Wednesday, January 1, 2014

WARNA WARNI 2013 MASEHI

Assalamualaikum wbt para pembaca setia..

MasyaAllah begitu pantas masa berlalu.. sekali lagi hanya kenangan yang dapat dicoretkan di sini. 2013 sudah tinggal kenangan, 2014 pasti banyak cabaran yang bakal dilalui oleh saya dan anak2.  Sambil meneruskan kehidupan, saya pasti kita sebenarnya berada di ambang waktu yang kekal menjadi rahsia Allah bila, di mana dan bagaimana kehidupan ini akan diakhiri.  

Alhamdulillah setiap kali terjaga dari tidur, saya masih mendapati anak2 di sisi, maknanya kehidupan perlu diteruskan lagi, demi Dia dan demi anak2 yang tercinta.  Tidak boleh tidak, prioriti kehidupan saya selain terus menjadi hambaNya yang cuba memperbaiki diri, anak2 adalah yang paling utama. Kebanyakan aktiviti kehidupan lebih kepada menggembirakan anak2. Di bawah ini saya catatkan kenangan bersama anak2 di dalam tahun 2013. Tujuan utama selain memenuhi masa lapang kami, aktiviti yang telah dirancang dan dijalani adalah untuk memberi pendedahan, menimba pengalaman dan yang paling utama cuba mengaitkannya dengan kejadian oleh Yang Maha Esa.

Mei - Jun (aktiviti Umrah dan Ziarah) sila baca di sini:

http://www.anmahiran.blogspot.com/2013/10/ziarah-madinah-dan-maqam-rasulullah.html
http://www.anmahiran.blogspot.com/2013_06_01_archive.html
Ini merupakan kenangan termanis yang dapat saya berikan kepada anak2.

Ogos 2013

Minat anak2 kepada Water Theme Park tidak pernah padam.  Maka selepas raya semasa cuti masih lagi berbaki saya bawa anak2 ke Gold Coast Australia.. opps Gold Coast Morib Selangor sahaja.









27 - 29 September 2013 Lawatan ke Kuching Sarawak

Sebenarnya tempahan ticket telah dibuat pada tahun 2012.  Saya nyaris-nyaris membatalkan pemergian, lantaran desakan kerja di pejabat yang tidak pernah reda.  Alhamdulillah setelah adjust sana sini, saya berjaya juga meninggalkan kerja buat seketika demi janji kepada anak2. Pemergian kali ini disertai oleh Kak Nyah (*anak saudara), suami dan anak2nya.  Kami melawat perkampungan budaya Sarawak, pergi ke Serikin Market (bersempadan dengan Indonesia) dan melawat kilang kek lapis antara aktiviti yang telah dilalui.  Saya memanjatkan ucapan ribuan terima kasih kepada Eddie dan Min (adik ipar Kak Nyah) yang telah bersusah payah cuba memberikan yang terbaik buat kami semasa di sana. 














10 November 2013 - Menyertai Walkathon World Diabetes Day

Pertama kali saya menyertai acara jalan kaki ini atas galakan rakan sepejabat Puan Moh Siew Ling.  Saya dan anak2 menyahut cabaran ini.  Dan ianya satu pengalaman yang amat bermakna buat saya dan anak2. Larian ini turut disertai oleh seorang anak saudara Cik Seri Nur Farisha. Kami berjalan sejauh 5km. Hmm not bad tau pengalaman ini.  Si Adik, anak saya berumur 5 tahun juga menyertainya, walaupun sekadar berjalan sejauh 3++ km (yang kemudiannya diberi bantuan oleh pihak Palang Merah dengan menaiki ambulan), tapi ianya sekurang-kurangnya memberi pendedahan kepadanya atas beberapa perkara. Yang nyatanya kami enjoyed very much dengan penyertaan ini. Ayat yang tidak dapat saya lupakan diucapkan oleh si adik "kenapalah kita buat kerja mengarut ni" - haha.










1 December 2013

Sekali lagi kami menyertai acara larian 3km anjuran TM bersempena dengan Sukan Sea di Myanmar. Tapi kali ini si Adik tidak ikut serta sebab adik kata' nanti adik penat' :). Sebenarnya dia lebih teruja untuk turut serta dengan si Arif (sepupu karibnya) untuk ke Majlis doa selamat di rumah Makcu, yang diadakan pada petang 1 Disember 2013 itu.









11 Disember 2013 - Farm in the City

Cuti Keputeraan Sultan Selangor saya manfaatkan membawa anak2 melihat Alam Semulajadi dan  haiwan exotic dan haiwan peliharaan di Farm in the City, Seri Kembangan. (free promotion for the Farm :)). Anak2 tidak mahu berganjak dari kandang arnab., Ralit memberi makan sebanyak mana yang dikehendaki kepada arnab2 berkenaan.

















19 - 20 Disember 2013

Sekali lagi water theme park menjadi pilihan anak2.  Berkebetulan sekali dengan tarikh hari lahir saya, maka sayapun bercuti membawa anak2 sempena cuti sekolah ini ke Tiara Beach Resort, PD (credit to Kak Sham Lokman yang memberikan Aptnya untuk disewa).   Itupun selepas tamat segala program yang saya masukkan anak2 semasa cuti sekolah akhir tahun ini.  Abang saya hantar ke Program di surau al-Furqan al muttaqin di Sek. 4 dan si kakak saya hantar untuk ke tuition anjuran sekolahnya SKRM Sek. 4 Shah Alam, sebagai persiapan UPSR tahun 2014. Kali ini saya bawa bersama sepupu terbaik bagi Adik iaitu si Arif.











Masuk Surat khabar BH :)

Yang paling tidak disangka, saya dan anak2 telah diinterview oleh wartawan Berita Harian semasa membeli keperluan buku dan alat tulis di Kedai Buku SKRM. Tarikh tak ingat.. Jadinya photo dan artikel yang berkenaan telah disiarkan di dalam ruangan DIDIK BH pada 29 Disember yang lepas.





Cabaran 2014

Walau yang membezakan hanya dari segi number 2013 bertukar ke 2014, hari-hari yang kami jalani adalah  mengenai rutin yang sama.  Bezanya mungkin saya kena lebih tumpukan kepada si kakak yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.  Tuition?? hmm si kakak tak mau.  Ok, kalau itu pilihan maka kakak terpaksa bekerja lebih keras untuk membuat latihan  dan extra effort juga diperlukan dari pihak saya untuk membantu sedaya termampu. Semoga tahun baru ini kejayaan dan segalanya yang baik2 hadir di dalam hidup kami samaada bagi urusan dunia mahupun urusan akhirat.  Saya juga mendoakan pembaca semua terus dilindungi dan di dalam Rahmat dan Kasih Sayangnya selalu. Amin. Doakan kami juga ye... :)

Wassalam