Sunday, October 13, 2013

Ziarah Madinah dan Maqam Rasulullah

As Salam pembaca yang sudi membaca,

Lama tidak update blog.  Hari2 ingat nak update tapi.. tapi.. tapi.. hmm hanya saya saja yang tahu kekangan masa yang ada. Tidak elok beralasan, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya lebih beri keutamaan kepada anak2 saya. Seorang sahabat bertanya, samada saya pergi ke Madinah atau tidak pada umrah yang lepas.  Owhh pasti kami pergi ke sana.  Sempena musim haji ini saya update perjalanan kami ke Madinah pada bulan June lepas.

Ziarah Madinah kami lakukan selepas selesai urusan Umrah di Makkah.  Malam terakhir di Makkah, hotel kami blacked out.   Saya telefon Angah bertanyakan abang yang mendahului saya menaiki lif dari dewan makan, Angah kata abang ada dalam bilik.  Huh lega, tapi saya belum mengetahui kisah sebenar.  Sebenarnya anak saya si abang, telah terperangkap di dalam lif semasa black out ini terjadi. Mujur dia tidak keseorangan, ada sepasang suami isteri bersama-samanya. Saya panik, saya panjat tangga hingga ke tingkat 9, di mana Angah menginap. Saya yang meminta abang pergi ke bilik Angah. Rupa2nya dia benar-benar terperangkap di dalam lif, tapi pintu lif dapat dibuka oleh si suami sahabat umrah kami itu. Baju abang tersimbah air milo yang di bawa oleh si isteri.  Tapi saya tetap bersyukur, baju boleh dicuci, yang penting abang dan sahabat kami selamat. Alhamdulillah.

Keesokkannya, selesai tawaf wida' kami menaiki bas menuju ke Madinah usai solat Zohor. Perjalanan menaiki bas walaupun mengambil masa yang lama, pada saya agak menyeronokkan.  Walaupun kiri dan kanan hanyalah pemandangan padang pasir dan batu-batu yang dapat dilihat, tetapi sangat mengujakan saya. Saya terfikir sambil bercerita dengan anak2, betapa jauh dan lamanya perjalanan Rasululllah s.a.w berpindah dari kota Makkah ke Kota Madinah tanpa jalan raya seperti sekarang.  Naik bas mengambil masa lebih kurang 8 jam termasuk masa berhenti dan berehat seketika di perhentian yang disediakan. Semasa perjalanan, teringat perjalanan terakhir saya dan suami dari Madinah ke Makkah semasa musim Haji 2010.

Kami sampai di Madinah pada waktu malam.  Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak di luar pintu  masjid Nabawi kerana pintu masjid telahpun ditutup. Keesokkannya selesai solat Subuh selepas bersarapan, kami dibawa oleh Mutawwif wanita untuk memasuki Raudhah dan ziarah maqam Rasul Junjungan S.A.W. Adik saya tinggalkan dengan Abang Uda, yang telah selesai ziarah Rasulullah.  Alhamdulillah, laluan kami mudah.
Di Madinah, kemasukan gajet ke dalam Masjid masih dikawal walau tidak seketat dahulu.  Pengambilan photo masih tidak dibenarkan di dalam masjid.  Suasana di Madinah benar2 mengingatkan saya kepada Allahyarham suami yang saya sorong dari Hotel Al-Haram ke Masjid dahulu.

Keesokkannya kami di bawa melawat masjid Qiblatain dan Masjid Quba', Ladang Kurma dan Bukit Uhud. Oopps tak lupa juga kami melawat pasar Kurma yang kedudukannya hanya lebih kurang 2 km dari Hotel kami menginap. Saya tidak sempat untuk merayap di Madinah memandangkan cuaca yang panas dan anak2 yang ingin cepat pulang ke hotel selepas solat di masjid Nabi.  Malam terakhir di Kota Madinah, berlaku lagi black out, di mana pencawang elektrik bersebelahan hotel kami terbakar. Hmm... kami ambil ianya sebagai ujian perjalanan kami.  Kami ke Raudhah untuk ziarah wida' Rasulullah s.a.w pada hari terakhir di sana.


Berikut adalah sebahagian dari photo yang dapat diambil sewaktu ziarah Kota Madinah.  Saya benar2 rindu ingin ke sana lagi. Gambar2 ini pengubat rindu saya.



















Semoga saya dan anak2 diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana lagi.  Sesungguhnya saya benar2 rindu Makkah, rindu Madinah, rindu Rasulullah, rindu Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi dan sesungguhnya saya rindu suami yang tinggal menetap buat selama-lamanya di sana. Di harap dengan catatan ini, saya dijauhkan dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk, ianya hanya sekadar catatan kenangan buat saya yang pelupa ini dan buat anak2 saya kelak.  Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan salam Aidil Adha 1434 Hijrah kepada semua pembaca blog ini. InshaAllah di lain kesempatan saya akan update dengan lebih kerap lagi. Berkorbanlah, sesungguhnya Syuga menantimu. Wassalam.