Friday, June 28, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya...Part 3

Salam sahabat semua,

Hari Ketiga selepas berziarah, kami berniat umrah dan ihram di Tana'im. Pada hari itu, bas terlewat sampai, ntah di jem di mana, tidak pulak kami ketahui.  Akhirnya urusan ziarah terlewat dari jadual yang sepatutnya.  Selesai solat Zohor di hotel, saya terus menyelesaikan urusan umrah bersama adik dan kakak. Abang dibawa oleh Abang Uda, Angah sekeluarga menyempurnakan umrah sesudah Asar. Dalam keadaan cuaca yang panas itulah saya bertawaf dengan anak2.  Adik saya bekalkan air zam2 untuk menyiram tubuh badannya ketika tawaf dan sehelai tuala basah.  Kekadang, ada jemaah lain yang menyiram kepala adik ketika kami tawaf. Adik disorong dengan kerusi roda.  Alhamdulillah, tawaf di waktu tengahari walau dalam keadaan panas, tidak mengambil masa yang lama.  Dalam 20 minit selesai tawaf. Melakukan tawaf di waktu lain, bukan tidak boleh tapi selalunya dipenuhi dengan jemaah.

Bertahallul sesudah Saie selesai menjelang Asar. Selesai solat Asar di masjid, saya dan anak2 pulang ke hotel. Anak2 kepenatan, sehingga tertidur terutamanya adik.  Dalam keadaan begini saya tidak sampai hati untuk mengejutkannya bagi bersolat Maghrib di Haram.  Bagi masa rehat secukupnya buat mereka, membolehkan saya hadir ke Masjidil Haram pada waktu Isyak atau awal sebelum Subuh. Atau kekadang saya pergi dengan kakak Amy dan Nor (anak Angah), adik saya tinggalkan dengan ahli keluarga lain yang tidak dapat ke masjid.

kebiasaan adik di dalam masjid, bawa cawan air zam2 dijadikan bahan mainannya.

abang tidur sementara menunggu waktu solat

keletah anak2 di dalam masjid, menjadi kenangan sepanjang hayat
Anak2, terutamanya adik, sedari awal sampai ke Mekah, tidak putus2 bertanya, 'bila kita nak tengok kubur abah?'. Saya mohon bantuan travel agent untuk membawa kami ke perkuburan.  Pada asalnya kami merancang pergi pada hari kedua sampai di Mekah, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami ziarah ke perkuburan Sharaya pada petang Jumaat sesudah Asar.  Dengan bantuan Hj. Ramzi (seorang anak muda, anak angkat kepada empunya travel agent yang sememangnya warga Mekah) kami sampai ke perkuburan Sharaya selepas menahan van dengan kos SR150. Hj. Ramzi, sangat fasih berbahasa Arab dan fasih juga kecek  Kelate. Saya tak pasti, kedua ibu bapanya mungkin berasal dari Kelantan.

bersedia untuk ziarah kubur


di dalam van menuju ke perkuburan Sharaya


hospital Aziziah, di mana Allahyarham suami dirawat sehingga ke saat akhir. Saya minta pemandu van melalui jalan ke hospital Malaysia ini, untuk ditunjukkan kepada anak2 dan ahli keluarga yang lain.

sudah masuk kawasan perkuburan

pejabat di mana semua data jenazah yang dikebumikan di sini disimpan di dalam system.  Dengan bantuan Hj. Ramzi, perkuburan arwah dikenalpasti bernombor 302 ditempatkan di lot/blok 36. Hanya melalui nama dan tahun kematian.

Setakat di sini sahaja kami warga wanita dibenarkan masuk

sebahagian dari kawasan perkuburan Sharaya yang sangat luas, bagi menempatkan jemaah luar Mekah yang meninggal di Mekah sewaktu Haji atau Umrah.

Anak2 lelaki (adik dan abang) sahaja yang boleh masuk ke tanah perkuburan, petugas kubur (berbaju biru oren) dan Hj. Ramzi (mencangkung).

perkuburan Sharaya, hanya ditanda batu tanpa nombor.

di sini pusara tersemadinya Allahyarham suami saya
 

Persemadian arwah menurut no. dan lot kubur, ditunjukkan oleh petugas tanah perkuburan Sharaya 

pulang dari ziarah pusara arwah abah mereka
Saya mengharapkan ini bukanlah kali terakhir anak2 menziarahi pusara Allahyarham bapa meraka. In Sha Allah, setiap kali teringat arwah mereka akan menunaikan umrah seterusnya berziarah. Itu yang saya harapkan dari anak2.  Selain ibadah umrah, inilah merupakan tujuan utama saya membawa anak2 pada percutian sekolah yang lepas. Menunaikan hajat dan niat anak2 yang ingin sekali melihat pusara bapa mereka.  Terima kasih Ya Allah, Engkaulah yang memakbulkan semua hajat dan doa. Amin Ya Rabb. Al-Fatihah.

3 comments:

Muzem Yunus said...

Salam, ibu saya meninggal dunia dan dikebumi di Sharaya Makkah musim haji 2010

AnMahiran said...

alfatihah buat bonda tuan

AnMahiran said...
This comment has been removed by the author.