Tuesday, May 11, 2010

Mak ada improvement

Salam semua..

Dah dua hari aku tak update keadaan mak. Bukan tak sempat, rasa malas nak on kan laptop. Semalam aku jenguk mak di hospital selepas hari sabtu yang lepas. Hari Ahad tak berkesempatan nak pergi, banyak kerja2 di rumah perlu dilangsaikan Hajat di hati memang ingin benar pergi melawat mak kerana hari itu adalah hari ibu. Tapi takpe la aku katakan hari2 adalah Hari Ibu, bukan 9 Mei semata2.

Semalam aku datang, aku cium tangan dan pipi mak, aku tanya mak, kenal tak siapa ni? Mak kata kenalll, anjang! Hmmm.. maknanya ingatan mak masih kukuh. Dia tak berhenti bertanyakan adikku Makcu. Makcu mana? dah lama tak jumpa katanya. Padahal dua malam berturut2 makcu tunggu mak. Dia tanya lagi makcu tidor mana? Aku jawab mak ni siang lagi, belum malam.. Oooo katanya belum malam lagi ke? Dia kata lagi sejak balik mak dah tak jumpa makcu. aku tanya mak balik mana? balik rumah la katanya.. Mak, mak kat hospital lagi, aku kata. Mak diam. Angah aku suruh balik sekejap dengan Asu yang melawat mak tengahari tu. Rehat aku kata.

Sebelum tu aku ada ambilkan air penawar dari En. Radzi, aku berikan kepada mak sedikitu untuk diminum, dan aku sapukan ke seluruh tubuh mak.

Petang tu, Kak Maliha sepupuku datang menjenguk mak. Dia ceritakan ibunya, ibu saudaraku yang kami panggil Mak Ajipun dulu macam tu jugak. Ingatannya kembali ke zaman silam. Mak kadang-kadang mumbling sorang2, yang aku tak berapa dengar bunyi butirnya sebab tertutup dengan corong oksigen. Ada sekali tu, dia kata 'sanggup orang tu bela kucing'. Aku tanya orang mana mak, orang tuu kata mak. dan macam2 lagi yang mak katakan.

Mak nak duduk, aku cuba dudukkan mak dengan kudrat aku yang tak seberapa ni. Nurse datang aku mohon bantuan, tapi setakat tinggikan sedikit kepala mak ke dada. Kedudukan mak senget, aku nak betulkan memang tak daya. Nurse kat situ, kalau ada orang jaga, dia harap kita akan buat semua untuk pesakit. Tak lama Angah datang aku kena bergegas balik untuk tanggungjawab kepada anak2ku yang 3 orang tu pula.

No comments: