Friday, June 25, 2010

Inikah yang dinamakan Ujian@Dugaan?

Hari ini 24 Jun 2010, seawal 9.00 am aku dah berangkat ke blok 23 menemani Shana rakanku untuk Roadshow EMS di SPRINTEC. Semasa roadshow sedang berjalan sekali sekala ada isu2 semasa diceritakan interupt sekejap explanantion dari Shana. Selesai Roadshow kami dibawa melawat ke bengkel utama center itu untuk melihat akan keadaan LEV sama ada berfungsi dengan berkesan atau tidak, samada ianya ada melepaskan gas merbahaya ke luar alam sekitar atau tidak. Shana meminta manual bagi ketiga2 LEV yang ada.

Semasa aku di blok 23, Makcu text aku samada aku free atau tidak untuk ke Pusat Dialisis. Aku kata ok. Selesai discussion berkenaan tempahan baju untuk GQOSHE TEAM, aku ke kelas Bahasa Arab, seperti kebiasaan setiap Khamis tengahari. Called Lin, dia dah keluar kata Kakak yang mengangkat telefon. Kami belajar Wazan 11 - 20. Wazan 6-10, ustaz skip dulu, tak berapa penting kata ustaz. Kepala yang dah sememang pening bertambah2 lagi pening. Faham itu InsyaAllah tapi yang perit sedikit nak menghafal.

Belajar apa2 jua bahasa selain Bahasa Malaysia kalau tak sentiasa bergelumang (practice) dengan bahasa tersebut sememangnya susah, sebab bukan bahasa kita. Orang luarpun nak belajar bahasa malaysia susah kalau tak dipraktikkan hari2. Dulu masa di IPT aku belajar Bahasa German, pun macam tu jugak, dah tak dipraktikkan, yang aku ingat sekarang Wie Heisen Sie?(What's your name) Wie geht Es Ihnen?(How are you) Ich liebe dich? (I love you), yang lain2 sikit2 tengok aku boleh la agak2. Eins, swei, drei..for one, two, three aku ingat lagi. BElajar Bahasa Arabpun sama je, takde istilah Bahasa Arab ni susah dan belajar bahasa lain senang. Kalau tau taktik dan teknik, senang, cuma nak menghafal tu je yang susah.

Habis kelas, aku berlari ke Pusat Dialisis, seperti appointment yang aku dah buat dengan stafnya bernama Linda. Sebaik berjumpa Linda, dia menghulur kepadaku sampul, dia kata sumbangan dari KMC (Kump Mais Corp) di atas kembalinya mak ke rahmatullah. Aku called makcu, Yong dan Uda. Kami sepakat untuk menyedekahkan sumbangan tersebut semula kepada yang lebih memerlukan. Aku kembali kepada Linda, dan Linda berjanji akan distribute sumbangan tersebut kepada pesakit2 buah pinggang yang betul2 memerlukan.

Baru2 ini hubbyku ada bagitau yang dia dikehendaki hadir untuk kursus intensif HAji di Kelana Jaya. Aku called Tn. Hj. Ashraf di TH HQ, menanyakan status aku. Aku brief dia berkenaan kursus yang perlu diattend itu dan kelulusan yang hubbyku dah terima untuk medical checkupnya. Alhamdulillah, dia kata rayuan aku dah diterima, dia sendiri yang bawa ke board katanya. Mungkin akhir bulan ni surat tawaran akan dikeluarkan. Aku bukan apa, kalau betul aku dapat pergi aku kena arrange anak2ku. Mujur kursus weekdays, so masalah penjagaan anak2ku sudah aku kira selesai. Aku gembira tapi pada masa yang sama aku sedih kerana tidak dapat memaklumkan berita gembira itu pada mak. Arwah Mak yang beriya2 sangat hendak aku pergi sekali dengan hubbyku, dia yang terlebih concern kerana hubbyku sakit katanya. Inikah ujian, aku redha.

Petang, sebaik aku bersiap2 hendak solat asar, tiba2 handphoneku berbunyi, dari cikgu elli, taska. Kak Mahiran kat mana? Kat ofis lagi aku kata. Cepat datang taska sekarang ye. Laa apahal pulak ni aku tanya cikgu elli spontan. Datang je... ye la kenapa aku tanya, aku dah macam lemah lutut rasanya. Ni N.E ni (gelaran abang di tadikanya - sebab ada 2 nama syafiq di situ dulu, jadi abang dipanggil N.E untuk Nik Emirul sorang lagi W.M -Wan Mohamad Syafiq). N.E ni tangan dia patah rasanya... Kenapa pulak patah tu aku tanya lagi..Ntah la dia main kat pokok kelapa tadi tu, jatuh kot. Aku apa lagi bergegas ke Taska.

Sesampai di sana, diorang tengah buat first aid untuk abang. Tangan abang dah berbalut. Aku dan group yang pernah jadi juara pertandingan pertolongan cemas nipun dah jadi tak reti nak buat sling (anduh). Panik. Aku tanya kenapa boleh jadi macam ni. Cikgu Fiza kata dia main kat pokok tu, tumbuk2 pokok, dah tegur dia toleh, kononnya nak tumbuk kali terakhir la tetiba terjatuh. Aku tanya abang dia kata dia tendang pokok kelapa, bukan tumbuk, masa tendang tu pokok tu licin tu yang dia terjatuh. akupun tak tau which one is which version yang betul. Tapi yang pastinya bukan jatuh pokok kelapa laa.

Aku amik adik dan bawa abang pergi ke DEMC, terus masuk bilik emergency. Abang dibawa ke new building DEMC kat sek. 14 tu, diiringi oleh nurse dan beberapa orang lagi untuk x-ray tapi aku tak ikut sekali, sebab kena ambil kakak yang balik pukul 6-30pm. Aku solat asar. Kembali ke DEMC, tapi abang belum balik dari new building. Dekat pukul 7-30 baru abang sampai dengan kenderaan DEMC. Dr. Mahmud, Dr. pakar tulang kot, explain dan tunjukkan xray abang. Dua2 tulang patah, tapi dah letak simen nampak dah lurus. Seminggu lagi datang untuk check-up. Doktor kata tulang budak mudah recover, tak perlu masuk besi. eeii ngeri pulak aku dengar kalau abang kena masuk besi. Sudah jumpa doktor, baru nampak kelibat hubbyku, baru datang dari rumah. Dia masih lagi on MC selama 2 minggu akan berakhir weekend ni. Esok boleh la abang duduk dengan dia. Lepas tu nanti... arhh inikah dinamakan dugaan Allah. Teringat maksud firman Allah, lebih kurang berbunyi "Sesungguhnya anak2mu itu hanyalah ujian bagi kamu semata-mata di dunia ini". Aku akur hendak membesarkan anak2, macam2 yang perlu ditempuh kerana mereka ini adalah amanah Allah dan ujian bagi ibubapa.

Mungkin ini adalah ujian sebelum aku pergi menunaikan haji. Dulu sebelum pergi umrah, abang patah colar bone 2 minggu sebelum berangkat. Semasa di Mekah aku berdoa supaya colar bone abang kembalik seperti sediakala, Alhamdulillah Allah makbulkan. Sekembali, aku dapati colar bone abang seperti tiada apa2 patah. Kali ni patah tangan pulak. Ya Allah engkau permudahkanlah segala urusanku. Itu yang Yong doakan untukku jugak, sebaik aku maklumkan kepadanya tentang perkara itu. Dah takde mak ni, Yong la jadi pengganti mak. Dia kata sabar la Njang, ini semua dugaan Allah.

No comments: