Friday, June 28, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya...Part 3

Salam sahabat semua,

Hari Ketiga selepas berziarah, kami berniat umrah dan ihram di Tana'im. Pada hari itu, bas terlewat sampai, ntah di jem di mana, tidak pulak kami ketahui.  Akhirnya urusan ziarah terlewat dari jadual yang sepatutnya.  Selesai solat Zohor di hotel, saya terus menyelesaikan urusan umrah bersama adik dan kakak. Abang dibawa oleh Abang Uda, Angah sekeluarga menyempurnakan umrah sesudah Asar. Dalam keadaan cuaca yang panas itulah saya bertawaf dengan anak2.  Adik saya bekalkan air zam2 untuk menyiram tubuh badannya ketika tawaf dan sehelai tuala basah.  Kekadang, ada jemaah lain yang menyiram kepala adik ketika kami tawaf. Adik disorong dengan kerusi roda.  Alhamdulillah, tawaf di waktu tengahari walau dalam keadaan panas, tidak mengambil masa yang lama.  Dalam 20 minit selesai tawaf. Melakukan tawaf di waktu lain, bukan tidak boleh tapi selalunya dipenuhi dengan jemaah.

Bertahallul sesudah Saie selesai menjelang Asar. Selesai solat Asar di masjid, saya dan anak2 pulang ke hotel. Anak2 kepenatan, sehingga tertidur terutamanya adik.  Dalam keadaan begini saya tidak sampai hati untuk mengejutkannya bagi bersolat Maghrib di Haram.  Bagi masa rehat secukupnya buat mereka, membolehkan saya hadir ke Masjidil Haram pada waktu Isyak atau awal sebelum Subuh. Atau kekadang saya pergi dengan kakak Amy dan Nor (anak Angah), adik saya tinggalkan dengan ahli keluarga lain yang tidak dapat ke masjid.

kebiasaan adik di dalam masjid, bawa cawan air zam2 dijadikan bahan mainannya.

abang tidur sementara menunggu waktu solat

keletah anak2 di dalam masjid, menjadi kenangan sepanjang hayat
Anak2, terutamanya adik, sedari awal sampai ke Mekah, tidak putus2 bertanya, 'bila kita nak tengok kubur abah?'. Saya mohon bantuan travel agent untuk membawa kami ke perkuburan.  Pada asalnya kami merancang pergi pada hari kedua sampai di Mekah, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami ziarah ke perkuburan Sharaya pada petang Jumaat sesudah Asar.  Dengan bantuan Hj. Ramzi (seorang anak muda, anak angkat kepada empunya travel agent yang sememangnya warga Mekah) kami sampai ke perkuburan Sharaya selepas menahan van dengan kos SR150. Hj. Ramzi, sangat fasih berbahasa Arab dan fasih juga kecek  Kelate. Saya tak pasti, kedua ibu bapanya mungkin berasal dari Kelantan.

bersedia untuk ziarah kubur


di dalam van menuju ke perkuburan Sharaya


hospital Aziziah, di mana Allahyarham suami dirawat sehingga ke saat akhir. Saya minta pemandu van melalui jalan ke hospital Malaysia ini, untuk ditunjukkan kepada anak2 dan ahli keluarga yang lain.

sudah masuk kawasan perkuburan

pejabat di mana semua data jenazah yang dikebumikan di sini disimpan di dalam system.  Dengan bantuan Hj. Ramzi, perkuburan arwah dikenalpasti bernombor 302 ditempatkan di lot/blok 36. Hanya melalui nama dan tahun kematian.

Setakat di sini sahaja kami warga wanita dibenarkan masuk

sebahagian dari kawasan perkuburan Sharaya yang sangat luas, bagi menempatkan jemaah luar Mekah yang meninggal di Mekah sewaktu Haji atau Umrah.

Anak2 lelaki (adik dan abang) sahaja yang boleh masuk ke tanah perkuburan, petugas kubur (berbaju biru oren) dan Hj. Ramzi (mencangkung).

perkuburan Sharaya, hanya ditanda batu tanpa nombor.

di sini pusara tersemadinya Allahyarham suami saya
 

Persemadian arwah menurut no. dan lot kubur, ditunjukkan oleh petugas tanah perkuburan Sharaya 

pulang dari ziarah pusara arwah abah mereka
Saya mengharapkan ini bukanlah kali terakhir anak2 menziarahi pusara Allahyarham bapa meraka. In Sha Allah, setiap kali teringat arwah mereka akan menunaikan umrah seterusnya berziarah. Itu yang saya harapkan dari anak2.  Selain ibadah umrah, inilah merupakan tujuan utama saya membawa anak2 pada percutian sekolah yang lepas. Menunaikan hajat dan niat anak2 yang ingin sekali melihat pusara bapa mereka.  Terima kasih Ya Allah, Engkaulah yang memakbulkan semua hajat dan doa. Amin Ya Rabb. Al-Fatihah.

Thursday, June 27, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya.. Part 2

Assalam pembaca blog sekalian,

Saya dan anak2 masih lagi merindui Makkah dan Madinah, walau baru lebih kurang 2 minggu kami pulang.  Adik, semasa baru2 balik dari sana berkata 'Mummy, lagi 2 minggu kita pergi Mekah lagi nak?' Hmmm.. tak terjawab kata2 adik.  Baru2 ni dia luahkan lagi, 'Mummy, adik tak sabar nak ke Mekah lagi'.  Alhamdulillah, Allah dah meletakkan kerinduan di hati anak2 saya untuk ke Mekah lagi. Kalau diikutkan hati, tiap2 tahun hendak ke sana.  Tapi apakan daya, sekiranya mampu dari aspek perbelanjaanpun, kami tidak punya mahram untuk semudah itu pergi ke sana.  Banyak juga tempat kami berjalan, tapi Mekah dan Madinah lain dari yang lain.  Ntahlah Rindu yang tidak dapat digambarkan, boleh menitis air mata ini kerinduan.

Kami ditempatkan di hotel Mawaddah, terletak lebih kurang 500 meter jaraknya dari Masjidil Haram, walaupun travel agent mengatakan jarak hotel tidak melebihi 300 meter. Tapi takpelah saya mengharapkan setiap langkah ke masjidil haram diberi ganjaran pahala olehNya. Temperature?? Frankly speaking saya tidak pernah mengambil tahu berapa bacaan suhu semasa di sana. Tapi panas, sehingga tidak boleh bukak mata, kalau tidak dibantu oleh kaca mata gelap (di waktu tengahari) Malam suhu tidak sepanas siang. Disebabkan jarak yang jauh, adik akan minta disorong menggunakan wheel chair.  Mujur hotel ada sediakan kemudahan wheel chair. Kekadang adik sendiri hendak pergi dengan berjalan kaki, kita pulak yang tak sampai hati (tapi waktu malam biasanya adik setuju untuk jalan kaki, tanpa wheel chair).  Disebabkan jarak yang agak jauh dan dengan kerenah anak2, saya tidak dapat pergi ke semua waktu solat setiap hari.  Kalau sendirian tanpa anak2, jarak sebegitu bukan satu alasan.

adik moody, sebab dikejutkan dari lena, ini antara dugaan seorang ibu.



Abang, biasanya akan follow Uda dan Haziq. Adik dan kakak dengan Mummy.


muka orang tak puas tidor. belum puas tidor dah kena balik hotel, pulang dari solat Isyak.
Hari ketiga, kami di bawa ziarah ke beberapa bukit.  Antaranya Bukit Thur, Bukit Nur, Bukit Rahmah.

Bukit@Jabal Thur - tempat persembunyian Nabi bersama Abu Bakar untuk Hijrah ke Madinah

sedap tidor, mungkin faktor cuaca dan kurang tidor  menyebabkan adik cukup suka tidor dalam bas. - at least mummy less stress... haha

masa ni adik sedang tidor dalam bas.


Jabal Rahmah, pertemuan Adam dan Hawa.  

sementara tunggu abang turun dari Jabal Rahmah, adik akak makan buah anggur dulu.


Jabal Nur - terletaknya Gua Hira'


pemandangan biasa kota Mekah, dengan burung2 merpati.

Catatan ini diharap dapat meninggalkan kenangan buat anak2, mungkin satu hari nanti mereka terlupa akan apa yang telah mereka lalui di sini.

to be continued.. Part 3 - ziarah perkuburan Sharaya. tunggu!

Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya... Part 1


Assalamualaikum wbt.

Maaf, lama saya tidak bersiaran di sini lantaran kekangan tugas dan tanggungjawab yang terpaksa saya lunaskan sendirian. Mafhum firman Allah, "Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku makbulkan" - ingat tak post saya yang terdahulu, saya akan terus berdoa supaya saya dan anak2 dapat pergi ke sini, untuk umrah dan ziarah, saya merancang biarlah Allah yang menentukan cara mana saya akan sampai lagi ke sini. Sila klik  http://anmahiran.blogspot.com/2012/01/makkah-jemputlah-aku-jadi-tetamumu-lagi.html.

Alhamdulillah Segala puji saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang Maha Mendengar dan menunaikan hajat dan niat hambaNya.  Saban hari saya panjatkan doa semoga saya dan anak2 diterima menjadi TetamuNya yang istimewa.  Akhirnya pada 27 Mei 2013 yang lepas kami telah berlepas ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah bermahramkan abang Uda saya beserta anak2nya dan bertemankan kakak Angah saya sekeluarga.  Walau pada awalnya penuh debaran dan hampir tidak jadi pergi kerana tarikh mengundi yang tidak diketahui, Alhamdulillah sesungguhNya Dia Maha Mendengar dan Dialah sebaik2 yang Merancang. Mungkin juga doa anak2 yang makbul.



di KLIA 

bersama ibu mertua tersayang, Ma untuk melihat cucu2nya berlepas ke  Tanah Suci.
 Kami berniat umrah dan ihram di Qarnul Manazil di dalam kapal terbang, setelah transit di Doha dan terus ke Makkah. Umrah pertama dibuat sebaik sahaja sampai di Makkah pada waktu Subuh. Selesai solat Subuh, selepas bersarapan mutawwif terus membawa kami untuk tawaf dan saie. 

Adik, Abang dan Haziq (anak Uda) bersedia di hotel menunggu mutawif untuk tawaf dan saie pertama

Abang Syafiq , Haziq dan kakak Amy

Sebelum tawaf dimulakan, setelah solat Dhuha saya sempat sujud syukur melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dijemput lagi menjadi tetamuNya, dapat melihat kaabah yang dirindui, sehingga tidak sedar air mata kesyukuran jatuh ke pipi.  Sebaik melihat kaabah saya seakan tidak percaya saya masih diberi peluang berada di sini setelah kunjungan terakhir pada ibadah Haji 2010.

Baitullah - memandangnya sahaja dapat pahala dan rahmat Allah 

pintu kaabah - multazam - peluang solat dan berdoa di hadapannya tidak saya lepaskan


Pancuran emas, di kawasan Hijr Ismail

Rukun Yamani

Hajarul Aswad - near yet so far, belum ada rezeki mengucupnya, In Sha Allah pada  kunjungan akan datang.

Ini antara photo yang sempat saya capture sewaktu dan usai melakukan tawaf sunat, pada hari kedua di Makkah.

to be continued... Part 2