Friday, November 28, 2014

KAKAK DENGAN PSRA DAN UPSR 2014

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sahabat yang dikasihi sekalian, segala debaran telahpun hilang. Anak2 telahpun mendapat apa yang mereka tunggu2 selama ini.  Saya tidak terkecuali. Anak saya telahpun mendapat apa yang telah diusahakan selama ini. Ucapan syukur Alhamdulillah yang mampu saya ucapkan di atas apa jua keputusan yang telah diperolehi.

Keputusan UPSR kakak Aimy tidaklah secemerlang seperti yang dia harapkan, iaitu sekurang-kurangnya mendapat 4A, tapi apa yang diperolehi 3A2B.  Bagi saya itu satu keputusan yang boleh dibanggakan berbaloi dengan usaha kakak.  Kakak banyak membuat latihan dan ulangkaji di rumah sahaja. Tuisyen hanya pada waktu persekolahan pukul 1.00 - 1.50 pm. Selebihnya sayalah tempat rujukan (yang pastinya sayapun tak lah seterer mana untuk dijadikan rujukan haha) dan cikgu di sekolah nya sekiranya saya sendiri tidak dapat menjawab persoalan yang ditanyakan. Tuisyen tambahan memang tidak pernah kakak hadiri sebagaimana rakan2 sebaya yang lain.

Saya sedih kerana kakak bersedih. Kakak tidak makan seharian kerana tidak berasa lapar katanya, selepas dapat keputusan. Sebelah malam baru kakak jamah makanan. Biarla saya redakan kesedihan kakak dengan kata2 motivasi yang biasa saya ucapkan kepadanya.  Anggap ini satu pengalaman berharga menghadapi kegagalan dan kekecewaan, kakak, supaya ianya tidak berulang.  Kakak terus meminta saya membelikan buku2 sekolah menengah untuk dia mentelaah. Masya Allah berkobar2 kembali semangat kakak untuk menghadapi persekolahan yang mendatang. Saya katakan kepada kakak, starts from now kakak dah tak boleh main2 lagi, teruskan berusaha untuk kecemerlangan PT3 pula. Kakak angguk, tanda setuju la tu.

Ada sahabat yang mencadangkan supaya semakan kertas jawapan dibuat. Kakak, apabila ditanya memang nak buat juga semakan.  Mungkin saya akan usahakan dan mungkin juga tidak. Biar kakak belajar dari pengalaman. But actually no harm trying. Tengoklah...

Bagi keputusan PSRA, kakak antara top 5 Mumtaz di SRAnya. Hari penyampaian hadiah kakak jatuh pada tarikh yang sama dengan 'konvokesyen' adik yang tamat pengajian tadikanya.  Kesian kakak dan abang (juga mumtaz bagi peperiksaan akhir tahun) pada hari tersebut, saya tidak dapat menunggu, tetapi kakak Along yang jadi saksi atas kecemerlangan PSRA kakak. Kakak dah  melalui pengalaman kejayaan dan kekecewaan pada tahun ini. InshaALLAH saya pasti kakak akan berjaya satu hari nanti. Yang paling penting kakak berjaya menjadi insan kamil yang solehah, yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu dan bapanya.

Sebenarnya kakak benar2 teringin untuk masuk ke sekolah berasrama penuh, seperti kakak2 sepupunya.  Nak timba pengalaman baru katanya. Mungkin ada hikmah di sebalik keputusan sedemikian yang diperolehi.  Saya masih belum bersedia untuk berpisah dengan kakak sebenarnya.  Saya sedih apabila mengenangkan perpisahan yang akan berlaku lagi. Biarla dulu kakak duduk dengan saya.  Saya dulupun tidak pernah masuk ke alam asrama, sehinggalah memasuki alam pengajian tinggi. Alhamdulillah masih boleh meraih segulung ijazah, bekerja dan menyara kehidupan anak beranak selepas pemergian suami. Tapi kakak nak jugak masuk asrama, Ok asrama yang dekat sudahlah ye kakak, senang mami nak jenguk.  Ok la kata kakak.  Just wait and see ke mana kakak akan pergi... semoga kakak terbuka hati untuk memasuki sekolah menengah agama nanti.

Saya sentiasa doakan anak2 saya, kakak, abang dan adik cemerlang di dunia dan di akhirat, cemerlang di dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti, sentiasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan kedua ibu bapa, mencintai kebaikan dan mencintai ilmu pengetahuan.  Pembelajaran bukan setakat di sekolah, banyak lagi ilmu perlu ditimba selagi hayat dikandung badan. Semoga anak2 mami menjadi anak yang soleh dan soleh di dunia dan akhirat. Amin.