Thursday, May 6, 2010

Jerih Payah Mak Tak Terbalas

Aku sampai rumah dekat pukul 9pm. Aku terima msg dari Lin ( kawan suka dukaku-paling akrab) iingatkan aku supaya tanya mak mungkin nak ambil wudu', K.TQ, aku balas ringkas. Lin kata kesian kat aku mesti penat. Sengaja aku tak balas sms Lin itu. Terima kasih Lin, atas keprihatinanmu, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik Lin. Memang aku penat, tapi bila kenangkan Jerih Payah mak membesarkan kami 8 beradik, tanpa suami, menyekolahkan anak2 mak yang ramai ni, bekerja keras demi memberikan ilmu kepada kami, kepenatan aku itu tak setara dengan kepenatan mak selama ini.

Aku masih ingat sewaktu nak ambil SPM, mak yang tolong kejutkan dan temankan aku study pada pukul 2, 3, atau 4 pagi. Masa tu ada rancangan Pok-pok dan Tu-Tu, mak dengar sama radio masa tu. Kalau DJ tu buat lawak, mak akan tergelak sama. Meja studyku dekat je dengan kelambu mak. Kalau mak tertidor pun aku tak takut sebab mak ada dekat dengan aku. Masa di IPT kalau nak exam, aku akan called mak, minta dia doakan. Mak akan berpuasa demi anak2 mak. Alhamdulillah berkat kesabaran, kepenatan mak, anak2 mak dah jadi 'orang' maksudnya takde yang jadi penyangak, walaupun tak jadi bangsawan negara.

Bila ingatkan itu semua, aku betul2 sedih, anak mak 8 orang tak boleh tolong mak, masa mak sakit ni. Hanya setakat tolong jaga, tolong doakan saje, tapi sakit mak?? Ya Allah, Engkau angkat penderitaan dan kesakitan Makku Ya Allah. Permudahkan urusannya Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa, buat solat hajat untuk mak, selebihnya aku serahkan kepada Allah dan doktor yang merawat. Aku harap ianya adalah kifarah kepada dosa-dosa mak (sekiranya ada). Bukan ke sakit itu adakalanya sebagai ujian ataupun kifarah.

Aku cium mak puas2, aku paling takut kalau tak dapat cium mak lagi nanti. Sebelum balik tengahari tadi, aku tanyakan mak lagi, mak nak minum, dalam keadaan tak berapa sedar itu, mak mengangguk, aku suapkan sedikit air, air tak masuk sepenuhnya ke dalam mulut mak, melilih keluar, aku suap lagi, aku tanya rasa tak kat tekak, mak angguk. Alhamdulillah, aku tau mak haus sangat, dari dulu dia kata dia haus, tapi tak boleh minum air banyak, takut air masuk dalam dada, kang mak sakit pulak mak kata. Mak memang ikut arahan doktor selama ini. Dengan komplikasi buah pinggang, jantung, darah tinggi, kencing manis, hanya Allah tempat kami berserah sekarang ini.

Aku sedikit ralat sebab belum dapat suapkan mak air zam2 seperti yang aku janjikan. Aku ingat kantin ada jual, aku called Kak Midah (caterer) kata belum ada lagi, nak cari dah tergesa2 pergi ke hospital setelah Angah called. Esok aku pasti bawak air zam2 untuk mak.

No comments: