Friday, May 7, 2010

Mak buat dialisis

Hari ni 6 Mei 2010, aku bercadang nak ke hospital pagi tu selepas buat audit first aid box di blok 14. Group 5 ERT diketuai ole Rozainee bertugas pada minggu ini. Semasa ke bilik ECC hanya ada Bad, lantas dia yang mengajakku membuat audit first aid box ini. Aku call Yong, menyatakan hasratku hendak ke sana, boleh la gantikan dia yang dah semalaman menunggu mak. Yong kata tak payah la datang, kalau nak datang jugak masa lunch hour, jadi takde la aku kena ambil cuti dsb. Yong kata cuti kena jimat sebab hubbyku tak sihat, anak2 kecik lagi, mak biar diorang yang uruskan. Ketiga-tiga kakakku sudah jadi fulltime housewife selepas mengambil VSS dahulu. Yong, 3 anak dah bekerja tinggal sorang lagi nak masuk matrix Isnin ni. Angah ada anak instant 2 orang, memang takde tanggungjawab lain selain dengan suaminya sahaja. Alang di PD, jadi susah dia nak berulang alik, mengharapkan suami menghantarnya. Hanya ada Yong dan Angah, kesian jugak kat diorang tu. Tu sebab aku rasa bertanggungjawab untuk mengambilalih menjaga mak walau sebentar di siang hari. Dengar nasihat Yong, aku akur, sebenarnya akupun penat berulang alik dari Subang Murni ke Klang . Tapi apalah erti kepenatan jika dibandingkan dengan nilai seorang ibu yang memerlukan sokongan anak2nya sekarang ini.

Tengahari tu, aku bercadang untuk membeli air zam2 dengan Ustzh Ina, isteri kepada Syeikul Maqari Ust. Othman Hamzah, tapi dia tiada di ofis. Akupun terus ke sek 20 untuk ke pejabat Zahafiz Travel seperti yang diceritakan oleh Zarina. Sebenarnya air zam2 di rumahku ada lagi, tapi disebabkan sibuk melayan kerenah anak2ku dengan keadaan kelam kabut pada waktu pagi, aku terlupa. Aku beli sebotol kecil buat mak, sebab mak tak boleh minum banyak. Masa aku sampai dah pukul 1.25pm terlewat sedkit. Mak tidur masa tu, under sedation. Lepas buat dialisis Yong kata. Angahpun ada. Jadi aku tak kejutkan mak, biar mak berehat. Aku tengok bibir mak kering, aku basahkan dengan air zam2 tadi. Aku ambil Yassin aku baca untuk sedekahkan dekat mak. Masa dialisis mak hypo tapi tekanan darah mak tinggi, kata Yong. Sebelum aku balik aku cium mak puas2 tanpa kejutkan mak. Alhamdulillah dialisis berjaya, tapi muka mak sedikit sembab, mungkin sebab dah terlewat buat dialisis yang sepatutnya dibuat semalam, tapi sebab semalam keadaan tak mengizinkan ditangguh ke hari ini.

Mak demam petang tadi makcu yang kata. Petang mak sedar. Dari gerak bibir, mak nak duduk, lenguh kata mak. Ye la dah 6 hari mak terlantar tak boleh mengiring apatah lagi duduk, sure penat. Doktorpun hairan mak under sedation tapi tak tidor. Sesungguhnya semangat mak memang kuat. Macamnana nak duduk mak, wayar berselirat dalam dan luar tubuh mak.

Hubby called semasa aku di ofis. Dia kata dia di hospital, aku terkejut, tadi aku ajak dia kata tak nak pergi, aku tak kisah sebab dia sendiripun tak sihat. Oooo...rupa2nya dia bawa Ma yang akan pulang ke KB esok (hari ni) untuk melawat mak. Petang tu, sepupuku Dr. Norfilza ada berkunjung melawat mak, dia doktor pakar di PPUKM specialist in DNA.

Aku dah rasa badanku semacam, sampai sahaja di rumah. Selepas siapkan makan malam untuk anak2ku, mandikan si adik, solat maghrib, cuci baju, aku naik ke atas, Terus kong. Aku cadang bangun semula untuk solat Isyak.

No comments: