Saturday, November 10, 2012

Cuti 'Semester' - Saya dalam dilema!

Salam semua,

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan waktu lapang. Saya manfaatkan untuk menulis seketika. Saya akan bercuti selama 9 hari, dengan hanya mengambil 3 hari cuti tahunan. Bersyukur dengan cuti2 umum yang ada di Malaysia, dan cuti yang dibekalkan oleh syarikat. Hasil gabungan cuti2 tersebut, saya seolah-olah bercuti 'semester', Yeay! Lagipun anak-anak dah mula bercuti sekolah.  Email yang diterima dari pengetua baru taska menyatakan tiada perkhidmatan transit pada cuti sekolah ini, memaksa saya mengambil cuti tahunan tersebut. Kalau tidak saya di dalam dilema di mana la saya nak transitkan si kakak dan si abang.  Adik masih boleh lagi dihantar ke taska.  Takpela, inipun peluang nak bersama-sama mereka.

Hari ni, pagi-pagi lagi kakak dah bertanya, 'kita nak ke mana hari ni mummy?. Dok rumah, saya  jawab ringkas. Saya dah masakkan diorang nasi lemak sempoi, berlaukkan sambal udang dan ayam goreng.  Adik berulang-ulang nak minta makan.. oopss. no..no..no saya kata pada adik. Adik dah makan banyakkan, saya kata. Tadi semasa Makcunya makan, pun dia nak tumpang sekaki. Hmm budak sorang ni kekadang terpaksa saya control makannya. Semua seluar dah tak muat kan dik! Lepas tu saya kemas rumah yang bukan lagi seperti tongkang pecah, tapi macam tongkang  karam hehe.  Lupa nak telefon cleaner dua tiga hari sebelum, ini la akibatnya!

Program cuti sekolah ni saya dah daftarkan anak2 ke Program Kecemerlangan anjuran Perkis, yang akan dimudahcarakan oleh Ustaz Ebid Lew. Semalam kakak merungut pada saya, yang dia tak nak pergi ke program tersebut. Dia kata, cuti sekolah dia nak bercuti dari belajar. Asyik belajar je, stress la mummy, katanya. Saya faham maksud kakak, tapi... Saya katakan pada kakak, ini bukan belajar ilmu akademik macam kat sekolah.  Ini belajar ilmu kehidupan dunia dan akhirat.  Relaks je, saya kata.   Lagipun saya tak sampai hati membiarkan anak2 tanpa pengisian pada musim cuti sekolah ini.  Tambahan lagi, di mana nak transitkan mereka semasa saya bekerja  (walaupun ini bukan masalah utama).  Banyak pilihan sebenarnya, nak beri pengisian pada anak2 saya.  Program Daurahpun ada di masjid negeri.  Program Bahasa Arab anjuran ustaz bahasa Arab sayapun ada.  Tapi saya dah committed dengan pilihan pertama. Worse come to worst, saya hantar ke rumah Makcik sebelah rumah. Tapi takde pengisian, saya tak mau begitu.

Inilah dilema ibu-ibu bekerja.  Kekadang bila dalam dilema, rasa nak berenti kerja pun ada, tapi, takpelah.... Itula antara sebab saya terpaksa menarik diri dari temuduga kenaikan pangkat baru-baru ini.  Mungkin pada sesetengah orang, saya telah menolak peluang dan rezeki yang mendatang. Tapi sebenarnya lebih dari itu yang saya fikirkan.  Keutamaan saya adalah anak2. Saya juga takut anak2 terbiar. Kalau naik pangkat or naik gred (walaupun belum tentu saya dapat hehe), saya pasti tanggungjawab di tempat kerja juga bertambah. Saya tarik diri awal-awal, supaya saya tidak berada di dalam keadaan lebih dilema untuk terima atau tidak sekiranya berjaya di dalam temuduga tersebut.  Biarlah, saya pasti bila tiba masa yang bersesuaian, saya masih ada peluang itu.  Lagipun rezeki Allah yang beri. InsyaAllah, saya selalu ingatkan diri ini.. saya bukan kejar pangkat, tapi yang saya mahukan adalah BERKAT.  Kakakpun selalu komplen yang saya asyik sibuk dengan kerja2 di tempat kerja dan kerja2 rumah, sehingga saya tiada masa untuk ajar subjek sekolah yang dia tak faham, katanya. Alhamdulillah, walaupun begitu kakak naik kelas tahun hadapan. Ada peningkatan.

Saya juga dah teruja nak berpindah dari Jabatan sekarang ke Jabatan baru. Lebih-lebih lagi bila nama saya tidak lagi tersenarai di jabatan sekarang (walaupun temuduga kenaikan pangkat untuk Jabatan sekarang, huhuhu).  Harap-harap saya berjaya dengan permohonan pertukaran jabatan saya. Dah setahun lebih saya menanti.  Saya juga telah 'dilamar' untuk menyertai jabatan lain oleh GM jabatan tersebut.   Dia dah tulis surat ke HR. Hmm..Walau bagaimanapun saya berdoa semoga saya ditempatkan di jabatan yang bersesuaian dengan keadaan semasa saya dan dipermudahkan segala urusan. Tak sabar tunggu surat penempatan dari HR sebenarnya. Sesungguhnya penempatan baru saya masih dalam dilema. Susah kot HR nak tukarkan saya ni ye...

So, back to cuti 'semester' ini, sementara saya belum pergi bekerja semula dan sebelum mereka saya hantar ke program kecemerlangan tersebut, saya dah ada program untuk mereka, tapi tak boleh beritahu mereka lagi, takut nanti tak menjadi.  Dan mereka akan menuntut dan menuntut janji tersebut. Bila tiba masanya nanti, saya akan beritahu, InsyaAllah.  Sebenarnya selepas program kecemerlangan tamat pada 21 Disember nanti, saya perlu memikirkan di mana nak tempatkan kakak dan abang, kerana cuti sekolah masih berbaki.  Permudahkanlah urusan kami Ya Allah.

Wassalam.



Friday, October 26, 2012

Salam Eidul Adha 1433H

Salam kepada yang membaca,

Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha.  Tahun ini merupakan tahun kedua kami merayakannya tanpa suami dan ibunda tercinta.  Hari Raya Adha kedua adalah merupakan ulang tahun kembalinya suami saya ke Rahmatullah. Genap dua tahun. Begitu pantas masa berlalu, terlalu pantas. Sekiranya ditoleh ke belakang, serasa masih baru lagi peristiwa di Makkah itu berlaku.

 Seawal semalam saya telah membuat persiapan untuk memasak makanan kegemaran anak saya rendang ayam pencen, rendang daging dan kuah lodeh untuk dimakan pada hari raya.  Rendang saya siapkan pada malam hari, manakala lontong seawal pagi raya. Lemang dan kuah kacang saya beli yang sudah siap dimasak.  Pulang dari membeli bahan-bahan mentah, kami singgah di gerai tepi jalan untuk membeli durian.  Sebahagiannya saya dan anak2 makan di gerai (tapi dalam kereta) dan sebahagian lagi dibawa pulang.  Durian kini seperti tidak bermusim, ada sahaja sepanjang masa dan ketika. Kalau tidak dari Perak, durian dari Pahang, ataupun dari Johor, silih berganti.

Hari ini, tiada apa yang istimewanya. Saya ziarah kakak (Yong) Klang. Anak2nyapun semuanya pulang ke rumah mertua masing2.  Petang saya ziarah ibu mertua di Subang Jaya, di rumah adik ipar.  Malam saya terpaksa membawa anak saya, si abang yang belum kebah dari lelahnya, walaupun telah diberi makan ubat lelah (liquid form).  Malangnya tidak berhasil untuk meredakan lelah abang yang bermula pada malam raya.  Saya berfikir punca lelah abang.. Ohh baru teringat, abang banyak makan durin, kemudian banyak minum air sejuk. Abang terpaksa diberi Nebulizer.  Hmm.. baru lega kata abang, tapi ubat tu bau dia.. bau dia kan mummy 'busukkk' katanya. Tak macam yang biasa tu. (selalu pergi klinik lain, malam ni klinik lain pula - sebab kebanyakan klinik tutup sempena raya haji) Saya  kata, takpela janji abang ok. Doktor  berpesan pada abang, jangan minum air sejuk, seumur hidup.. Haa..abang spontan berlakon seperti menangis, waa...wa..waa... doktor tersengih lihat gelagat abang.  Fruits yang sejuk2pun tak boleh makan seperti rambutan, longan dan yang seumpamanya.  Abang mewarisi penyakit keturunan abah dia.

Dalam kereta semasa balik dari Klinik (mujur ada klinik 24 jam) saya nasihat abang supaya ikut pesan doktor. Mummy dah kehilangan suami (abah dia), mummy tak nak kehilangan anak pulak.  Ala itukan kejadian (takdir) Allah, jawab abang. Haish pandai menjawab pulak budak ni.   Ye la tapi kita kena berusaha supaya tak kena penyakit, kalau dah berusaha tapi masih kena penyakit barulah itu dinamakan takdir.  Saya pulak berceramah, abang diam je sampai ke rumah.  Hopefully abang faham maksud mummy.

 Dua orang lagi anak saya si kakak dan adik saya tinggalkan bersama Makcu.  Dua-dua dah lelap sewaktu saya sampai, kesian pulak tengok muka diorang yang dah tidor.  Mulanya mereka ini nak mengikut saya ke klinik, tapi saya tak benarkan sebab mummy nak pergi ke klinik, bukan nak makan angin. Jadi sebelum  mummy naik angin, elok duduk je di rumah, saya bertegas. Mereka ni pantang saya bergerak, mesti nak mengikut. Ada ketikanya saya kena tegas. Nanti pegi ke klinik ada pulak dijangkiti dengan penyakit lain, saya berikan alasan. Akhirnya mereka akur. Lindungi dan peliharailah kami Ya Allah. Amin.

Kepada semua, saya ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidill Adha, semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah s.w.t. Wassalam.


Tuesday, October 23, 2012

Catatan Kenangan yang Tidak Mungkin Dilupakan

Kenangan Haji 2010.

Salam,

1 DzulHijjah 1433H telah bermula.  Bermakna kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi.  Setiap kali Raya Haji tiba, hati saya tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kesan kenangan  haji  2010. Kenangan yang tidak mampu saya padamkan dari ingatan, yang sentiasa segar seperti baru semalam saya mengalaminya. Tidak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata segala apa yang telah dilalui.  Baru sekarang saya mendapat sedikit kekuatan untuk menulis dan dikongsi bersama di blog yang tidak sepertinya ini.

Jemputan Menjadi TetamuNya
Pada tahun 2009 suami saya (Allahyarham) telah menerima jemputan ke tanah suci di saat akhir.  Disebabkan oleh jemputan di saat akhir, beliau telah menolak jemputan tersebut, kerana kurang persediaan dan saya, isterinya tidak mendapat jemputan dari pihak Tabung Haji (TH) - walaupun mendaftar secara online pada  tarikh dan waktu yang sama(mgkn lari dari segi minit sahaja)  . Sememangnya kami telah berjanji akan menunaikan rukun Islam yang kelima ini bersama-sama. Pada tahun yang sama juga beliau telah disahkan positive Hepartocellular Carcinoma. Pada tahun 2010 beliau sekali lagi mendapat jemputan untuk menjadi tetamu istimewa di Tanah Suci.  Dan saya masih tidak menerima surat jemputan tersebut. Setelah diselidik, rupanya ada kesilapan teknikal di pihak TH. Dalam diam rupanya dia telah menulis surat rayuan kepada TH untuk saya. Dipendekkan cerita rayuan tersebut telah diterima.  Walau bagaimanapun, dalam pada itu ujian kesihatan telah berjaya dilalui dan dia layak untuk menjadi tetamuNya.

Saya, memang teruja untuk pergi ke sana. Tetapi memandangkan kesihatan suami yang kurang mengizinkan, saya redha sekiranya itu tidak terjadi. Saya dan suami  beristikharah, bertanya kepada yang lebih arif dan selebihnya menyerahkan sepenuh keputusan kepadaNya.  Tetapi kebanyakan yang ditanya, memberikan jawapan yang positif, supaya pergi mengerjakan haji. Serahkan selebihnya kepada Allah. Ianya mungkin sebahagian dari usaha penyembuhan ke atas penyakit suami dengan berdoa di tanah suci. Dalam pada itu, saya dan suami membuat persiapan, sekiranya kami pergi, at least persiapan telah dibuat, sekiranya keadaan tidak mengizinkan kami redha dengan ketentuanNya. Tidak ramai yang tahu akan pemergian saya ke sana, kecuali di saat-saat akhir.

Lebih kurang seminggu sebelum penerbangan, suami telah dimasukkan ke hospital WIJAYA International Medical Centre, Petaling Jaya disebabkan oleh bengkak kaki dan darah keluar tanpa henti di bahagian pergelangan kaki.  Saya sekali lagi mengingatkan suami, kalau tidak jadi pergipun tidak mengapa, after all dia tidak sihat.  Dia tersenyum dan membalas, 'takpe kita redah aje'. Saya memang tidak putus-putus panjatkan doa sekiranya kami menjadi tetamuNya, semoga dipermudahkan segala urusan. Bengkak kaki berkurangan dan doktor membekalkan ubat secukupnya, nutrisi yang boleh menguatkan lagi physical suami juga dimasukkan melalui tiub. Ramai rakan taulan suami berziarah di hospital.

Akhirnya hari penerbangan tiba pada 23 Oktober 2010. Anak-anak kami serahkan kepada Alang di Port Dickson untuk dijaga sepanjang kami di sana. Semua ahli keluarga menghantar kami ke Kelana Jaya.  Asalnya kami dijadualkan berada di Tanah Suci selama 48 hari.  Satu jangka masa yang saya kira lama. Supaya tenaga badan dapat dikekalkan, suami menggunakan kerusi roda yang saya tolak sehingga di KLIA. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.  Kami sudah mula dipisahkan semasa dari Kelana Jaya ke KLIA.  Suami dibawa dengan menggunakan van (khas untuk orang2 yang menggunakan kerusi roda), sementara saya pula dengan bas.  Di KLIA kami dipertemukan semula. Alhamdulillah, kami dapat tempat duduk kelas pertama, dengan bantuan rakan abang ipar dan adik ipar (Adik suami) yang bekerja dengan MAS, dengan mengambilkira keadaan suami yang tidak boleh duduk lama di kerusi. Alhamdulillah syukur dengan kemudahan pertama yang kami terima.

Madinah
Apabila kami tiba di Jeddah, kami antara penumpang yang terakhir sekali turun (kerana  menggunakan kerusi roda), dan menggunakan laluan yang berbeza dengan penumpang lain. Suami disorong oleh Pak Arab. Alhamdulillah kami lah jemaah pertama yang melepasi imigresen di Jeddah dan bersedia untuk dibawa ke Madinah dengan bas, usai solat.  Dalam surat pertama dari TH, penerbangan KT53 kami dijadualkan ke Makkah terlebih dahulu, tetapi KT53 telah diubah haluan untuk ke Madinah dahulu kemudian baru ke Makkah. Aku bersyukur kepada Allah di atas perubahan ini. Ada banyak hikmah di sebaliknya.  Kami berada di Madinah selama  8 hari dan ditempatkan di Hotel Al-Haram tingkat 9. Bilik saya dan suami bersebelahan. Saya rasa bersyukur kerana saya ditempatkan hanya 3 orang dalam sebilik bersama-sama dengan makcik Ani dan Kak Kamariah. Bilik2 lain 5 orang sebilik. Tidak lah berebut-rebut bilik air apabila tiba masa hendak ke masjid.

Selama di Madinah, saya menyorong kerusi roda suami untuk ke bahagian lelaki hingga ke anak tangga, sehingga ada jemaah haji yang lain (bukan Malaysia) akan menyorong beliau masuk ke dalam masjid. Dan saya akan kembali ke tiang yang dijanjikan untuk mengambilnya semula.  Bukan tiada roommatenya yang offer untuk menyorongnya ke masjid, tapi dia lebih selesa bersama saya. Alhamdulillah bentuk muka bumi Madinah tidak lah berbukit seperti di Makkah, maka saya kira tidaklah teruk sangat untuk menyorong kerusi roda kecuali di kawasan2 yang bertingkat.

Begitulah keadaannya sekiranya suami pergi solat di Masjid Nabawi.  Dia tidak ke masjid atas nasihat doktor di waktu yang panas terik seperti Zohor dan Asar bagi mengelakkan dehydration.  Selalunya kami bersama pada waktu solat Subuh, maghrib atau Isyak ke masjid. Itupun setelah dia dimasukkan ke hospital, kerana bengkak kakinya berulang. Dia dimasukkan ke hospital (klinik) Malaysia di Madinah selama 2 malam. Dan yang bagusnya semua pesakit akan dibawa oleh pihak hospital ke Raudhah (salah satu dari taman-taman syurga) sekiranya masih belum berpeluang ke sana sepanjang di Madinah.  Suami saya juga dijanjikan sedemikian tetapi sehingga dia keluar hospital dia tidak dibawa ke Raudhah.  Ada sedikit kekecewaan.  Disebabkan itu juga beliau beria meminta saya menghantarnya ke Babus Salam untuk ke Raudhah, kami tawaf satu masjid Nabawi untuk mencari Babus Salam (pintu no. 1). MasyaAllah... indah sebenarnya pengalaman itu. Malangnya percubaan beliau tidak berjaya.

Pada malam seterusnya selesai solat Isyak, saya bersama-sama suami pergi ke kawasan gerai makanan Movenpick untuk mencari makanan yang diingini oleh suami.  Dia order kebab. Suami sempat beli aiskrim untuk saya juga.  Memang sedap aiskrim di sini, rasanya seperti ala-ala  tutti fruiti malaysia.  Favouritenya juga adalah juice buah2an segar. Sebenarnya saya sangat teruja kerana sepanjang di Madinah selera makan suami sangat baik.  Makanan di hotelpun habis di makan.  Sedap katanya.  Kalau di Malaysia dia sangat2 tidak berselera.  Favouritenya adalah ayam masak kicap, yang boleh dikatakan  hari2 saya masakkan sebelum saya ke tempat kerja.  Berbalik kepada gerai movenpick, sementara menunggu kebab, saya dihubungi melalui telefon oleh En. Aziz (suami kepada kak Kama), teman sebilik suami, mengatakan seorang doktor ingin berjumpa saya dan pihak TH  sedang mencari suami.

Memandangkan suami sedang menunggu kebabnya, saya tinggalkan suami di kawasan gerai dan saya  ke klinik di Al-Haram untuk bertemu dengan doktor.  Sesorang. Tidak sampai 10 minit.  Doktorpun terkejut kerana saya sudah sampai dalam masa yang sekejap.  Ini bertujuan untuk membincangkan cara terbaik untuk membawa suami ke Makkah.  Sekiranya menggunakan ambulan, beliau terpaksa duduk dengan keadaan yang tidak selesa.  Jadi saya putuskan untuk bersama-sama saya menaiki bas. Kebetulan pihak TH juga sedang mencari beliau, rupa-rupanya untuk di bawa ke Raudhah.  SubhanAllah. Saya hubungi suami berkenaan dengan perkara itu. Belumpun  kebab habis di makan, saya sudah sampai dengan petugas TH dengan seorang ustaz untuk membawa beliau ke kawasan Raudhah.  Selesai wudhuk, suami disorong oleh petugas TH ke Raudhah.  Saya pulang ke hotel sendirian. Syukur ke hadratMu Ya Allah, dia masuk Raudhah dengan mudah tanpa perlu bersesak-sesak. Saya benar2 terharu dan bersyukur kerana Allah perkenankan doa kami. Terima kasih Ya Allah, SesungguhNya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bercerita berkenaan hikmah penerbangan kami ditukar dari Makkah ke Madinah terlebih dahulu.  Pertama suami sempat ke Raudhah (dengan mudah sekali).  Saya juga berpeluang  mengunjungi Raudhah sebanyak 4 kali dan dapat mengerjakan solat sunat mutlak dengan mudah, tatkala jemaah lain bercerita tidak dapat tempat untuk solat di kawasan Raudhah yang penuh sesak. Alhamdulillah syukur, Allah permudahkan.  Sekiranya penerbangan kami ke Makkah terlebih dahulu, usahkan Raudhah, bumi Madinahpun tidak mungkin dapat jejaki.  Nanti saya ceritakan, kenapa begitu.  Sebenarnya saya memang bercita-cita untuk solat di Raudhah kerana pada pemergian saya yang pertama kali sewaktu mengerjakan umrah pada tahun 2005, saya tidak berpeluang ke Raudhah kerana saya membawa bersama anak sulung (Amy) yang ketika itu berusia 3 tahun.  Mana mungkin saya dapat bersesak-sesak ke Raudhah.  Saya masih teringat ketika saya ajukan kepada mutawif yang bertugas, dia kata mungkin ada hikmah yang tersembunyi di antaranya mungkin saya akan dipanggil kembali untuk datang ke tanah suci.  Subhanallah memang benar telahannya. Saya dipanggil lagi untuk menjadi tetamu istimewaNya pada tahun 2010. Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Terima kasih Ya Allah. Sebenarnya pihak hospital telah tersalah bawa pesakit, pada malam suami saya dijanjikan untuk dibawa ke Raudhah! Dan di Madinah, suami sudah lupa untuk bangun dari duduk bersila dan beberapa perkara lain.

Bumi Makkah
KT53 merupakan antara jemaah terakhir yang meninggalkan Madinah.  Kami dibawa ke Makkah  dengan bas (asalnya kami bercadang menggunakan flight Jeddah-Madinah-Jeddah-Makkah, tetapi pada masa itu airport Madinah sedang dlm renovation). Sepanjang perjalanan, suami kurang makan, takut hendak 'membuang' katanya. Dia hanya makan madu dan kurma ajwa yang dibeli dari Madinah.  Madu terbaik Yemen. Dibeli dari student universiti di Madinah.  Kami tidak turut serta dalam progam ziarah dan ke pasar kurma, kerana keadaan suami. Saya diizinkan olehnya untuk turut serta tapi, tidak sampai hati untuk tinggalkan dia sorang-sorang. Lagipun kami pernah berziarah sebelumnya.    Jadi semasa jemaah lain berziarah, saya menyorong suami di sekitar kawasan berdekatan hotel2 Madinah. Makan angin Madinah. :)

Sebelum bertolak dia mengalami keadaan kerap 'membuang air'.  Suami telah kehilangan tenaga sewaktu perjalanan ke Makkah yang mengambil masa lebih kurang 8 jam.  Setiap check point petugas Arab ada menyediakan makanan berupa biskut, air zam2 dan kurma, dan buah2an seperti oren atau epal. Sedikitpun tidak disentuh. Di check point terakhir, saya maklumkan kepada seorang petugas hospital keadaan suami yang lemah.  Petugas tersebut dari hospital Selayang, di mana suami juga ada membuat check-up di sana. Beliau mengenali suami saya.  Jadi, suami terus dibawa ke hospital Aziziah untuk rawatan kerana keadaannya yang lemah. Saya hanya mampu berdoa semoga segala-galanya berjalan dengan lancar sehingga hari Wukuf. Kami ditempatkan di Hotel Servilla Barakat.

Hospital Aziziah
Sebaik selesai mengerjakan umrah, saya terus ke hospital Aziziah dengan menaiki bas / coaster yang disediakan oleh pihak TH. Rupa2nya dia mengalami hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kerana tidak makan.  Kakitangan hospital kata, sewaktu ketiadaan saya, suami saya seperti tidak bertenaga. Bila saya dan pakcik dan makciknya (Ayah Cheng dan Che Dah) datang dia kembali ceria.  Begitulah keadaan saya yang berulang alik dari Hotel - Hospital dan sekali sekala ke Masjidil Haram, sekiranya saya pulang dari hospital untuk membasuh dan menukar pakaian.  Tetapi banyak masa saya habiskan dengan menemani suami di hospital. Walaupun begitu, segalanya dia ingin lakukan sendirian  tanpa bantuan saya seperti ke toilet. Kecuali makan-dia nak saya yang suapkan. Suami juga semakin bertenaga, tapi keadaan kaki yang bengkak dia terus ditahan di hospital sehingga wukuf.

Walaupun begitu, di samping kesukaran ada kemudahan. Ada satu ketika saya terlepas bas untuk ke hospital.  Saya sangat sedih, kerana makanan sudah saya belikan untuk suami dan berjanji untuk bersarapan bersama. (sebenarnya pihak hospital ada menyediakan makanan).  Seorang petugas TH (Pn. Suhana) telah mencadangkan supaya saya  pergi dengan Teksi dengan ditemani oleh seorang petugas yang dipanggil dengan gelaran 'Perencam' dan saya kena membayar tambang teksi.  Perencam merupakan anak kelahiran Makkah tetapi ibu atau bapanya berasal dari Malaysia atau Pattani.  Mereka ini fasih berbahasa Arab dan  berbahasa Melayu. Kebanyakan mereka merupakan Hafiz Al-Quran. Sebaik tiba di hospital, saya ingin membayar tambang, budak perencam kata, tak perlu bayar kerana driver menumpangkan kami dengan tidak mengambil apa2 bayaran. MasyaAllah, saya mengucapkan syukran kepada pemandu berbangsa Arab itu. Saya beri tambang teksi kepada budak perencam atas jasa baiknya menemankan saya menaiki teksi, pun tidak diambil kerana itu merupakan tugasnya katanya. Bas ke hospital disediakan pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Sekiranya saya bermalam di hospital, saya akan pulang untuk menukar dan mencuci baju sahaja. (Itupun saya gunakan khidmat laundry di hotel).

Berpisah di Hospital
Sebenarnya 3 hari sebelum wukuf, kami sudah tidak dibenarkan ke hospital. Jalan2 telah ditutup untuk persediaan wukuf.  Hari terakhir di hospital, saya menangis mengenangkan suami yang tidak dapat dilawat nanti. Saya fikir siapa akan membantu dia (walaupun ramai staff nurse) di sana nanti. Macam mana dia nak makan? Dan macam2 lagi yang saya fikirkan.  Tapi suami meyakinkan saya yang dia boleh jaga dirinya sendiri. Tak perlu risau, dan fokus untuk wukuf sahaja, katanya. Setelah membayarkan upah untuk tawaf dan saie suami kepada ustaz yang bertugas, saya memohon ampun dan maaf kepada suami dan kesemua staff nurse yang ada pada masa itu.  Saya hampir ketinggalan bas terakhir kerana beratnya untuk berpisah dengan suami.  Hanya kepadaNya saya mohon bantuan dan kekuatan.

Selama tidak ke hospital saya hanya berhubung dengan suami melalui telefon.  Sekali sekali saya menghantar sms.  Kekadang tidak berjawab.  Saya hubungi pihak hospital dan bertanya dengan staff nurse atau doktor yang bertugas akan perkembangan suami.  Ada satu hari tu, seorang doktor yang menjawab telefon saya mengatakan yang suami kelihatan depressed selepas saya tidak datang melawat. Makanpun tidak berselera. Untuk disuapkanpun dia tidak mahu.  Selama di hospital sayalah yang menyuapkan makanan kepada suami, kami berkongsi makan. Kesiannya dia.  Saya tidak tahu berapa kali saya menangis. Saya hanya dapat memberikan kata-kata semangat untuk dia terus kuat, melalui telefon.

Walaupun jalan telah ditutup, Ayah Cheng dan Che Dah datang melawat (dengan bantuan rakannya di sana), dia kelihatan ceria kata Ayah Cheng. Saya dan Che Dah Ayah Cheng tinggal berlainan hotel. Setiap kali solat, di hadapan kaabah, saya mohon supaya suami sembuh dari penyakitnya dengan sebaik-baik penyembuhan, dipanjangkan umur demi anak2 kami yang masih kecil, dan diberi kebaikan dunia dan akhirat.  Hari2 terakhir sebelum wukuf kami tidak digalakkan ke Haram kerana keadaan yang semakin sesak.  Penerbangan pulang kami juga telah diawalkan.  Bermakna tidak lama selesai tawaf dan saie haji kami akan pulang ke tanahair dengan penerbangan awal.

Wukuf di Arafah
Sehari sebelum wukuf kami telah dibawa dengan bas ke Arafah selepas solat Zohor.  Saya masih berhubung dengan suami melalui sms atau panggilan telefon.  Dia maklumkan saya yang dia telah berada di Arafah pada malam sebelum wukuf dibawa oleh pihak hospital.  Bermakna dia sempat bermalam di Arafah.  Saya sering mengingatkan dia supaya memperbanyakkan doa.  Di Arafah saya berusaha untuk berjumpa dengan suami, dengan bantuan seorang ustazah yang saya panggil Ummi dan groupnya, yang saya kenali sewaktu di dalam bas ke Arafah.  Tapi takdir Allah mengatasi segalanya, khemah pesakit terletak berjauhan dari khemah saya. Saya dinasihatkan supaya redha sahaja sekiranya apa2 berlaku. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa dan berdoa di Arafah.  Selepas waktu Zohor, suami telah dibawa pulang ke hospital.

Bermalam di Mudzalifah dan Mina
Selesai wukuf kami dibawa ke Mudzalifah selesai Solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan secara Jamak Tamam, untuk bermalam seketika.  Sampai di Mudzalifah kami mengutip batu untuk melontar di Jamrah.  Saya tidak dapat melelapkan mata mengenangkan suami. Apabila terlelap seketika, kami dikejutkan untuk dibawa ke Mina. Sekitar jam 2 pagi. Beratur menunggu giliran menaiki bas.  Saya sudah merasa kelainan pada tubuh badan, seperti hendak demam, seperti hendak termuntah, mujur ada tandas berdekatan. Mungkin angin terlalu banyak dalam badan   Disebabkan ke tandas saya telah ditinggalkan oleh kumpulan saya.

Saya sampai di Mina pada waktu Subuh.  Hari pertama melontar di Jamrah dan selesai Tahalul Awal, saya demam, kaki cramp.  Kak Kama yang membantu mengurut badan dan kaki yang cramp.  Suamipun menghantar msg yang dia telah selesai tahalul awal.  Saya berniat untuk membuat Nafar Awal. Saya menelefon suami, saya belum dapat untuk mencari jalan ke Aziziah, kerana keadaan kaki saya yang sakit.  Saya difahamkan Mina dan hospital Aziziah tidak jauh.  Saya nyatakan esok selepas melontar ke Jamrah saya akan cuba mencari jalan untuk berjumpa dengannya.  Suaranya saya dengar terketar-ketar.  Dalam pada itu dia bertanya kenapa esok baru nak jumpa.  Saya nyatakan selepas nafar awal saya akan keluar dari Mina dan pergi berjumpa dengannya walau dengan apa sekalipun.  Dia setuju dan saya ingatkan lagi supaya jangan lupa makan untuk menambah tenaga. Madu dan kurma ajwa saya bekalkan di hospital. Saya hanya mampu menangis dan berdoa.  Itulah perbualan terakhir saya dengan suami. ;(.

Saya memang berjumpa dia (dengan apa cara sekalipun)
Saya tidur awal pada malam itu.  Lebih kurang pukul  1.30 pagi saya dikejutkan oleh petugas TH, Pn. Suhana dan Ustazah Faridah untuk ke hospital.  Bila mendengar perkataan hospital saya jadi menggeletar.  Saya sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Saya masih mampu bertahan, tiada air mata yang keluar.  Saya gagahkan bertanya macamana dia? Dia ada lagi kan? Mereka diam dan menangis.  Saya rasa seperti mahu terbang ke hospital pada masa itu juga. Kaki terasa tidak mencecah bumi.  Dengan berjalan kaki, menaiki bas, dan menaiki teksi, berjalan lagi, kami (Pn. Suhana, Ustzah Faridah, Kak Kama dan seorang petugas TH penduduk Makkah) sampai di hospital pada jam 3.00 pagi.  Keadaan jalan amat jem. Rupa-rupanya dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana sekitar jam 1.00 pagi.  Pihak hospital cuba menghubungi saya beberapa kali, tapi saya tidur nyenyak (mungkin sebab tidak berapa sihat) dan tidak mendengar deringan telefon.

Saya hubungi keluarga di Malaysia atas pemergiannya. Saya serahkan kepada pihak TH dan Muasasah untuk menguruskan jenazah suami.  Di sana wanita tidak dibenarkan mengurus jenazah dan tidak dibenarkan pergi ke perkuburan. Saya merasakan betapa mahalnya harga bayaran Haji saya pada masa itu. Saya rasa seperti bermimpi, tapi itulah realiti, saya tidak akan bertemu lagi dengannya di dunia ini. Semoga kami diketemukan lagi di akhirat sana.

Rupa-rupanya hasrat saya untuk bertemu dengannya dengan apa cara sekalipun memang terjadi, tapi di dalam keadaan dia sudah tiada lagi.  Patutla dia bertanya kenapa esok baru saya hendak berjumpa dia, kerana dia hendak pergi pada malam tersebut.  Menurut doktor (Dr. Ahmed) dan attendant (En. Miftahuddin) yang bertugas, dia pergi dengan tenang sekali, sebelum itu, sempat bercakap mengatakan yang perutnya sakit ketika diletakkan kain selimut sewaktu dipindahkan ke tingkat bawah.  Dia telah dipindahkan dari tingkat satu ke aras bawah semasa tenat.  Dia muntah darah.  Petugas2 Perencam (Hafiz Quran) tidak henti-henti membacakan ayat2 al-quran. Gambar dan video detik2 akhir suami telah mereka rakamkan dan diserahkan kepada saya.  Terima kasih kepada doktor dan petugas hospital Aziziah yang membantu menjaga suami dengan baik sehingga ke akhir hayatnya. Tidak ketinggalan juga kepada Dato' Dr. Abdul Razak Mutallif yang menjadi Pengarah Hospital Aziziah pada tahun itu, yang amat suami saya kagumi.

Sumber Kekuatan dan Semangat
Dia pergi hanya beberapa hari sahaja lagi penerbangan pulang kami.  Teringat hasratnya yang ingin melihat perubahan anak2 bila balik ke Malaysia nanti, setelah sebulan ditinggalkan.  Saya dinasihatkan untuk tinggal di Mina sehingga hari ketiga.  Saya ucapkan terima kasih Kak Kama yang banyak membantu,  kepada Kak Hariyah dan suami (Pak Manap) yang menemankan saya pergi melontar, kepada Ustazah Faridah yang sentiasa ada membantu selama ketiadaan suami di sana.  Kepada Sahabat Haji Pn. Habsah Mahat yang menemankan saya tawaf dan saie dan tawaf wida' dan lain-lain sahabat  yang banyak memberi saya semangat selepas ketiadaan suami di sana termasuk En. Khir, pegawai khas Menteri Pertanian. Tidak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga dan ipar duai, sahabat handai saya dan suami di tanahair yang tidak putus-putus memberikan kata semangat dan perangsang sehingga selesai saya mengerjakan ibadah haji di sana.  Yang paling utama, ibu mertua saya yang tenang dan redha di atas pemergiaan anakanda yang tercinta, sedikit sebanyak menyuntik kekuatan kepada saya. Saat2 terakhir di Masjidil Haram saya manfaatkan untuk berdoa di hadapan kaabah semoga saya dan anak2 diberi kekuatan untuk  meneruskan kehidupan dan dipermudahkan segala urusan dunia yang tidak pernah bertepi.

Pergi Berdua Pulang Bersendirian
Saya terpaksa pulang awal, walaupun diberi pilihan untuk tinggal lama mengikut jadual asal penerbangan pulang.  Tapi lantaran dalam edah, terdapat larangan edah yang perlu saya patuhi.
Alhamdulillah, penerbangan pulang saya dimudahkan.  Selepas tawaf wida' bersama sahabat haji  saya Habsah yang menemankan saya, saya dihantar ke maktab lain (KT03 - tidak silap saya) oleh Tn. Hj. Sawal (Ketua Maktab) dan segalanya diuruskan olehnya. Pemeriksaan kastam tanpa bayaran kerana membawa pulang barang-barang termasuk beg yang berisi barangan Allahyarham suami.  Sebahagian barang kepunyaan suami telah saya sedekahkan di hospital, termasuk kain ihram.

Sewaktu di dalam penerbangan pulang, saya bertemu dengan seorang makcik pesakit kanser. Penerbangan pergi beliau dengan anaknya terus ke Makkah. Beliau dinasihatkan terus pulang selepas selesai mengerjakan ibadah haji tanpa pergi ke Madinah. Barulah saya tahu, inilah hikmahnya kenapa penerbangan pergi kami  ditukar dari Makkah ke Madinah.  Sekiranya terus ke Makkah, saya dan suami juga tidak akan berkesempatan berziarah ke Madinah seterusnya ke Raudhah, menziarahi Rasulullah s.a.w (Selawat dan Salam ke atas Junjungan nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya dan para sahabat).  Sesunggguhnya Alllah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan isi hati hambanya. Saya sentiasa berdoa semoga roh suami dicucuri Rahmat dan dijauhkan dari siksa kubur serta dimasukkan ke dalam Jannatul Ma'wa.  Kami merancang, Allah jua merancang tetapi perancangan Allah lah yang terbaik. Inilah pengalaman yang merupakan didikan langsung dari Allah kepada hambanya atas beberapa perkara.

Al-fatihah.

Wassalam.




Monday, October 15, 2012

Dua Hari Bersama Jabatan Penerangan Malaysia

Salam,

Alhamdulillah, selesai sudah tugasan saya yang diassigned oleh bos untuk menjadi wakil SIRIM sebagai salah seorang Juri / Panel / Hakim di dalam Konvensyen Inovasi dan Kreativiti (KIK) Jabatan Penerangan Malaysia yang berlangsung selama 2 hari dari 11 - 12 Oktober 2012 yang lepas, di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.  Saya diberi penghormatan dengan penginapan selama 3 hari 2 malam, tapi malangnya, saya tidak dapat menginap di sana. Pelbagai perkara yang perlu fikirkan sebelum itu, anak2 yang hendak study sebelum exam, kena pack baju dan buku2, takkan nak bawa mereka keluar dari Hotel dengan berbaju sekolah, dan macam2 lagi yang bermain di minda.  Akhirnya bilik yang diberi saya gunakan untuk berehat pada waktu tengahari dan pagi sebelum Konvensyen bermula.

Setelah lama (lebih 2 tahun) tidak menjadi panel di dalam mana2 pertandingan baik peringkat Selangor maupun peringkat Jabatan2 kerajaan, saya yakinkan diri yang saya masih mampu memberikan komen dan pengadilan yang sebaiknya. Alhamdulillah markah 2 panel lagi dari INTAN  (Tn. Hj. Tahir) dan MPC (En, Abdul Majid) tidak jauh larinya dari markah yang saya telah berikan.  Mereka berdua menginap di hotel, jadi urusan normalisation 10 kumpulan terdahulu telah dilakukan oleh mereka. Hari terakhir tinggal 2 kumpulan yang membuat persembahan.  Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.

Pemenang telah sebulat suara dipilih dan diumumkan.  TH Tahir dan En. Majid mengambil keputusan yang meninggalkan majlis sebaik urusan penyampaian hadiah dan cenderahati selesai disebabkan oleh urusan2 lain yang perlu mereka lakukan.  Maka tinggallah saya mewakili panel untuk sama2 makan tengahari bersama dengan tetamu VIP terdiri Dari TKP dan Pengarah2 Jabatan Penerangan Malaysia seluruh Malaysia. After all hotel Bluewave dengan SIRIM tidak jauh manapun.  Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan mesra pihak Jabatan kepada kami terutama Pn. Mazlina (sekretariat), Pn. Jamilah (Pengarah Perancangan Strategik) dan lain2 lagi yang membantu.  Sekali sekala keluar dari kepompong suasana office dapat merehatkan dan menenangkan minda dari beban tugasan di dalam pejabat.

Perjumpaan dengan sahabat lain Jabatan / Syarikat sebenarnya dapat berkongsi info dan pengetahuan.  Dalam pada itu, saya sekali lagi dimaklumkan mengenai penyakit kanser yang dihidapi oleh kakak kepada salah seorang panel. Saya sempat memberi info dan tips bagi tujuan melegakan sedikit bebanan pesakit kanser melalui pengalaman yang saya sendiri lalui dan timba dari penyakit yang dihidapi oleh Allahyarham suami.  Kakak kepada TH Tahir mengidap kanser paru2 stage 2. Menurut TH Tahir, yang heavy smoker ialah suami kepada kakak tersebut.  Yang terkena kesannya adalah si isteri. Semoga Allah permudahkan urusan kakak beliau. Kepada semua perokok, fikir2kanlah.  En. Majid juga bercerita beliau baru terlepas dari symtons 'Fatty Liver'. Apa yang beliau amalkan ialah menukar kepada gaya hidup sihat, cukup tidur (Nap), jaga apa yang kita nak makan (Nutritions), tidak stress  dan yang paling penting ialah EXERCISE.

Berbalik kepada majlis makan tengahari bersama para VIP, salah seorang Pengarah (saya lupa nama dan saya panggil Tn. Hj. sahaja - beliau merupakan rakan kepada arwah CEO SIRIM yang telah kembali ke Rahmatullah, Pak Ya) tidak makan kerana semua hidangan yang ada di hadapan beliau merupakan hidangan yang tidak boleh dimakan oleh beliau.  Lauk ayam tidak makan, ikan yang tidak berupa ikan (fillet) juga beliau tidak makan.  Saya berseloroh, it's good for your health Tn. Hj.  Dia kata yang sedap makanan yang wife dia masak.  Aku terfikir, masih ada lagi manusia yang hanya makan hidangan yang dimasak oleh isteri mereka sahaja. Padanla dia nampak sihat walaupun kelihatan telah berusia.  Jaga makan, itu rahsianya.

Banyak tips saya perolehi selama 2 hari berkonvensyen dengan Jabatan Penerangan Malaysia ini.  Allah pertemukan saya dengan mereka2 ini, sebagai peringatan buat diri ini yang muda alpa dan terleka dengan nikmat dunia yang penuh dengan makanan yang sedap lagi enak tapi mempunyai kesan yang tidak baik bagi diri manusia.

Wednesday, September 26, 2012

Permata Hati dan Penawar Duka Mummy

Salam,

Keletah dan kerenah anak-anak

Anak2 saya yang tiga orang masing-masing ada their own sweet characters... Kalau ada di depan mata ada sahaja kerenah mereka, menyakat antara satu sama lain... kalau takde walau seketika, mummy pasti kerinduan.... Si adik yang paling kuat menyakat kakak dan abangnya.. ada saja idea nak bagi abang dan kakak melenting... Bila melihat keletah dan kerenah anak2 saya boleh tergelak atau tersenyum walaupun pada mulanya saya nak marah... Merekalah penawar yang Allah turunkan buat segala kedukaan saya selama ini.

first scenario
Abang: mummy tengok adik ni, kacau abang..
Adik: mummy, abang suruh tengok adik.. tengok ni 'maccho'... (sambil letak 2 jari kat dagu dia)
dia sakat lagi abang dia.
Abang: mummy tengok la adik ni
Adik: mummy abang suruh tengok adik lagi.. 'pacak' (sambil pacak-pacakkan rambut dia yang pendek tu)
ntah mana la dia belajar perkataan 'macho' dan 'pacak' tu...
Mummy: hmmm... (senyum)

2nd scenario
Adik:  nyanyi 'ala te modek, modek, ala te modek modek (ikut suka lidah dia je nak menyebut, I like to move it, move it - ini sure hasil penangan madagascar kat USS hari tu)
Mummy: adik, apa modek, modek tu?
Adik: Habis tu apa?
Kakak: I like to move it, move it hehehe
Adik: hehehe (termalu)
Mummy: hehehe

3rd scenario
Mummy suruh kakak mandi..
Mummy: kakak cepat mandi dah nak maghrib ni..
Kakak: kejap lagi nak tengok cerita ni kejap je lagi
Mummy: kakak ni kang silap haribulan kena dengan mummy kang.. (sebab dah banyak kali cakap)
Kakak: bila?
Mummy: bila apa pulak?
Kakak: bila nak silap haribulan tu?
Mummy: Grrrrr... (sambil sembunyikan senyum)

4th scenario
Adik suka kutip straw abang dan kakak dan mummy selepas minum di mana2 restoran.
Adik: Abang, adik nak straw abang ye..
Abang: Ehh abang nak jugak straw ni (sambil buat muka tak puas hati dengan adik)
Adik: haaa.. (dah start merengek la tu)
Mummy: Sejak bila pulak abang main straw ni, bagi je la adik.
Abang: Ala.. sejak hari ni la... asyik adik jeee (mode tak puas hati dan nak uji sabar mummy la ni)
Mummy: Abang ni saje nak buat pasal ke?
Abang: Ala, abang acah je la.. nah adik (sambil bagi straw kat adik)
Mummy: hmmm..

5th Scenario
Suatu hari bawa adik dan kakak ke ofis sementara tunggu abang balik sekolah ganti.
Kakak: Siapa kawan baik mummy kat sini (best friend mummy kat ofis la maksudnya)
Mummy: Takde (jawab spontan sambil buat keje, sebab mummy baik dengan semua kat ofis)
Adik: Semua jahat-jahat (menyampuk cakap mummy dan kakak, tangan sedang gunting kertas buat sampah)
Mummy dan kakak: hahahaha (pandang sesama sendiri)
Mummy baru terfikir, mummy patut jawab mummy baik dengan semua orang, jadi takde lah adik interpreted it wrongly.

Kadang-kadang mummy urut dada dengan kerenah anak2. Sesungguhnya anak2 dan hartabenda adalah ujian dariNya semata-mata...

My Kids' Favourites
Favourite kakak ialah buku novel, kalau keluar mesti nak buku. I have no problem with that, memang suka anak-anak banyak membaca.  Favourite adik adalah toys, mesti nak toys kalau keluar jalan-jalan. tapi dengan adik boleh slow talk lagi, mummy akan kata mummy akan belikan masa mummy gaji, so dia terima rasional mummy.  Abang jarang nak minta itu ini, tapi sekali dia nak sesuatu, mesti kena dapatkan there and then. Memang susah nak dipujuk-pujuk. Dia suka gadget yang agak mahal harganya.  Selalu mummy pening samada nak penuhi atau tidak permintaan abang. Tapi dalam banyak keadaan mummy memang akan kalah.

Well., saya jenis yang tidak memanjakan anak-anak dengan memberikan semua permintaan pada masa itu juga (walaupun masih berkemampuan untuk memberi apa yang dipinta).  Saya nak asuh mereka supaya tidak semua yang mereka minta mereka boleh dapat dengan mudah.  It depends on the necessity.

My Challenge
To tell the truth, it's not easy to raise up the kids alone. This is my challenge. Kalau dulu, sekiranya teguran kita tidak diendahkan anak2, saya selalu sub kepada abah mereka.  Sekali abah bersuara mereka akan terus buat. Tapi kini, kesabaranlah yang dapat mengatasi segala permasalahan.  But, I have no compromise, for any wrong doing. Sekali sekala kesabaran saya memang tercabar.  Tapi saya percaya dengan janji Allah, di sebalik kesukaran ada kemudahan dan di sebalik kesukaran ada kemudahan yang Allah berikan.  Setakat ini, Alhamdulillah, Allah membantu setiap saat dan ketika. Doa saya tidak putus-putus, Ya Allah kurniakan aku anak2 yang soleh dan solehah, yang menjadi penyejuk mata dan hatiku dan mata-mata lain yang memandang. Anak2 yang taat dengan segala perintahMu dan tidak menderhaka kepadamu dan kepadaku Ya Allah. Amin.


kids happily playing with cousins


menguji kreativiti anak2

part of kids' collections



Friday, September 21, 2012

A Tribute to a Friend - Allahyarhamah Nor Aida Kamaruddin

AsSalam,

Hari ini saya menerima satu lagi berita kematian disebabkan oleh penyakit pembunuh no. 1 negara iaitu Kanser.  Kak Nor Aida Kamaruddin, tinggi lampai, berwajah putih dan mulus dan sentiasa murah dengan senyuman telah kembali mengadap Ilahi pada malam 19 September 2012 di rumahnya di AU3 Keramat pada jam 8.35 malam, setelah bertarung dengan penyakit kanser selama 11 tahun.  Pertama kali didiagnosed mengidap breast cancer semasa mengandungkan anaknya yang ketiga yang kini berusia 11 tahun.  Sila baca pengalaman beliau  disahkan mengidap kanser payudara di dalam artikel yang beliau tulis sendiri di pautan berikut:
http://mamaneh.org.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=25&Itemid=39

Selama tempoh itulah beliau telah menjadi committee dan volunteer kepada Kanser Network Association @ KanWork dan kerap memberi motivasi kepada pesakit2 kanser, walaupun beliau sendiri sedang sakit.  Pada tahun lepas 2011, saya dan sahabat telah menziarahi Allahyarham di HUKM. Semasa sedang terlantar di atas katilpun beliau masih sempat menyelamatkan satu nyawa, dengan ilmu pengetahuan yang beliau ada, iaitu sahabat beliau sendiri.  Dan seperti biasa beliau sentiasa tersenyum walaupun dalam kesakitan (that was her amazing character), apabila doktor mendapati kanser yang diidapi telah merebak ke tulang belakang, walaupun sebelum ini beliau survived dari breast cancer. Dengan mengikuti rawatan yang disarankan beliau sekali lagi survive dan boleh duduk di kerusi roda dan sekali sekala boleh berjalan dengan jarak yang dekat. (menurut cerita suami dan ibu arwah).  Tapi sejak Februari tahun ini, kanser telah merebak ke bahagian kepala (otak) menyebabkan beliau tidak dapat menelan sebarang makanan.  Sehinggalah ke saat akhir kanser tersebut telah menyerang payudara di bahagian satu lagi.

Saya hanya sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah tengahari tadi, walaupun pada asalnya saya dan Kak Diba ingin pergi pada waktu pagi, sebelum jenazah dikebumikan.  Tapi apakan daya, saya punya program di tempat kerja, menanti pelawat dari Jabatan Akauntan Negara.dan terpaksa memberikan taklimat kepada pelawat2tersebut. Malangnya pelawat2 ini sampai lewat dari waktu yang dijanjikan kerana tersesat. Akhirnya taklimat saya hanya berakhir pada pukul 11.00 pagi dari pukul 10.10 pagi seperti yang dijadualkan.  Sebaik sahaja habis taklimat diberikan saya bergegas ke Kota Damansara untuk pergi bersama-sama Kak Diba, kerana saya ini buta jalan. Kami sampai sebaik sahaja selesai pengkebumian.

Allahyarhamah meninggalkan 3 orang anak yang mana yang sulung akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi.  Saya berharap anak2 beliau tabah menghadapi dugaan ini sebagaimana tabahnya beliau memerangi penyakit yang telah dihidapi dahulu. Saya doakan Allahyarhamah di tempatkan di kalangan para solehah dan berada di dalam salah satu dari taman2 syurga. Al-fatihah.

Semalam juga saya menerima panggilan dari seorang sahabat semasa mengerjakan haji (Seri), memaklumkan bahawa anak kepada rakan beliau yang hanya berumur 10 tahun telah disahkan mengidap kanser otak (kurang pasti tapi di bahagian kepala).  Seri mohon nasihat dari pengalaman saya menjaga arwah suami berkenaan dengan ubat2an selain dari ubat hospital yang boleh diberi kepada pesakit kanser.  Saya menyarankan sebarang bentuk antioxidant untuk diambil bagi mengurangkan sel2 kanser dari merebak terutamanya apricot seed untuk vitamin B17 yang telah diuji keberkesanannya ke atas pesakit kanser  dan juga rawatan secara Islamic.  I just wonder how cancer develops at young age and what makes people get this kind of disease as early as 10 years old. Setahu saya sel kanser mengambil masa untuk developed. Saya tahu, setiap penyakit itu Allah yang turunkan (beserta ubatnya), tetapi mesti ada sebab musabab yang boleh kita jauhi dan cegah.

Saya mula risaukan anak2 saya yang masih kecil.  Ya Allah, Semoga Engkau memelihara kami dari sebarang penyakit merbahaya Ya Allah. Lindungi kami dari segala ancaman, godaan dan gangguan dari Iblis, Syaitan, Jin dan Manusia. Ameen.

Sunday, September 16, 2012

Adik Syahmi in Action @ USS

Salam semua,

Saya telahpun menunaikan janji dan tuntutan anak2 ke USS pada Hari Jumaat lepas. Fuhh lega rasanya ianya telah berlalu. Sebenarnya percutian ke USS dan Legoland sangat memenatkan kerana ia menuntut kita berjalan dan berjalan dan berjalan, no train or buggy to go around and round, banyak cantik nak buggy hehe... Dan yang paling kesian si kecil 4 tahun saya, Nik Syahmi Iman. Kalau kita yang dah 'tua' nipun kepenatan, dia yang kecil apatah lagi.. itu saya sangat faham.

Tapi saya sangat bersyukur kerana dia seorang anak kecil yang matang, tidak banyak kerenah dan yang paling penting, merupakan seorang yang sangat pandai mengambil hati mummy.  Syukur saya ke hadrat Allah di atas kurniaanNya, seorang anak yang sangat ceria dan caring kepada mummy walaupun kadangkala membuatkan mummy tak berhenti mulut pop pet pop pet.. di atas kenakalannya. He's cheeky tapi saya rasa terhibur dengan gelagatnya yang sentiasa mencuit hati ini.  Favourite words Syahmi kepada mummy ialah 'Saaayangg mummy'.

Hari itu, dari pagi sampai ke petang, dia tidak memeningkan kepala mummy dengan permintaan yang macam2; especially susu, selalunya sekali pagi dan sekali petang.  Mungkin dia ingat pesan mummy, no milk for today, dia angguk dan kata 'yee'. Dan yang paling mengharukan apabila dia kata 'Mummy pegi la mana-mana, adik penat adik nak rehat'. Dia bukak kasut, sakit kaki katanya.  Sayapun sakit kaki sebab banyak berjalan. Satu lagi mungkin sebab tiada susu as  booster. Kesian dia.

Banyak kali kata mengantuk, tapi bila suruh tido dia bangun dan main sendirian, dengan berkaki ayam, main bola (dibeli di USS), main sepak botol, ikut gaya ultraman (his favourite program in astro), main dengan abang dia, dsbnya. Dari pagi dan sehingga sementara menunggu bas yang hanya sampai pukul 9.00 pm, kita tengok apa aktiviti Syahmi...


masih bertenaga.. jalan mesti depan sekali


macam pandai tengok map tu.. tapi gayanya macam progitu..

start bukak kassut.. sakit kaki...

main bola lantun

berkaki ayam

bila penat dia duduk

Add caption

jauh peginya, keep on eyeing...

tak sia2 belikan dia bola bercahaya ni..
suh beratur untuk bergambar, dia tak nak. so bergambar dari belakang je la..

happy ke sana ke mari


tengok bangla, gosok lantai

main dengan abang


dah jadi ultraman..

dahaga..


konon nak tidor

peace dari syahmi..

duduk je kat mana2, janji dapat berehat..


Thursday, September 13, 2012

FB Alert

Salam,

Got this from an email... just sharing. Better safe than sorry.. peringatan buat diriku yang sentiasa alpa.



** Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online **

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

~Khairul Amree
Buat sahabat2 yang nak share, InsyaAllah.. saya izinkan dan saya halalkan.. semoga bermanfaa

Saturday, September 8, 2012

Kenangan Raya di Kota Bharu...

Seperti dijanjikan, aku upload sebahagian gambar2 sewaktu beraya di Kota Bharu... Masih belum berkesempatan beraya di kampung.. Kampung, tunggu kehadiran kami... :) First time raya, aku tak balik ke kg. halaman tercinta setelah lebih 2 minggu Syawal.

hari raya pertama..

Amy, with her schoolmate, terjumpa kak Pantai Irama

Dinner at one of the restaurant in Kota Bharu..


BBQ at Ma's house


Kids with cousins and their aunties

Kenangan Beraya di Pantai Irama..

Salam,

Selagi Syawal masih ada, selagi tu ada saja jemputan rumah terbuka. Setiap kali weekend, setiap kali itu, jalan akan jem di dalam bulan Syawal ini khususnya.  Weekend ni adalah minggu ganti sekolah, anak2 beraya di sekolah.  Aku a bit relax. This time raya, aku rajin pulak bawa anak2 aku yang tiga orang tu ziarah sedara mara dan sahabat2ku.  Ye la, raya di Kota Bharu 2, 3 buah rumah je yang kami beraya. Selebihnya aku beraya di Pantai Irama. Pada Hari Raya Ketiga di Kota Bharu, hajat di hati nak beraya rumah Kak Iza, rakan sepejabat dan rumah Yam di Bachok tak kesampaian.

Anak2 sudah jumpa pantai, takkannya nak berganjak dari situ. Sebab musabab yang lagi kukuh kenapa kami beraya di pantai hanya aku, anak2 dan Kak Iza sekeluarga yang tahu.  Allah menguji di mana2 sahaja hambanya berada.  Tapi Alhamduillah segalanya sudah berlalu. Ianya akan jadi kenangan sepanjang hayatku. Beraya di Pantai Irama, takkan ku lupakan.

Selepas jamuan rumah terbuka, terdapat jemputan kenduri kendara pulak diterima. Tengah fikir nak pergi ke tidak.  Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan.


Sebahagian dari photo kenangan raya di pantai Irama...


dah jumpa layang2 tak ingat nak balik or beraya... memang dream dia dari dulu nak main layang2..

dengan abang amir, anak Kak Iza

3 orang 3 layang-layang.



puas main layang, korek pasir pulok!



with Kak Iza..



Friday, August 31, 2012

Eidul Fitri 2012

Salam,

Raya tahun ini, aku diminta oleh ibu mertuaku beraya di Kota Bharu, negeri kelahiran arwah suamiku .  Hati ini berat sebenarnya untuk beraya di sana, tiada saudara mara except for anak2 dan my ipar duai. Silap hari bulan aku hanya berendam air mata sahaja mengenang kisah2 silam. Susah sebenarnya aku hendak buat keputusan di mana aku patut beraya tahun ini. Aku mohon bantuan Makcu untuk mencari ticket flight termurah ke Kota Bharu, sebagai persiapan sekiranya aku balik, aku dah ada ticket, sekiranya aku tak jadi balik, at least tak de la aku garu kepala, burn tiket begitu saja.

Cepat sungguh Ramadhan berlalu, tiba tarikh dan waktu aku terpaksa buat keputusan. Packing barangpun tengah malam hingga ke pagi hari nak balik tu. Tu yg banyak benda tertinggal. Kenangkan permintaan seorang nenek, seorang ibu, seorang wanita aku pulang juga ke Kota Bharu. After all akupun dah jadi anak 'yatim piatu+ balu'.. huhu. Pukul 6.30pm aku touch down dan sampai di rumah sedang elok untuk berbuka puasa.

Pengumumam raya dibuat, raya hari Ahad. Pagi2 bangun tidor kakak Amy kata, 'tak best la raya takde abah'. Aku tak tau apa lagi yang berada di dalam minda anak2ku. Tapi aku make sure diorang happy. Anakku si Adik pulak kata ' tak best la raya rumah orang'. Dia masih belum faham dan kenal di rumah siapa yang dia beraya. Aku tanya dia, adik tau tak siapa Ma tu? Mak kak elly (cousin dia), dia jawab. Memang sahih dia tak faham hehe. Aku terangkan, Ma tu mak abah adik.. dia tambah, abah Nik Syahmi Iman ye mummy.. yee.. aku jawab.

Nanti aku post gambar raya yang tak seberapa, kamerapun dah tertinggal kat sana masa nak balik ke sini. Kalut betul....

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

AsSalam Ramadhan Kareem al Mubarak..

Ramadhan menjengah lagi tahun ini. Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk bersama-sama menyambut Ramadhan kali ini, moga hingga ke akhir Ramadhan dan semoga diberi peluang lagi sehingga ke Ramadhan akan datang.  Tahun ni tahun kedua Ramadhan tanpa orang2 tersayang. Tapi takpela selagi aku ada selagi itu aku akan doakan mereka semoga beroleh kesejahteraan di sana.

Hari pertama Ramadhan, aku dan makcu decided untuk berpuasa dan berbuka di kg, bersama Uda dan anak2nya.  Dah takde ibu bapa, jengah adik beradikpun jadila.. Kami masak lemak ketam dan sayur kangkung tumis, ikut menu yang dipilih oleh Uda.

Kami balik ke rumah pada hari kedua puasa, pagi2 lagi selepas Ateh hantar semula si abang syafiq dan haziq yang ikut bersama-sama pulang ke rumah mertuanya di Sg. Tengi.  Petang masak lagi untuk berbuka hari kedua puasa, mengikut menu si kakak Amy, tomyam dan ikan goreng.  Simple je menu tapi Alhamdulillah, makan sikit dah kenyang.. Nikmat sungguh berbuka puasa.. itula janji Allah bagi orang2 yang berpuasa, iaitu nikmat sewaktu berbuka puasa dan sewaktu bertemu denganNya.

Ramadhan ini aku berharap dapat dipertingkatkan lagi ibadah, dilebih2kan lagi sedekah jariah, untuk menjadi insannul kamil. Amin Ya Allah, semoga ketemu lagi di Ramadhan akan datang, untuk merebut peluang keemasan yang telah Allah janjikan kepada hambaNya pada bulan yang mulia ini.  Lebih2 lagi di dalamnnya ada satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Mari la sama2 kita merebut peluang keemasan ini...


Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban Kembali Lagi..

Salam,

Dua tahun lepas aku ada menulis di blog ini, pada malam nisfu Syaaban (bersamaan dengan 27 Julai 2010). Aku baca semula blog yang aku tulis tersebut. Masa tu Allahyarham hubbyku masih ada lagi, dia terpaksa ditahan di dalam wad hospital tropicana, Kota Damansara... terkenang kembali kisah2 lama... Masa tu aku rasa sayu dan sunyi kerana seorang penghuni rumah tiada...itu pada masa itu.. Aku titipkan doa buat dia pada masa itu semoga penyakitnya sembuh..

Tapi pada malam ini, walaupun dia telah tiada aku tetapkan akan titipkan doa buat dia, semoga Allahyarham suamiku dicucuri rahmat, beroleh kesejahteraan dan semoga dia ditempatkan di dalam liang yang merupakan salah satu dari pintu2 syurga... Tidak kulupakan juga buat kedua orang tuaku yang telah tiada... Semoga mereka beroleh sejahtera, dan doa yang kupanjatkan buat mereka diterima oleh Sang Pencipta...

Bagi umat Islam, malam Nisfu Syaaban, adalah malam di mana buku catatan amalan kita ditukar ke buku catatan yang baru.  Semoga kita semua memulai buku yang baru ini dengan catatan amal yang baik2.  Buka Buku Baru... Bukan Buka Muka Buku ya... :)

Tak berapa lama lagi, Ramadhan akan menjelang... Tak sabar aku menunggu kunjungan Ramadhan. Sudah terhidu bau-bau Ramadhan.  Semoga ada sinar ceria pada Ramadhan kali ini... Salam Nisfu Syaaban dan Ahlan Ya Ramadhan..


Sunday, June 17, 2012

Makan-makan @ Flaming Steamboat !

Hari Sabtu, 16 Jun 2012, Makcu ajak pi makan2 kat Steambot.  Dia dah booked awal2 lagi pukul 5.30pm. Aku dan anak2 keluar rumah pukul 5.00pm. On the way, Makcu called mengatakan aku kena ambil kakak along, sebab dia dari Sentul nak menghala pulang ke rumah. Kupon tertinggal katanya.  By the time arrived kat Flaming Steamboat, dah dekat 6.30pm.  Makcu tiba sekali.

Makcu belanja... TQ Makcu.

Lepas buat bayaran untuk anak2ku (ini tiada bajet dalam kupon) kami naik ke tingkat atas. Mak aii banyak nye lauk pauk. Kawasan situ di bahagikan kepada dua, satu bahagian mentah - all the bahan yang nak disteamboatkan dan satu lagi bahagian sudah masak - segala makanan yang dah bergoreng termasuk mee goreng dan dim sum dan air. Aiskrimpun ada.. hmm.. yum..yum.. mesti kecur sape yang tengok...





Tempat ni sangat selesa sebab kemudahan surau dan toilet ada disediakan... Lepas solat maghrib kamipun berangkat, lagi lama takut perut kami menjerittt.. 'sudah la tu masukkan makanannnn'... :).




Aiyoo.. kekenyangan sudah...

Keluar dari Flaming Steamboat, kami terus ke SACC Mall, untuk menerjah pula Sale yang  ditawarkan dari jenama Poney, Renew etc. It's a shopping time pulak.  Ye la ni considered exercise lepas mentekedarah! Harga ok, considered cheap. Untuk pakaian basahan anak2 aku beli le sepasang dua. Habis shopping, terus pulang ke rumah, sampai rumah dalam pukul 11.00pm.

adikpun nak jd mcm patung ni..