Tuesday, January 24, 2012

Saat Cemas di P.Pangkor 22 Jan 2012

Salam ceria,

Tahun 2012 diisytiharkan sebagai Tahun Naga Air bagi keturunan tionghua yang menyambut Tahun Baru pada tahun ini.  Cuti 4 hari yang diperolehi sempena raya cina ni, kami ambil kesempatan bercuti ke P.Pangkor setelah bercuti ke Langkawi pada akhir tahun lepas. Ini atas permintaan si anak yang belum puas2 naik bot, mandi pantai dan mandi kolam.  Pada 21 Jan kami berangkat ke P.Pangkor pagi2 lagi. Singgah sebentar di rumah Uda, bawa Fatin & Haziq (anak2 Uda) dan Ayad (anak Alang). Menuju ke Marina Island salah satu jalan alternatif ke P.Pangkor, yang aku yakin belum ramai yang mengetahuinya. Dalam masa 15 minit dah sampai ke P.Pangkor. First day selepas checked in aktiviti utama yang dilakukan oleh anak2 tidak lain dan tidak bukan.. Mandi Kolammmm.. yeayy.. happy diorang!

Mandi kolam, pemandangan dari atas  Coral Bay Resort.

Hari kedua, kami dah decided nak pergi Island Hopping dan Mandi Pantai serta snorkling.  Dengan bayaran RM 150 kami seramai 9 (kecuali Along) orang menaiki bot pergi 'melawat' batu berbentuk whale, buaya dan penyu, serta bentuk kaki manusia berlunjur.. hebat sungguh kejadian Allah.  Ke satu kawasan snorkling dan ikan banyak terdapat.  Ombak sedikit kuat, sehinggakan Angah (kakak) mabuk dan termuntah2. Akhirnya Boat 'menyinggahkan kami ke suatu kawasan yang dipanggil Pantai Teluk Man.. Cantik, bersih dan halus pasir putih pantai tersebut.  Nak snorkling, keadaan kurang mengizinkan kerana cuaca yang mendung dan air pasang.  Laut bergelora.  Tapi kami masih ada pilihan lain iaitu mandi pantai.  Sampai di sana pukul 9.45 pagi dan kami minta boat ambil semula pada pukul 12.00 thari. Semasa sampai telah ada beberapa group manusia yang mandi manda.. bersuka ria.. 

Ombak sedikit deras, terlambung2 orang2 yang mandi di tengah2.  Anak2 aku warning, tak boleh pergi ke tengah melainkan di gigi pantai, main pasir sahaja.  Akhirnya satu group demi satu group pergi meninggalkan pantai , walau yang datang lewat dari kamipun dah pergi dari situ. Tinggal lah group kami sekeluarga sahaja lagi. Air makin lama makin pasang... pukul 12. boat yang diarah sampai. Abang (anakku Syafiq), Haziq, Fatin dan Ayad, berjaya dinaikkan terlebih dahulu.   Tapi... inilah saat2 yang tak diduga berlaku. Ombak tetiba kuat memukul boat dan pantai, sehinggakan kami tak ada kekuatan untuk naik ke atas boat. Angah (kakak) terjatuh dipukul ombak sewaktu nak naik ke atas boat Anak2 di dalam boat yang terumbang2 menjerit2 ketakutan. Aku apatah lagi, rasa dah hilang suara menjerit supaya mereka memaut kuat tiang2 boat. Aku betul2 risau yang mereka tercampak ke dalam laut. Driver boatpun hilang arah untuk mengawal boat yang seakan2 meronta2 tidak mahu dipegang. Aku nampak diapun cemas.  Boat seakan2 terus mara ke tengah.  Seperti berang.  Barang2 yang dinaikkan terlebih dahulu semuanya tercampak ke laut.  Boat dah separuh dipenuhi air.  Alamak.. Aku minta semua yang didalam boat dikeluarkan terlebih dahulu.  Dalam pada itu, mujur baik ada sekumpulan pemuda yang sedang memancing.  Aku tiup wisel dari jaket yang ku pakai untuk tarik perhatian mereka.  .  Salah seorang mendatangi kami.

Akhirnya semuanya selamat dikeluarkan. Kami diminta untuk pergi ke tempat lebih selamat. Di kawasan antara dua batu besar. Tapi.. jalan menuju ke arah kawasan tersebut dah dinaiki air.  Dalam masa sekejapan.  So, sang pemancing  mendahului kami untuk membawa kami ke kawasan tersebut.  Anakku dah menangis ketakutan. Sempat lagi dalam menangis anakku Syahmi berkata 'Adik dah tak nak mandi pantai dah, adik dah tak nak naik boat dah...' Aku berdebar2. Abang Syafiq yang dah terselamat tak putus2 membaca Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah.. Bagus Imam Muda ni aku puji anakku...  Sesudah air dikeluarkan dari dalam boat, boat kembali tiba untuk mengambil kami.  Tapi yang aku perasan, bila semua dah keluar dari boat tadi, takde pulak ombak sekuat tadi.. pergi mana ombak tadi yang berderu2 memecah pantai.. Adakah tadi Naga Air sudah mengamuk??.. Apa2pun aku ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kami akhirnya selamat sampai ke tepian pantai, tempat kami mula2 naik tadi.  Alhamdulillah.. satu pengalaman cemas yang tidak mungkin akan dilupakan.


Cuaca mendung, dari hujan renyai2 ke hujan lebat!

air pasang sehingga ke batu ini sewaktu kami meninggalkan tempat ini..

Saturday, January 7, 2012

Aktiviti berbasikal.. adik's new ride!

Petang tadi  sebagaimana yang dijanjikan, aku bawa kedua2 basikal anak2 ke kedai basikal berhampiran rumah untuk repair, tayar dan rantai dah tak functions... sesampai di kedai tesebut, aku disuruh hantar pada esok hari, 'dah penuh la kak', kata tokeh kedai (orang Melayu kita).. dalam hati aku terus 'mengata' ini la orang melayu, dah banyak sikit agak2 dapat untung, dah tak nak terima.. apa salahnye terima saje tapi kata la dengan aku, tak boleh siap hari ni, aku boleh terima, ni tidak, sampai2 saje belum sempat aku bukak mulut, dia dah dah suruh datang esok... tapi dalam pada itu dia recommend kedai kat pekan subang, ok la jugak tu.. kedai chinese, service sesangat ok, aku kata nak cepat, terus je dia buat walaupun banyak lagi basikal yang hendak direpair... adik dalam kereta aku tinggalkan dengan abang dan kakaknye.. ..'adik nak beskal mommy, adik nak beskal.. adik nak.. ye.. ye.. aku kata, aku tinjau ke dalam kedai, aku tunjuk kat adik yang dalam kereta.. ha yang tu.. nak.. nak.. nak mommy, adik nak, ye kalau nak senyap, aku bagi amaran..! hmm bising betul dia..

basikal baru adik dan basikal yang baru direpair..

Selesai repair kedua2 basikal abang dan kakak, aku tanya tokeh, berapa yang ini tokeh.. murah saja RM150.. hmm murah, aku kata. tak leh kurang ke, sudah kulang tu kak, kalau tidak harga asal 160++... hmm..ok berapa semua sekali, RM235.. what! kenapa mahal?aku tanya.. itu tayar basikal depan belakang satu basikal dah RM40..dua RM80 (boleh beli satu basikal budak kecil).. itupun sudah kasi kulang (kurang).. ok la kasi kurang lagi sikit.. ok..ok la RM230 sudah la kak... aku bayar, terus bawak anak2 ke Taman Permainan berhampiran rumah... seronok anak2, seronokku jua...
Wah adik with his new ride.. abang dan kakak dengan basikal masing2..

Dah berpeluh-peluh, baru aku ajak anak2 pulang ke rumah.. kat rumah sambung lagi main basikal... Esok aku kata, pagi2 kita pi jogging, korang naik basikal, mommy jogging aje. Teringin jugak nak berbasikal macam anak2, tapi apakan daya basikal dewasa yang baik punya.. RM1000++++.. hmm tunggu dulu la .. lagipun bukan prioritypun.. Hopefully dengan aktiviti berbasikal ini, adalah jugak aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, daripada mengadap tv dan komputer biarlah diorang beriadah dengan berbasikal...


tak puas main kat taman, di tengah laman mereka berbasikal, janji mereka gembira, aku tumpang gembira!

Friday, January 6, 2012

Makkah.. Jemputlah Aku Jadi TetamuMu Lagi!

Salam ceria,

Dua, tiga hari ni aku teringat2 akan Makkah, lagi-lagi bila sahabat sebelah partition, Kak Siti, becerita dengan kawan2 seperhajiannya, mengenai suasana Haji yang baru sahaja selesai dikerjakanya pada tahun lepas (2011). Mommy bila kita nak pergi tengok kubur Abah.??.. si kecil aku bertanya spontan. Jauh la dik, nak pergi tengok kubur abah, aku balas.. ala. kita naik la kapa tebang (pelat sebut kapal terbang).. hmmm, InsyaAllah kalau ada rezeki aku pasti akan membawa ketiga-tiga mereka ziarahi kubur arwah bapa mereka. Tapi, jauhnya bukan 1, 2 KM tapi berjuta2 KM, bukan makan sehari dua boleh pergi, bukan boleh pergi macam pergi melancong. Sekiranya tiada Mahram lelaki, macamana lah agaknya nak menziarahi perkuburan di Tanah Makkah. Perempuan, sorry ye, tak dibenarkan ziarah kubur di sana...

Aku sentiasa berdoa, semoga niat anak2ku untuk menjenguk tempat persemadian arwah abah mereka tercapai. Ada cerita istimewa kenapa Makkah sentiasa di hatiku. 1) kerana orang yang aku sayang telah bersemadi di sana, jadi hati ini sentiasa ingat Makkah, 2) Makkah juga merupakan tempat tanah kelahiran arwah abahku (menurut cerita arwah mak). Dan kedua-duanya juga ada persamaan, di mana mereka pergi disebabkan oleh satu penyakit yang sama : CANCER...  itu hanya asbab musabab yang Allah turunkan.   Aku hanya berniat, urusan selainnya aku serahkan kepadaMu ya Allah untuk mengatur dan merancang niatku ini.  Bila, bagaimana, aku takkan fikir secara lanjut, yang aku tahu, aku akan sampai lagi ke sana bersama-sama dengan anak2ku. Sesungguhnya aku rindu dia, secara tak langsung aku rindu kepada Makkah!



Aku dan arwah suami sewaktu penerbangan pergi Haji 2010




Tanah Makkah


Thursday, January 5, 2012

Back To Normal Schooling Season 2012

Salam ceria,


Today on the 4th January 2012, the new school season opened.  From early nite (last nite) I was preparing for tomorrow's (today's) event.  From baju sekolah ke kasut sekolah and beg sekolah, for morning and afternoon sessions for both of my beloved kids, Amy (kakak) and Syafiq (Abang) who are up to Standard four and two respectively this year.  And adik also, tak kurang juga nak minta disediakan baju sekolah macam abang. Haa.. adik belum sekolah la, abang menyampuk,. Adik sekolah kat Taska je.. tak payah pakai baju macam abang... hmmm.. ok ok la kata adik. Tunggu adik besar sikit ye, nanti m0mmy beli baju sekolah macam abang ye.. aku pujuk pujuk adik.  Well, I have to force my kids to sleep early last nite, since dah sebulan tido lewat sebab cuti selama sebulan setengah (lebih kurang). 


This morning also I have to wake up as early as 5.00 am... hmm.. memang bercinta nak bangun pagi ni.. Selama cuti sekolah selagi azan subuh tak berkumandang, tak bangun pagi, or baru nak mengeliat... I hv already told the kids kalau nak pi cepat, mommy tak sempat nak masak sarapan macam biasa (nasi goreng ka, meehoon goreng ka, roti telur ka.) This morning minum susu and makan roti butterscotch je tau.. ye la mommy, kata diorang. Pukul 6.30 am masing-masing dah siap.  6.35 am kami dah mula bergerak tinggalkan rumah untuk ke tempat yang dituju. Pagi ni orang pertama yang kena kejut ialah si adik (going to be 4 this year), sebab dialah selalu penyebab kepada kelewatan abang dan kakaknya ke sekolah, kes liat nak bangun la ni.  Dalam hati rasa guilty sebenarnya sebab tak sediakan proper breakfast for the kids as usual.  Memang rasa guilty.. takpe nanti sampai sekolah boleh sarapan kat kantin ye anak2, aku cuba sedapkan hati. Kakak kata, tak nak la mommy sebab kakak dah kenyang...


Pukul 7.05 am kami dah sampai di sekolah kakak, mujur dia nampak kawan baiknya Jannah.. takde la mommy kena tunggu lama, siap turunkan si kakak, aku drive ke sekolah agama abang pulak. La ni diorang dah different sessi persekolahan, kakak sessi pagi sekolah kebangsaan dan sessi petang sekolah agama, dan abang sebaliknya.  Tengahari aku hantar abang ke sekolah kebangsaannya dan ambil kakak pulang dari sekolah yang sama. Tahun ni aku kena pergi dua tempat pagi dan petang untuk hantar dan jemput diorang.  I really hope they study hard not only to get good results in the exams but the most important is to gain as much knowlegde as they can.  Aku asalnye nak cuti today aku batalkan sebab anak2 dah  pandai jaga dan bawa diri di alam persekolahan... Esok dan hari2 seterusnya, the same routine we have to go through.  Good luck mahiran and to all mommies out there too!

Sunday, January 1, 2012

Cuti di Kampung dan Salam Tahun 2012...

Baru sebentar tadi bergegar sekejap bumi Subang Murni, dan saya yakin di mana-mana jua bumi Malaysia berdentum dentam dengan bunyi mercun, tanda tibanya tahun baru... Saya hanya mampu mengadap notebook,  tidak terasa kemeriahan sambutan tahun baru.  Tiada yang significantnya tahun 2012, melainkan umur semakin menginjak ke satu lagi angka baru, walaupun baru sahaja menyambut harijadi pada 20 Disember lepas.  Begitula setiap kali bertukar tahun, terasa semakin dekat untuk dipanggil mengadapNya. Persoalannya sudah bersediakah kita... Persoalannya lagi, adakah kita ada resolusi baru untuk memperbaharui tekad untuk lebih dekat kepadaNya, sejajar dengan pertambahan usia. Hmmm.. itu sendiri mau ingat maaa..

Sebenarnya masih keletihan drive balik dari kampung setelah 3 hari bercuti di sana. Seronok saya apabila anak2 seronok dan bahagia.. Aktiviti yang pertama kali dilakukan oleh anak2 ialah memancing ikan di tepi sawah.. Masing2 teruja dan bersaing untuk mendapatkan ikan...si  Kakak dapat 2 ekor, si abang 3 ekor (wah terasa macho gitu) dan si adik tak kurang jua ada 2 ekor ikan yang sudi menjamah umpan udang yang disediakan oleh Ateh.


kakak dengan ikan puyu hasil  memancing sepetang di kampung...
 Aku text Alang di PD, menyatakan keseronokan memancing di kg. Alang kata takpelah nanti cuti raya cina dia akan balik... aku kata raya cina, ikan nak beraya.. hahaha.. ikan kg. mane pandai beraya dia balas. Tapi memancing memang satu terapi yang cukup mengujakan.. hilang stress.. seronok bila umpan dipatuk oleh ikan, ada jugak ikan yang bijak, terlepas semula ke dalam sungai... itu ikan yang educated tu...hehe..

Malam saya ajak Ateh dan Uda sekeluarga makan di restoran Pelangi Bakong.. best dan sedap jugak masakannya. balik dari makan malam, terus ke pekan untuk mencari deroyan.. hmmm saya ni memang pantang nampak doyan, walau tak boleh makan banyak, saya beli supaya ahli keluarga lain boleh makan, saya akan terasa happy.. D24 jadi mangsa malam tu.. memang power isi dia.. Cempedak madu dan Dokong Mas saya beli sekali, puas hati sungguh... Esoknye aktiviti memancing tidak dapat dilakukan sebab hujannn... air keruh, kelibat ikanpun tak nampak, pi mana ikan2 tu yee..??

Malam tu saya beralih dari rumah Ateh ke rumah Uda, sebab Ateh nak balik ke rumah ibu mertuanya. Pi pasar malam, untuk hidangan makan malam tersebut. Esoknye aktiviti massage pulak..balik dari massage pi pasar beli udang untuk buat sambal udang petai, tumis sayur kangkung dan ayam goreng tepung,yummy... selera anak2 dan anak2 buah saya makan... Malam lepas maghrib saya drive pulang ke rumah...

 Sehinggalah terdengar riuh rendah bunyi mercun dan meriam macam nak berperang je... itu tandanya tahun baru ni akan bermulanya akitiviti blogging ini semula.. Semoga tahun baru azam yang satu iaitu untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya akan sentiasa tersemat di hati sanubari kita semua. Salam Tahun Baru 2012 semua!!!..