Tuesday, June 5, 2012

Percutian Bajet Cuti Sekolah

Salam,

Lama tak bermesra-mesra dengan blog sendiri... dah lebih sebulan aku tak update, aktiviti banyak tapi aku yang terlebih Vitamin M @ malas@ penat.. hehe. Cuti sekolah pertengahan tahun dah bermula, anak2 sibuk bertanya mana nak pergi bercuti, hotel mana nak pergi bla..bla..bla.. tak terjawab, sebabnya aku sendiri tak tau mana nak bawa anak2 bercuti...

Makcu suggest banyak tempat, tapi hakikatnya kalau cuti aku lebih suka lepak kat rumah, berehat.. penat dengan adegan2 kat ofis sendiri, auditing without break... boleh jadi giler dibuatnya.

Ok, Sabtu lepas untuk tidak menghampakan anak2 Makcu ajak pergi Melaka Wonderland, cari hotel dekat2 tapi semuanya fully booked! Ok, takpe kita balik hari saja la, dan cari hotel sekitar pinggiran kota.







Pendek cerita lepas ke Melaka wonderland, kami drove back heading to Bangi, dapat booked Equatorial Hotel Bangi-Putrajaya. Not bad! Sampai pukul 4.00 petang, rehat, anak2 sambung mandi dalam tab..

Petang sikit pergi keluar ke Bandar Baru Bangi.. konon nak cari Mohd chan restaurant. Jenuh berpusing tak jumpa2. akhirnya makan di KFC HPA Radix, not so bad, kes dah lapar la ni. Sesudah makan, solat maghrib dan terus pusing. Masa pusing2 inila ternampak restaurant Mohd Chan yang di cari2 tadi. Hmm takde rezeki, so we decided esok tengaharinya lepas check-out kita pergi makan kat sini.

Pagi2 lagi anak2 dah ajak mandi kat pool, lepas breakfast aku dan anak2 tukar kepada swimmin suit... mandi sampai pukul 11.00am... seronok anak2, aku tumpang happy, tapi hakikat sebenar aku terasa penat yang teramat sangat.. Kenapa ye...??






Pukul 1.00 pm check-out heading to Mohd chan restaurant, tapi tak tau kenapa, mungkin kombinasi makan tak berapa nak betul (atau mgkn masakan kureng sikit), makanpun kurang berselera... selebihnya tapau je.. Pergi ke satu dua tempat untuk cuci mata lepas tu terus balik rumah. Meeting WG yang dijadual pada Isnin, ditunda ke satu tarikh yang tidak diketahui lagi... akupun ambil EL, berehat satu hari lagi di rumah.

Hari Selasa ni, aktiviti bermula seperti biasa, aku hantar 2 anak ke Masjid Negeri Shah Alam untuk program Daurah (at least ada tempat untuk bebudak ni berteduh, since taska ditutup untuk bebudak transit masa cuti sekolah ni).. dan aku seperti biasa meneruskan perjuangan yang ntah bila akan selesai...


No comments: