Tuesday, March 20, 2012

PPAS ~ New Favourite Place for Kids.

Last Saturday, I went to Pasar Sek.6, Shah Alam to buy some kuih to be brought to Yong's house sempena Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang dibuat di rumahnya.  On the way back, ternampak signboard PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) @ Perpustakaan Raja Tun Uda ? betul ke? Dah lama berhajat, tapi belum ada kesempatan. This time aku nekad followed the signboard kat tepi2  jalan tu... Sampai  Kelab Golf Shah Alam. Aku almost sesat, sebab banner @ kain rentang dah ditutupi oleh pokok2 bunga yang tidak dijaga.  Aku sampai ke kondomimium berdekatan, patah balik, baru kelihatan kain rentang menyatakan kesudian DYMM Sultan Selangor mencemar duli merasmikan bangunan baru Perpustakaan Tun Raja Uda... Hmmm.. dah jumpapun bangunan yang dimaksudkan, wow, quite big building, tapi punyalah payah nak cari parking, dah pusing 2 kali, akhirnya aku parked berdekatan dengan bus stop.  Sebab utama aku parked kat situ sebab hajat aku bukannya nak berlama-lamaan kat situ, nak kenal bangunan saje. Tapi alang2 dah sampai ku daftarkan anak2ku untuk buat kad perpustakaan dan buat pinjaman buku. Yeay tak sampai 15 min dah siap.  Aku suruh anak2 cari buku untuk dipinjam dan terpaksa pulang secepat mungkin sebab bibik ada kat rumah untuk cleaning and ironing services.  Dah buat pinjaman setiap seorang maksimum 3 buku, akupun ajak anak2 pulang ke rumah.  Next time kalau ada cuti pasti aku akan bawa anak2 datang ke PPAS ini.  Memang berbaloi-baloi.. dah tak payah beli buku dan cari tempat simpan buku...

kids with their favorite books

kakak amy, yang beriya2 sangat nak pergi.. Alhamdulillah, she love reading books.

Yo Yo owh je adik baca buku.. tengok gambarpun jadilah..

betul2 santai

kids' corner (kids kreativity)

Friday, March 16, 2012

Penghulu Segala Hari - Aku cutii

Salam Jumaat ~ Penghulu segala hari, hari yang penuh kemuliaan, hari yang  penuh barokah. Hari ni aku decided nak cuti, meneman anak2 kat rumah. Diorang dah complain, hari2 dok Taska je.. Ala.. 2 hari je dok taska, hari Isnin lepas, cuti, pi PD jenguk 'mak' diorang kat sana, operation of Appendiks, sambil2 tu aku bawa diorang mandi kolam kat Corus Paradise ~ tidur satu malam kat sana.. selasa aku kerja, rabu cuti halfday, khamis kerja, sebab tolong boss jadi speaker tuk training understanding MS ISO 9001:2008 requirements. Hari ni cuti... tapi memang takde spesifik program.. akupun tak berapa nak sihat, kepala sakit, batuk a lil bit, tekak sakit. Tapi aku dah set nak beli susu untuk si adik, susu dah nak kehabisan stok, kalau cuti, asyik minta susu je, kalau pi sekolah ok pulak tak menyusu.. haish budak nih!

Masa di PD, pi makan di Medan Ikan Bakar di MPPD, terjumpa dengan kereta arwah suamiku, WMN 708, terkenang nostalgia lama... si adik terjerit, ehh.. kete abah!..shhh.. aku warning dia... tapi tak nampak owner of the car. Hari Isnin tu, aku betul2 terlupa yang aku kena pi Rasa untuk bagi training kat staff di sana, mujur ada hero Si Bur, dari pagi training diforward ke sebelah petang after dealing dengan PIC kat sana, disebabkan oleh masalah transport. Huh.. selesai satu masalah.. PIC HR kata akak kena bagi training pada 19 dan 20 Mac ni lagi tau.. jangan lupa pulak!, ok, aku balas... hehehe kalau lupa lagi nak buat camne, itu aging factor la tu..:)

adik abang kakak mandi manda bersama cousins

pemandangan dari dalam bilik - seaview.

medan ikan bakar di PD

menunggu makanan yang tak sampai2..

makan setelah penat mandi manda


nostalgia lama.. dah jadi milik orang lain!