Saturday, August 23, 2014

Kehilangan: Salam Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sahabat yang saya kasihi sekalian..

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua teman-teman pembaca sekalian.  Ini first entry saya sepanjang tahun 2014.  Bukan tiada cerita yang ingin dicatatkan, sebahagiannya ada tercatat di dalam nota iphone saya sebagai ingatan, sebahagian lagi di dalam status FB media paling mudah berkongsi rasa dan cerita.  Syawal belum berkesudahan.  Every weekend ada saje undangan open house.  Mana yang sempat saya penuhi undangan, mohon maaf sekiranya undangan tidak dapat dipenuhi, pasti ada perkara yang lebih mustahak yang perlu disettlekan, lebih2 si kakak Amy dalam mood menghadapi peperiksaan UPSR. Doakan dia ye kawan2.  Semoga urusannya dipermudahkan.

Ramadhan kali ini banyak mencatatkan peristiwa duka dan sedih kepada rakan dan sahabat yang kehilangan insan tersayang. Dua sahabat saya kehilangan suami tercinta pada Ramadhan yang lepas.  Lebih2 lagi dengan peristiwa MH17, walau tiada seorangpun yang saya kenali, tapi kesannya terpahat juga di hati ini. Sungguh saya amat terkesan dengan peristiwa MH17 ini.  Sedih dengan kehilangan insan yang kita sayang, sedikit sebanyak saya amat memahami.  Tapi percayalah, ia sebenarnya adalah satu titik tolak kepada kebergantungan yang lebih hebat dan yang teramat kepada sang Pencipta, Allah Azzawajalla.  Yang paling terkesan ibu bapa yang telah berusia kehilangan anak2 dan anak2 yang masih kecil kehilangan ibu atau bapa.  Betul2 saya terkesan. Yang sudah pergi biarlah mereka tenang bersemadi, yang tinggal saya doakan semoga Allah sentiasa melindungi.

Kehilangan itu ditangisi, dirindui dan diingati sentiasa tapi jangan sampai diratapi.  Walau apa jua cara kehilangan itu berlaku kesannya adalah sama. Awalnya adalah kesedihan dan kerinduan yang teramat sangat, lama-lama kita get use dengan ketiadaannya, tapi percayalah kalaulah ada kuasa power rangers ingin sekali dia berada di hadapan mata. Walau SEKALI, cukuplah bagi menghilangkan kerinduan. ;(

Kepada rakan dan sahabat yang sedang merasai kehilangan itu, termasuk juga sanak keluarga MH17, sesungguhNya Allah sedang menguji dan memerhati.  Apa yang berlaku di Ghazah Palestine lebih hebat lagi. Saya juga amat terkesan dengan peristiwa di Ghazah ini. Tapi saya amat percaya mereka tidak dibiarkan begitu sahaja, pasti ada hikmah dan Rahmat yang menanti. Sekurang-kurangnya kita masih ada tempat bergantung dan berlindung. Kerinduan dan kesedihan di hati serahkan kepadaNya.  Dia yang menguji Dia juga yang akan memberi 'markah' yang berlipat ganda sekiranya kita berjaya melepasi dengan jayanya ujian tersebut. Hanya masa dan waktu yang akan merawat dan menyembuhkan segala-galanya. Ingatlah ujian itu adalah sejajar dengan kekuatan yang kita ada, SesungguhNya Allah tidak akan membebani melainkan dengan sekadar tenaganya. 

Lupakan sejenak dengan kisah kehilangan. Aidilfitri baru ini saya pulang ke Kota Bharu membawa anak2 beraya dengan sanak keluarga Allahyarham suami saya.  Saya??? Saya tidak melayan perasaan, sudah ada kekuatan melawan kesedihan, janji anak2 bahagia dan gembira.  Mereka kekuatan saya. Lagipun family suami family saya juga, mereka seperti adik beradik saya. Sementelah Ma masih ada, biarlah dia juga gembira dengan kehadiran cucu-cucunya. Seminggu di sana, rasa berbaloi sebab balik sanapun 2 tahun sekali. Sebenarnya cuak juga nak menaiki kapalterbang, dengan apa yang telah berlaku. Tapi Alhamdulillah,mengambil ibarat kata-kata bibik kawan saya, si Erin, "Jalan kakipun mati" hehe. Bahkan tidurpun boleh tidur selama-lamanya kan?

Segala-galanya telah tertulis di Loh Mahfuz.  Bersedialah wahai diri untuk kita semua kembali ke sana, cara bagaimana, bila dan di mana, hanya Dia yang Maha Mengetahui, tugasan kita adalah membuat persediaan dan persiapan yang sewajarnya. Dunia yang sementara ini adalah jambatan kepada negeri yang kekal abadi. Alfatihah kepada yang telah mendahului kita, kepada kedua ibubapa, suami dan sahabat serta seluruh umat muslimin dan muslimat, semoga Roh mereka sentiasa dicucuri Rahmah dan dimasukkan ke dalam Jannah tanpa hisab. Semoga urusan saudara muslimku di Ghazah Palestine, Syria, Myanmnar dan di mana saja mereka berada saya doakan dipermudahkan olehNya. Amin.  

Kenangan di pagi raya 2014..



Sebahagian dari paparan kegembiraan anak2 bersama-sama sepupu2 mereka di sana.







Sekali lagi selamat hari raya 1435H, maaf zahir dan batin. Sekian