Thursday, May 20, 2010

Mak Balik Sehari Dua Lagi

Petang tadi aku ke hospital pada pukul 4.15pm. Sampai di sana dalam pukul 4.35pm. Kalau jalan tak jem, smooth je boleh sampai sekejap je, tapi kalau jem, 1 jampun belum tentu sampai. Ada Kak Long (cousin) visit mak, Kak Long ada appointment dengan O&G, jadi dia singgah sebentar jenguk mak. Angah, Abg Ngah, Alang dan Yong serta Arif ada sekali.

Sebelum tu aku pergi ke kelas B.Arab setiap tengahari Khamis. Masa pulangkan homework kami, Ust. Esa kata, dia nampak banyak 'inovasi' yang kami telah lakukan ke atas homework kami. Salah la tu maknanya homework yang dibuat. Akupun ada 'inovasi' yang dah kubuat pada feel mudharik. Hehehe.. nak buat camne, aku buat homework tu dalam keadaan kalut, jadi hasilnya pun kelam kelibut.

Angah kata mungkin Jumaat or Sabtu, doktor akan keluarkan mak. Hari Isnin ni, macammana. Sape nak angkat mak ye. Biarla Isnin la baru fikir kata hatiku. Yong suggest biarla mak keluar hari Sabtu, jadi time cuti tu ramai la yang boleh tolong angkat mak especially, jejaka2 yang gagah perkasa kat kg. tu (Ateh dan Uda). Tapi hari Isnin? nak pergi dialisis camne?

MAk dialisis air secara manual, maknanya takde involve machine yang canggih dan berharga sebiji kereta kancil tu. Jadi kosnya kurang la sedikit, dlm RM2600 saje termasuk dressing perut. Yong akan attend kursus penjagaan dialisis air di rumah minggu depan, untuk abang long, sebab permohonannya dah diluluskan.

Untuk mak nanti, mungkin angah yang akan attend kursus. Aku suggest kita pi ramai2 nak, jadi sorang tak boleh buat, sorang lagi yang boleh buatkan untuk mak di rumah Yong nanti. Mak diam je masa kitaorang berbincang hal tersebut. Tapi doktor nak kalau boleh sorang je maintain buatkan untuk mak. Bukan apa takutkan jangkitan kuman kalau ramai2 yang operate. Rumahpun kena sentiasa dalam keadaan bersih. Senangkan mak dah tak payah pergi mana2, buat dialisis kat rumah je. Mak angguk. Tapi sementara waktu ni, kena sacrifice sikit la dulu, sebab belum boleh lagi buat dialisis kat rumah tu.

Sambil urut kaki kanak mak, aku kata kat mak, senyum la mak. Mak balas buat apa senyum? Aku kata senyum boleh hilangkan stress, awet muda dan lupa yang kita sakit. Yong, Angah dan Alang ketawa. Makpun tersenyum kelat. Ha kan nampak ceria sikit kalau dah senyum tu. Kakak2ku sengih jee. Aku cakap dengan diorang, mak ni boleh solat jamak sebab sakit, tapi tak boleh solat qasar. Maknanya 3 kali je mak solat. Senang la sikit. Lagipun mak dalam keadaan darurat. Leher mak baru je kena tebuk semalam untuk buat saluran dialisis.

Aku balik dalam pukul 5.20pm untuk kejar anak2ku yang tiga orang tu pulak. Selesai makan malam aku siap2kan barangan si abang nak pergi camping esok. Abang sungguh excited. Dah lama dia tunggu saat ini..camping! Bebudak la katakan, seronok je yang diorang fikirkan. Aku fikir biarla diorang berseronok, sehingga ke satu ketika, budak2 ni kena mula berfikir secara serius, especially bila dah mula masuk alam remaja.

Esok kakak ada sambutan hari guru kat sekolah agamanya waktu petang, dia pujuk aku supaya benarkan dia pergi, aku sebenarnya tidak berapa setuju dia pergi sebab petang tu ada sekolah kebangsaan. Kalau nak bagi hadiah, bebilapun boleh aku pujuk kakak, tapi dia berkeras, aku kata tengok la esok.

No comments: