Sunday, June 10, 2012

Syoknya Balik Kampung..

Last sekali balik kg pada 7 April yang lepas... Bulan Jun ni, sempena cuti sekolah aku balik lagi demi memenuhi impian anak2.. Kampung amat tenang dan menenangkan. Ini sebahagian dari photo yang diambil pada bulan April di kampung.
memancing, satu terapi untuk destress!



adik dan Uda..


tumpang bermanja dengan Ateh
Aku balik kampung lagi selepas balik pada bulan April lepas... Anak2 memang teruja kalau sebut nak balik kg ni... bukan anak2 je, akupun teruja jugak.. ye la tempat jatuh lagi dikenang kann... Satu je problem nak balik kg, sape nak tolong drive??..huhu.. siapa lagi, aku la, takkan nak suruh kakak amy yang baru umur 10 thn tu, abang baru 8 tahun... kalau la ada personal driver...haha.

Keluar rumah 2.30 pm hari Jumaat, keluar dari guard house, tengok kiri kanan, alamak handbag tertinggal da.. patah balik,  ambil handbag and driving again, tak berapa lama, anak2 bising bawa i-pad pulak, patah balik semula, pi balik pi balik tu je dah amik masa... sudahnya pi D'Cuisine restaurant tuk lunch dekat 3.30pm...huhu

After lunch, straight driving hometown. Mengantuknya Allah sahaja yang tau. Sambil tunggu traffic lightpun aku boleh lelapkan mata, dan pesan kat anak2 kalau lampu hijau kejutkan mummy tau!... At last sampai jugak kat kg around 5.30pm.. boleh tahan jugak aku drive ni.

ada yang main badminton ada yang main bola



Anak2 paling suka dok kg. banyak aktiviti yang boleh diorang lakukan. Main bola, main badminton, naik motor pusing kg dengan Ateh (their uncle/my brother) dan memancing. Pendek kata kalau balik kampung anak2 sangat teruja, lelebih lagi si kecik aku tu, seronok sangat kalau dapat jumpa Uda or Ateh..



'Kak Ros', kakak Amy macam bos lagaknya.. hehehe 
ye ye je adik main badminton, keluar peluh bukan sebab main, tapi sebab kutip shuttlecock je!

Kakak Anis, dengan basikal tuanye..



















Hari Sabtu, aku, Ateh, Alang dan Angah pergi kenduri anak cousin kawin.. Lama tak jumpa sedara mara. Jumpa Busu dan Paksu, masih boleh drive all the way from Teluk Intan, salute sama Paksu. Makcik yang duduk sekali dengan diorang tak dapat datang, tak sihat according to Busu.

Paksu dan Busu.. antara adik beradik mak yang tinggal



Lepas makan dan jumpa cousins yang ada, kami balik. Petang keluar ke Pekan, seperti biasa beli buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah dan ofis. Anak2 aku tinggalkan kecuali si kakak, mana boleh tinggal dia nih.








Petang aktiviti bermain anak2 with their cousins bermula seperti biasa.

Pagi2 Ahad aku berkemas untuk balik. Makcu nak bawak bebudak tengok wayang Madagascar 3. Aku first time home alone, tidur sebab keletihan driving. Ingat nak keluar, dah siap2 tetiba diorang dah balik... haih tak sempat nak keluar..huhuhu.. Esok, Isnin back to normal routine, rat racing!


No comments: