Thursday, June 10, 2010

SELAMAT BEREHAT DENGAN TENANG, MAK!

Salam buat pembaca blogku. Dah lama tak update blog ini. Memang takde mood sebenarnya. Aku lebih suka melayan perasaanku. Biar sampai aku berasa tenang, puas dengan apa yang kulakukan. Aku ingin menangis sepuas2nya. Biar hilang dukaku, semoga hilang rinduku padanya, tapi aku tak sanggup kehilangan kenangan2 manis aku bersamanya.

Aku baru sahaja mengharungi satu episod duka dalam hidupku. Episod yang paling aku takuti untuk aku lalui. Kehilangan insan yang banyak berjasa padaku dan adik beradikku yang lain. Pada subuh Sabtu,5 Jun 2010, tatkala DYMM Seri PAduka Baginda YDPertuan Agung menyambut ulangtahun kelahirannya, aku terima berita yang menyedihkan. Dah seminggu mak pergi, tapi terasa baru semalam sahaja aku cium mak buat kali terakhir. Mak pergi untuk menyertai Abah yang dah 25 tahun kembali ke Rahmatullah, dan setelah lebih kurang 6 tahun Kak Maz (menantu mak, isteri Uda) pergi untuk selama2nya.

Dalam pukul 4.50am, Makcu yang menunggu mak malam tu, msg aku (mgkn kepada semua abang dan kakaknya)mengatakan mak kena sawan setiap 15 min sekali. Tak tau nak kategorikan mak sebagai tenat atau apa. Aku ingatkan makcu supaya mengingatkan mak kepada Allah, mengucap di telinga mak. Aku memang sudah terjaga, bangun dan berhajat untuk mengerjakan solat sunat dan solat Hajat. Selesai solat Subuh aku mengaji, dan pahalanya aku hadiahkan buat diriku sendiri, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kepada suami dan anak2ku, ibuku yang sedang sakit (semoga diringankan kesakitannya dan dipermudahkan urusannya) kepada arwah abahku, seluruh ahli keluargaku, ibu mertuaku, ipar duaiku, sahabat2 dan jiran tetanggaku.

Tiba2 aku terima msg lagi dari makcu berbunyi ' dtg hospital, urgent'.. tak lama aku terima panggilan dari makcu, 'Anjang, mak dah takde' kata makcu dalam sebak. AKu suruh makcu bersabar dan bertenang, anjang akan datang kejap lagi aku kata. Aku tutup quran, mandi dan mohon kebenaran hubby untuk ke hospital, mak dah takde aku maklumkan pada hubby, aku pulak sebak. Makcu kata mak pergi dalam tidur setelah kena sawan subuh itu. Makcu ingat mak betul2 tidur. Moga2 mak pergi sewaktu aku menyedekahkannya bacaan al-Quran subuh itu.

Dalam perjalanan aku msg kawanku Lin, orang pertama yang aku maklumkan makku dah takde, dia kata dia tak boleh call aku sebab tak sanggup menangis sekali denganku?? Sesungguhnya aku tidak mengharapkan apa2 dari kawan2ku. Sungguh! Biar saat duka aku tanggung sendiri, tanpa melibatkan dan membebankan orang lain. Aku called Busu di Teluk Intan (adik mak paling Bongsu), pada awalnya Busu tenang, tapi akhirnya Busu jugak tidak dapat menahan airmatanya. Semua dah makcu maklumkan kecuali Ateh, makcu kata tak dapat called ateh. Akhirnya, Uda yang called rumah ibu mertuanya.

Sesampai di hospital, Angah, Abg Ngah dan Hasanol (menantu Yong) dah tiba dahulu. Aku buka penutup kain mak, aku cium mak puas2. Badan mak masih terasa panas lagi, mak seakan2 tidor sahaja. Tak lama Asu, Uda dan Alang tiba. Kami berbincang, di mana nak kebumikan mak. Rumah Yong atau rumah Ateh yang baru siap pembinaannya di kampung Sg. Besar. Mak tak sempatpun nak jejakkan kaki ke rumah Ateh tu. Uda buat keputusan, untuk tidak menyakitkan mak lagi, kita bawa ke rumah Yong di Klang. Yong tiada halangan. Pada asalnya, jenazah mak mahu dimandikan di hospital sahaja, tapi Yong kata dia sudah dapatkan tukang mandi jenazah berdekatan dengan rumahnya. Dalam pada itu, jenazah mak diperkemaskan oleh nurse yang bertugas. Doktor India yang membuka semua jarum2 dan salotape di badan makpun mengaku, 'makcik ni macam tidur laa' katanya.

Aku dan Alang balik dahulu ke rumah Yong, untuk membantu Yong apa2 yang patut. Aku msg rakan2 sepejabatku terutamanya bosku, semasa di hospital lagi, semasa tu belum ada keputusan di mana nak kebumikan mak. Aku memaklumkan sahaja, bukan untuk memohon simpati, jauh sekali untuk membebankan rakan2ku itu. Aku katakan kepada mereka, sekiranya menyusahkan tak perlu ziarahi aku atau jenazah semasa mereka ingin dapatkan alamat rumah Yong, cukup sekadar sedekahkan fatihah buat jenazah mak, itu sahaja. Aku sampai di rumah Yong, sudah ada jiran tetangga Yong di situ. Aku ambil wudhuk dan mula membaca al-quran untuk mak pahalanya disedekahkan.

Sesungguhnya urusan jenazah mak sangat mudah. Semasa di hospital, jika mengikut prosedur, jenazah sepatutnya dibawa terlebih dahulu masuk ke bilik mayat. Tetapi orang yang incharged (En. Abu) kata tak payah masuk bilik mayat memandangkan waris telah ada, tunggu untuk pengesahan sahaja dengan menandatangani borang dan Jenazah akan terus dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa pulang. Angah, Abang Ngah, Uda dan Asu akan mengiringi mak pulang ke rumah Yong. Aku tak berapa pasti pukul berapa jenazah mak sampai di rumah Yong. Lingkungan pukul 9.30 - 10.00 am.

Lebih kurang habis satu juzuk al-Quran (setiap seorang), jenazah mak sudah hendak dimandikan. Semua anak2 mak yang 8 orang menguruskan mandian jenazah mak, dengan bantuan tukang mandi jenazah. Ramai yang mandikan mak hari tu. Mak seakan tersenyum sahaja, cuma mak dah tak boleh bersuara. Urusan mengkafankan mak dilakukan oleh tukang mandi jenazah. Kami membantu sedikit2 sahaja. Selesai urusan tersebut, semua anak2 mak, cucu2 mak cium mak mengikut giliran. Aku sempat ucapkan selamat berehat dengan tenang kepada mak. Berehat dari kesakitan yang mak tanggung selama ini. Berehat dari segala kesengsaraan yang dilakukan oleh doktor2 semasa di hospital dahulu (dah merata badan mak dicucuk untuk mencari urat bagi memasukkan ubat). Selesai urusan kafan, tukang mandi jenazah memohon kebenaran menyembahyangkan jenazah mak, kami anak2 perempuan mak turut serta. Selesai solat jenazah, aku dapati bosku Pn. Fiza, rakan2 sepejabatku Aza, Sharina dan Kak Siti tiba. Aku sebak melihat kehadiran mereka. Terima kasih di atas keperihatinan korang pada aku, aku betul2 terharu. Walau aku kata tak perlu datang, korang datang dengan keikhlasan. Terima kasih sekali lagi.

Jenazah mak dibawa ke surau untuk disolat jenazahkan oleh jemaah surau selesai solat zohor. Aku tidak turut serta ke surau, disebabkan terpaksa menjaga anak2ku terutamanya Syahmi yang masih tidak mengerti apa2 itu. Aku turut ke kubur dengan anak2ku, Alang dan anak2nya, selesai solat jenazah. Along (anak alang) yang menjaga anak2ku di dalam kereta semasa urusan pengkebumian. Hubbyku dengan keretanya bawa makcu, kaknyah dan Zele (adik iparku - adik hubbyku). Dalam pukul 2.30 pm urusan pengkebumian selesai. Anak2 mak yang lelaki yang membantu menguruskan jenazah mak, berbakti kepada mak buat kali terakhir di liang kubur.

Aku amat2 berterima kasih kepada doktor2 dan nurse2 yang merawat mak di hospital Klang selama ini. Dan yang paling aku berterima kasih, doktor dah buat keputusan untuk tidak membuat CPR dan memasukkan tiub ke dalam badan mak lagi, disebabkan faktor umur kata doktor. Kalau tidak mungkin mak lagi siksa sewaktu hendak 'pergi' sekiranya dibuat CPR. Alhamdulillah, mak pergi dengan tenang sekali, sewaktu tidur mungkin selepas penat berhempas pulas mengharungi saat sakaratul maut (sawan).

AKu yang menandatangi semua keterangan dan keputusan itu pada hari Jumaat 4 Jun 2010. Semasa itu ada program 'Biggest Cholesterol Loser', aku lari ke hospital, setelah mendapat panggilan dari Yong tentang keadaan mak. Selepas maklumkan bos kecikku Ir Kasim dan bos besar aku maklumkan melalui msg shaja aku terus ke hospital. Aku sempat memohon ampun dan maaf serta minta mak halalkan makan minumku,sewaktu aku hendak ke ofis semula pada waktu petang kerana petang itu ada meeting OSHE Day. Mak angguk masa tu. MAk dah maafkan semua anak2 mak, angah yang maklumkan pada kami. Permintaan mak yang terakhir, mak minta diselimutkan dengan kain batik baru, yang Kak Nor belikan dari Langkawi katanya berwarna oren. Petang itu, selesai mesyuarat aku lari ke Sek.7 dan bawa tiga helai kain batik baru ke hospital, aku tunjukkan kepada mak, dan mak pilih yang ada warna oren-oren itu. Tengahari tu makcu dah bawa satu kain batik baru tapi mak kata itu bukan dia yang empunya tapi makcu punya. Tapi takpela kami kata, buat sementara mak guna aje dulu.

Hari ini 10 Jun 2010, dah 6 hari mak pergi. Barang2 mak dah dikemaskan di Sek.7. Ada yang disedekahkan kepada adik2 mak, jiran2 mak di kampung dan ada sebahagiannya kami anak2 mak ambil buat kenang2an. Aku masih lagi bersedih dengan kembalinya mak ke rahmatullah. Aku bukan meratap, malahan mungkin itu yang terbaik buat mak, supaya mak tidak menderita lagi. Tapi aku sedih sebab aku dah tak dapat berjumpa mak setiap alternate day, mencium tangan mak, cium pipi mak, bergurau senda dan bersembang dengan mak, mengadu masalah2ku pada mak. Aku rasa ketika ini jiwaku kosong, mungkin faktor waktu yang akan memulihkan kembali semangat dan keceriaanku sama seperti semasa mak ada dahulu. Aku mohon bos untuk cuti lagi 2, 3 hari lagi. Mungkin minggu depan baru aku mula bekerja. Lagipun cuti sekolah, aku ambil kesempatan ini untuk bercuti bersama2 anak2ku.

Kalau tidak yang pasti setiap tengahari Isnin, Rabu dan Jumaat aku akan berjumpa dengan mak, untuk bawa mak ke pusat dialisis. Mak sering nasihatkan aku supaya cepat2 buat rayuan untuk pergi haji bersama2 hubbyku.(Hubbyku dah dapat tawaran pergi haji)Aku dah buat rayuan sebenarnya. Aku kata kalau aku pergi sama sape nak jagakan anak2ku. Mak kata mak akan tengok2kan anak2ku itu dengan bantuan bibik. Tapi kini segalanya tidak mungkin lagi. Mak dah takde, bibikpun dah takde. Khidmatku pada mak kini hanyalah iringan doa supaya mak ditempatkan bersama2 orang yang soleh. Doaku supaya tempat peraduan mak kini dijadikan seluas mata memandang, dan doaku juga tempat persemadian mak merupakan salah satu dari lorong2/taman2/liang2 syurga. Al-fatihah buat mak. Makkkkk, anjang rindu dengan makkk!!!

2 comments:

Unknown said...

Ya Allah...al Fatihah Buat Mak, semoga rohnya dimuliakan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh, amin!

anakpakmud said...

al fatihah..kisah puan hampir sama dgn saya.ibu saya pergi meninggalkan kami 1 mac lalu kerana strok & sawan.saya merasa apa yg puan rasa..semoga ibu kita ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin...