Saturday, January 7, 2012

Aktiviti berbasikal.. adik's new ride!

Petang tadi  sebagaimana yang dijanjikan, aku bawa kedua2 basikal anak2 ke kedai basikal berhampiran rumah untuk repair, tayar dan rantai dah tak functions... sesampai di kedai tesebut, aku disuruh hantar pada esok hari, 'dah penuh la kak', kata tokeh kedai (orang Melayu kita).. dalam hati aku terus 'mengata' ini la orang melayu, dah banyak sikit agak2 dapat untung, dah tak nak terima.. apa salahnye terima saje tapi kata la dengan aku, tak boleh siap hari ni, aku boleh terima, ni tidak, sampai2 saje belum sempat aku bukak mulut, dia dah dah suruh datang esok... tapi dalam pada itu dia recommend kedai kat pekan subang, ok la jugak tu.. kedai chinese, service sesangat ok, aku kata nak cepat, terus je dia buat walaupun banyak lagi basikal yang hendak direpair... adik dalam kereta aku tinggalkan dengan abang dan kakaknye.. ..'adik nak beskal mommy, adik nak beskal.. adik nak.. ye.. ye.. aku kata, aku tinjau ke dalam kedai, aku tunjuk kat adik yang dalam kereta.. ha yang tu.. nak.. nak.. nak mommy, adik nak, ye kalau nak senyap, aku bagi amaran..! hmm bising betul dia..

basikal baru adik dan basikal yang baru direpair..

Selesai repair kedua2 basikal abang dan kakak, aku tanya tokeh, berapa yang ini tokeh.. murah saja RM150.. hmm murah, aku kata. tak leh kurang ke, sudah kulang tu kak, kalau tidak harga asal 160++... hmm..ok berapa semua sekali, RM235.. what! kenapa mahal?aku tanya.. itu tayar basikal depan belakang satu basikal dah RM40..dua RM80 (boleh beli satu basikal budak kecil).. itupun sudah kasi kulang (kurang).. ok la kasi kurang lagi sikit.. ok..ok la RM230 sudah la kak... aku bayar, terus bawak anak2 ke Taman Permainan berhampiran rumah... seronok anak2, seronokku jua...
Wah adik with his new ride.. abang dan kakak dengan basikal masing2..

Dah berpeluh-peluh, baru aku ajak anak2 pulang ke rumah.. kat rumah sambung lagi main basikal... Esok aku kata, pagi2 kita pi jogging, korang naik basikal, mommy jogging aje. Teringin jugak nak berbasikal macam anak2, tapi apakan daya basikal dewasa yang baik punya.. RM1000++++.. hmm tunggu dulu la .. lagipun bukan prioritypun.. Hopefully dengan aktiviti berbasikal ini, adalah jugak aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, daripada mengadap tv dan komputer biarlah diorang beriadah dengan berbasikal...


tak puas main kat taman, di tengah laman mereka berbasikal, janji mereka gembira, aku tumpang gembira!

No comments: