Tuesday, January 24, 2012

Saat Cemas di P.Pangkor 22 Jan 2012

Salam ceria,

Tahun 2012 diisytiharkan sebagai Tahun Naga Air bagi keturunan tionghua yang menyambut Tahun Baru pada tahun ini.  Cuti 4 hari yang diperolehi sempena raya cina ni, kami ambil kesempatan bercuti ke P.Pangkor setelah bercuti ke Langkawi pada akhir tahun lepas. Ini atas permintaan si anak yang belum puas2 naik bot, mandi pantai dan mandi kolam.  Pada 21 Jan kami berangkat ke P.Pangkor pagi2 lagi. Singgah sebentar di rumah Uda, bawa Fatin & Haziq (anak2 Uda) dan Ayad (anak Alang). Menuju ke Marina Island salah satu jalan alternatif ke P.Pangkor, yang aku yakin belum ramai yang mengetahuinya. Dalam masa 15 minit dah sampai ke P.Pangkor. First day selepas checked in aktiviti utama yang dilakukan oleh anak2 tidak lain dan tidak bukan.. Mandi Kolammmm.. yeayy.. happy diorang!

Mandi kolam, pemandangan dari atas  Coral Bay Resort.

Hari kedua, kami dah decided nak pergi Island Hopping dan Mandi Pantai serta snorkling.  Dengan bayaran RM 150 kami seramai 9 (kecuali Along) orang menaiki bot pergi 'melawat' batu berbentuk whale, buaya dan penyu, serta bentuk kaki manusia berlunjur.. hebat sungguh kejadian Allah.  Ke satu kawasan snorkling dan ikan banyak terdapat.  Ombak sedikit kuat, sehinggakan Angah (kakak) mabuk dan termuntah2. Akhirnya Boat 'menyinggahkan kami ke suatu kawasan yang dipanggil Pantai Teluk Man.. Cantik, bersih dan halus pasir putih pantai tersebut.  Nak snorkling, keadaan kurang mengizinkan kerana cuaca yang mendung dan air pasang.  Laut bergelora.  Tapi kami masih ada pilihan lain iaitu mandi pantai.  Sampai di sana pukul 9.45 pagi dan kami minta boat ambil semula pada pukul 12.00 thari. Semasa sampai telah ada beberapa group manusia yang mandi manda.. bersuka ria.. 

Ombak sedikit deras, terlambung2 orang2 yang mandi di tengah2.  Anak2 aku warning, tak boleh pergi ke tengah melainkan di gigi pantai, main pasir sahaja.  Akhirnya satu group demi satu group pergi meninggalkan pantai , walau yang datang lewat dari kamipun dah pergi dari situ. Tinggal lah group kami sekeluarga sahaja lagi. Air makin lama makin pasang... pukul 12. boat yang diarah sampai. Abang (anakku Syafiq), Haziq, Fatin dan Ayad, berjaya dinaikkan terlebih dahulu.   Tapi... inilah saat2 yang tak diduga berlaku. Ombak tetiba kuat memukul boat dan pantai, sehinggakan kami tak ada kekuatan untuk naik ke atas boat. Angah (kakak) terjatuh dipukul ombak sewaktu nak naik ke atas boat Anak2 di dalam boat yang terumbang2 menjerit2 ketakutan. Aku apatah lagi, rasa dah hilang suara menjerit supaya mereka memaut kuat tiang2 boat. Aku betul2 risau yang mereka tercampak ke dalam laut. Driver boatpun hilang arah untuk mengawal boat yang seakan2 meronta2 tidak mahu dipegang. Aku nampak diapun cemas.  Boat seakan2 terus mara ke tengah.  Seperti berang.  Barang2 yang dinaikkan terlebih dahulu semuanya tercampak ke laut.  Boat dah separuh dipenuhi air.  Alamak.. Aku minta semua yang didalam boat dikeluarkan terlebih dahulu.  Dalam pada itu, mujur baik ada sekumpulan pemuda yang sedang memancing.  Aku tiup wisel dari jaket yang ku pakai untuk tarik perhatian mereka.  .  Salah seorang mendatangi kami.

Akhirnya semuanya selamat dikeluarkan. Kami diminta untuk pergi ke tempat lebih selamat. Di kawasan antara dua batu besar. Tapi.. jalan menuju ke arah kawasan tersebut dah dinaiki air.  Dalam masa sekejapan.  So, sang pemancing  mendahului kami untuk membawa kami ke kawasan tersebut.  Anakku dah menangis ketakutan. Sempat lagi dalam menangis anakku Syahmi berkata 'Adik dah tak nak mandi pantai dah, adik dah tak nak naik boat dah...' Aku berdebar2. Abang Syafiq yang dah terselamat tak putus2 membaca Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah.. Bagus Imam Muda ni aku puji anakku...  Sesudah air dikeluarkan dari dalam boat, boat kembali tiba untuk mengambil kami.  Tapi yang aku perasan, bila semua dah keluar dari boat tadi, takde pulak ombak sekuat tadi.. pergi mana ombak tadi yang berderu2 memecah pantai.. Adakah tadi Naga Air sudah mengamuk??.. Apa2pun aku ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kami akhirnya selamat sampai ke tepian pantai, tempat kami mula2 naik tadi.  Alhamdulillah.. satu pengalaman cemas yang tidak mungkin akan dilupakan.


Cuaca mendung, dari hujan renyai2 ke hujan lebat!

air pasang sehingga ke batu ini sewaktu kami meninggalkan tempat ini..

No comments: