Sunday, February 26, 2012

Thai Massage...Terbaekkk!!!

Salam ceria,


Pagi2 lagi semua  dah bersiap untuk keluar.  Sebaik habis sarapan, aku dan anak2 dan Makcu (my sis) keluar menghala ke Sunway Piramid.  Kat situla menurut Makcu, the best ever Thai Massage yg dia pernah cuba.  Dia nak aku pulak cuba.Sampai je dah pukul 11 am.  Aku terus ke kaunter, membelek2 'menu' yang diorang sediakan.  Ada yang 30mins, 60mins, 90mins, Foot Reflexolgy only, Traditional Massage, From Head and Shoulder only etc.  Tapi menu ada 2 pilihan, Happy hour (from 10 - 12pm -  cheaper) and Normal and peak hours 12 onwards.  Aku mestila ambik yang happy hour, murah sikit dari peak hour, untuk 90mins. Most of the staff is Siamese. Yng diorang reti berbahasa Inggeris, Pain, hard, slow, the rest tak faham. Kira communication breakdown la.. hehe.  About the kids yang tiga orang tu, Makcu take turn tuk jaga. Selesai aku massage, turn Makcu pulak. What I can say, from  my very first experience  about Thai Massage, they used their body strength untuk massage  our body.  All parts of the massager body, from hands to legs, from elbow to the knee, they used, but of course with techniques. Kalau tak mau patah riuk dibuatnye.. haha... sebab body kita ni rasa seperti kena kepak.. tapi the result was tremendous., I would say.  Berbaloi-baloi dengan harganye.


This is where I have massage service at Sunway Pyramid


Selesai massage, aku ke kaunter tuk bayar. Lady yang jaga kaunter tu kata 'paid already'. Hah paid? aku tanya berulang, dia nampak confused, tak lama Makcu text kata dah bayar.. owhh.. ok, tq aku balas text messagenye.  Dia kata belated birthday gift, owh lah, tq, tq aku ucap time kasih kat Makcu...


Sementara makcu buat foot reflexology, aku bawa anak2 main kat tempat yang ada kat SP tu.. padahal Makcu dah bawa dah masa aku massage tadi. La ni giliran aku pulak kena pau dengan bebudak nih..:)  takpela janji tak menangis, tak merengek.. Just to let them happy, this time aku ikutkan kehendak mereka sebab bukan selalupun..
abang rides bumper car


Lepas makan, kami ke Jusco, just did a little bit  shopping. After that we heded to KakNyah's house at Puchong Lestari untuk visit anaknya Kimie yang baru sahaja buat operation mata untuk buang cataract (betul ke ejaanye ni?).  Kimi is a good boy, sebab rajin makan ubat, and kami doakan semoga Kimi cepat sembuh.

Saturday, February 11, 2012

Sehari Suntuk Uruskan Hal Rumah!

Salam,

Hari ini aku decided nak cuti pagi half day.  Cuti dah apply lama untuk cuti pada bulan Januari lagi, tapi tak dapat ambil kerana urusan kerja yang tak pernah bertepi.  Aku forward ke hari ni. Pagi tadi selepas menghantar anak2 ke sekolah dan ke Taska, aku pergi ke Pejabat PKNS untuk uruskan pembayaran cukai tanah untuk rumah di Danaumas. Arahan lawyer untuk urusan transfer hakmilik. Jadi sebelum urusan pindah hakmilik dapat dijalankan aku terpaksa membayar cukai2 yang berkaitan dengan rumah.  Cukai pintu dah bayar ,cukai tanah belum bayar.  Sampai di kaunter selepas beri alamat penuh rumah, frontliner beritahu kena bayar dengan JMB pulak dahh untuk 2012.. Hmmm... ujian pertama hari ini. 

Ok, aku ambik no. telefon, sambil drive aku called. Mujur tak kena saman. Si penjawab telefon kata, kena pergi pejabat PKNS.. ewah..ewah, aku baru balik dari pejabat PKNS la tuan, aku kata. Ooo ye ke? Ok boleh la datang bayar ke pejabat JMB office hour.

Tapi aku dah menghala balik ke rumah aku di Subang Murni.  Ini untuk urusan melepaskan gadaian oleh TM company lama arwah suamiku.  Surat dari 6 Jan lagi aku dapat dari TM, baru hari ni aku keraskan hati untuk cuti, kalau ikut kerja memang takleh nak cuti. Tapi bos tu selamba je cuti, aku dapat green light dari kekawan suruh aku cuti, akupun cuti lee... Urusan kena disettlekan dalam masa 3 bulan dari tarikh surat... tinggal sebulan lebih je lagi. Sebenarnya aku dah tersilap pilih jalan pulang... Tak terfikir betul time ni orang pergi keje, jadi jalan jem. dekat sejam jugak baru sampai rumah.  Ujian kedua hari ni, mata ni dah mengantuk sangat sebab jalan tersengguk-sengguk... Akhirnya dekat pukul 10.00 aku sampai rumah.  Tidur la kejap, sebab dah mengantuk.. Mak ooii terjaga semula dekat kul 11.00, aku gegas bangun untuk ke pejabat tanah berdekatan dengan rumah (yg pindah dari subang jaya tu). Nak cari parking satu hal, bangunan besar, tanah luas tapi parking alahai... dah pusing 2, 3, round baru dapat parking.  Dah dapat geran sebenar (atas nama suami) aku diarah ke kaunter sebelah.. tapi.. tapi.. kaunter sebelah tu tutup awat cepat sangat, 11.45 am semua urusan dah offline satu selangor, masya Allah belum kul 12 dah tutup! alasannya hari Jumaat.  Petang 2.45 baru bukak. Ujian ketiga hari ni. Mujur adik yang attend aku tu baik, dia check kan cukai tanah berapa lama tak bayar.. 2 tahun rupa2nya tak berbayar.. aku pergi bayar cukai tanah. Tapi aku half day je hari ni... Adik tu kata buat serahan je kat kaunter sebelah.

Ok, kalau serahan je aku boleh datang keje lewat sikit la kot. Aku keluar dari pejabat tanah, pi Subang Perdana, aku cari akal apa yang patut aku buat untuk isi masa cuti aku nih.. Ooo baru teringat, CD player dalam kereta dah lama 'rosak', sebab anak bertuah aku tu dah masukkan duit syiling 20 sen ke dalamnye. Pergi  kedai pertama tak terima, kedai kedua, dia kata amik masa 2 minggu.. aku tak nak.. pergi kedai ketiga,  dia kata dia akan tengokkan dulu, dalam masa 2,3 hari dia akan call. ok aku terus setuju. Lepas tu pergi beli lunch, bawa balik rumah, rehat kejap, makan. 

Selesai semua urusan di rumah, 2.30 pm aku keluar untuk ke pejabat tanah nak catch 2.45pm, tapi aku tengok dah ramai manusia tak berbaris dekat depan kaunter. Akhirnya semua borang aku diterima tapi kena matikan stem, kakak tu kata pi depan ada koperasi bayar kat sana lepas tu matikan stem. Aku pergi koperasi, orang koperasi kata kalau nak matikan stem pergi ke tempat matikan stem. Aku dah keliru, nak buat apa sebenarnya kat koperasi ni.   Akupun pergi ke kaunter matikan stem, jauh pulak tu kena jalan. Sampai sana dia kata kena beli stem dulu kat koperasi baru matikan stem kat sini. Oooo.. hmmm what a breakdown. Ujian seterusnya. Aku beli stem RM10 matikan stem ke kaunter serahan semula. Ok, kakak tu kata ambil semula dalam masa 7 hari kalau tak sehari lewat ambik denda RM100. Mak oii.. aku kata bila boleh ambil, esok boleh?? esok tutup dik, kakak tu kata,, ooo lupa lak esok cuti.  Tapi kalau adik tunggu dalam setengah jam, boleh siap nih. Ok la aku kata, aku tunggu.. maknanya aku kena cuti la petang pulak. Called rakan sejawat, kata aku cuti. Tapi still kena pergi semula ke shah alam untuk ambil anak2 balik sekolah.

Lebih setengah jam aku tunggu, sambil tu tengok tv yang disediakan di dalam tu, sedang bersiaran astro oasis jemputan umrah. Alamak, dah la tengah settlekan hal rumah arwah suamiku, ada pulak siaran kat Madinah dan Makkah, lagi la aku rasa syahdu...,, Sememangnya aku memang sedih bila dalam proses selesaikan hal2 arwah. Tapi nak buat macamana, life must go on. Tinggal aku sorang je lagi kat situ. Tak lama nama aku dipanggil, geran sudah siap ada nama aku sebagai pentadbir. Kakak tu kata kena buat urusan bicara semula untuk dapatkan hakmilik geran atas nama aku sebagai pemegang amanah. Maknanya urusan hari ni belum selesai lagi.  Aku kena pergi semula ke Pejabat Tanah Bukit Raja untuk urusan bicara semula.... Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.  Rumah Danaumas pun belum settle lagi ni.  Kena cari waktu sesuai untuk cuti dan settlekan hal2 rumah ni.

Pukul 4.20pm aku keluar dari Pejabat Tanah, terus ke Shah Alam, ambil anakku di Taska, pergi pejabat untuk settlekan apa2 yang patut, tapi dengan adanya anakku apa sajalah yang boleh aku buat.  Copy file untuk buat kerja di rumah, tapi thumb drive tu dah tertinggal kat office. Hmm.. Ujian betul hari ni.  Tapi senyum saje la, tak perlu kata apa-apa! :)

Tuesday, February 7, 2012

Great and Fun time with Family @ SuRi Homestay Melaka!

Alhamdulillah, we had our great and fun time from 4 - 6 February 2012 for our long holidays (sempena MaulidurRasul and Thaipusam) at Crystal Bay, Alai, Melaka. We already planned this months ago and Alhamdulillah, things went smoothly as planned. After attending Majlis Kenduri kahwin anak jiran sebaris rumah, after Zohor we went out about 2.00 p.m and arrived at Su Ri Homestay at about 5.00 p.m. (ni after berenti dan waiting for some family members at somewhere). Finally 5 families arrived at the same time.  Alang from PD, Asu from Kajang and Yong with her children family arrive a bit later than us. After got the house key, from the house owner's nephew we went in, and hmmm.. what a nice homestay. Really nice. The house got 5 rooms fully equipped and furnished, all needed items were there.  And  the best moment for the kids apalagi kalau tak mandi kolammm.. sampai-sampai je terus terjun tanpa tukar baju..








Yassin and Tahlil Recitation (sempena Maulidur Rasul)
Ok, our program started after maghrib, we had Yassin and doa recitation, also Tahlil beramai-ramai for all family members who had gone earlier than us (esp. for our mak and abah) and not forgotten my late hubby also Pak and mak mertua yang lain2, kakak ipar yang telah pergi. After than we had family meeting (discussion) agenda among others was about the distribution of bla..bla..(toot!) and the next family meeting planning. Lepas discussion, we had our first dinner (catering) ordered earlier by Ayong. And all main dishes we use catering, easier to manage (takde lah fikir nak masak2). But at the same time we have BBQ.. ni the best part.  The homestay also provided BBQ set (RM50 je to be added).

orange and red t-shirt sponsored by Asu

The next morning, after breakfast, we had sukaneka, We were grouped into 3 groups (group A, B and C) and nama-nama for each group dah disediakan awal by Kak Nyah. Each group must be represented by one family member from each family. So menang or kalah each family ada la wakil tuk kutip hadiah..hehe. Our games were, isi air dalam botol, game kingkong (bawa belon celah kangkang), tiup belon sampai pecah, bawa getah guna chopstick, bawa sweets guna chopstick and dll.  And the winner wasss... Group C ( tu group saya la, headed by Mie) :).  Sukaneka  over about 11.30 am.  After that, the next session of terjun kolam.. ni la kerja diorang, bukan saje bebudak, mak budak bapak budakpun join sama, sampai pecah semua pelampong tuan rumah. Petang was free program. Actually we decided to visit our Paksu (adik abah yang Bongsu) at Batu Berendam, but unfortunately he and family was not at home.  So rosak ana punya program lah...

Anyway, petang after Asar, we went to Banda Hilir and was went round and round to look for parking, nak parking kat tepi2 jalan tu mujur ternampak dia tengah menyaman kenderaan lain, so tu je dah dekat 2 jam. Finally we got our car parked at Mahkota Parade.  Shopping at the stall (the place just like pasa Khadijah at Kota Bharu) and the pasar malam. And the best part was, barang2 yang dijual pun as same (or more or less the same) barang2 kat pasar siti khadijah except ada la barang2 ori Melaka. I take opportunity to beli fridge magnetic (my collection -  dah dekat penuh pintu fridge tu) and barang2 makanan yang lain.  My kid Syahmi sudah nampak itu Menara Taming Sari turun naik, so dia dah teruja dan tak sabar2 nak naik, ditarik my hands and... terpaksa ikut kehendak dia, kalau tak dia redah je jalan yang bersimpang siur tu... haish rosak lagi ana punya program nak shopping. 6 orang naik, except for Nor anak Angah, about 8.00 pm. Second group after paying ticket was our turn.  Adik Syahmi memang teruja, dari atas nampak kapal (cruise) and kapal Samudera yang besar tu, sibuk dia nak naik yang itu pulak. Actullay we all keluar with 3 cars, tapi family Ateh dah terpisah disebabkan oleh masalah parking, jadi dia dapat parking yang berdekatan dengan cruise. Dia pergi museum samudera, tapi we all naik Taming Sari je. 

After that we got into Loca (actually beca) ntah mana si adik dapat ilham beca sudah jadi loca... untuk ke Mahkota Parade. Mujur ada itu loca kalau tidak terpaksa ikut dia punya kehendak nak naik cruise.  So dia dah teruja dapat naik loca and we all balik ke homestay.  About 9.00 pm we arrived, others have already started karaokeing.  This time we had presents giving for our sukaneka and lucky draw diselang seli dengan sessi karaoke.,  and guess what.. from my family, me and Amy (my daughter) got lucky draw.. yeayy..!! and Alhamdulillah each family ada representative yang dapat lucky draw.  About 10.30 pm the program over.  And it was landing time, penat woh.

One whole family photographing before checkout
The next morning was sessi kemas2 barang.  I called the owner that we were checking out earlier than 12.30 pm sebab ada program nak visit tempat2 lain.  I inform him that satu pinggan and 4 pelampung sudah pecah. The owner kata takpe, takpe.. baik owner ni.  When the nephew gave back the deposit of RM100, i just took RM50, another RM50 to cover whatever had broken. Itu atas dasar responsibility and as returned of the goodness of the owner.  Kalau orang tak berkira kenapa kita nak berkira sangat kan. After all we all really had a good and great time spent overthere.  We went to Taman Buaya saje, and a little bit shopping (shopping lagi) dekat stall dekat2 situ.  And to Zoo Melaka, we have to forget sebab from opposite we could see kereta queue panjang nak masuk ke situ.  Hasrat nak ke rumah Ayong terpaksa juga dibatalkan memandangkan Uda nak balik ke Kg. cepat.  So we dismiss at Taman Buaya.  So long Melaka...
checking out!