Tuesday, June 25, 2013

Alhamdulillah - Termakbul Jua Akhirnya... Part 1


Assalamualaikum wbt.

Maaf, lama saya tidak bersiaran di sini lantaran kekangan tugas dan tanggungjawab yang terpaksa saya lunaskan sendirian. Mafhum firman Allah, "Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku makbulkan" - ingat tak post saya yang terdahulu, saya akan terus berdoa supaya saya dan anak2 dapat pergi ke sini, untuk umrah dan ziarah, saya merancang biarlah Allah yang menentukan cara mana saya akan sampai lagi ke sini. Sila klik  http://anmahiran.blogspot.com/2012/01/makkah-jemputlah-aku-jadi-tetamumu-lagi.html.

Alhamdulillah Segala puji saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang Maha Mendengar dan menunaikan hajat dan niat hambaNya.  Saban hari saya panjatkan doa semoga saya dan anak2 diterima menjadi TetamuNya yang istimewa.  Akhirnya pada 27 Mei 2013 yang lepas kami telah berlepas ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah bermahramkan abang Uda saya beserta anak2nya dan bertemankan kakak Angah saya sekeluarga.  Walau pada awalnya penuh debaran dan hampir tidak jadi pergi kerana tarikh mengundi yang tidak diketahui, Alhamdulillah sesungguhNya Dia Maha Mendengar dan Dialah sebaik2 yang Merancang. Mungkin juga doa anak2 yang makbul.



di KLIA 

bersama ibu mertua tersayang, Ma untuk melihat cucu2nya berlepas ke  Tanah Suci.
 Kami berniat umrah dan ihram di Qarnul Manazil di dalam kapal terbang, setelah transit di Doha dan terus ke Makkah. Umrah pertama dibuat sebaik sahaja sampai di Makkah pada waktu Subuh. Selesai solat Subuh, selepas bersarapan mutawwif terus membawa kami untuk tawaf dan saie. 

Adik, Abang dan Haziq (anak Uda) bersedia di hotel menunggu mutawif untuk tawaf dan saie pertama

Abang Syafiq , Haziq dan kakak Amy

Sebelum tawaf dimulakan, setelah solat Dhuha saya sempat sujud syukur melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dijemput lagi menjadi tetamuNya, dapat melihat kaabah yang dirindui, sehingga tidak sedar air mata kesyukuran jatuh ke pipi.  Sebaik melihat kaabah saya seakan tidak percaya saya masih diberi peluang berada di sini setelah kunjungan terakhir pada ibadah Haji 2010.

Baitullah - memandangnya sahaja dapat pahala dan rahmat Allah 

pintu kaabah - multazam - peluang solat dan berdoa di hadapannya tidak saya lepaskan


Pancuran emas, di kawasan Hijr Ismail

Rukun Yamani

Hajarul Aswad - near yet so far, belum ada rezeki mengucupnya, In Sha Allah pada  kunjungan akan datang.

Ini antara photo yang sempat saya capture sewaktu dan usai melakukan tawaf sunat, pada hari kedua di Makkah.

to be continued... Part 2




No comments: