Tuesday, July 6, 2010

Genap Sebulan Mak Pergi

Hari ini 5 Julai 2010, genap sebulan mak pergi selama-lamanya. Maknanya dah sebulan juga aku tak cium mak, tak jumpa mak. Aku betul2 sedih... Nak ke kubur makpun aku belum ada kesempatan. Tetapi aku redho dengan ketentuan Ilahi. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itu aku tau. aku text makcu, bertanyakan khabarnya, dah lama rasanya tak berhubungan. Makcu ingatkan aku tentang sebulan mak dah takde kan... Dia sedih, sebab keseorangan kat rumah tu... Hari2 balik dah takde sape yang sambut. Aku kata kalau dia perlukan sesape, I have my shoulder to cry on, makcu kata kat ofis tak leh nak cry2. Aku nasihatkan makcu supaya redho. Nak menangis boleh tapi jangan berlebihan, kita masih ada Allah tempat mengadu. Insya Allah aturan yang Allah buatkan untuk kita adalah sebenarnya yang terbaik. Mesti ada hikmah yang terselit di sebalik semua kejadian. Lama2 ok la tu, masih baru ni memang terasa kehilangan yang amat sangat. Mungkin nampak happy di luaran, tapi kat dalam antara kita dengan Allah saje yang tahu.

Aku seperti biasa sibuk nak settlekan sambutan Hari OSHE 7 Julai ni... Pagi aku ke Auditorium ada rehearsal terserempak dengan ex VP S&Q. Aku beri salam dan dia tegur aku, 'tak cukup tidur ke' tanyanya. Hmm... aku jawab, tak cukup rehat. Teruk sangat ke rupa aku, sampai dia tanya aku macam tu. Aku tanya kekawan, dorang jawab, macam tu lah kot rupa ko, macam tak cukup tidur. Ishh rasa macam ok je, biasa la dah tak pakai mekap macam tu la rupanya. Tak pe lah, kalau cantik kang boleh mengundang fitnah pulak. Mungkin kepenatan sebab kerja2 di rumah semasa weekend baru ni. Lepas attend majlis perkahwinan PZX di Sek. 19 kami ke Subang Jaya,(ingat nak ke rumah makcu) bertemu beloved mother in law, Ma, sambil belajar macamana nak masak perut muda. Balik dari situ, aku buat sup perut macam yang Ma ajar. Sampai ke malam baru settle aku kerjakan perut lembu yang hubbyku beli, aku hidang untuk hubbyku. Dia sorang je la makan, aku tak pernah makan perut muda. Perut tua pernah la, itupun masak lemak cili api, orang masak masa kenduri kahwin. Malam menggosok baju anak2 sekolah. So, memang penat la, kesedihan lagi teringatkan mak. Nampak serabut.

Aku cerita kat Ma, mak tak pernah masak perut (ntah la aku tak ingat yang arwah mak pernah masak perut). Yang kebiasaan mak buat dia suka sup kaki lembu. Kalau time raya, tak pernah missed sup kaki lembu, dia bakar dan buat sup. Lepas tu buat meehoon sup. Itu memang favorite mak. Terkenang mak hirup meehoon sup kaki lembu. Raya ni aku tak tau la, macamana nak sambut raya tanpa mak. Ntah ada lagi ke tak sup kaki lembu. Tak lalu rasaya nak makan kalau masakpun, sure teringat kat mak. Nak pergi Hajipun rasa macam dah tak seronok, lebih2 lagi bila teringat nak tinggalkan anak2ku yang manja2 tu. Kakak kata nanti dia nak tinggal dengan sapa kalau mummy pergi haji, nenek dah takde. Aku hanya berdoa semoga segalanya dipermudahkan kalau aku dapat surat terpilih nanti. Ini dugaan sementara je kot, aku selalu kata begitu untuk sedapkan hatiku. Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tau. Kekuatan aku hanya bila teringatkan hubbyku yang perlukan seseorang untuk menemankannya dalam keadaannya yang sebegitu. Kalau dia sihat, mau rasanya aku suruh dia pergi sendiri. Berikan aku kekuatan Ya Allah, sesungguhnya tiada kekuatan melainkan dengan kekuatanMu jua.

Petang aku temankan bos beli cenderahati untuk panel judges dan peserta Pertandingan Poster. Banyak lagi yang aku perlu tengokkan. Esok ada sekali lagi rehearsal di auditorium. Hopefully everything is ok. Tak sabar rasanya nak lepaskan event 7 Julai ni. Baru aku lega. Maya Karin ke apa ke, aku dah tak kisah, aku dah tak larat rasanya, nak rehat pulak, sebelum buat tugasan lain pulak dengan audit QMS start 12 Julai ni, yang dah sedia dirancang. Selagi hidup, selagi itu kerja tak habis2. Ya Allah permudahkan segala urusanku, urusan suamiku, urusan anak2ku, seluruh kaum keluargaku, sahabat2 dan jiran tetanggaku. Dan engkau cucuri RahmatMu Ya Allah ke atas roh kedua-dua orang tuaku. Luaskan dan sejukkanlah Ya Allah kubur mereka. Amin Ya Rabbal 'alamin.

1 comment:

Anonymous said...

belajar banyak