Petang Jumaat 18 Jun 2010, satu ceramah agama telah disampaikan oleh Ust. Sihabuddin Mohaimin, di organisasiku. Aku dan rakan2 seperjuanganku Aza dan Shana pergi agak lewat. Biasa la nak settlekan kerja2 yang tak ada kesudahannya.
Ceramah hari itu berkisar pada sifat Ujub, bukan Junub ye kata Aza buat lawak pandai. Sifat ujub merupakan satu sifat bangga dan mengkagumi akan kelebihan diri sendiri, maknanya musuh utama ialah diri kita sendiri. Berbeza dengan riak ialah sifat menunjuk2 kelebihan kepada makhluk (orang) lain. Takbur pula merasai lebih daripada sang Pencipta iaitu Allah swt.
Menurut ustaz, manusia biasa ujub pada kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya, kemahirannya, kelebihannya ilmu, pengalamannya dll.
Bagaimana nak hindarkan dari sifat tersebut ialah dengan cara begini:
1. Kurangkan bercakap, dan banyakkan diam - banyak cakap banyak salah, banyak salah banyak dosa, banyak dosa masuk neraka, masuk neraka akan disiksa. Bercakap bila perlu sahaja. Aku nak cuba praktikkan ini.
2. Sentiasa melihat kekurangan diri kita daripada melihat kekurangan orang lain. Orang melayu suka tunjuk satu jari pada orang lain tanpa memikirkan yang tiga jari lagi menunjuk kepada diri sendiri, kalau orang cina, ustaz kata kelima-lima jari tunjuk kat orang, sambil menunjukkan aksi saolin macam jackie chan.
3. Sentiasa ingatkan Allah. Berzikir mengingati Allahlah yang Maha Berkuasa, kita akan dihindarkan dari sifat Ujub itu.
4. Amalkan sikap berkasih sayang dan hormat menghormati sesama insan. Dengan cara ini akan dapat menundukkan rasa bangga akan diri sendiri.
Jadi sama-samalah kita cuba menghapuskan sifat ujub dari diri kita sendiri, supaya amalan kita diterima Allah, kerana sifat ujub ini umpama api di dalam sekam, boleh menghapuskan pahala2 amalan kita.
Sehabis ceramah, kami pulang ke ofis menyambung sedikit kerja. Selepas itu, aku pulang mengambil anak2 yang kutinggalkan di taska. Kemudian aku membeli makanan di pasar malam sek. 6, dan terus ke rumah makcu di sek. 7. RAsa sayu menyelubungi perasaanku setiba aku di rumah tersebut. Tiada lagi kelibat mak di situ. Si kakak anakku kata 'inila yang kakak tak suka pergi sini ni, mesti mummy nangis' katanya. Aku terbayang-bayang mak baring di atas katil, sambil biasanya tersenyum menyambut kedatangan cucu2nya, terutamanya si adik, Syahmi.
Aku lihat bilik dan katil tiduran mak, dah diubah suai oleh makcu menjadi tempat tidurnya. Tiada lagi ubat2an mak di situ. Semua makcu dah kemaskan dan dimasukkan ke dalam bilik belakang. Baju2 bibikpun makcu dah bungkus masuk bawah katil.
Aku sebenarnya nak ambik baju yang hubbyku hantar untuk iron di laundry blok 2, Mosba laundry, tapi dah tutup. Minggu depan la jawabnya aku akan ambil. Sesudah makan dan mandi, dalam pukul 9.20pm aku mula bergerak turun untuk pulang. Makcupun nak keluar pergi rumah kawan baiknya, Nana untuk mengambil microsoft office installer katanya untuk diinstall kat Laptop Iya anak buahku.
Aku nasihatkan makcu supaya sibukkan diri dengan bersosial supaya tidak terlalu memikirkan/mengingati akan mak. Baca quran untuk sedekahkan kepada mak di samping untuk dapatkan ketenangan. Aku ajak makcu duduk denganku buat sementara waktu, makcu tak nak. Atau duduk dengan Yong, sekurang2nya tidakla rasa sunyi sangat. Aku faham sangat dengan kesunyian yang makcu tanggung.
Kalau dulu semasa mak masih ada, kalau mak duduk dalam seminggu dua di rumahku, aku pasti akan kesunyian selepas mak balik. Aku pasti akan menangis, walaupun aku sudah ada family sendiri. Sekarang kalau aku menangis teringatkan mak, anakku abang pasti akan berkata 'kan mummy boleh jumpa nenek kat syurga nanti' aku hanya mampu menganggukkan kepala. Sesungguhnya orang yang pernah merasai kehilangan orang yang disayangi sahaja yang tahu akan bagaimana rasanya dan faham akan erti kehilangan itu.
No comments:
Post a Comment