Friday, June 25, 2010

Inikah yang dinamakan Ujian@Dugaan?

Hari ini 24 Jun 2010, seawal 9.00 am aku dah berangkat ke blok 23 menemani Shana rakanku untuk Roadshow EMS di SPRINTEC. Semasa roadshow sedang berjalan sekali sekala ada isu2 semasa diceritakan interupt sekejap explanantion dari Shana. Selesai Roadshow kami dibawa melawat ke bengkel utama center itu untuk melihat akan keadaan LEV sama ada berfungsi dengan berkesan atau tidak, samada ianya ada melepaskan gas merbahaya ke luar alam sekitar atau tidak. Shana meminta manual bagi ketiga2 LEV yang ada.

Semasa aku di blok 23, Makcu text aku samada aku free atau tidak untuk ke Pusat Dialisis. Aku kata ok. Selesai discussion berkenaan tempahan baju untuk GQOSHE TEAM, aku ke kelas Bahasa Arab, seperti kebiasaan setiap Khamis tengahari. Called Lin, dia dah keluar kata Kakak yang mengangkat telefon. Kami belajar Wazan 11 - 20. Wazan 6-10, ustaz skip dulu, tak berapa penting kata ustaz. Kepala yang dah sememang pening bertambah2 lagi pening. Faham itu InsyaAllah tapi yang perit sedikit nak menghafal.

Belajar apa2 jua bahasa selain Bahasa Malaysia kalau tak sentiasa bergelumang (practice) dengan bahasa tersebut sememangnya susah, sebab bukan bahasa kita. Orang luarpun nak belajar bahasa malaysia susah kalau tak dipraktikkan hari2. Dulu masa di IPT aku belajar Bahasa German, pun macam tu jugak, dah tak dipraktikkan, yang aku ingat sekarang Wie Heisen Sie?(What's your name) Wie geht Es Ihnen?(How are you) Ich liebe dich? (I love you), yang lain2 sikit2 tengok aku boleh la agak2. Eins, swei, drei..for one, two, three aku ingat lagi. BElajar Bahasa Arabpun sama je, takde istilah Bahasa Arab ni susah dan belajar bahasa lain senang. Kalau tau taktik dan teknik, senang, cuma nak menghafal tu je yang susah.

Habis kelas, aku berlari ke Pusat Dialisis, seperti appointment yang aku dah buat dengan stafnya bernama Linda. Sebaik berjumpa Linda, dia menghulur kepadaku sampul, dia kata sumbangan dari KMC (Kump Mais Corp) di atas kembalinya mak ke rahmatullah. Aku called makcu, Yong dan Uda. Kami sepakat untuk menyedekahkan sumbangan tersebut semula kepada yang lebih memerlukan. Aku kembali kepada Linda, dan Linda berjanji akan distribute sumbangan tersebut kepada pesakit2 buah pinggang yang betul2 memerlukan.

Baru2 ini hubbyku ada bagitau yang dia dikehendaki hadir untuk kursus intensif HAji di Kelana Jaya. Aku called Tn. Hj. Ashraf di TH HQ, menanyakan status aku. Aku brief dia berkenaan kursus yang perlu diattend itu dan kelulusan yang hubbyku dah terima untuk medical checkupnya. Alhamdulillah, dia kata rayuan aku dah diterima, dia sendiri yang bawa ke board katanya. Mungkin akhir bulan ni surat tawaran akan dikeluarkan. Aku bukan apa, kalau betul aku dapat pergi aku kena arrange anak2ku. Mujur kursus weekdays, so masalah penjagaan anak2ku sudah aku kira selesai. Aku gembira tapi pada masa yang sama aku sedih kerana tidak dapat memaklumkan berita gembira itu pada mak. Arwah Mak yang beriya2 sangat hendak aku pergi sekali dengan hubbyku, dia yang terlebih concern kerana hubbyku sakit katanya. Inikah ujian, aku redha.

Petang, sebaik aku bersiap2 hendak solat asar, tiba2 handphoneku berbunyi, dari cikgu elli, taska. Kak Mahiran kat mana? Kat ofis lagi aku kata. Cepat datang taska sekarang ye. Laa apahal pulak ni aku tanya cikgu elli spontan. Datang je... ye la kenapa aku tanya, aku dah macam lemah lutut rasanya. Ni N.E ni (gelaran abang di tadikanya - sebab ada 2 nama syafiq di situ dulu, jadi abang dipanggil N.E untuk Nik Emirul sorang lagi W.M -Wan Mohamad Syafiq). N.E ni tangan dia patah rasanya... Kenapa pulak patah tu aku tanya lagi..Ntah la dia main kat pokok kelapa tadi tu, jatuh kot. Aku apa lagi bergegas ke Taska.

Sesampai di sana, diorang tengah buat first aid untuk abang. Tangan abang dah berbalut. Aku dan group yang pernah jadi juara pertandingan pertolongan cemas nipun dah jadi tak reti nak buat sling (anduh). Panik. Aku tanya kenapa boleh jadi macam ni. Cikgu Fiza kata dia main kat pokok tu, tumbuk2 pokok, dah tegur dia toleh, kononnya nak tumbuk kali terakhir la tetiba terjatuh. Aku tanya abang dia kata dia tendang pokok kelapa, bukan tumbuk, masa tendang tu pokok tu licin tu yang dia terjatuh. akupun tak tau which one is which version yang betul. Tapi yang pastinya bukan jatuh pokok kelapa laa.

Aku amik adik dan bawa abang pergi ke DEMC, terus masuk bilik emergency. Abang dibawa ke new building DEMC kat sek. 14 tu, diiringi oleh nurse dan beberapa orang lagi untuk x-ray tapi aku tak ikut sekali, sebab kena ambil kakak yang balik pukul 6-30pm. Aku solat asar. Kembali ke DEMC, tapi abang belum balik dari new building. Dekat pukul 7-30 baru abang sampai dengan kenderaan DEMC. Dr. Mahmud, Dr. pakar tulang kot, explain dan tunjukkan xray abang. Dua2 tulang patah, tapi dah letak simen nampak dah lurus. Seminggu lagi datang untuk check-up. Doktor kata tulang budak mudah recover, tak perlu masuk besi. eeii ngeri pulak aku dengar kalau abang kena masuk besi. Sudah jumpa doktor, baru nampak kelibat hubbyku, baru datang dari rumah. Dia masih lagi on MC selama 2 minggu akan berakhir weekend ni. Esok boleh la abang duduk dengan dia. Lepas tu nanti... arhh inikah dinamakan dugaan Allah. Teringat maksud firman Allah, lebih kurang berbunyi "Sesungguhnya anak2mu itu hanyalah ujian bagi kamu semata-mata di dunia ini". Aku akur hendak membesarkan anak2, macam2 yang perlu ditempuh kerana mereka ini adalah amanah Allah dan ujian bagi ibubapa.

Mungkin ini adalah ujian sebelum aku pergi menunaikan haji. Dulu sebelum pergi umrah, abang patah colar bone 2 minggu sebelum berangkat. Semasa di Mekah aku berdoa supaya colar bone abang kembalik seperti sediakala, Alhamdulillah Allah makbulkan. Sekembali, aku dapati colar bone abang seperti tiada apa2 patah. Kali ni patah tangan pulak. Ya Allah engkau permudahkanlah segala urusanku. Itu yang Yong doakan untukku jugak, sebaik aku maklumkan kepadanya tentang perkara itu. Dah takde mak ni, Yong la jadi pengganti mak. Dia kata sabar la Njang, ini semua dugaan Allah.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Jadi, Makcu!

Hai Makcu ,ini kakak yang tulis. selamat hari jadi pada hari Isnin 21.6.2010.makcu kakak ingatkan makcu jangan menangis selepas balik kerja.kalau ada masa datang la ke rumah kakak ye.bila bila masa je,kakak tak kesah pun.makcu, bila makcu nak kahwin.semoga makcu dapat jodoh yang baik.lagi satu perkara kakak nak cakapkalau makcu datang adik buat perangai maafkan kakak ye.ok kakak dah nak tidur ini.selamat malam makcu.kakak taip waktu malam.hari isnis 21.6.2010.bai makcu.

Sunday, June 20, 2010

Apa Erti Kehilangan?

Petang Jumaat 18 Jun 2010, satu ceramah agama telah disampaikan oleh Ust. Sihabuddin Mohaimin, di organisasiku. Aku dan rakan2 seperjuanganku Aza dan Shana pergi agak lewat. Biasa la nak settlekan kerja2 yang tak ada kesudahannya.

Ceramah hari itu berkisar pada sifat Ujub, bukan Junub ye kata Aza buat lawak pandai. Sifat ujub merupakan satu sifat bangga dan mengkagumi akan kelebihan diri sendiri, maknanya musuh utama ialah diri kita sendiri. Berbeza dengan riak ialah sifat menunjuk2 kelebihan kepada makhluk (orang) lain. Takbur pula merasai lebih daripada sang Pencipta iaitu Allah swt.

Menurut ustaz, manusia biasa ujub pada kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya, kemahirannya, kelebihannya ilmu, pengalamannya dll.

Bagaimana nak hindarkan dari sifat tersebut ialah dengan cara begini:

1. Kurangkan bercakap, dan banyakkan diam - banyak cakap banyak salah, banyak salah banyak dosa, banyak dosa masuk neraka, masuk neraka akan disiksa. Bercakap bila perlu sahaja. Aku nak cuba praktikkan ini.

2. Sentiasa melihat kekurangan diri kita daripada melihat kekurangan orang lain. Orang melayu suka tunjuk satu jari pada orang lain tanpa memikirkan yang tiga jari lagi menunjuk kepada diri sendiri, kalau orang cina, ustaz kata kelima-lima jari tunjuk kat orang, sambil menunjukkan aksi saolin macam jackie chan.

3. Sentiasa ingatkan Allah. Berzikir mengingati Allahlah yang Maha Berkuasa, kita akan dihindarkan dari sifat Ujub itu.

4. Amalkan sikap berkasih sayang dan hormat menghormati sesama insan. Dengan cara ini akan dapat menundukkan rasa bangga akan diri sendiri.

Jadi sama-samalah kita cuba menghapuskan sifat ujub dari diri kita sendiri, supaya amalan kita diterima Allah, kerana sifat ujub ini umpama api di dalam sekam, boleh menghapuskan pahala2 amalan kita.

Sehabis ceramah, kami pulang ke ofis menyambung sedikit kerja. Selepas itu, aku pulang mengambil anak2 yang kutinggalkan di taska. Kemudian aku membeli makanan di pasar malam sek. 6, dan terus ke rumah makcu di sek. 7. RAsa sayu menyelubungi perasaanku setiba aku di rumah tersebut. Tiada lagi kelibat mak di situ. Si kakak anakku kata 'inila yang kakak tak suka pergi sini ni, mesti mummy nangis' katanya. Aku terbayang-bayang mak baring di atas katil, sambil biasanya tersenyum menyambut kedatangan cucu2nya, terutamanya si adik, Syahmi.

Aku lihat bilik dan katil tiduran mak, dah diubah suai oleh makcu menjadi tempat tidurnya. Tiada lagi ubat2an mak di situ. Semua makcu dah kemaskan dan dimasukkan ke dalam bilik belakang. Baju2 bibikpun makcu dah bungkus masuk bawah katil.

Aku sebenarnya nak ambik baju yang hubbyku hantar untuk iron di laundry blok 2, Mosba laundry, tapi dah tutup. Minggu depan la jawabnya aku akan ambil. Sesudah makan dan mandi, dalam pukul 9.20pm aku mula bergerak turun untuk pulang. Makcupun nak keluar pergi rumah kawan baiknya, Nana untuk mengambil microsoft office installer katanya untuk diinstall kat Laptop Iya anak buahku.

Aku nasihatkan makcu supaya sibukkan diri dengan bersosial supaya tidak terlalu memikirkan/mengingati akan mak. Baca quran untuk sedekahkan kepada mak di samping untuk dapatkan ketenangan. Aku ajak makcu duduk denganku buat sementara waktu, makcu tak nak. Atau duduk dengan Yong, sekurang2nya tidakla rasa sunyi sangat. Aku faham sangat dengan kesunyian yang makcu tanggung.

Kalau dulu semasa mak masih ada, kalau mak duduk dalam seminggu dua di rumahku, aku pasti akan kesunyian selepas mak balik. Aku pasti akan menangis, walaupun aku sudah ada family sendiri. Sekarang kalau aku menangis teringatkan mak, anakku abang pasti akan berkata 'kan mummy boleh jumpa nenek kat syurga nanti' aku hanya mampu menganggukkan kepala. Sesungguhnya orang yang pernah merasai kehilangan orang yang disayangi sahaja yang tahu akan bagaimana rasanya dan faham akan erti kehilangan itu.

Saturday, June 12, 2010

Sekalung Terima Kasih Buat Semua!

Selama lebih kurang sebulan, aku bergelut dengan masa dan tenaga semasa arwah mak dimasukkan ke hospital. Satu pengalaman yang penuh bermakna Allah turunkan buatku dan keluargaku. Peluang terakhir yang Allah berikan kepada kami sekeluarga untuk memberi khidmat buat terakhir kalinya kepada mak oleh kami anak2 mak (tanpa bantuan bibik). Aku sendiri kena membahagikan masa untuk diri sendiri, anak2, suami, kerja2 di pejabat dan di rumah. Aku pasti seluruh keluargaku juga. Sekiranya tidak dengan bantuan orang2 di sekelilingku, terutamanya suamiku, anak2ku, adik beradikku, ipar duaiku dan rakan2 seperjuangan di tempat kerjaku dan jika tidak dengan izinNya aku diberi Kekuatan dan Kesabaran yang dilimpahkan olehNya ke atasku, tidak mungkin aku dapat menghadapi dan melalui semua ini.

Untuk itu, aku dengan rasa rendah diri, ingin mengucapkan sekalung terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan kalian semua yang berupa doa, kata2 semangat, bantuan dari segi kerja yang terpaksa rakan2ku tanggung untukku sewaktu ketiadaanku di ofis dan pemahaman kalian di atas situasi yang ku hadapi terutamanya semasa pemergian mak. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya, jika tidak di dunia InsyaAllah manfaatnya akan diperolehi di akhirat kelak. Janji Allah adalah benar, setiap satu kebaikan yang dilakukan Allah berjanji akan membalas dengan kebaikan (pahala) yang berkali lipat gandanya.

Aku juga dengan rasa penuh keinsafan mohon ampun dan maaf kepada orang-orang di sekelilingku, yang berhubung secara langsung atau tidak langsung denganku, sekiranya ada tersalah kata terkasar bahasa sewaktu aku dalam kekalutan itu. Sesungguhnya aku ini adalah insan biasa yang tidak lari dari membuat salah lebih2 lagi di dalam keadaan pemikiranku yang tidak seimbang itu. Sesungguhnya aku tahu aku masih tidak keseorangan di dunia ini. Sekurang2nya aku masih ada Allah tempatku mengadukan kesedihanku.

Wassalam...

Thursday, June 10, 2010

SELAMAT BEREHAT DENGAN TENANG, MAK!

Salam buat pembaca blogku. Dah lama tak update blog ini. Memang takde mood sebenarnya. Aku lebih suka melayan perasaanku. Biar sampai aku berasa tenang, puas dengan apa yang kulakukan. Aku ingin menangis sepuas2nya. Biar hilang dukaku, semoga hilang rinduku padanya, tapi aku tak sanggup kehilangan kenangan2 manis aku bersamanya.

Aku baru sahaja mengharungi satu episod duka dalam hidupku. Episod yang paling aku takuti untuk aku lalui. Kehilangan insan yang banyak berjasa padaku dan adik beradikku yang lain. Pada subuh Sabtu,5 Jun 2010, tatkala DYMM Seri PAduka Baginda YDPertuan Agung menyambut ulangtahun kelahirannya, aku terima berita yang menyedihkan. Dah seminggu mak pergi, tapi terasa baru semalam sahaja aku cium mak buat kali terakhir. Mak pergi untuk menyertai Abah yang dah 25 tahun kembali ke Rahmatullah, dan setelah lebih kurang 6 tahun Kak Maz (menantu mak, isteri Uda) pergi untuk selama2nya.

Dalam pukul 4.50am, Makcu yang menunggu mak malam tu, msg aku (mgkn kepada semua abang dan kakaknya)mengatakan mak kena sawan setiap 15 min sekali. Tak tau nak kategorikan mak sebagai tenat atau apa. Aku ingatkan makcu supaya mengingatkan mak kepada Allah, mengucap di telinga mak. Aku memang sudah terjaga, bangun dan berhajat untuk mengerjakan solat sunat dan solat Hajat. Selesai solat Subuh aku mengaji, dan pahalanya aku hadiahkan buat diriku sendiri, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kepada suami dan anak2ku, ibuku yang sedang sakit (semoga diringankan kesakitannya dan dipermudahkan urusannya) kepada arwah abahku, seluruh ahli keluargaku, ibu mertuaku, ipar duaiku, sahabat2 dan jiran tetanggaku.

Tiba2 aku terima msg lagi dari makcu berbunyi ' dtg hospital, urgent'.. tak lama aku terima panggilan dari makcu, 'Anjang, mak dah takde' kata makcu dalam sebak. AKu suruh makcu bersabar dan bertenang, anjang akan datang kejap lagi aku kata. Aku tutup quran, mandi dan mohon kebenaran hubby untuk ke hospital, mak dah takde aku maklumkan pada hubby, aku pulak sebak. Makcu kata mak pergi dalam tidur setelah kena sawan subuh itu. Makcu ingat mak betul2 tidur. Moga2 mak pergi sewaktu aku menyedekahkannya bacaan al-Quran subuh itu.

Dalam perjalanan aku msg kawanku Lin, orang pertama yang aku maklumkan makku dah takde, dia kata dia tak boleh call aku sebab tak sanggup menangis sekali denganku?? Sesungguhnya aku tidak mengharapkan apa2 dari kawan2ku. Sungguh! Biar saat duka aku tanggung sendiri, tanpa melibatkan dan membebankan orang lain. Aku called Busu di Teluk Intan (adik mak paling Bongsu), pada awalnya Busu tenang, tapi akhirnya Busu jugak tidak dapat menahan airmatanya. Semua dah makcu maklumkan kecuali Ateh, makcu kata tak dapat called ateh. Akhirnya, Uda yang called rumah ibu mertuanya.

Sesampai di hospital, Angah, Abg Ngah dan Hasanol (menantu Yong) dah tiba dahulu. Aku buka penutup kain mak, aku cium mak puas2. Badan mak masih terasa panas lagi, mak seakan2 tidor sahaja. Tak lama Asu, Uda dan Alang tiba. Kami berbincang, di mana nak kebumikan mak. Rumah Yong atau rumah Ateh yang baru siap pembinaannya di kampung Sg. Besar. Mak tak sempatpun nak jejakkan kaki ke rumah Ateh tu. Uda buat keputusan, untuk tidak menyakitkan mak lagi, kita bawa ke rumah Yong di Klang. Yong tiada halangan. Pada asalnya, jenazah mak mahu dimandikan di hospital sahaja, tapi Yong kata dia sudah dapatkan tukang mandi jenazah berdekatan dengan rumahnya. Dalam pada itu, jenazah mak diperkemaskan oleh nurse yang bertugas. Doktor India yang membuka semua jarum2 dan salotape di badan makpun mengaku, 'makcik ni macam tidur laa' katanya.

Aku dan Alang balik dahulu ke rumah Yong, untuk membantu Yong apa2 yang patut. Aku msg rakan2 sepejabatku terutamanya bosku, semasa di hospital lagi, semasa tu belum ada keputusan di mana nak kebumikan mak. Aku memaklumkan sahaja, bukan untuk memohon simpati, jauh sekali untuk membebankan rakan2ku itu. Aku katakan kepada mereka, sekiranya menyusahkan tak perlu ziarahi aku atau jenazah semasa mereka ingin dapatkan alamat rumah Yong, cukup sekadar sedekahkan fatihah buat jenazah mak, itu sahaja. Aku sampai di rumah Yong, sudah ada jiran tetangga Yong di situ. Aku ambil wudhuk dan mula membaca al-quran untuk mak pahalanya disedekahkan.

Sesungguhnya urusan jenazah mak sangat mudah. Semasa di hospital, jika mengikut prosedur, jenazah sepatutnya dibawa terlebih dahulu masuk ke bilik mayat. Tetapi orang yang incharged (En. Abu) kata tak payah masuk bilik mayat memandangkan waris telah ada, tunggu untuk pengesahan sahaja dengan menandatangani borang dan Jenazah akan terus dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa pulang. Angah, Abang Ngah, Uda dan Asu akan mengiringi mak pulang ke rumah Yong. Aku tak berapa pasti pukul berapa jenazah mak sampai di rumah Yong. Lingkungan pukul 9.30 - 10.00 am.

Lebih kurang habis satu juzuk al-Quran (setiap seorang), jenazah mak sudah hendak dimandikan. Semua anak2 mak yang 8 orang menguruskan mandian jenazah mak, dengan bantuan tukang mandi jenazah. Ramai yang mandikan mak hari tu. Mak seakan tersenyum sahaja, cuma mak dah tak boleh bersuara. Urusan mengkafankan mak dilakukan oleh tukang mandi jenazah. Kami membantu sedikit2 sahaja. Selesai urusan tersebut, semua anak2 mak, cucu2 mak cium mak mengikut giliran. Aku sempat ucapkan selamat berehat dengan tenang kepada mak. Berehat dari kesakitan yang mak tanggung selama ini. Berehat dari segala kesengsaraan yang dilakukan oleh doktor2 semasa di hospital dahulu (dah merata badan mak dicucuk untuk mencari urat bagi memasukkan ubat). Selesai urusan kafan, tukang mandi jenazah memohon kebenaran menyembahyangkan jenazah mak, kami anak2 perempuan mak turut serta. Selesai solat jenazah, aku dapati bosku Pn. Fiza, rakan2 sepejabatku Aza, Sharina dan Kak Siti tiba. Aku sebak melihat kehadiran mereka. Terima kasih di atas keperihatinan korang pada aku, aku betul2 terharu. Walau aku kata tak perlu datang, korang datang dengan keikhlasan. Terima kasih sekali lagi.

Jenazah mak dibawa ke surau untuk disolat jenazahkan oleh jemaah surau selesai solat zohor. Aku tidak turut serta ke surau, disebabkan terpaksa menjaga anak2ku terutamanya Syahmi yang masih tidak mengerti apa2 itu. Aku turut ke kubur dengan anak2ku, Alang dan anak2nya, selesai solat jenazah. Along (anak alang) yang menjaga anak2ku di dalam kereta semasa urusan pengkebumian. Hubbyku dengan keretanya bawa makcu, kaknyah dan Zele (adik iparku - adik hubbyku). Dalam pukul 2.30 pm urusan pengkebumian selesai. Anak2 mak yang lelaki yang membantu menguruskan jenazah mak, berbakti kepada mak buat kali terakhir di liang kubur.

Aku amat2 berterima kasih kepada doktor2 dan nurse2 yang merawat mak di hospital Klang selama ini. Dan yang paling aku berterima kasih, doktor dah buat keputusan untuk tidak membuat CPR dan memasukkan tiub ke dalam badan mak lagi, disebabkan faktor umur kata doktor. Kalau tidak mungkin mak lagi siksa sewaktu hendak 'pergi' sekiranya dibuat CPR. Alhamdulillah, mak pergi dengan tenang sekali, sewaktu tidur mungkin selepas penat berhempas pulas mengharungi saat sakaratul maut (sawan).

AKu yang menandatangi semua keterangan dan keputusan itu pada hari Jumaat 4 Jun 2010. Semasa itu ada program 'Biggest Cholesterol Loser', aku lari ke hospital, setelah mendapat panggilan dari Yong tentang keadaan mak. Selepas maklumkan bos kecikku Ir Kasim dan bos besar aku maklumkan melalui msg shaja aku terus ke hospital. Aku sempat memohon ampun dan maaf serta minta mak halalkan makan minumku,sewaktu aku hendak ke ofis semula pada waktu petang kerana petang itu ada meeting OSHE Day. Mak angguk masa tu. MAk dah maafkan semua anak2 mak, angah yang maklumkan pada kami. Permintaan mak yang terakhir, mak minta diselimutkan dengan kain batik baru, yang Kak Nor belikan dari Langkawi katanya berwarna oren. Petang itu, selesai mesyuarat aku lari ke Sek.7 dan bawa tiga helai kain batik baru ke hospital, aku tunjukkan kepada mak, dan mak pilih yang ada warna oren-oren itu. Tengahari tu makcu dah bawa satu kain batik baru tapi mak kata itu bukan dia yang empunya tapi makcu punya. Tapi takpela kami kata, buat sementara mak guna aje dulu.

Hari ini 10 Jun 2010, dah 6 hari mak pergi. Barang2 mak dah dikemaskan di Sek.7. Ada yang disedekahkan kepada adik2 mak, jiran2 mak di kampung dan ada sebahagiannya kami anak2 mak ambil buat kenang2an. Aku masih lagi bersedih dengan kembalinya mak ke rahmatullah. Aku bukan meratap, malahan mungkin itu yang terbaik buat mak, supaya mak tidak menderita lagi. Tapi aku sedih sebab aku dah tak dapat berjumpa mak setiap alternate day, mencium tangan mak, cium pipi mak, bergurau senda dan bersembang dengan mak, mengadu masalah2ku pada mak. Aku rasa ketika ini jiwaku kosong, mungkin faktor waktu yang akan memulihkan kembali semangat dan keceriaanku sama seperti semasa mak ada dahulu. Aku mohon bos untuk cuti lagi 2, 3 hari lagi. Mungkin minggu depan baru aku mula bekerja. Lagipun cuti sekolah, aku ambil kesempatan ini untuk bercuti bersama2 anak2ku.

Kalau tidak yang pasti setiap tengahari Isnin, Rabu dan Jumaat aku akan berjumpa dengan mak, untuk bawa mak ke pusat dialisis. Mak sering nasihatkan aku supaya cepat2 buat rayuan untuk pergi haji bersama2 hubbyku.(Hubbyku dah dapat tawaran pergi haji)Aku dah buat rayuan sebenarnya. Aku kata kalau aku pergi sama sape nak jagakan anak2ku. Mak kata mak akan tengok2kan anak2ku itu dengan bantuan bibik. Tapi kini segalanya tidak mungkin lagi. Mak dah takde, bibikpun dah takde. Khidmatku pada mak kini hanyalah iringan doa supaya mak ditempatkan bersama2 orang yang soleh. Doaku supaya tempat peraduan mak kini dijadikan seluas mata memandang, dan doaku juga tempat persemadian mak merupakan salah satu dari lorong2/taman2/liang2 syurga. Al-fatihah buat mak. Makkkkk, anjang rindu dengan makkk!!!

Tuesday, June 1, 2010

Al-Fatihah Buatnya

1 Jun 2010, aku forward email dr. HR berkenaan cuti,untuk dapatkan advice hubbyku. Dia tak kisah, tapi dia maklumkan aku melalui email balasnya satu peristiwa yang mengejutkanku.

Hubbyku kata Dr. Imran homeopathy dah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas, iaitu masa cuti Wesak DAy tempohari. Dr. Imran (was an engineer, hubbyku panggil Aji sahaja) merupakan kenalan / sahabat seorganisasi hubbyku, tapi dah opted out from that organisation, ambil VSS. Dia buka klinik homeopathy, setelah dia juga diberi ujian dengan g.bladder cancer, tapi recovered dengan pengambilan ubat homeopathy semasa dia mendalami ilmu perubatan tersebut di Indonesia. Dia pernah terlantar di hospital selama 4 bulan dan badannya hanya tinggal tulang semata2 dan perlu kepada bantuan orang lain untuk mengangkatnya dari satu tempat ke tempat lain. Itu yang dia pernah ceritakan kepadaku dan hubby.

Di kliniknya di Banting itulah hubbyku berulang alik mengambil ubat selama lebih kurang 2 bulan dan rawatan lanjutan yang lain, sebagai alternative untuk tidak dibedah, atau sekurang2nya boleh mengurangkan merebaknya sel yang tidak elok. Dia kata hubbyku dah recovered dari sakitnya itu, dari segi perubatan homeopathy, itu yang dia tafsirkan. Dia tak mengambil bayaran selagi belum habis ubat2tan yang diprescribednya atau selagi hubbyku belum sembuh dari pandangannya. Dia treated hubbyku sebahagian dari keluarganya. Selain ubat homeopathy dia beri hubbyku madu terbaik dunia dari Yaman, dan air zam2 yang dia sendiri mengambilnya dari Mekah. Dia sering ke Mekah dan berziarah MAdinah, seterusnya ke Yaman.

Aku pernah berbincang melalui telefon dengannya, semasa hendak membuat keputusan go for operation atau tidak, dia kata dia sudah berbincang panjang lebar dengan hubbyku (aku tidak turut serta dalam perbincangan itu) , dan terpulang kepada hubbyku untuk membuat keputusan. Aku pernah berjumpa 2,3 kali sahaja dengannya, semasa mengikut hubbyku mengambil ubat, selepas beberapa tahun dahulu (about 10 yrs ago) semasa pertama kali hubbyku membawaku berjumpa dengannya.

Ternyata kuasa Allah, dia pergi mendahului kita semua, pada Hari Jumaat yang mulia, meninggalkan 2 orang balu dan anak yang masih kecil, berusia lebih kurang 9 bulan. Semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah s.w.t dan dimasukkan di dalam golongan orang2 yang beriman. Al-fatihah buat Dr. Imran. Semoga keluarganya tabah dengan ujian ini.

Bibik Belum Mahu Balik M'sia

Hari ni 1 Jun 2010, sudah agak lama aku tak update blog aku ni. Sibuk, takde masa, penat, malas dll. Pilih lah mana satu reasons, or semua yang di atas.

Aku baru balik dari menjenguk mak di hospital. Tak dengar lagi dari mulut angah, bila mak nak dikeluarkan. Semalam 31 Mei 2010, sepatutnya bibik sudah balik semula menyambung perkhidmatan. Tapi hampa, Makcu called anak bibik yang angkat kata bibik masih ada urusan yang belum settle di Indon. Selama sebulan bagi masa mungkin tak cukup bagi bibik menyettlekan urusan di sana. Yang kesiannya si angah, takde sapa nak gantikan dia jaga mak. Yong? Abang Longku tumbang subuh Sabtu lepas, semasa hendak solat Subuh. Ada pendarahan di kepala (otak). Jadi dia tak boleh gantikan angah, terpaksa jaga abang long pulak. Mungkin abang long akan dibawa ke hospital Sg. buloh untuk pemeriksaan lanjut. Alang, anakkunya sedang exam.

Hari Sabtu dan Ahad malam makcu yang jaga mak, siang aku take over sekejap waktu petang, bagi ruang kat makcu dan angah berehat di rumah. aku minta kebenaran hubbyku. Alhamdulillah setakat ni hubbyku faham dan masih membenarkan. Kalau dia muncung waktu aku minta kebenaran nak pergi jaga mak, aku takut jugak nak pergi. Nanti pahala yang ku cari dosa yang aku dapat. Thank you ye Yang. Cuti tiga hari, masa Wesak Day jatuh hari Jumaat, kami tak kemana2 seperti kebiasaan cuti panjang. Pantang ada cuti, pasti akan berjalan. Tapi semenjak hubbyku tak sihat ni, jarang jugak kami dapat makan angin jauh2.

Mak minta dipicit kaki dan kepala setiap masa kepada penjaganya. Sakit kaki dan pening katanya. MAsa hari Ahad lepas tu mak minta aku tarik2kan rambutnya bagi legakan sedikit kepalanya yang sakit. Akupun ambik sedikit rambut dan tarik bagi berbunyi, mak sure lega. Tapi.. tarik punya tarik, rambut mak terputus serumpun..haaa, aku terjerit. Mak dah takut la anjang nak tarik rambut mak. Macam reput je, terputus dan tercabut.

Makcu masih bengang dengan bibik. Angah kata kalau bibik ada, dapat la gantikan dia sekejap. Bibik masih ada kontrak 2 bulan untuk jaga mak. Kontrak bibik habis pertengahan bulan Julai kalau tak silap. Aku kata takpe makcu, kita bagi masa kat dia, mungkin betul apa yang dikatanya itu, kalau dia masih berkeras then only kita buat contingency plan. Kita ambil apa2 tindakan yang patut.

Aku la ni sibuk untuk persiapan sambutan OSHE Day untuk companyku. Hari ni sahaja aku terpaksa siapkan 2 Paperwork for MC Meeting 10 Jun nanti. Petang baru aku berkesempatan melawat mak. Esok Senamrobik bulanan, aku ingat nak join, sebab badanpun dah tak fit.