Tuesday, June 5, 2012

5 Jun 2012 ~ Genap 2 Tahun Mak Pergi :(

Hari ini pada tanggal 5 Jun 2010 aku dikejutkan dengan panggilan dari Makcu " Hello Anjang, Mak dah takde", menggigil tubuh badan masa itu, tatkala selesai solat subuh. Mak pergi lepas subuh. Aku kuatkan semangat kerana itula adalah panggilan yang telah aku duga, panggilan telefon di saat2 yang tidak lazim dilakukan dalam keadaan normal.. Itu ketika 2 tahun lepas. 

Hari ni 5 Jun 2012, tepat 2 tahun mak pergi meninggalkan aku, adik2, abang2 dan kakak2 serta cucu2nya yang disayangi.  Tiada lagi tempat untuk mengadu selain dariNya.  Kekadang kita memerlukan insan lain untuk menjadi pendengar setia.  Tiada lagi pendengar setia itu buatku!  aku sentiasa berdoa, semoga mak sejahtera di sana, di tempatkan di kalangan hamba2Nya yang solehah. Alfatihah buat mak yang tercinta. Rindu kat mak.


No comments: