Saturday, February 11, 2012

Sehari Suntuk Uruskan Hal Rumah!

Salam,

Hari ini aku decided nak cuti pagi half day.  Cuti dah apply lama untuk cuti pada bulan Januari lagi, tapi tak dapat ambil kerana urusan kerja yang tak pernah bertepi.  Aku forward ke hari ni. Pagi tadi selepas menghantar anak2 ke sekolah dan ke Taska, aku pergi ke Pejabat PKNS untuk uruskan pembayaran cukai tanah untuk rumah di Danaumas. Arahan lawyer untuk urusan transfer hakmilik. Jadi sebelum urusan pindah hakmilik dapat dijalankan aku terpaksa membayar cukai2 yang berkaitan dengan rumah.  Cukai pintu dah bayar ,cukai tanah belum bayar.  Sampai di kaunter selepas beri alamat penuh rumah, frontliner beritahu kena bayar dengan JMB pulak dahh untuk 2012.. Hmmm... ujian pertama hari ini. 

Ok, aku ambik no. telefon, sambil drive aku called. Mujur tak kena saman. Si penjawab telefon kata, kena pergi pejabat PKNS.. ewah..ewah, aku baru balik dari pejabat PKNS la tuan, aku kata. Ooo ye ke? Ok boleh la datang bayar ke pejabat JMB office hour.

Tapi aku dah menghala balik ke rumah aku di Subang Murni.  Ini untuk urusan melepaskan gadaian oleh TM company lama arwah suamiku.  Surat dari 6 Jan lagi aku dapat dari TM, baru hari ni aku keraskan hati untuk cuti, kalau ikut kerja memang takleh nak cuti. Tapi bos tu selamba je cuti, aku dapat green light dari kekawan suruh aku cuti, akupun cuti lee... Urusan kena disettlekan dalam masa 3 bulan dari tarikh surat... tinggal sebulan lebih je lagi. Sebenarnya aku dah tersilap pilih jalan pulang... Tak terfikir betul time ni orang pergi keje, jadi jalan jem. dekat sejam jugak baru sampai rumah.  Ujian kedua hari ni, mata ni dah mengantuk sangat sebab jalan tersengguk-sengguk... Akhirnya dekat pukul 10.00 aku sampai rumah.  Tidur la kejap, sebab dah mengantuk.. Mak ooii terjaga semula dekat kul 11.00, aku gegas bangun untuk ke pejabat tanah berdekatan dengan rumah (yg pindah dari subang jaya tu). Nak cari parking satu hal, bangunan besar, tanah luas tapi parking alahai... dah pusing 2, 3, round baru dapat parking.  Dah dapat geran sebenar (atas nama suami) aku diarah ke kaunter sebelah.. tapi.. tapi.. kaunter sebelah tu tutup awat cepat sangat, 11.45 am semua urusan dah offline satu selangor, masya Allah belum kul 12 dah tutup! alasannya hari Jumaat.  Petang 2.45 baru bukak. Ujian ketiga hari ni. Mujur adik yang attend aku tu baik, dia check kan cukai tanah berapa lama tak bayar.. 2 tahun rupa2nya tak berbayar.. aku pergi bayar cukai tanah. Tapi aku half day je hari ni... Adik tu kata buat serahan je kat kaunter sebelah.

Ok, kalau serahan je aku boleh datang keje lewat sikit la kot. Aku keluar dari pejabat tanah, pi Subang Perdana, aku cari akal apa yang patut aku buat untuk isi masa cuti aku nih.. Ooo baru teringat, CD player dalam kereta dah lama 'rosak', sebab anak bertuah aku tu dah masukkan duit syiling 20 sen ke dalamnye. Pergi  kedai pertama tak terima, kedai kedua, dia kata amik masa 2 minggu.. aku tak nak.. pergi kedai ketiga,  dia kata dia akan tengokkan dulu, dalam masa 2,3 hari dia akan call. ok aku terus setuju. Lepas tu pergi beli lunch, bawa balik rumah, rehat kejap, makan. 

Selesai semua urusan di rumah, 2.30 pm aku keluar untuk ke pejabat tanah nak catch 2.45pm, tapi aku tengok dah ramai manusia tak berbaris dekat depan kaunter. Akhirnya semua borang aku diterima tapi kena matikan stem, kakak tu kata pi depan ada koperasi bayar kat sana lepas tu matikan stem. Aku pergi koperasi, orang koperasi kata kalau nak matikan stem pergi ke tempat matikan stem. Aku dah keliru, nak buat apa sebenarnya kat koperasi ni.   Akupun pergi ke kaunter matikan stem, jauh pulak tu kena jalan. Sampai sana dia kata kena beli stem dulu kat koperasi baru matikan stem kat sini. Oooo.. hmmm what a breakdown. Ujian seterusnya. Aku beli stem RM10 matikan stem ke kaunter serahan semula. Ok, kakak tu kata ambil semula dalam masa 7 hari kalau tak sehari lewat ambik denda RM100. Mak oii.. aku kata bila boleh ambil, esok boleh?? esok tutup dik, kakak tu kata,, ooo lupa lak esok cuti.  Tapi kalau adik tunggu dalam setengah jam, boleh siap nih. Ok la aku kata, aku tunggu.. maknanya aku kena cuti la petang pulak. Called rakan sejawat, kata aku cuti. Tapi still kena pergi semula ke shah alam untuk ambil anak2 balik sekolah.

Lebih setengah jam aku tunggu, sambil tu tengok tv yang disediakan di dalam tu, sedang bersiaran astro oasis jemputan umrah. Alamak, dah la tengah settlekan hal rumah arwah suamiku, ada pulak siaran kat Madinah dan Makkah, lagi la aku rasa syahdu...,, Sememangnya aku memang sedih bila dalam proses selesaikan hal2 arwah. Tapi nak buat macamana, life must go on. Tinggal aku sorang je lagi kat situ. Tak lama nama aku dipanggil, geran sudah siap ada nama aku sebagai pentadbir. Kakak tu kata kena buat urusan bicara semula untuk dapatkan hakmilik geran atas nama aku sebagai pemegang amanah. Maknanya urusan hari ni belum selesai lagi.  Aku kena pergi semula ke Pejabat Tanah Bukit Raja untuk urusan bicara semula.... Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.  Rumah Danaumas pun belum settle lagi ni.  Kena cari waktu sesuai untuk cuti dan settlekan hal2 rumah ni.

Pukul 4.20pm aku keluar dari Pejabat Tanah, terus ke Shah Alam, ambil anakku di Taska, pergi pejabat untuk settlekan apa2 yang patut, tapi dengan adanya anakku apa sajalah yang boleh aku buat.  Copy file untuk buat kerja di rumah, tapi thumb drive tu dah tertinggal kat office. Hmm.. Ujian betul hari ni.  Tapi senyum saje la, tak perlu kata apa-apa! :)

No comments: