Friday, January 6, 2012

Makkah.. Jemputlah Aku Jadi TetamuMu Lagi!

Salam ceria,

Dua, tiga hari ni aku teringat2 akan Makkah, lagi-lagi bila sahabat sebelah partition, Kak Siti, becerita dengan kawan2 seperhajiannya, mengenai suasana Haji yang baru sahaja selesai dikerjakanya pada tahun lepas (2011). Mommy bila kita nak pergi tengok kubur Abah.??.. si kecil aku bertanya spontan. Jauh la dik, nak pergi tengok kubur abah, aku balas.. ala. kita naik la kapa tebang (pelat sebut kapal terbang).. hmmm, InsyaAllah kalau ada rezeki aku pasti akan membawa ketiga-tiga mereka ziarahi kubur arwah bapa mereka. Tapi, jauhnya bukan 1, 2 KM tapi berjuta2 KM, bukan makan sehari dua boleh pergi, bukan boleh pergi macam pergi melancong. Sekiranya tiada Mahram lelaki, macamana lah agaknya nak menziarahi perkuburan di Tanah Makkah. Perempuan, sorry ye, tak dibenarkan ziarah kubur di sana...

Aku sentiasa berdoa, semoga niat anak2ku untuk menjenguk tempat persemadian arwah abah mereka tercapai. Ada cerita istimewa kenapa Makkah sentiasa di hatiku. 1) kerana orang yang aku sayang telah bersemadi di sana, jadi hati ini sentiasa ingat Makkah, 2) Makkah juga merupakan tempat tanah kelahiran arwah abahku (menurut cerita arwah mak). Dan kedua-duanya juga ada persamaan, di mana mereka pergi disebabkan oleh satu penyakit yang sama : CANCER...  itu hanya asbab musabab yang Allah turunkan.   Aku hanya berniat, urusan selainnya aku serahkan kepadaMu ya Allah untuk mengatur dan merancang niatku ini.  Bila, bagaimana, aku takkan fikir secara lanjut, yang aku tahu, aku akan sampai lagi ke sana bersama-sama dengan anak2ku. Sesungguhnya aku rindu dia, secara tak langsung aku rindu kepada Makkah!



Aku dan arwah suami sewaktu penerbangan pergi Haji 2010




Tanah Makkah


1 comment:

Sutiman Kemin said...

InsyaAllah, moga diperkenankan doa kita semua. Amin.