya boleh terjadi.

Sunday, May 16, 2010

Sape nak jaga mak?

Pada hari Sabtu, aku mengemas rumah dan mencuci baju2 kotor yang belum bercuci. Petangnya aku ambil kesempatan lawat mak di hospital. Masa aku datang, ramai yang ada, Ateh dan family, Angah, Alang dan Makcu. Aku tanyakan Ateh, macamana keputusan dia dan Uda. Dia kata masalahnya sape nak jaga mak. Sape nak jawab soalan tu? Aku ke yang nak kena jaga mak? Kat mana2pun mak berada, sape yang nak jaga mak. Bibik akan sampai 2 minggu lagi. (tu pun kalau dia balik, kalau dia ambil keputusan sebaliknya dengan alasan2 dia). Mak kat hospital seminggu lagi, hanya ada masa seminggu je takde sape yang jaga mak. Aku rasa seminggu tu InsyaAllah boleh settle.

Mungkin menung mak tu fikirkan nak duduk dengan sape, anak lelaki ke anak perempuan? Itu soalan yang dia pernah lontarkan kepada bibik, bibik yang bercerita dengan aku. Bibik kata kalau ikut memang tanggungjawab anak lelaki, sebab anak perempuan tanggungjawabnya dengan suami. Tapi kalau dengan anak lelaki, nak ke menantu perempuan dia jaga mak?? Itu persoalan yang mungkin mak fikirkan. Sekarang ni persoalannya lagi, dengan sesape saje mak duduk, sape nak jaga mak sementara bibik tiada ni, angkat mak pergi dialisis? Aku teringat kalau lah aku yang sakit, aku memang kena buat sendiri semuanya. Kalau aku tak boleh bangun, maknanya aku akan terlantar sementara sihat atau sementara ajal tiba?

Aku kat hospital sekejap saje, sebab bawa bebudak yang bertiga ni sekali, hubby tak berapa berkenan. Aku terpaksa ikut kehendak dia, bahawa sebentar saje boleh di sana. Terus ke Jusco Bukit Tinggi, Klang sebab dia nak beli seluar katanya. Tapi tak berjumpa yang dia berkenan. Lepas makan kami balik ke rumah.

Hari Ahad ni, adalah hariku menggosok baju2. Sepatutnya pagi Ahad aku kena attend kursus, dah tiga minggu aku tak pergi, sebab takde siapa yang nak jaga bebudak ni. Pagi ni hubby, aku minta pergi, sebab ada ceramah berkenaan kesihatan. Aku rasa dia perlukan maklumat lanjut disebabkan keadaannya yang tidak sihat itu, sekiranya berada di sana nanti. Aku jaga bebudak di rumah dan segala info aku minta hubby cerita kemudian.

Saturday, May 15, 2010

Mak Tak Ingat Apa Yang Terjadi

Semalam 14 Mei 2010, lepas hantar kakak ke sekolah petang, aku ke hospital untuk melawat mak. Mak kelihatan sihat sedikit, tapi mak dah tak senyum sekarang. Aku kata kat mak, mak senyum sikit, mak buat dek aje... aku tak tau apa yang mak fikirkan. Kekadang aku tengok mak merenung jauh.

Doktor suruh kami buat keputusan samaada nak buatkan mak dialisis di rumah iaitu dialisis air atau dialisis darah macam kebiasaan. Tapi doktor kata kalau pergi buat dialisis kat pusat dialisis, kena arrange transport dan katil di pusat dialisis, dan kena ada orang angkat mak, sebab mak dah tak boleh bangun duduk sendiri, kena ada orang tolong. Ini berikutan stroke yang dialaminya.

Aku called Abang chik (Ateh). Aku tanya ateh tgh meeting ke? tak, kat rumah ni kata ateh. Ok, senang sikit nak cakap. Aku terang kat ateh tentang keadaan mak, aku minta ateh dan uda fikirkan tentang mak pulak, apa keputusan yang perlu dibuat. Aku memang dah tak boleh fikir, setakat hantar mak aku boleh buat, tapi nak angkat aku surrender, nak dokong anakku Syahmipun kekadang tak mampu. Aku tengok mak menung panjang. Mak fikir apa tanyaku? Takde apa, sape yang nak jaga mak nanti, katanya. Ala mak tak yah la fikir, kitorang yang akan fikir ye. Aku pujuk mak.

Sambil gosok kaki mak dengan minyak/balm aku kata, mak kena exercise. Pagi tadi pakar fisioterapi datang ajar mak buat exercise, kata angah. Memang mak buat, sesekali mak angkat tangan, gerakkan kakinya. Mak boleh mengiring, tapi nak bangun sendiri tak boleh lagi. Aku tanya mak, mak ingat tak apa yang dah berlaku. Mak geleng kepala. Mak tanya sape bawak mak pergi hospital. Angah kata Anjang. Aku tanya mak ingat tak apa jadi sebelum mak tak sedar diri. Mak kat tak ingat. Apa jadi mak tanya balik. Aku cerita la tentang mak makan kacang kuda rebus yang mak sendiri suruh yong belikan. Mak tak sedar dalam seminggu, apa yang mak rasa. Mak kata tak ingat apa2.

Aku kena balik sebab ada tugasan lain yang menungguku. Hari Sabtu dan Ahad, hariku bersama keluarga. Bossku suruh bagi 5S talk di Semenyih hari Sabtupun aku terpaksa sub-con ke Burhan, officemateku. Itu company anak Tan Sri Tajuddin katanya. Any offers on weekend memang aku kena surrender. Thanks ye Bur, sebab faham situasi aku.

Makcu called kata dia on the way ambil alang kat bus station. Mungkin alang yang akan tunggu mak malam ni katanya.

Friday, May 14, 2010

Mak di Wad G3

Semalam 13 Mei 2010, aku melawat mak sebaik sahaja habis kelas bahasa arab, yang dah 2 minggu aku skipped. Mujur baik ust. Esamuddin tak ajar pelajaran baru. Sebelum tu dengan bantuan lin, aku dapat juga siapkan homework last week. Sorry lin, tak dapat pergi sama, sebab banyak sangat urusan yang hendak diselesaikan, discussion dengan supplier, makan (lapar sangat) buat homework dengan tergesa2 dll urusan peribody. Masuk kelas pun dah lewat 1.15pm,. Ust. Esa seperti biasa dalam mengajar pasti akan buat jenaka sedikit menghiburkan hatiku dan rakan2 saeperjuangan yang lain. Dulu dia serious je.

Aku fetched angah di rumah makcu. Sewaktu di hospital Yong ada menjaga mak. Mak ni kekadang lupa jugak kata Yong, tak boleh lepa sikit nanti ntah apa2 yang dibuatnya. Semasa di situ mak nak minyak untuk sapu badan mak yang sakit. Aku msg makcu suruh bawakkan minyak datang petang nanti. Aku dudukkan mak dengan bantuan angah dan yong. Yong kata dia dah nak balik sebab abg longku pun dah selesai dialisisnya. Next week baru datang semula. Mak minta tolong sapukan kaki kanannya yang sakit. Ada minyak cap kapak je mak aku kata. Minyak cap kapakpun minyak cap kapaklah janji sapu kata angah. Mak nampak lega sikit, dia kata dia nak balik sangat. Tadi Yong kata mak kena duduk sini dalam seminggu lagi sebab doktor nak buat fisioterapi untuk mak. Mak risau takut tak boleh jalan lagi. Aku katakan kat mak, mak masih boleh gerak kaki tangan ni InsyaAllah boleh jalan lagi. Ingat tak dulu mak masuk IJN 3 minggu, mak tak boleh jalan, tapi lepas urut mak dah boleh jalan lagi. Aku mengingatkan mak, sebab tak nak dia risau. Aku kata mulai sekarang mak kena exercise, supaya senang nanti nak berjalan.

Habis tu, macammana dengan dialisis. Ntah la Yong kata doktor suruh buat dialisis darah bukan air. Mak kata macamana nak pergi pusat dialisis. Dah, mak jangan fikir sangat aku kata. Nanti InsyaAllah ada jalan penyelesaian. Sekarang ni mak kena buat fisioterapi. Sesekali mak mengaduh sakit kaki kanannya. Mungkin effect dari mild stroke yang dialaminya baru ni, terang Izan yang menceritakan pengalaman serupa arwah ibuinya, sewaktu aku di STS.

Aku minta izin mak untuk balik ke ofis, sebab aku ada appointment dengan Azhar STS regarding HIRADC. Aku sampai di Blok 2 dalam pukul 4.20pm, sebab jalan Klang jem. Memang diorang sedang berdiskusi tentang HIRADC. Sedikit sebanyak aku terangkan apa yang perlu diorang lakukan. Ok dah siap email kat saya tau, aku pesan.

SEsudah selesai discussion aku naik ofis sebentar dan pergi ke taska untuk urusan seterusnya.

Thursday, May 13, 2010

Miracle does happen

SEmalamm 12 Mei 2010 aku tidak melawat mak di hospital, sekadar menghantar Angah di tepi jalan. Salam buat mak aku pesan kat angah. Selepas hantar angah aku ke klinik membawa anak2ku, sorang si kakak demam selsema, ambilkan MC buat sekolah paginya (agama), petang tak boleh MC sebab kakak ada exam. Si adik pulak kena cucuk booster yang dah terlepas tempoh. Sepatutnya semasa dia berumur satu setengah tahun. Hanta abang dan adik ke taska, aku ajak kakak ke ofis sebab di kabin sana terlalu sejuk untuk kakak, jadi boleeh la kakak study sekali fikirku. Tapi biasa la kakak, dia kata dia dah khatam bukum P.I tu sebanyak 2 kali, dah ready dahhh katanya.

Aku hanya msg angah dan bercakap dengan Yong bertanyakan keadaan mak, Angah kata mak dah tak meracau2, Alhamdulillah, hanya Engkau yang berkuasa di atas segala sesuatu Ya Allah. Mak dah boleh bersembang macam biasa. Mak dah ditempatkan di wad G3 wad dialisis sebab jantung mak dah tak kuat untuk ke sana ke mari. Jadi ditempatkan di situ senang tak payah nak usung mak lagi kalau nak buat dialisis. Doktorpun dah nasihatkan supaya mak buat dialisis di rumah sahaja. Yong kata buat bilik khas tu kat rumah dia, jadi boleh kongsi sekali dengan abang long. Aku kata aku tak kisah kalau nak buat kat rumah di sek. 7 tu, tapi sape nak pantau mak, tanya Yong. Angahpun kena belajar sama, mana tau kalau abang long masuk hospital, boleh buatkan dialisis mak di rumah. Aku kata takpela kita bincang dulu, sebab abg chikpun nak bawa mak balik kg, once rumah dia dah siap, katanya.

Aku betul2 dapat melihat kekuasaan Allah di hadapan mata berlaku. Waktu entry ku yang lepas aku ada menulis yang doktor dah suruh kami adik beradik bersedia bila melihatkan keadaan mak. Tapi sekarang mak Insya Allah sihat , cuma mak mungkin dah tak boleh berjalan seperti dulu lagi, jantung mak lemah, kaki mak lemah. Tapi aku semuanya milik Allah. Kan Allah firmah 'Kun Fayakun'. Apa2pun Allah boleh lakukan untuk menguji hamba2nya.

Aku juga berharap 'miracle' akan berlaku kepada suamiku. Aku berdoa semoga Allah angkat segala penyakit dan mengembalikan suamiku sihat seperti sediakala. Miracle does happen.

Wednesday, May 12, 2010

Segalanya Di Tangan Allah

Alhamdulillah semlam petang aku jenguk mak, keadaan mak semakin improved. Dia dah tak berapa meracau lagi seperti sehari sebelumnya. Sepanjang aku berada di situ, mak hanya tidur, dan sekali sekala terjaga. Mungkin berkat air penawar, air zam2 atau bacaan ayat2 suci yang aku dekatkan ke telinga mak, melalui handphoneku. Sesekali mak ikuti bacaan, dan terlelap.

Tapi mak sakit kaki sebelah kanan,mungkin akibat pehanya yang ditebuk untuk tujuan dialisis. Kekadang terlupa, semasa cuba membetulkan kedudukan, mak akan mengaduh. Ooops sorry mak, aku kata, lupa mak sakit kaki tu. Aku berharap mak akan sembuh dan boleh berjalan (guna tongkat) seperti selalu. Andai kata keadaan sebaliknya aku redha dengan kuasa Allah. Hanya dia sahaja yang mempunyai Perancangan yang sebaik2 Merancang. Malam Yong yang tunggu mak,Angah balik ke rumah makcu. Aku akan hantar Angah untuk tunggu mak hari ni, selepas menghantar anakku ke sekolah.

Mujur mak ada 5 anak perempuan, 3 lelaki. Boleh gilir2 jaga mak, walau kena ambil cuti separuh hari, aku tetap tak lupakan tanggungjawab kepada mak. Hanya sekadar separuh hati, tu je yang aku termampu, kerana aku ada tanggungjawab yang lebih besar di rumah bersama suami dan anak2. Mak ada 5 orang lagi anak yang mak 'simpan' sebagai investment mak di akhirat nanti. Aku sentiasa mohon kepada Allah semoga segalanya dimudahkan. Ya Allah permudahkan urusanku, urusan suamiku, urusan anak2ku, urusan ibuku, urusan seluruh ahli keluargaku, sahabat2ku dan jiran tetanggaku. Sentiasa menjadi doa harianku.

Tuesday, May 11, 2010

Mak ada improvement

Salam semua..

Dah dua hari aku tak update keadaan mak. Bukan tak sempat, rasa malas nak on kan laptop. Semalam aku jenguk mak di hospital selepas hari sabtu yang lepas. Hari Ahad tak berkesempatan nak pergi, banyak kerja2 di rumah perlu dilangsaikan Hajat di hati memang ingin benar pergi melawat mak kerana hari itu adalah hari ibu. Tapi takpe la aku katakan hari2 adalah Hari Ibu, bukan 9 Mei semata2.

Semalam aku datang, aku cium tangan dan pipi mak, aku tanya mak, kenal tak siapa ni? Mak kata kenalll, anjang! Hmmm.. maknanya ingatan mak masih kukuh. Dia tak berhenti bertanyakan adikku Makcu. Makcu mana? dah lama tak jumpa katanya. Padahal dua malam berturut2 makcu tunggu mak. Dia tanya lagi makcu tidor mana? Aku jawab mak ni siang lagi, belum malam.. Oooo katanya belum malam lagi ke? Dia kata lagi sejak balik mak dah tak jumpa makcu. aku tanya mak balik mana? balik rumah la katanya.. Mak, mak kat hospital lagi, aku kata. Mak diam. Angah aku suruh balik sekejap dengan Asu yang melawat mak tengahari tu. Rehat aku kata.

Sebelum tu aku ada ambilkan air penawar dari En. Radzi, aku berikan kepada mak sedikitu untuk diminum, dan aku sapukan ke seluruh tubuh mak.

Petang tu, Kak Maliha sepupuku datang menjenguk mak. Dia ceritakan ibunya, ibu saudaraku yang kami panggil Mak Ajipun dulu macam tu jugak. Ingatannya kembali ke zaman silam. Mak kadang-kadang mumbling sorang2, yang aku tak berapa dengar bunyi butirnya sebab tertutup dengan corong oksigen. Ada sekali tu, dia kata 'sanggup orang tu bela kucing'. Aku tanya orang mana mak, orang tuu kata mak. dan macam2 lagi yang mak katakan.

Mak nak duduk, aku cuba dudukkan mak dengan kudrat aku yang tak seberapa ni. Nurse datang aku mohon bantuan, tapi setakat tinggikan sedikit kepala mak ke dada. Kedudukan mak senget, aku nak betulkan memang tak daya. Nurse kat situ, kalau ada orang jaga, dia harap kita akan buat semua untuk pesakit. Tak lama Angah datang aku kena bergegas balik untuk tanggungjawab kepada anak2ku yang 3 orang tu pula.

Sunday, May 9, 2010

Mak tak berapa ingat

Tadi petang aku ke hospital, dalam keadaan hujan lebat aku stuck di dalam jem. dari pukul 5-30pm aku sampai pukul 7-00pm. Aku cecepat cari parking, sampai terlupa nak off kan lampu keretaku. Masa dah nak balik baru aku sedar lampu keretaku terpasang. Mak dah boleh berkata-kata. Tapi... Ada ketikanya mak bercakap benda yang tiada, orang yang dah tiada, seolah-olah mak bermimpi sewaktu jaga. Masa aku di sana, mak ajak balik. Ateh meneliti apa yang mak nak cakap. Bila aku tanya balik apa yang mak nak, Ateh geleng kepala. Tak tau.

Malam ni Makcu yang tunggu mak. Diapun ada msg aku kata mak cakap 'jom masuk kelambu', suruh pulangkan bantal di kakinya, itu kakaknya punya katanya, ibu saudaraku yang dah kembali ke rahmatullah tahun lepas. Semasa dia masih belum boleh bercakap, dia ada jugak berikan bahasa isyarat suruh aku ke tapi, seolah2 aku melindungi dia dari melihat sesuatu. Bila aku ke tepi, aku tanya mak nak tengok apa, dia hanya diam. Aku suruh Makcu ingatkan dia banyakkan zikir, selawat dan istighfar. Makcu msg lagi kata mak dah tidur. Mak masih dibekalkan oksigen luaran, tekup hidung dengan corong oksigen sahaja. Mak kelihatan masih lemah.

Kami sentiasa perlu alert di dalam keadaannya sekarang. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.

Saturday, May 8, 2010

Mak dah dapat balik suara

Hari ni 8 Mei 2010, aku terima msg dari makcu, mengatakan tiub mak dah ditanggal dari mulut mak, tapi mak tak boleh duduk lagi, baru boleh sandar sedikit. Tapi doktor suruh mak make sure batuk selalu untuk buang kahak. Mak dah boleh bercakap, bende pertama yang mak nak ialah MINUM, tapi mak tak dibenarkan minum sebab doktor nak monitor dulu. Aku kata, takpe kot bagi sikit2 air zam2 tu, tuk basahkan tekak mak. Makcu dah bagi dah kata makcu. Alhamdulillah syukur... aku panjatkan syukurku kepada Allah s.w.t. Engkau telah makbulkan sebahagian dari doa2 kami. Engkau Maha Memakbulkan Doa Ya Allah.

Aku tak dapat nak jenguk mak tengahari ni, sebab hubby keluar seawal pukul 10.00am lagi. Cleaner datang pukul 11.30am katanya. Jadi aku kena tunggu sampai cleaning habis. Insya Allah, nanti petang aku akan ke sana melawat mak. Tak sabar nak bercakap dengan mak. Esok Hari Ibu, Selamat Hari Ibu kepada ibu2 di luar sana. Kesihatan mak adalah hadiah Hari Ibu yang paling berharga buat mak sekarang ni. Kalau nak belikan apa2 hadiah, mak selalu menolak sebab mak kata mak dah tak perlu semua2 tu. Mak nak ke manapun lagi kata mak. Aku tahu mak hanya nak anak2 mak ada di sekeliling mak. Mak selalu rasa sunyi. Masa aku pergi Sabah 2 hari dulu, anak2ku aku tinggalkan kat rumah mak, sebab ada bibik yang tolong jaga. Aku import Ika, anak Alang tolong tengok2kan bebudak tu. Masa aku nak bawa balik bebudak, mak kata, sunyi balik nenek. Mak memang happy kalau ada anak2 dan cucu2nya datang berkunjung.

Mungkin sebab tu jugak mak jatuh sakit, sebab takutkan kesunyian especially bila bibik balik bercuti. InsyaAllah mak akan ada anak mak yang akan tunggu mak, takkan biarkan mak kesunyian.

Mak dah boleh bernafas sendiri

Hari ini 7 Mei 2010, aku terus ke bilik ECC selepas menghantar adik dan abang ke Taska. Ada latihan fire drill di blok 13, 14 dan tadika. Kami (Rozainee, Bad dan Khairil bersama sorang budak JPATMK yang aku tak tau namanya, tapi mukanya familiar) berbincang prosedur fire drill ini. Memandangkan tiada seorangpun dari kami yang ada experience buat fire drill, jadi aku minta Rozainee selaku ketua hubungi Kapten Sanusi dari Keselamatan untuk buat taklimat nanti.

Bunyi saje loceng fire drill, bebudak tadika terus keluar berlari-lari menuju ke padang sebagaimana yang diarahkan oleh cikgu Zuraini sewaktu perbarisan tadi. Tak sampai 2 minit semua dah berkumpul di padang. Memang satu tindakan yang pantas. Blok 14 tak jadi buat fire drill sebab ada fire testing. Lagipun diorang dah biasa bermain dengan fire. Blok 13, Bad dan PeeZ ex yang handled. Aku, Rozainee dan Kapten pergi ke kawasan padang di mana budak2 tadika berkumpul. Anakku Syafiq ada dalam kelompok itu, tapi dia memang bertindak profesional, aku seolah-olah tidak dikenalinya.

Aku memang planned nak melawat mak tengahari, lagipun badanku sedikit keletihan. Aku called kakak (Amy anakku) dan memujuk dia supaya naik bas Ateh. Dia setuju, akupun kata 'TQ so much kakak, sebab faham mummy' Dia menjawab formal. 'You are welcome'. Aku janji hantar beg sekolah kebangsaannya dan ambil beg pakaian dan beg sekolah agama. Kalau aku jugak yang hantar kakak alamat terlepas la aku nak ke hospital. Aza (colleague - office mate) mengingatkan aku berkenaan meeting dengan TECC petang nanti. InsyaAllah, aku jawab.

Sesampai di hospital, Uda dah ada kat situ. Mungkin dia datang waktu pagi, sebab anaknya Haziq masih bercuti kerana chicken pox. Si Fatinpun ada, Kak Nyah dan Iya (anak2 Yong) pun ada. Semasa di ofis Angah ada sms, doktor nak buat skop dengan mak, sebab takut ada infection pada paru-paru mak. Angah balik mengikut Yong, perancangannya Uda jaga mak sementara Makcu datang untuk menjaga mak nanti malam. Sementara aku ada, aku suruh Uda pergii solat dan makan siap2. Tapi mak nak kata sesuatu yang aku tak faham. Yang aku faham, mak sakit perut, sambil tangannya menunjuk perutnya. Aku sapu perut mak dengan minyak angin, memang boleh terasa angin dalam perut mak. Mak dah beberapa hari tak makan, cuma minum susu ikut tiub di hidung. Badan mak gatal2, aku garu di mana tempat yang mak rasa gatal

Hari ini mak dipuasakan sebab doktor nak buat branchoscopy, iaitu memasukkan kamera ikut tiub hingga ke bahagian paru-paru. Mak kena pneumonia, banyak cecair dalam paru2 mak. Doktor yang jaga oksigen kata kahak mak kena sedut setiap satu jam. Tapi nurse sibuk sangat kot sapai takde masa nak sedut kahak mak, tu la jadi makin sakit. Sempat dia ajar aku cara2 nak sedut kahak, kesian mak sakit dia, masa aku masukkan salur kecil ke dalam badannya mengikut tiub besar sebelum aku tarik perlahan2 untuk keluarkan kahak. Mak terbatuk2 yang tak boleh didengari. Doktor oksigen tu (tak tau namanya) tolong aku iringkan mak ke sebelah kanan, sebab kahak mak banyak kat paru2 kiri katanya.

Semasa doktor pakar datang melawat aku tanya diorang akan buat scopy tu secara hidup2 ke. Doktor tu kata ye. Semasa pembantu perubatan bawa alatan endoskopi tu datang aku tanya lagi, sakit tak buat scope ni, diorang kata sakit kalau sedar, so aku kata tolong la bagi sedative, supaya mak tak rasa sakit. Akhirnya diorang bagi mak injection sedative. Masa procedure ni dilakukan aku pergi solat. Perut akupun dah masuk angin. Sakit menyucuk. Selain belum makan, mungkin sebab sapu perut mak tadi, angin masuk ke dalam badan. Masa tu dah pukul 3.45pm. Aku kena jalan kaki ke surau bawah sana,dan melalui kantin hospital. Akupun singgah makan mee kari dulu, hmm sedap jugak. Tapi perutku masih belum kebah sakitnya. Aku jalan ke surau untuk solat zohor selepas itu.

Dah sudah solat, aku called Uda di wad. Uda kata dah sudah buat scop tu kejap je kata Uda. Aku beli sandal sepasang, murah je RM10 yang ada dijual di tepi jalan menuju ke wad. Aku naik wad, aku tunjuk muka aku yang 'cute' ni kat Pak Guard tepi lif, tadi aku dah pesan kat dia aku keluar kejap je, nanti aku naik jangan halang aku, begitu jugak kat Mak Guard di atas sana, aku dah 'warning' awal2. Jadi masa aku masuk diorang tak tahanpun. Yang diorang tak tahu ialah ada 2 orang yang jaga mak sekarang, kat sini pun kena pandai main politik. Aku sampai ke katil mak, Uda tengah baca Yassin sedekah kat mak, supaya mak cepat sembuh. Mak tengah tidur. Pukul 5.05pm aku balik sebab nak ambil budak2 kat taska dan sekolah. Sebelum tu makcu called tanya hiway baru Alam Impian tu, dia datang ikut situ. Jauh tapi ok la daripada terpaksa mengharungi jem nak ke bandar Klang tu.

Malam Makcu msg kata mak dah boleh bernafas sendiri. Mungkin lepas buat branchoscopy tu mak rasa lega. Uda kata doktor dah keluarkan seketul kahak yang dah memejal, itu kot punca blockage pernafasan mak. Tapi aku kata kat Makcu, don't take for granted dengan keadaan mak sekarang. Makcu balas ye tauu. Tiub masih standby, belum cabut lagi. Petang tu, semasa balik sekolah, kakak ada tanya keadaan nenek dia kepadaku. Aku jawab Alhamdulillah nenek dah sedar. Kakak balas, Alhamdulillah doa kakak dah makbul. Dia kata dia berdoa untuk kesembuhan nenek lepas solat, jadi nenek sembuh sebab doa dia la tu katanya. Sebenarnya aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan2, sahabat handai, sedara mara di atas doa kalian ke atas mak. Doktor hanya mampu meramal berdasarkan keadaan fizikal, tapi kuasa Allah mengatasi segala2nya. Aku benar2 berharap keadaan akan pulih seperti sediakala, mak akan sembuh sesembuhnya, cepat keluar dari bilik tu. Semasa mak kat dalam bilik 'ICU' ni, dah tiga orang yang 'pergi' untuk selama2nya. Badan mak dah lebam2 kena cucuk, tak jumpa urat kat tangan, kaki mak pulak jadi mangsa. Sian mak.

Lepas ambil anak2ku, aku ke TESCO untuk shopping barang dapur yang dah kekeringan. Pukul 8.00pm aku sampai rumah.

Friday, May 7, 2010

Mak buat dialisis

Hari ni 6 Mei 2010, aku bercadang nak ke hospital pagi tu selepas buat audit first aid box di blok 14. Group 5 ERT diketuai ole Rozainee bertugas pada minggu ini. Semasa ke bilik ECC hanya ada Bad, lantas dia yang mengajakku membuat audit first aid box ini. Aku call Yong, menyatakan hasratku hendak ke sana, boleh la gantikan dia yang dah semalaman menunggu mak. Yong kata tak payah la datang, kalau nak datang jugak masa lunch hour, jadi takde la aku kena ambil cuti dsb. Yong kata cuti kena jimat sebab hubbyku tak sihat, anak2 kecik lagi, mak biar diorang yang uruskan. Ketiga-tiga kakakku sudah jadi fulltime housewife selepas mengambil VSS dahulu. Yong, 3 anak dah bekerja tinggal sorang lagi nak masuk matrix Isnin ni. Angah ada anak instant 2 orang, memang takde tanggungjawab lain selain dengan suaminya sahaja. Alang di PD, jadi susah dia nak berulang alik, mengharapkan suami menghantarnya. Hanya ada Yong dan Angah, kesian jugak kat diorang tu. Tu sebab aku rasa bertanggungjawab untuk mengambilalih menjaga mak walau sebentar di siang hari. Dengar nasihat Yong, aku akur, sebenarnya akupun penat berulang alik dari Subang Murni ke Klang . Tapi apalah erti kepenatan jika dibandingkan dengan nilai seorang ibu yang memerlukan sokongan anak2nya sekarang ini.

Tengahari tu, aku bercadang untuk membeli air zam2 dengan Ustzh Ina, isteri kepada Syeikul Maqari Ust. Othman Hamzah, tapi dia tiada di ofis. Akupun terus ke sek 20 untuk ke pejabat Zahafiz Travel seperti yang diceritakan oleh Zarina. Sebenarnya air zam2 di rumahku ada lagi, tapi disebabkan sibuk melayan kerenah anak2ku dengan keadaan kelam kabut pada waktu pagi, aku terlupa. Aku beli sebotol kecil buat mak, sebab mak tak boleh minum banyak. Masa aku sampai dah pukul 1.25pm terlewat sedkit. Mak tidur masa tu, under sedation. Lepas buat dialisis Yong kata. Angahpun ada. Jadi aku tak kejutkan mak, biar mak berehat. Aku tengok bibir mak kering, aku basahkan dengan air zam2 tadi. Aku ambil Yassin aku baca untuk sedekahkan dekat mak. Masa dialisis mak hypo tapi tekanan darah mak tinggi, kata Yong. Sebelum aku balik aku cium mak puas2 tanpa kejutkan mak. Alhamdulillah dialisis berjaya, tapi muka mak sedikit sembab, mungkin sebab dah terlewat buat dialisis yang sepatutnya dibuat semalam, tapi sebab semalam keadaan tak mengizinkan ditangguh ke hari ini.

Mak demam petang tadi makcu yang kata. Petang mak sedar. Dari gerak bibir, mak nak duduk, lenguh kata mak. Ye la dah 6 hari mak terlantar tak boleh mengiring apatah lagi duduk, sure penat. Doktorpun hairan mak under sedation tapi tak tidor. Sesungguhnya semangat mak memang kuat. Macamnana nak duduk mak, wayar berselirat dalam dan luar tubuh mak.

Hubby called semasa aku di ofis. Dia kata dia di hospital, aku terkejut, tadi aku ajak dia kata tak nak pergi, aku tak kisah sebab dia sendiripun tak sihat. Oooo...rupa2nya dia bawa Ma yang akan pulang ke KB esok (hari ni) untuk melawat mak. Petang tu, sepupuku Dr. Norfilza ada berkunjung melawat mak, dia doktor pakar di PPUKM specialist in DNA.

Aku dah rasa badanku semacam, sampai sahaja di rumah. Selepas siapkan makan malam untuk anak2ku, mandikan si adik, solat maghrib, cuci baju, aku naik ke atas, Terus kong. Aku cadang bangun semula untuk solat Isyak.

Thursday, May 6, 2010

Jerih Payah Mak Tak Terbalas

Aku sampai rumah dekat pukul 9pm. Aku terima msg dari Lin ( kawan suka dukaku-paling akrab) iingatkan aku supaya tanya mak mungkin nak ambil wudu', K.TQ, aku balas ringkas. Lin kata kesian kat aku mesti penat. Sengaja aku tak balas sms Lin itu. Terima kasih Lin, atas keprihatinanmu, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik Lin. Memang aku penat, tapi bila kenangkan Jerih Payah mak membesarkan kami 8 beradik, tanpa suami, menyekolahkan anak2 mak yang ramai ni, bekerja keras demi memberikan ilmu kepada kami, kepenatan aku itu tak setara dengan kepenatan mak selama ini.

Aku masih ingat sewaktu nak ambil SPM, mak yang tolong kejutkan dan temankan aku study pada pukul 2, 3, atau 4 pagi. Masa tu ada rancangan Pok-pok dan Tu-Tu, mak dengar sama radio masa tu. Kalau DJ tu buat lawak, mak akan tergelak sama. Meja studyku dekat je dengan kelambu mak. Kalau mak tertidor pun aku tak takut sebab mak ada dekat dengan aku. Masa di IPT kalau nak exam, aku akan called mak, minta dia doakan. Mak akan berpuasa demi anak2 mak. Alhamdulillah berkat kesabaran, kepenatan mak, anak2 mak dah jadi 'orang' maksudnya takde yang jadi penyangak, walaupun tak jadi bangsawan negara.

Bila ingatkan itu semua, aku betul2 sedih, anak mak 8 orang tak boleh tolong mak, masa mak sakit ni. Hanya setakat tolong jaga, tolong doakan saje, tapi sakit mak?? Ya Allah, Engkau angkat penderitaan dan kesakitan Makku Ya Allah. Permudahkan urusannya Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa, buat solat hajat untuk mak, selebihnya aku serahkan kepada Allah dan doktor yang merawat. Aku harap ianya adalah kifarah kepada dosa-dosa mak (sekiranya ada). Bukan ke sakit itu adakalanya sebagai ujian ataupun kifarah.

Aku cium mak puas2, aku paling takut kalau tak dapat cium mak lagi nanti. Sebelum balik tengahari tadi, aku tanyakan mak lagi, mak nak minum, dalam keadaan tak berapa sedar itu, mak mengangguk, aku suapkan sedikit air, air tak masuk sepenuhnya ke dalam mulut mak, melilih keluar, aku suap lagi, aku tanya rasa tak kat tekak, mak angguk. Alhamdulillah, aku tau mak haus sangat, dari dulu dia kata dia haus, tapi tak boleh minum air banyak, takut air masuk dalam dada, kang mak sakit pulak mak kata. Mak memang ikut arahan doktor selama ini. Dengan komplikasi buah pinggang, jantung, darah tinggi, kencing manis, hanya Allah tempat kami berserah sekarang ini.

Aku sedikit ralat sebab belum dapat suapkan mak air zam2 seperti yang aku janjikan. Aku ingat kantin ada jual, aku called Kak Midah (caterer) kata belum ada lagi, nak cari dah tergesa2 pergi ke hospital setelah Angah called. Esok aku pasti bawak air zam2 untuk mak.

Mak kuat semangat

Hari 5 Mei 2010, buat pertama kali senamrobik diadakan, atas anjuran GQOSHE pada waktu seawal 8.30 am dan berakhir lebih kurang pukul 9.15am. Mungkin sebab terlalu memikirkan keadaan mak, aku sehingga terlupa kepada program pagi ini, sehinggalah Erin menghantar sms kepadaku bertanyakan tempat senamrobik diadakan. Laa.. lupa le erin pagi ni ada senamrobik, akak pakai kebaya ni ha aku balas smsnya, dan dibalas dengan erin, ok la tu, lepas tu suruh Teo pasang lagu zapin plak kata erin, boleh menari pakai kain...Gurau senda erin sedikit menghiburkan hati aku pagi tu.

Habis program senamrobik, akupun naik ke ofis untuk membuat sedikit kerja yang dah tertangguh2. Makcu called minta aku ambilkan bil dialisis mak, tapi akhirnya dia kata tak payah ambil, sebab tak boleh ambil bil saje tanpa bayaran. Aku memang berhajat nak off pagi tu untuk melawat mak, menggantikan Angah, sebelum dapat panggilan dari Angah, dalam keadaan sebak, 'Anjang cepat la datang, tengok mak ni' Aku jawab, 'ok..ok Anjang on the way ni', masa tu tengah tunggu lif untuk turun. Aku terus pecut.

Sesampai di hospital, aku terus ke kaunter pendaftaran Mak Guard (selama aku pergi belum lagi jumpa PAk Guard di kaunter ni). Mak Guard tanya nak jaga, nak melawat?. Aku kata nak jaga. Dia isi buku lain dari buku lawatan. Ok, boleh pergi tak perlu pas lawatan. Akupun dengan tergesa-gesa naik ke tingkat 7.

Sesampai di sana, aku ditahan oleh mak guard yang lain. Mana pas? dia minta, aku kata nak jaga, mak guard kat bawah kata tak perlu pas. Itu dia yang cakap, sini saya yang jaga, perlu ada pas lawatan dia kata. Dia suruh aku turun semula ambil pas lawatan. Aku dah bengang, mana satu procedure yang betul ni. Akupun turun semula, terus potong queue, 'itu guard atas tak benar saya masuk, dia suruh ambil pas lawatan'. Guard di kaunter masih berkeras kata tak perlu pas. Dia contact thru walkie talkie ntah sape ntah untuk benarkan aku masuk. Rupa2nya guard yang dok jaga tepi lif tu, kat situ aku dah lepas dah tadi, yang tahan aku guard atas. Akupun cerita dengan guard di lif, so sorang guard chinese temankan aku naik ke atas. Dalam lif Angah called, sengaja aku ceritakan keadaan aku. Penjaga lif tanya, apa masalah kak 'Aku kata aku takde masalah, procedure hospital ni yang bermasalah' Dalam phone dengan Angah aku kata nanti nak report dengan management hospital, sengaja aku cakap sedikit kuat, saje je aku gertak. Mana aku ada masa tuk reporting2 ni.

Ok, akupun dah boleh thru. sesampai di sana, Angah sedang menangis. Dalam bilik ICU tu, ramai doktor kerumun mak. Aku tanya Angah, tak boleh masuk ke? Angah kata tak boleh lagi. Tak lama aku sampai, Makcu dan Yong sampai., Aikk cepatnya ko sampai Makcu, aku baru je sampai ni. Makcu kata aku pecut la, habis semua orang aku hon. hmmm.. Rupa2nya Angah dah called Asu, Ateh dan Uda. Makcu aku yang bagitau semasa dalam perjalanan tadi, tu sebab aku terperanjat dia tiba lebih kurang aku, sebab ofis dia di Kl lagi jauh.

Selesai 'mengerjakan' mak, sorang doktor merapati kami adik beradik. Dia terangkan kondisi mak, yang semakin lemah, sepatut buat dialisis hari ni, ditangguhkan ke esok harinya (6 Mei) itupun bergantung kepada keadaan jantung mak, tekanan darah mak. Jantung mak memang lemah, kalau buat dialisis takut dia tak boleh cope. Dia dah suruh bagitau kaum keluarga terdekat, dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kalau dengar cerita saje, aku masih boleh menahan air mata, tapi bila tengok keadaan mak, air mataku seperti air paip, memang dah tak boleh ditahan.

Mak under sedation semula. Aku bisik ke telinga mak lagi suruh mak ingatkan Allah, mak masih boleh mengangguk. Maknanya mak masih boleh dengar, cuma mungkin dia dalam keadaan mamai.Sesungguhnya mak memang kuat semangat. Mata mak boleh buka kalau kita panggil. Doktor dah tukar tiub dan lain-lain wayar sebab takutkan jangkitan. Tadi Dr. Saleha kata dada mak dah kena pam sementara nak tukar tiub, dia tak boleh bernafas. Dr. Saleha rupa2nya under housemanship. Kesian dia banyak kali kena marah dengan doktor pakar. Berbakul2 kena marah, agaknya doktor pakar balas dendam sebab dulu diorangpun kena macam tu jugak. Dalam pada itu, dr yang beritahu kami tadi menambah, bahawa atas dada mak mungkin kena tebuk untuk memasukkan ubat2 untuk jantung dll lagi, dan kami kena sign borang high risk. Asu dah signed borang blood tranfusion, untuk dialisis, sebab dialisis adalah risiko besar bagi mak sekarang. Atehpun sampai. Ramai pelawat mak tengahari tadi seperti Busu, Makcik Jah, MakNgah Sah, dan sepupu2 kami. Tapi kena ikut giliran untuk masuk melawat mak.

Aku called hubby, inform keadaan mak, aku kata kalau dia nak pi melawat aku boleh bawak petang ni, dia setuju. Lepas ambil kakak (amy anakku)aku ambil hubby dan pecut ikut hiway baru Alam Impian, seperti yang diterangkan oleh Azlina semasa dalam surau. Aku ikut seperti mana yang diterangkan, lepas jumpa simpang tiga dia suruh belok kiri, tapi aku belok kanan sebab ikut signboard hospital. Akhirnya jumpa semula jalan yang diterangkan oleh Azlina ikut Jalan Andalas, itupun aku nampak signboard jalan andalas. Alhamdulillah. Masa tu masa lawatan dah tamat, jadi hubby kena ambil pas lawatan. Di atas wad, masih ada Yong, Angah dan MAkcu. Aku tak naik sebab dah lewat. Esok aku pergi lagi melawat mak.

Wednesday, May 5, 2010

Respond dari mak

Tengahari semalam aku sempat melawat mak di hospital, sepulangnya dari buat presentation di AARC Bukit Jalil. Semasa di sana, aku terima 4,5 called yang aku silentkan bunyinya. Called berkenaan kereta ku yang 'mengamuk' hari itu. Alarm berbunyi beberapa kali. Zarina PA boss sibuk melayan paggilan telefon dari beberapa anggota kerja blok 20 yang tak tahan dengan bunyi bingit alarm keretaku. Akhirnya dengan bantuan Erin (colleague)semasa kereta sedang mengamuk, kunci terbuka dan erin cepat2 bukak pintu dan dapatkan bantuan dari staff JPA untuk mencabut segala wayar yang ada connection dengan alarm. Kereta dah tak merengek lagi kata Zarina, last time aku called semasa di AARC.

Berbalik kepada situasi mak, aku fetch Angah, Ika dan Arif (anak-anak Alang) seperti yang dijanjikan. Sesampai di hsptl akupun mengambil pas pelawat seperti biasa dengan meletakkan cagaran lesen yang dah tamat tempoh itu. Mak Guard masih tak perasan. AKu naik atas, dan Alang turun bawah untuk melihat anak2nya yang ditinggalkan semalaman.

Semasa aku sampai doktor pakar sedang buat rondaan. AKupun tanya progress mak. So doktor jelaskan, dia dah beri respond kepada arahan, tapi masih bergantung kepada ventilator untuk bekalan oksigen. No more under sedation. Maknanya mak dah sedar, tak tidor lagi. TApi mak masih tutup mata seolah-olah tidor. Aku bisik ke telinga mak, yang aku datang. Mak cuba untuk berkata sesuatu, aku dekatkan telinga takde satu suarapun yang keluar. Doktor pakar warning aku 'don't force her to talk', aku kata 'she wants to say something'. Bukan apa doktor kata takut wayar ventilator dalam mulut mak tercabut. So aku tanya wayar tersebut terus ke perut ke. Dr. Nor Saleha menjawab, 'tak, sampai ke lungs sahaja'. Ooo...

Mak cuba nak nyatakan sesuatu, mulut mak kumat kamit. Aku tanya beberapa soalan, mak nak minum?, mak geleng, mak nak jumpa anak-anak mak?, mak geleng, mak dan anjang lap kan badan?, mak angguk. Rupa-rupanya mak berasa panas, kipas angin dah dihalakan ke badan mak. Aku ambil kain, lap kepala, kaki, tangan dan dada mak.

SAmbil tu aku kata kat mak, mak tak payah fikir apa2, cuma ingatkan Allah, dan baca apa2 ayat yang mak ingat. Mak angguk. Aku seperti biasa baca al-fatihah dan lain2 ayat lazim, aku hembus kat badan mak. Mak nak cakap lagi, aku tanya mak nak minum? mak angguk. Mak kumat kamit lagi, mak nak minum air teh ke? geleng, air kopi, mak angguk. aku tanya nurse boleh ke mak minum kopi, heii dia tak boleh minum kena ikut tiub kalau nak minum, itupun susu saje. Aku pujuk mak, mak tak boleh minum kopi mak, diorang tak bagi, tak elok untuk mak. Nanti kejap lagi diorang nak ajar sapa2 yang jaga mak untuk minumkan mak susu guna tiub. Aku msg angah.

Aku kata kat mak, mak minum air masak ye. Mak angguk. Aku ambil sudu plastik, aku suapkan air masak sedikit ke mulut mak, mak nak lagi, aku suap lagi. Sedikit je yang mak boleh minum. Aku janji dengan mak, nanti anjang bawakan air zam-zam ye. Mak angguk. Sebenarnya pas pelawat alang dah bawa turun tadi, so mak guard ada datang menjenguk bilik ICU tu, aku buat dek je. Angah datang bawakan pas pelawat aku. Dari 15 min. masa lawatan, aku duduk di sisi mak dalam masa dekat 2 jam.

Aku kena balik, sebab nak ambil anak2ku. Aku called hubby, boleh ke dia tolong ambilkan budak2, dia kata tak boleh. Kalau boleh aku nak sambung duduk dengan mak, sebab masa lawatan waktu petang dah nak mula dari pukul 5-7 petang. Tapi takpela, aku kata since hubby dah tak boleh ambil anak2ku, akupun drive pulag. Sebenarnya aku sedikit stress, sebab tak berapa faham apa sebenarnya kemahuan mak. Ada beberapa kali mak cuba cakap sesuatu, aku tanya semua mak geleng. Aku rasa mak suruh cabut wayar2 kat badan dia, aku agak je la. Tapi aku kata tak boleh cabut mak, oksigen mak tak cukup, nanti mak susah bernafas. Mak diam. Aku benar2 berharap, pernafasan mak kembali seperti sedia kala, supaya mak boleh beritahu apa sebenarnya yang dia ingin beritau. Ya Allah, sembuhkan mak dengan segera Ya Allah. Permudahkan urusan mak Ya Allah. Itu doaku setiap masa.

Monday, May 3, 2010

Mak ditidurkan

Tengahari tadi aku sempat jenguk mak di hospital. Sebab di situ, sorang je yang boleh mengiringi, jadi aku kena dapatkan pas pelawat sebab waktu melawat dah berakhir semasa aku sampai. Mak guard tu ingatkan aku, hanya 15 min.je yang aku boleh melawat, 'baik cik' aku balas.

Ika (anak buahku), aku suruh pergi ke kantin berjumpa dengan makcu dan Asu (adik lelakiku). Masa mencari parking aku terserempak dengan abang chik, dah nak balik ke kg. selepas habis waktu melawat, so akupun ambil alih tempat parking. Alhamdulillah berkat Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

Dapat saje pas (aku sandarkan lesen memandu yang dah tamat tempoh)aku terus ke wad 7b, tempat mak diletakkan di bawah pengawasan rapi. Aku panggil mak, 'mak ni Anjang mak'. Betul-betul tak boleh tahan airmata tengok keadaan mak. Mak seolah-olah dengar, mak seolah-olah mengangguk, mata mak terbuka sedikit lepas itu tertutup semula. Sekali lagi aku panggil mak, 'mak kalau mak dengar Anjang cakap ni, mak zikir Allah banyak-banyak ye' aku ingatkan mak. Mak angguk lagi, aku cium mak.

Aku tengok jari mak bengkak, aku suruh nurse yang melawat bukakkan bandage tangan mak, aku kata ketat sangat tu dik, so mujur baik nurse tu tak jenis yang suka mengamuk. Datang Dr. Nor Saleha, sweet je doktor ni, aku tanya kenapa tangan mak diikat kiri kanan, mulut mak kena ikat hidung mak kena ikat, dr. tu jawab dengan sopan, sebab dia restless, dia nak cabut semua wayar. Tak dapat aku bayangkan keadaan mak, mesti dia rasa uncomfortable, ye la wayar dan tiub berselirat di badan, hidung dan mulut mak. Akupun rasa nak cabut, entah-entah mak nak cakap sesuatu.

Aku tanya lagi sampai bila nak macam ni, dr. tu jawab sampai pernafasan mak stabil, jantung mak kuat pam darah. Ooo.. rupa-rupanya oksigen kurang jadi dr. takut otak mak boleh mati sebab kekurangan oksigen, so tiub yang masuk ke mulut tu lah sumber oksigen sekarang. Jantung mak lemah, garampun kurang dalam tubuh mak. Jadi kalau semua stabil, semua wayar dan tiub akan dicabut. Aku dah faham.

Masa ni turn Alang (kakak ku yang tinggal di PD) jaga mak. Masa aku sampai, Alang sedang baca Yassin, akupun baca Al-fatihah 7 kali dan hembus ke seluruh tubuh mak bermula dari ubun-ubun, muka hingga ke kaki, semoga Allah kurangkan penderitaan mak.

Aku tak habis-habis panggil mak, sesekali mak terkejut dan mata mak terbuka luas. Alang picit-picit kaki tangan mak. Aku dah berada di situ lebih dari 15 min. Aku cakap dengan mak, Anjang nak balik, mak tidur lagi. Aku cium tangan mak seperti kebiasaan, pipi mak kiri dan kanan dan dahi mak, aku pesan lagi dengan mak, ingat Allah banyak-banyak, zikir dalam hati. Tapi aku tak tahu mak boleh lakukan atau tidak, sebab mak sedang ditidurkan. Ya Allah engkau permudahkan urusan mak Ya Allah.

Aku teringat firman Allah 'Kun Fa Yakun' Jadi maka jadilah Ia. Semalam je aku bersembang dengan mak, hari ni mak dah tak sedarkan diri. So, nasib aku esok, akupun tak tau. Aku called makcu, dia kata dia kat wad G3, Abang Long (abang iparku) sedang buat dialisis air, sama tempat dengan wad mak kelmarin. Yong dan Ika ada sama. Lepas hantar pas pelawat aku pergi ke Wad G3.

Teringat esok ada presentation kat Bukit Jalil aku balik semula ke ofis untuk buat persiapan dan lain-lain kerja yang perlu dibereskan. Esok aku akan tengok mak lagi.

Mak kena Stroke

Hari Ahad, lepas solat zohor, adikku Makcu Called, maklumkan aku berita yang amat mengejutkan. Makcu kata Mak tak sedarkan diri. Dr. buat scan dan confirmkan mak kena stroke. Baru semalam (Sabtu) aku jenguk mak kat hospital,selepas balik dari kenduri kahwin anak kepada staff hubbyku. Mak sihat dan ceria, cuma mak kata selipar baru mak menyakitkan kaki, so aku belikan sandal yang baru. Sandal mak dah hilang ntah ke mana, mungkin dah kena buang masa tertinggal kat wad kecemasan hari Jumaat lepas.

So, lepas solat asar, aku minta kebenaran hubby untuk melawat mak. Dia sanggup jaga anak2 yang bertiga tu kat rumah, pergi hospital, risky katanya dengan penyakit yang semakin berleluasa sekarang ni. Hubbypun tak berapa sihat sangat, tapi InsyaAllah dalam rumah senang nak control bebudak ni.

Baru nak keluar dari rumah, My beloved mother in-law (Ma)called, so aku terangkan segala-galanya pada Ma. Dia kata takpe, nanti dia akan jenguk bebudak tu kat rumah. Akupun terus drive dan sampai hospital 10 min. pukul 6pm. Aku naik atas wad 'ICU', Ya Allah, sedih tengok keadaan mak dengan oksigen dan segala tiub di dalam mulut dan hidung. Aku panggil mak, mak seolah-olah tidur berdengkur, aku betul2 sedih tengok keadaan mak. Baru semalam bersembang dengan dia kat Wad G3, masa dia baru nak buat dialisis.

Yong kata mak kena stroke semasa makan kacang kuda rebus. Kali kedua Yong suapkan, mak sempat cakap dengan Yong, 'tak boleh telan'. Yong perati mak lama-lama semakin lemah dan seperti tak sedar, terus panggil doktor. Doktor buat scan dan sahkan mak kena stroke dan sawan. (sebab badan mak kejang dan terkejut-kejut).

Malam tadi aku terima sms dari Angah (yang jaga mak kat wad), mak dah sedar dan beri response tapi doktor bagi ubat tidur supaya mak terus berehat dan tak banyak berfikir. Hari Isnin ni nak ambil cuti half day untuk gantikan Angah, biar Angah berehat sebentar kat rumah. Aku pergi dengan Ika. Memang teringin nak jaga mak, tapi tuntutan tanggungjawab dengan anak-anak dan hubby yang tak sihat membantutkan hasratku.

Semoga mak diberi segala kemudahan untuk cepat sembuh dan ceria seperti sediakala. Amin.

Sunday, May 2, 2010

Hari Jumaat yg hectic

Hari Jumaat lepas, dalam pukul 11.30am bibik call handphone, berderau darah sebab tak pernah2 dibuat dek bibik calling my handphone. Bibik kata "Anjang balik cepat, badan mak menggigil-gigil" So akupun bergegas-gegas balik, minta kebenaran bos untuk keluar awal sebab mak sakit, aku terus menonong keluar dari ofis.

Sampai kat rumah tengok mak berpeluh2, terus suruh bibik buat air gula, sebab suspected mak kena hypo. Sejak sakit perut started Hari Rabu mak kurang makan, tapi at the same time still jab insulin. Jadi my theory is mak mesti kena hypoglecemia. Mak kata nak pergi klinik. Aku suruh bibik siap-siap. Bawak mak pergi DEMC kat sek. 9. Since tengari tu mak supposed buat dialisis, dr. refer mak ke hospital Klang sebab badan mak lemah, takut apa2 hal jadi lagi susah. Hmm.. teringat pulak Amy (kakak - 8 tahun) anak ku yang sulong tak hantar lagi pergi sekolah. Pergi taska, ingat nak tinggal beg dia suruh dia naik bas je, si kakak pulak buat hal, nak jugak mummy hantar, akupun dalam keadaan terpaksa hantar kakak, sempat jugak aku membebel dekat dia, muka kakak masam sepanjang perjalanan ke sekolah. Kesian kat mak yang duduk kat seat belakang kereta.

Lepas hantar kakak, terus pecut ke Klang, malang sungguh hari tu, tersilap masuk lane, sudahnya menghala ke Pelabuhan Klang, cari U-turn patah balik masuk pulak ke kawasan Istana Alam Syah. Aku tak habis-habis baca Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khair. Akhirnya jumpa jugak jalan ke Hospital Klang. Sampai sana register mak ke wad kecemasan. Aku terpaksa mencari parking dan hanya di parking belakang sahaja yang available. Kena la pulak menapak ke depan. Dengan tumit yang sakit, aku rasakan itulah saat yang paling siksa. Takpelah aku kata demi mak, aku sanggup, selagi mak ada, selagi itulah aku akan berbakti. Aku selalu ingatkan diri ini, setiap bakti yang aku beri, aku takut itulah bakti terakhirku pada mak, kalau tak dia pergi dulu, aku yang akan pergi dulu.

Di wad kecemasan masa tu dalam pukul 3, aku minta kebenaran mak untuk solat zohor, minta tolong bibik tunggu mak. (di sini satu pesakit, satu pengiring saje). Jauh jugak kena berjalan kaki menuju ke surau. 3.30pm aku pergi kantin untuk belikan bibik kuih-muih, since bibik belum makan tengahri, kesian kat dia jugak. Aku suruh dia pergi kantin untuk makan nasi dia kata tak selera. Pukul 4.00pm baru la ada doktor yang tengok mak. Mak di suruh buat x-ray dulu. Nasib baik Makcu datang pukul 4.30pm.

Lepas x-ray, dah dekat pukul 5.00pm akupun ajak bibik balik, dah janji dengan bibik bawak dia pergi shopping sebab esoknya Hari Sabtu bibik akan balik kampung untuk bercuti selama sebulan, sebelum di sambung perkhidmatannya. Dalam perjalanan bibik pun bukak cerita, mak tu sakit sebab bibik nak balik kg, dia takut takde sapa yang nak temankan dia. Oooo... itu kitorang akan handle.Sampai Tesco dalam pukul 5.30pm. Bibik kata nak beli buah tangan untuk anak-anaknya yang 9 orang tu. Bibik beli nugget, fries mentah, buah anggur, buah mangga, macaroni dan lain-lain lagi aku campak kat trolley tu. Akupun ambil kesempatan beli pampers Syahmi (anak bongsu - 2 tahun) dan lain-lain titbits untuk anak-anakku yang 3 orang tu. Anakku yang kedua Syafiq (6 tahun) still di taska dengan si adik.

Sudah bayar akupun pergi ke Pusat Dialisis sek. 3, drop bibik di situ sebab bibik janji dengan seseorang untuk belikan ayam pencen. Dalam pukul 6.15pm aku ambil kakak yang baru keluar sekolah, lepas tu bergegas ke taska untuk ambil anakku yang 2 orang lagi tu, balik semula ke sek. 3 ambil bibik. Lepas tu order makanan (kuey teow dan roti canai) untuk anak-anakku dan bibik. Hantar bibik balik ke sek. 7, dah maghrib. Bibik tanya berapa dia perlu bayar, aku katakan pada bibik, tak payah lah bayar, anggap je ianya sedekah dari aku untuk anak-anak dia kat kg.

At the same time aku communicate dengan suami, aku akan ambil dia lewat dari kebiasaan. Dia kata nak ke SACC Mall dari ofisnya di sek. 11. Dia minta aku beri bibik duit , aku kata aku dah belikan barang dekat RM100, hubby kata itu barang ni duit. Ok la akupun bagi ke bibik duit RM50 dari suamiku. Lepas solat maghrib, aku bergegas ke SACC tapi aku menghala ke Alam Sentral (ni sure dah terlalu letih). Dok call2 hubby tanya di mana dia, dia kata dia di hadapan SACC, aku kata tak nampakpun dia, leerr rupa2nya aku di hadapan Alam Sentral. Dah jumpa hubby akupun pecut balik ke rumah, dah pukul 9.00pm. Betul-betul hari Jumaat yang hectic.

Demi Mu Mak, Kelas Ku Tinggalkan

Hari Khamis baru ni dapat, msg dari makcu, suruh tengok2kan mak yang tengah sakit. Tengahari ada kelas bahasa Arab, meeting dah nak mula. So, cuba call Yong and Angah, dua2 tak available kerana urusan yang lebih penting. Masuk meeting dalam keadaan tense, bos tanyapun jawab acuh tak acuh. Last-last bos bengang kot. Dia suruh aku balik rumah je kalau mind elsewhere (maknanya tak sepenuhnya kat meeting).

Sedih gak rasa hati ni, but knowing my boss, hmm. Sebenarnya masa tu, air mata tengah menitis, jadi nak pandang bospun tak kena, tu yang jawab acuh tak acuh tu.

Habis aje meeting, aku terus balik ke rumah mak di sek. 7, kelas bahasa Arab tengahari tu aku skipped demi mak yang ku sayangi. Akhirnya Angah datang jugak jenguk mak, baru la aku pergi kerja semula.