Saturday, May 8, 2010

Mak dah boleh bernafas sendiri

Hari ini 7 Mei 2010, aku terus ke bilik ECC selepas menghantar adik dan abang ke Taska. Ada latihan fire drill di blok 13, 14 dan tadika. Kami (Rozainee, Bad dan Khairil bersama sorang budak JPATMK yang aku tak tau namanya, tapi mukanya familiar) berbincang prosedur fire drill ini. Memandangkan tiada seorangpun dari kami yang ada experience buat fire drill, jadi aku minta Rozainee selaku ketua hubungi Kapten Sanusi dari Keselamatan untuk buat taklimat nanti.

Bunyi saje loceng fire drill, bebudak tadika terus keluar berlari-lari menuju ke padang sebagaimana yang diarahkan oleh cikgu Zuraini sewaktu perbarisan tadi. Tak sampai 2 minit semua dah berkumpul di padang. Memang satu tindakan yang pantas. Blok 14 tak jadi buat fire drill sebab ada fire testing. Lagipun diorang dah biasa bermain dengan fire. Blok 13, Bad dan PeeZ ex yang handled. Aku, Rozainee dan Kapten pergi ke kawasan padang di mana budak2 tadika berkumpul. Anakku Syafiq ada dalam kelompok itu, tapi dia memang bertindak profesional, aku seolah-olah tidak dikenalinya.

Aku memang planned nak melawat mak tengahari, lagipun badanku sedikit keletihan. Aku called kakak (Amy anakku) dan memujuk dia supaya naik bas Ateh. Dia setuju, akupun kata 'TQ so much kakak, sebab faham mummy' Dia menjawab formal. 'You are welcome'. Aku janji hantar beg sekolah kebangsaannya dan ambil beg pakaian dan beg sekolah agama. Kalau aku jugak yang hantar kakak alamat terlepas la aku nak ke hospital. Aza (colleague - office mate) mengingatkan aku berkenaan meeting dengan TECC petang nanti. InsyaAllah, aku jawab.

Sesampai di hospital, Uda dah ada kat situ. Mungkin dia datang waktu pagi, sebab anaknya Haziq masih bercuti kerana chicken pox. Si Fatinpun ada, Kak Nyah dan Iya (anak2 Yong) pun ada. Semasa di ofis Angah ada sms, doktor nak buat skop dengan mak, sebab takut ada infection pada paru-paru mak. Angah balik mengikut Yong, perancangannya Uda jaga mak sementara Makcu datang untuk menjaga mak nanti malam. Sementara aku ada, aku suruh Uda pergii solat dan makan siap2. Tapi mak nak kata sesuatu yang aku tak faham. Yang aku faham, mak sakit perut, sambil tangannya menunjuk perutnya. Aku sapu perut mak dengan minyak angin, memang boleh terasa angin dalam perut mak. Mak dah beberapa hari tak makan, cuma minum susu ikut tiub di hidung. Badan mak gatal2, aku garu di mana tempat yang mak rasa gatal

Hari ini mak dipuasakan sebab doktor nak buat branchoscopy, iaitu memasukkan kamera ikut tiub hingga ke bahagian paru-paru. Mak kena pneumonia, banyak cecair dalam paru2 mak. Doktor yang jaga oksigen kata kahak mak kena sedut setiap satu jam. Tapi nurse sibuk sangat kot sapai takde masa nak sedut kahak mak, tu la jadi makin sakit. Sempat dia ajar aku cara2 nak sedut kahak, kesian mak sakit dia, masa aku masukkan salur kecil ke dalam badannya mengikut tiub besar sebelum aku tarik perlahan2 untuk keluarkan kahak. Mak terbatuk2 yang tak boleh didengari. Doktor oksigen tu (tak tau namanya) tolong aku iringkan mak ke sebelah kanan, sebab kahak mak banyak kat paru2 kiri katanya.

Semasa doktor pakar datang melawat aku tanya diorang akan buat scopy tu secara hidup2 ke. Doktor tu kata ye. Semasa pembantu perubatan bawa alatan endoskopi tu datang aku tanya lagi, sakit tak buat scope ni, diorang kata sakit kalau sedar, so aku kata tolong la bagi sedative, supaya mak tak rasa sakit. Akhirnya diorang bagi mak injection sedative. Masa procedure ni dilakukan aku pergi solat. Perut akupun dah masuk angin. Sakit menyucuk. Selain belum makan, mungkin sebab sapu perut mak tadi, angin masuk ke dalam badan. Masa tu dah pukul 3.45pm. Aku kena jalan kaki ke surau bawah sana,dan melalui kantin hospital. Akupun singgah makan mee kari dulu, hmm sedap jugak. Tapi perutku masih belum kebah sakitnya. Aku jalan ke surau untuk solat zohor selepas itu.

Dah sudah solat, aku called Uda di wad. Uda kata dah sudah buat scop tu kejap je kata Uda. Aku beli sandal sepasang, murah je RM10 yang ada dijual di tepi jalan menuju ke wad. Aku naik wad, aku tunjuk muka aku yang 'cute' ni kat Pak Guard tepi lif, tadi aku dah pesan kat dia aku keluar kejap je, nanti aku naik jangan halang aku, begitu jugak kat Mak Guard di atas sana, aku dah 'warning' awal2. Jadi masa aku masuk diorang tak tahanpun. Yang diorang tak tahu ialah ada 2 orang yang jaga mak sekarang, kat sini pun kena pandai main politik. Aku sampai ke katil mak, Uda tengah baca Yassin sedekah kat mak, supaya mak cepat sembuh. Mak tengah tidur. Pukul 5.05pm aku balik sebab nak ambil budak2 kat taska dan sekolah. Sebelum tu makcu called tanya hiway baru Alam Impian tu, dia datang ikut situ. Jauh tapi ok la daripada terpaksa mengharungi jem nak ke bandar Klang tu.

Malam Makcu msg kata mak dah boleh bernafas sendiri. Mungkin lepas buat branchoscopy tu mak rasa lega. Uda kata doktor dah keluarkan seketul kahak yang dah memejal, itu kot punca blockage pernafasan mak. Tapi aku kata kat Makcu, don't take for granted dengan keadaan mak sekarang. Makcu balas ye tauu. Tiub masih standby, belum cabut lagi. Petang tu, semasa balik sekolah, kakak ada tanya keadaan nenek dia kepadaku. Aku jawab Alhamdulillah nenek dah sedar. Kakak balas, Alhamdulillah doa kakak dah makbul. Dia kata dia berdoa untuk kesembuhan nenek lepas solat, jadi nenek sembuh sebab doa dia la tu katanya. Sebenarnya aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan2, sahabat handai, sedara mara di atas doa kalian ke atas mak. Doktor hanya mampu meramal berdasarkan keadaan fizikal, tapi kuasa Allah mengatasi segala2nya. Aku benar2 berharap keadaan akan pulih seperti sediakala, mak akan sembuh sesembuhnya, cepat keluar dari bilik tu. Semasa mak kat dalam bilik 'ICU' ni, dah tiga orang yang 'pergi' untuk selama2nya. Badan mak dah lebam2 kena cucuk, tak jumpa urat kat tangan, kaki mak pulak jadi mangsa. Sian mak.

Lepas ambil anak2ku, aku ke TESCO untuk shopping barang dapur yang dah kekeringan. Pukul 8.00pm aku sampai rumah.

No comments: