Friday, March 16, 2012

Penghulu Segala Hari - Aku cutii

Salam Jumaat ~ Penghulu segala hari, hari yang penuh kemuliaan, hari yang  penuh barokah. Hari ni aku decided nak cuti, meneman anak2 kat rumah. Diorang dah complain, hari2 dok Taska je.. Ala.. 2 hari je dok taska, hari Isnin lepas, cuti, pi PD jenguk 'mak' diorang kat sana, operation of Appendiks, sambil2 tu aku bawa diorang mandi kolam kat Corus Paradise ~ tidur satu malam kat sana.. selasa aku kerja, rabu cuti halfday, khamis kerja, sebab tolong boss jadi speaker tuk training understanding MS ISO 9001:2008 requirements. Hari ni cuti... tapi memang takde spesifik program.. akupun tak berapa nak sihat, kepala sakit, batuk a lil bit, tekak sakit. Tapi aku dah set nak beli susu untuk si adik, susu dah nak kehabisan stok, kalau cuti, asyik minta susu je, kalau pi sekolah ok pulak tak menyusu.. haish budak nih!

Masa di PD, pi makan di Medan Ikan Bakar di MPPD, terjumpa dengan kereta arwah suamiku, WMN 708, terkenang nostalgia lama... si adik terjerit, ehh.. kete abah!..shhh.. aku warning dia... tapi tak nampak owner of the car. Hari Isnin tu, aku betul2 terlupa yang aku kena pi Rasa untuk bagi training kat staff di sana, mujur ada hero Si Bur, dari pagi training diforward ke sebelah petang after dealing dengan PIC kat sana, disebabkan oleh masalah transport. Huh.. selesai satu masalah.. PIC HR kata akak kena bagi training pada 19 dan 20 Mac ni lagi tau.. jangan lupa pulak!, ok, aku balas... hehehe kalau lupa lagi nak buat camne, itu aging factor la tu..:)

adik abang kakak mandi manda bersama cousins

pemandangan dari dalam bilik - seaview.

medan ikan bakar di PD

menunggu makanan yang tak sampai2..

makan setelah penat mandi manda


nostalgia lama.. dah jadi milik orang lain!

No comments: