Sunday, January 1, 2012

Cuti di Kampung dan Salam Tahun 2012...

Baru sebentar tadi bergegar sekejap bumi Subang Murni, dan saya yakin di mana-mana jua bumi Malaysia berdentum dentam dengan bunyi mercun, tanda tibanya tahun baru... Saya hanya mampu mengadap notebook,  tidak terasa kemeriahan sambutan tahun baru.  Tiada yang significantnya tahun 2012, melainkan umur semakin menginjak ke satu lagi angka baru, walaupun baru sahaja menyambut harijadi pada 20 Disember lepas.  Begitula setiap kali bertukar tahun, terasa semakin dekat untuk dipanggil mengadapNya. Persoalannya sudah bersediakah kita... Persoalannya lagi, adakah kita ada resolusi baru untuk memperbaharui tekad untuk lebih dekat kepadaNya, sejajar dengan pertambahan usia. Hmmm.. itu sendiri mau ingat maaa..

Sebenarnya masih keletihan drive balik dari kampung setelah 3 hari bercuti di sana. Seronok saya apabila anak2 seronok dan bahagia.. Aktiviti yang pertama kali dilakukan oleh anak2 ialah memancing ikan di tepi sawah.. Masing2 teruja dan bersaing untuk mendapatkan ikan...si  Kakak dapat 2 ekor, si abang 3 ekor (wah terasa macho gitu) dan si adik tak kurang jua ada 2 ekor ikan yang sudi menjamah umpan udang yang disediakan oleh Ateh.


kakak dengan ikan puyu hasil  memancing sepetang di kampung...
 Aku text Alang di PD, menyatakan keseronokan memancing di kg. Alang kata takpelah nanti cuti raya cina dia akan balik... aku kata raya cina, ikan nak beraya.. hahaha.. ikan kg. mane pandai beraya dia balas. Tapi memancing memang satu terapi yang cukup mengujakan.. hilang stress.. seronok bila umpan dipatuk oleh ikan, ada jugak ikan yang bijak, terlepas semula ke dalam sungai... itu ikan yang educated tu...hehe..

Malam saya ajak Ateh dan Uda sekeluarga makan di restoran Pelangi Bakong.. best dan sedap jugak masakannya. balik dari makan malam, terus ke pekan untuk mencari deroyan.. hmmm saya ni memang pantang nampak doyan, walau tak boleh makan banyak, saya beli supaya ahli keluarga lain boleh makan, saya akan terasa happy.. D24 jadi mangsa malam tu.. memang power isi dia.. Cempedak madu dan Dokong Mas saya beli sekali, puas hati sungguh... Esoknye aktiviti memancing tidak dapat dilakukan sebab hujannn... air keruh, kelibat ikanpun tak nampak, pi mana ikan2 tu yee..??

Malam tu saya beralih dari rumah Ateh ke rumah Uda, sebab Ateh nak balik ke rumah ibu mertuanya. Pi pasar malam, untuk hidangan makan malam tersebut. Esoknye aktiviti massage pulak..balik dari massage pi pasar beli udang untuk buat sambal udang petai, tumis sayur kangkung dan ayam goreng tepung,yummy... selera anak2 dan anak2 buah saya makan... Malam lepas maghrib saya drive pulang ke rumah...

 Sehinggalah terdengar riuh rendah bunyi mercun dan meriam macam nak berperang je... itu tandanya tahun baru ni akan bermulanya akitiviti blogging ini semula.. Semoga tahun baru azam yang satu iaitu untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya akan sentiasa tersemat di hati sanubari kita semua. Salam Tahun Baru 2012 semua!!!..

No comments: