Sunday, October 13, 2013

Ziarah Madinah dan Maqam Rasulullah

As Salam pembaca yang sudi membaca,

Lama tidak update blog.  Hari2 ingat nak update tapi.. tapi.. tapi.. hmm hanya saya saja yang tahu kekangan masa yang ada. Tidak elok beralasan, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya lebih beri keutamaan kepada anak2 saya. Seorang sahabat bertanya, samada saya pergi ke Madinah atau tidak pada umrah yang lepas.  Owhh pasti kami pergi ke sana.  Sempena musim haji ini saya update perjalanan kami ke Madinah pada bulan June lepas.

Ziarah Madinah kami lakukan selepas selesai urusan Umrah di Makkah.  Malam terakhir di Makkah, hotel kami blacked out.   Saya telefon Angah bertanyakan abang yang mendahului saya menaiki lif dari dewan makan, Angah kata abang ada dalam bilik.  Huh lega, tapi saya belum mengetahui kisah sebenar.  Sebenarnya anak saya si abang, telah terperangkap di dalam lif semasa black out ini terjadi. Mujur dia tidak keseorangan, ada sepasang suami isteri bersama-samanya. Saya panik, saya panjat tangga hingga ke tingkat 9, di mana Angah menginap. Saya yang meminta abang pergi ke bilik Angah. Rupa2nya dia benar-benar terperangkap di dalam lif, tapi pintu lif dapat dibuka oleh si suami sahabat umrah kami itu. Baju abang tersimbah air milo yang di bawa oleh si isteri.  Tapi saya tetap bersyukur, baju boleh dicuci, yang penting abang dan sahabat kami selamat. Alhamdulillah.

Keesokkannya, selesai tawaf wida' kami menaiki bas menuju ke Madinah usai solat Zohor. Perjalanan menaiki bas walaupun mengambil masa yang lama, pada saya agak menyeronokkan.  Walaupun kiri dan kanan hanyalah pemandangan padang pasir dan batu-batu yang dapat dilihat, tetapi sangat mengujakan saya. Saya terfikir sambil bercerita dengan anak2, betapa jauh dan lamanya perjalanan Rasululllah s.a.w berpindah dari kota Makkah ke Kota Madinah tanpa jalan raya seperti sekarang.  Naik bas mengambil masa lebih kurang 8 jam termasuk masa berhenti dan berehat seketika di perhentian yang disediakan. Semasa perjalanan, teringat perjalanan terakhir saya dan suami dari Madinah ke Makkah semasa musim Haji 2010.

Kami sampai di Madinah pada waktu malam.  Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak di luar pintu  masjid Nabawi kerana pintu masjid telahpun ditutup. Keesokkannya selesai solat Subuh selepas bersarapan, kami dibawa oleh Mutawwif wanita untuk memasuki Raudhah dan ziarah maqam Rasul Junjungan S.A.W. Adik saya tinggalkan dengan Abang Uda, yang telah selesai ziarah Rasulullah.  Alhamdulillah, laluan kami mudah.
Di Madinah, kemasukan gajet ke dalam Masjid masih dikawal walau tidak seketat dahulu.  Pengambilan photo masih tidak dibenarkan di dalam masjid.  Suasana di Madinah benar2 mengingatkan saya kepada Allahyarham suami yang saya sorong dari Hotel Al-Haram ke Masjid dahulu.

Keesokkannya kami di bawa melawat masjid Qiblatain dan Masjid Quba', Ladang Kurma dan Bukit Uhud. Oopps tak lupa juga kami melawat pasar Kurma yang kedudukannya hanya lebih kurang 2 km dari Hotel kami menginap. Saya tidak sempat untuk merayap di Madinah memandangkan cuaca yang panas dan anak2 yang ingin cepat pulang ke hotel selepas solat di masjid Nabi.  Malam terakhir di Kota Madinah, berlaku lagi black out, di mana pencawang elektrik bersebelahan hotel kami terbakar. Hmm... kami ambil ianya sebagai ujian perjalanan kami.  Kami ke Raudhah untuk ziarah wida' Rasulullah s.a.w pada hari terakhir di sana.


Berikut adalah sebahagian dari photo yang dapat diambil sewaktu ziarah Kota Madinah.  Saya benar2 rindu ingin ke sana lagi. Gambar2 ini pengubat rindu saya.



















Semoga saya dan anak2 diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana lagi.  Sesungguhnya saya benar2 rindu Makkah, rindu Madinah, rindu Rasulullah, rindu Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi dan sesungguhnya saya rindu suami yang tinggal menetap buat selama-lamanya di sana. Di harap dengan catatan ini, saya dijauhkan dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk, ianya hanya sekadar catatan kenangan buat saya yang pelupa ini dan buat anak2 saya kelak.  Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan salam Aidil Adha 1434 Hijrah kepada semua pembaca blog ini. InshaAllah di lain kesempatan saya akan update dengan lebih kerap lagi. Berkorbanlah, sesungguhnya Syuga menantimu. Wassalam.

Friday, June 28, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya...Part 3

Salam sahabat semua,

Hari Ketiga selepas berziarah, kami berniat umrah dan ihram di Tana'im. Pada hari itu, bas terlewat sampai, ntah di jem di mana, tidak pulak kami ketahui.  Akhirnya urusan ziarah terlewat dari jadual yang sepatutnya.  Selesai solat Zohor di hotel, saya terus menyelesaikan urusan umrah bersama adik dan kakak. Abang dibawa oleh Abang Uda, Angah sekeluarga menyempurnakan umrah sesudah Asar. Dalam keadaan cuaca yang panas itulah saya bertawaf dengan anak2.  Adik saya bekalkan air zam2 untuk menyiram tubuh badannya ketika tawaf dan sehelai tuala basah.  Kekadang, ada jemaah lain yang menyiram kepala adik ketika kami tawaf. Adik disorong dengan kerusi roda.  Alhamdulillah, tawaf di waktu tengahari walau dalam keadaan panas, tidak mengambil masa yang lama.  Dalam 20 minit selesai tawaf. Melakukan tawaf di waktu lain, bukan tidak boleh tapi selalunya dipenuhi dengan jemaah.

Bertahallul sesudah Saie selesai menjelang Asar. Selesai solat Asar di masjid, saya dan anak2 pulang ke hotel. Anak2 kepenatan, sehingga tertidur terutamanya adik.  Dalam keadaan begini saya tidak sampai hati untuk mengejutkannya bagi bersolat Maghrib di Haram.  Bagi masa rehat secukupnya buat mereka, membolehkan saya hadir ke Masjidil Haram pada waktu Isyak atau awal sebelum Subuh. Atau kekadang saya pergi dengan kakak Amy dan Nor (anak Angah), adik saya tinggalkan dengan ahli keluarga lain yang tidak dapat ke masjid.

kebiasaan adik di dalam masjid, bawa cawan air zam2 dijadikan bahan mainannya.

abang tidur sementara menunggu waktu solat

keletah anak2 di dalam masjid, menjadi kenangan sepanjang hayat
Anak2, terutamanya adik, sedari awal sampai ke Mekah, tidak putus2 bertanya, 'bila kita nak tengok kubur abah?'. Saya mohon bantuan travel agent untuk membawa kami ke perkuburan.  Pada asalnya kami merancang pergi pada hari kedua sampai di Mekah, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami ziarah ke perkuburan Sharaya pada petang Jumaat sesudah Asar.  Dengan bantuan Hj. Ramzi (seorang anak muda, anak angkat kepada empunya travel agent yang sememangnya warga Mekah) kami sampai ke perkuburan Sharaya selepas menahan van dengan kos SR150. Hj. Ramzi, sangat fasih berbahasa Arab dan fasih juga kecek  Kelate. Saya tak pasti, kedua ibu bapanya mungkin berasal dari Kelantan.

bersedia untuk ziarah kubur


di dalam van menuju ke perkuburan Sharaya


hospital Aziziah, di mana Allahyarham suami dirawat sehingga ke saat akhir. Saya minta pemandu van melalui jalan ke hospital Malaysia ini, untuk ditunjukkan kepada anak2 dan ahli keluarga yang lain.

sudah masuk kawasan perkuburan

pejabat di mana semua data jenazah yang dikebumikan di sini disimpan di dalam system.  Dengan bantuan Hj. Ramzi, perkuburan arwah dikenalpasti bernombor 302 ditempatkan di lot/blok 36. Hanya melalui nama dan tahun kematian.

Setakat di sini sahaja kami warga wanita dibenarkan masuk

sebahagian dari kawasan perkuburan Sharaya yang sangat luas, bagi menempatkan jemaah luar Mekah yang meninggal di Mekah sewaktu Haji atau Umrah.

Anak2 lelaki (adik dan abang) sahaja yang boleh masuk ke tanah perkuburan, petugas kubur (berbaju biru oren) dan Hj. Ramzi (mencangkung).

perkuburan Sharaya, hanya ditanda batu tanpa nombor.

di sini pusara tersemadinya Allahyarham suami saya
 

Persemadian arwah menurut no. dan lot kubur, ditunjukkan oleh petugas tanah perkuburan Sharaya 

pulang dari ziarah pusara arwah abah mereka
Saya mengharapkan ini bukanlah kali terakhir anak2 menziarahi pusara Allahyarham bapa meraka. In Sha Allah, setiap kali teringat arwah mereka akan menunaikan umrah seterusnya berziarah. Itu yang saya harapkan dari anak2.  Selain ibadah umrah, inilah merupakan tujuan utama saya membawa anak2 pada percutian sekolah yang lepas. Menunaikan hajat dan niat anak2 yang ingin sekali melihat pusara bapa mereka.  Terima kasih Ya Allah, Engkaulah yang memakbulkan semua hajat dan doa. Amin Ya Rabb. Al-Fatihah.

Thursday, June 27, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya.. Part 2

Assalam pembaca blog sekalian,

Saya dan anak2 masih lagi merindui Makkah dan Madinah, walau baru lebih kurang 2 minggu kami pulang.  Adik, semasa baru2 balik dari sana berkata 'Mummy, lagi 2 minggu kita pergi Mekah lagi nak?' Hmmm.. tak terjawab kata2 adik.  Baru2 ni dia luahkan lagi, 'Mummy, adik tak sabar nak ke Mekah lagi'.  Alhamdulillah, Allah dah meletakkan kerinduan di hati anak2 saya untuk ke Mekah lagi. Kalau diikutkan hati, tiap2 tahun hendak ke sana.  Tapi apakan daya, sekiranya mampu dari aspek perbelanjaanpun, kami tidak punya mahram untuk semudah itu pergi ke sana.  Banyak juga tempat kami berjalan, tapi Mekah dan Madinah lain dari yang lain.  Ntahlah Rindu yang tidak dapat digambarkan, boleh menitis air mata ini kerinduan.

Kami ditempatkan di hotel Mawaddah, terletak lebih kurang 500 meter jaraknya dari Masjidil Haram, walaupun travel agent mengatakan jarak hotel tidak melebihi 300 meter. Tapi takpelah saya mengharapkan setiap langkah ke masjidil haram diberi ganjaran pahala olehNya. Temperature?? Frankly speaking saya tidak pernah mengambil tahu berapa bacaan suhu semasa di sana. Tapi panas, sehingga tidak boleh bukak mata, kalau tidak dibantu oleh kaca mata gelap (di waktu tengahari) Malam suhu tidak sepanas siang. Disebabkan jarak yang jauh, adik akan minta disorong menggunakan wheel chair.  Mujur hotel ada sediakan kemudahan wheel chair. Kekadang adik sendiri hendak pergi dengan berjalan kaki, kita pulak yang tak sampai hati (tapi waktu malam biasanya adik setuju untuk jalan kaki, tanpa wheel chair).  Disebabkan jarak yang agak jauh dan dengan kerenah anak2, saya tidak dapat pergi ke semua waktu solat setiap hari.  Kalau sendirian tanpa anak2, jarak sebegitu bukan satu alasan.

adik moody, sebab dikejutkan dari lena, ini antara dugaan seorang ibu.



Abang, biasanya akan follow Uda dan Haziq. Adik dan kakak dengan Mummy.


muka orang tak puas tidor. belum puas tidor dah kena balik hotel, pulang dari solat Isyak.
Hari ketiga, kami di bawa ziarah ke beberapa bukit.  Antaranya Bukit Thur, Bukit Nur, Bukit Rahmah.

Bukit@Jabal Thur - tempat persembunyian Nabi bersama Abu Bakar untuk Hijrah ke Madinah

sedap tidor, mungkin faktor cuaca dan kurang tidor  menyebabkan adik cukup suka tidor dalam bas. - at least mummy less stress... haha

masa ni adik sedang tidor dalam bas.


Jabal Rahmah, pertemuan Adam dan Hawa.  

sementara tunggu abang turun dari Jabal Rahmah, adik akak makan buah anggur dulu.


Jabal Nur - terletaknya Gua Hira'


pemandangan biasa kota Mekah, dengan burung2 merpati.

Catatan ini diharap dapat meninggalkan kenangan buat anak2, mungkin satu hari nanti mereka terlupa akan apa yang telah mereka lalui di sini.

to be continued.. Part 3 - ziarah perkuburan Sharaya. tunggu!

Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya... Part 1


Assalamualaikum wbt.

Maaf, lama saya tidak bersiaran di sini lantaran kekangan tugas dan tanggungjawab yang terpaksa saya lunaskan sendirian. Mafhum firman Allah, "Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku makbulkan" - ingat tak post saya yang terdahulu, saya akan terus berdoa supaya saya dan anak2 dapat pergi ke sini, untuk umrah dan ziarah, saya merancang biarlah Allah yang menentukan cara mana saya akan sampai lagi ke sini. Sila klik  http://anmahiran.blogspot.com/2012/01/makkah-jemputlah-aku-jadi-tetamumu-lagi.html.

Alhamdulillah Segala puji saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang Maha Mendengar dan menunaikan hajat dan niat hambaNya.  Saban hari saya panjatkan doa semoga saya dan anak2 diterima menjadi TetamuNya yang istimewa.  Akhirnya pada 27 Mei 2013 yang lepas kami telah berlepas ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah bermahramkan abang Uda saya beserta anak2nya dan bertemankan kakak Angah saya sekeluarga.  Walau pada awalnya penuh debaran dan hampir tidak jadi pergi kerana tarikh mengundi yang tidak diketahui, Alhamdulillah sesungguhNya Dia Maha Mendengar dan Dialah sebaik2 yang Merancang. Mungkin juga doa anak2 yang makbul.



di KLIA 

bersama ibu mertua tersayang, Ma untuk melihat cucu2nya berlepas ke  Tanah Suci.
 Kami berniat umrah dan ihram di Qarnul Manazil di dalam kapal terbang, setelah transit di Doha dan terus ke Makkah. Umrah pertama dibuat sebaik sahaja sampai di Makkah pada waktu Subuh. Selesai solat Subuh, selepas bersarapan mutawwif terus membawa kami untuk tawaf dan saie. 

Adik, Abang dan Haziq (anak Uda) bersedia di hotel menunggu mutawif untuk tawaf dan saie pertama

Abang Syafiq , Haziq dan kakak Amy

Sebelum tawaf dimulakan, setelah solat Dhuha saya sempat sujud syukur melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dijemput lagi menjadi tetamuNya, dapat melihat kaabah yang dirindui, sehingga tidak sedar air mata kesyukuran jatuh ke pipi.  Sebaik melihat kaabah saya seakan tidak percaya saya masih diberi peluang berada di sini setelah kunjungan terakhir pada ibadah Haji 2010.

Baitullah - memandangnya sahaja dapat pahala dan rahmat Allah 

pintu kaabah - multazam - peluang solat dan berdoa di hadapannya tidak saya lepaskan


Pancuran emas, di kawasan Hijr Ismail

Rukun Yamani

Hajarul Aswad - near yet so far, belum ada rezeki mengucupnya, In Sha Allah pada  kunjungan akan datang.

Ini antara photo yang sempat saya capture sewaktu dan usai melakukan tawaf sunat, pada hari kedua di Makkah.

to be continued... Part 2




Thursday, January 3, 2013

Selamat Datang 2013, Selamat Tinggal 2012 (Diari cuti sekolah Nov-Dec 2012)

AsSalam,

Cuti sekolah 2012 telahpun berakhir. Tahun baru 2013 telah bemula. Tiada perjalanan jauh dilakukan. Seperti catatan blog sebelumnya, anak2 saya putuskan untuk dihantar ke program Kunu Mithlana, anjuran Pihak Perkis dan Transform Training Sdn. Bhd. oleh Ustaz Ebit Lew.

Kids @Kidzania

Sebelum program anak soleh bermula saya sekadar pergi membawa anak-anak ke Kidzania yang terletak di Mutiara Damansara, pada hari Isnin pertama minggu cuti persekolahan. Hanya 15 - 20 minit perjalanan dari rumah kami.  Terlalu ramai manusia, beratur panjang menunggu giliran, jadi anak2 kurang enjoy.  Belum habis masa diperuntukkan anak2 sudah mengajak pulang.

kakak as surgeon @kidzania
Tidak ketinggalan saya membawa anak2 ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) yang terletak di Sek. 13, Shah Alam. Memupuk minat membaca anak2, walau tidak membaca sekurang2nya berada di persekitaran yang dikelilingi oleh buku2.


 Hari seterusnya stay di rumah dan membuat aktiviti 5S di beberapa kawasan di dalam rumah.  Terutama sekali collection buku-buku kakak. Kakak dah faham aktiviti ini sewaktu mummynya mengajar 5S di Taska terdahulu.  Saya biarkan kakak menyisih dan menyusun sendirian, sesekali saya memberi tunjuk ajar.  Akhirnya, buku kakak dah tersusun cantik mengikut mata kakak, sebab kekangan ruang untuk menyimpan.
Cerita penuh di blog kakak amy di bawah ini.
http://aimypunya.blogspot.com/2012/11/5s-buku-amy-dan-bilik-tidur-kami.html

bergambar beramai2 dengan ustaz Don

Minggu kedua cuti sekolah bermula 19 Nov. anak2 saya, si kakak dan si abang masing-masing memulakan sessi kem Kunu Mithlana (anak soleh) sehingga 21 Dis. 2012. Pada kesempatan ini juga anak2 bergambar dengan Ustaz Don yang dipanggil untuk memberi ceramah pada salah satu petang Jumaat.
Sempat jugak abang bergambar dengan Ustaz Don :)
kem anak soleh, kakak dan abang.

 Fishing is a kind of mind therapy
In between pada cuti Sabtu dan Ahad saya bawa anak2 pulang ke kampung halaman.  Semua yang demam telah kebah dari demam, menghirup udara kampung yang segar dan bersih.  Anak2 kembali sihat. Alhamdulillah.



kulihat hijauuu..


sambung aktiviti memancing
Pulang dari kampung, anak2 menyambung semula program Kunu Mithlana.  Si Abang, disebabkan dah bercuti panjang (sebab demam dan balik kampung), dia sudah tidak mahu pergi ke program anak soleh tersebut. Puas dipujuk oleh Ustaz, ustazah tapi abang memang tetap dengan pendiriannya.  Esoknya baru abang nak pergi semula ke program tersebut.  Bermula dari situ, mummy telah membuat keputusan supaya tidak membenarkan anak2 menonton tv, sehinggalah ke hari ini. Hasilnya anak2 lebih concentrate pada pelajaran dan lebih banyak membantu mummy dari menonton tv.   Mungkin mummy akan consider untuk terminate astro.  Semoga anak2 menjadi anak2 yang lebih baik dan lebih soleh.  Banyak manfaat dari mudharat.


@ Megalanes, PAS, Shah Alam
15 Disember 2012, GQOSHE mengadakan family day di Pusat  Bowling Megalanes di Pusat Alam Sentral dan KFC Seksyen 2. Semoga silaturrahim kita kian erat di kalangan keluarga besar GQOSHE.
abang yang first time pegang bola bowling :)
Makan2 @ KFC Seksyen 2, Shah Alam.

20.12.2012, hari jadi saya yang ke.... eh.. Biarla Rahsia. :) Anak2 merancang dengan Makcu,  beli birthday cake. Pada siang hari saya belanja rakan sepejabat dengan Pulut Kuning dimakan bersama rendang daging dan kerang. Rakan2 lain kebetulan membawa juadah masing-masing juga.  Jadilah seperti majlis sambutan harijadi. Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih diberi peluang menghirup udara 2013 sehingga kini. 



21 Disember 2012 Program Kunu Mithlana tamat. Ustaz Ebit dijemput untuk majlis penutupan program tersebut.


Ustaz Ebit Lew

Kakak Amy dan Kak Nurul
bersama kak fasi Ila



Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak PERKIS dan Transform Sdn. Bhd. terutamanya fasilitator2 yang bertungkus lumus menjadikan anak2 transform kepada insan yang lebih baik. Alhamdulillah, program ini sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada anak2 saya.
Pada 22-24 Disember 2012, Makcu, Kak Nyah, Yong dan saya telah pergi ke Cameron Highland, membawa anak2 bercuti sekaligus menutup percutian 2012.  Haa.. ini ada satu berita gembira. Kami pergi dengan menggunakan jalan alternatif melalui Karak Highway ke Bentong-Raub-Sg. Koyan-Ringlet-Tanah Rata.  Less trafic. Cubala.

breakfast @ Boh plantation cafe
@ butterfly farm
@ Red Big Strawberry farm
Selamat tinggal kenangan 2012. Semoga tahun 2013 membawa sejuta rahmat kepada sidang pembaca, sahabat dan taulan, jiran tetangga dan seluruh umat Islam di mana saja berada. Semoga tahun 2013 ini juga menjadikan kita semua lebih kuat dan tabah serta menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa kepadaNya. Amin.