Sunday, July 11, 2010

Maya Karin oh Maya Karin

7 Julai 2010, seperti yang diwar-warkan ke segenap pelusuk organisasiku, si pelakon maya karin adalah tetamu khas sempena sambutan Hari OSH dan environmental (OSHE) 2010 pada hari ini. Aku pagi2 lagi dah bangun dan kejutkan kakak, dia bingkas bangun sebagaimana yang dijanjikan aku kena pergi cepat hari itu. Abang aku serah kepada hubbyku untuk hantar ke tadika, sebab semalamnya 6 Julai dia dah buat hal tak nak pergi ke sekolah tadikanya. Puas aku pujuk, lepas janji nak berikan kereta remote baru dia nak keluar dari kereta, kalau tak keras kekung tak nak berganjak. Dekat 9.30pg baru settle. Kalau tak kenangkan dia patah tangan, mau aku cubit2 dianya. Adik aku bawa sekali, tak sampai hati nak tinggalkan sikecik aku ni. Dah siap aku keluar rumah, tapi sampai simpang kat trafic light baru teringat aku tertinggal handphone yang aku charged malamnya. Terpaksa patah balik. Dari cepat dah jadi seperti hari2 biasa.

Sesudah hantar kakak dan adik, aku berkejar ke auditorium. Sampai2 aje dah kena jerit dengan bos. Ni, Mahiran orang nestle ni dah mengamuk sebab dah 4 kali tukar tempat. La dah tau 4 kali tukar tempat kenapa bos aku tak arahkan diorang pi ke tempat yang sebenarnya. Aku tak faham, sengaja nak cari salah aku la ni. Takkan la tak faham dengan masalah aku lagi, aku ingatkan bos aku ni seorang yang understanding tapi...Tapi aku kena cool, takut silap haribulan aku kena serangan jantung. Aku jumpa dengan pengurusnya En. Mohd Yusoff Abdul Rahman, aku slow talk dengan dia. Aku mohon maaf di atas segala kesulitan yang diorang alami, communication breakdown la ni aku kata. Ok je, takdepun dia marah2 aku. NEstle dah settled.

Aku ke auditorium, sesudah aku sampai di atas, bos telefon suruh settlekan gerai buah2an dan sayur2an, sekali lagi aku rasa bos nak cari salah aku sebab datang lambat. Aku turun semula ke bawah. Aku yang kena bebelan of course aku terasa. Bos tak boleh nak salahkan aku kalau aku terasa, sebab message di dalam kepala dia memang aku terima sebegitu. En. Kasim kan ada aku cakap dengan bos. Dia kan Head di dalam GQOSHE, aku ni walau Head of the event, tapi aku pencacai je. Bos kata En. Kasim tak tau pape... Maknanya communication di dalam departmentpun breakdown, satu lagi message aku nak sampaikan kat semua orang. Inikan kooperasi punya tanggungjawab kenapa aku pulak yang dipanggil. Yang salah semuanya aku, yang baik takde pulak aku dapat pujian. Memang tak patut. Aku masih boleh bersabar, bagi aku ini masalah kecil yang boleh disettle secara gelak2, bukan marah2. Sebenarnya aku dah minta tolong dengan colleague aku si Bur untuk tolong tengok2kan keadaan sementara aku datang, sebab aku kena settlekan anak2ku ke sekolah dahulu.

Dah settle masalah gerai buah dan sayur, aku ke atas tinjau kawasan pemeriksaan kesihatan, semua dah settled kata kak Iza. ok aku terus ke auditorium. Tak ramai lagi yang datang, biasa lah dekat sini, orang akan datang stage by stage. Or dah daftar, dapat doorgift balik semula ke ofis masing2. Adat la tu. Pelajar2 sekolah SMK Abdul Aziz Shah yang dijemput juga dah sampai, ramai pulak cikgu2 yang datang, mentang2 kata ada maya karin. Aku bantu Aza bagi goodies untuk pelajar2 ini, ada lagi goodies yang masih belum dimasukkan ke dalam beg, aku tolong masukkan, dan Mohamad (trainee) yang tolong distribute.

Bos tanya lagi aku VP2 semua dah ada ke, aku called VP marketing dan R&T yang belum sampai. PA En. Asmadi kata dia akan datang dalam masa 5 minit lagi. Dr. Zainal dalam pada aku kalut called ofis dia, aku nampak dia muncul. Tinggal lagi nak panggil VP Corporate. Dia yang akan wakilkan CEO untuk perasmian yang terpaksa bertugas di luar negara. Timbalan Pengarah DOSHpun ada jugak. Aku cue MC hari itu, Mimi dari Corporate. Selesai bacaan doa, program dimulakan dengan ucapan aluan dari bos aku kemudian perasmian oleh VP korporat.

Upacara paling menarik ialah, upacara menanam pokok dalam pasu di atas pentas. Aku terpaksa berlari ke belakang pentas, untuk ingatkan buruh2 apa yang patut diorang lakukan apabila MC buat pengumuman akan upacara ini. Bawa meja dan pasu serta baldi berisi tanah ke atas pentas. Aku ke dalam auditorium semula selesai beri arahan. MEmang menarik upacara ini diselang selikan dengan ulasan spontan dari Mimi. Dr. Zainal yang paling last sekali selesai menanam pokok dalam pasu. 9.45am upacara selesai, diikuti dengan minum pagi di dataran.

SElesai makan, Erin sibuk menunggu ketibaan maya karin. Maya sampai dalam pukul 10.45am, lewat sedikit dari jadual iaitu 10.30am. Dia dibawa ke VIP room sebelum ke auditorium. Talk dari maya hari itu berkenaan dengan Alam sekitar since dia salah seorang envoy/embassador for environment di Malaysia. Very nice talk, sweet and lovely aku puji dia dalam VIP room selepas dari ceramah beliau. Dia memang seorang yang soft spoken, bersopan santun dan has a natural beauty. Dia lagi cantik dari dalam tv or dari gambar. Walaupun dia seorang selebriti tapi dia sangat humble dan hormat kat orang lain, I would say that. Mungkin the way she has been brought up, the father is a geologist and town planner, jadi environmental issues dah jadi sebahagian dari kehidupannya. Aku dan group tak ketinggalan berposing dengan Maya kat VIP room. Aku yang suggested kat bos supaya gqoshe amik gambar kat dalam VIP Room, kalau tak bos nak mulakan sessi foto atas pentas dengan maya dimulai dengan group GQOSHE baru la diikuti dengan staff. Buat malu je aku kata. Lupa sekejap masalah kehidupanku sendiri. Maya sendiri sedang dirundung masalah rumahtangganya, tapi dia tetap senyum melayan kami dengan sabar.

Selesai ceramah maya, aku ke booth nestle, aku lega sebab En. Yusuf kata barangan dia sold out. Sampling drinks juga kehabisan lebih 2000 cups. Sampling cekodok dan mee goreng juga mendapat sambutan. Aku sendiri diberi sebeg penuh maggie dan seasoning cukup rasa maggie. Tapi En. Yusuf a bit upset sebab maya karin tak jenguk booth mereka sebab last year maya karin merupakan duta nescafe. Aku called boss. Bos turun dan mohon maaf dengan En. Yusuf. Aku tak jaga maya jadi aku tak nak memandai2 beri arahan suruh maya ke booth nescafe pulak. Bospun dapat sebeg maggie. Aku berlari ke tkt 1 sebab ada appointment urut refleksologi. Orang yang buat urutan tu kata buah pinggang aku bengkak, tumit aku yang sakit, ada masalah rahim katanya, badan aku penuh angin, itu aku terpaksa akui sebab pinggang aku dan tumit aku memang sakit. Mungkin sebab selalu angkat si adik.

Petang ada lagi ceramah nutrisi dari Dr. Fatimah, sebagai bidan terjun menggantikan Tony Ng dari hovid pure yang sepatutnya memberikan ceramah nutrisi tersebut. Tak ramai yang hadir. Mungkin semua dah penat dengan aktiviti sebelah pagi. Aku sendiri mengalami cramping di kaki. Aku ke urut refleksologi, menyatakan masalah kaki cramp aku ini, orang tu kata, sepatutnya selepas urut aku kena rehat, tapi aku nak rehat macamana...Program hari itu tamat jam 4-30pm. Siap kemas belakang pentas, aku balik ke pejabat. Badan aku sakit2. Sememangnya aku dah tak berapa sihat sehari dua sebelum program OSHE day lagi.

Esoknya aku ke klinik untuk sakit tumitku dan tekak yang dahpun berasa perit. Doktor bagi aku Medical Leave untuk rehatkan badan, especially tumit aku yang dah keradangan kata doktor., Tapi walau dalam MC aku terpaksa bawa adik ke pakar sekali lagi disebabkan ketuat di mukanya masih belum hilang, appointmentnya sehingga pukul 12.00pm, dapat GL aku dan hubby pergi SMC. TApi doktor pakar nipun tak dapat solvekan masalah anakku ini, dia kata buat laser tak sesuai untuk kanak2 sekecil adik, sebab kena bius. Dia bagi lagi cream untuk sapu, cuba lagi lama2 hilang la katanya. OK la, nanti nak cuba doktor lain la pulak.

Aku terpaksa skipped kelas bahasa Arab sebab aku ke rumah Makcu untuk berehat sementara menunggu anak2ku untuk diambil dari sekolah. Aku tertidur sehingga pukul 4.00pm. Bangun tidor baru aku makan makanan yang dah siap aku beli. Aku tinjau ubat2 arwah mak yang makcu simpan di rak paling bawah. Rasa sedih memang tak dapat aku bendung, teringat kat mak, baru sebulan je mak pergi tinggalkan kami. Aku msg makcu untuk ambil ubat spray mak, yang mak guna masa dulu untuk kakinya yang sakit. Aku spray ke kaki, boleh tahan jugak ye, memang ada kurang sedikit, mungkin sebab dah berehat ke aku pun tak tau. Lagipun doktor ada bagi cream sapu jugak. Hopefully lepas ni tumit dan kakiku ok. Minggu depan, internal audit QMS bermula diikuti dengan audit OSHMS, satu lagi program dari GQOSHE. Hmmm.. ntah bilanya aku ni nak rehat.

No comments: