Wednesday, May 5, 2010

Respond dari mak

Tengahari semalam aku sempat melawat mak di hospital, sepulangnya dari buat presentation di AARC Bukit Jalil. Semasa di sana, aku terima 4,5 called yang aku silentkan bunyinya. Called berkenaan kereta ku yang 'mengamuk' hari itu. Alarm berbunyi beberapa kali. Zarina PA boss sibuk melayan paggilan telefon dari beberapa anggota kerja blok 20 yang tak tahan dengan bunyi bingit alarm keretaku. Akhirnya dengan bantuan Erin (colleague)semasa kereta sedang mengamuk, kunci terbuka dan erin cepat2 bukak pintu dan dapatkan bantuan dari staff JPA untuk mencabut segala wayar yang ada connection dengan alarm. Kereta dah tak merengek lagi kata Zarina, last time aku called semasa di AARC.

Berbalik kepada situasi mak, aku fetch Angah, Ika dan Arif (anak-anak Alang) seperti yang dijanjikan. Sesampai di hsptl akupun mengambil pas pelawat seperti biasa dengan meletakkan cagaran lesen yang dah tamat tempoh itu. Mak Guard masih tak perasan. AKu naik atas, dan Alang turun bawah untuk melihat anak2nya yang ditinggalkan semalaman.

Semasa aku sampai doktor pakar sedang buat rondaan. AKupun tanya progress mak. So doktor jelaskan, dia dah beri respond kepada arahan, tapi masih bergantung kepada ventilator untuk bekalan oksigen. No more under sedation. Maknanya mak dah sedar, tak tidor lagi. TApi mak masih tutup mata seolah-olah tidor. Aku bisik ke telinga mak, yang aku datang. Mak cuba untuk berkata sesuatu, aku dekatkan telinga takde satu suarapun yang keluar. Doktor pakar warning aku 'don't force her to talk', aku kata 'she wants to say something'. Bukan apa doktor kata takut wayar ventilator dalam mulut mak tercabut. So aku tanya wayar tersebut terus ke perut ke. Dr. Nor Saleha menjawab, 'tak, sampai ke lungs sahaja'. Ooo...

Mak cuba nak nyatakan sesuatu, mulut mak kumat kamit. Aku tanya beberapa soalan, mak nak minum?, mak geleng, mak nak jumpa anak-anak mak?, mak geleng, mak dan anjang lap kan badan?, mak angguk. Rupa-rupanya mak berasa panas, kipas angin dah dihalakan ke badan mak. Aku ambil kain, lap kepala, kaki, tangan dan dada mak.

SAmbil tu aku kata kat mak, mak tak payah fikir apa2, cuma ingatkan Allah, dan baca apa2 ayat yang mak ingat. Mak angguk. Aku seperti biasa baca al-fatihah dan lain2 ayat lazim, aku hembus kat badan mak. Mak nak cakap lagi, aku tanya mak nak minum? mak angguk. Mak kumat kamit lagi, mak nak minum air teh ke? geleng, air kopi, mak angguk. aku tanya nurse boleh ke mak minum kopi, heii dia tak boleh minum kena ikut tiub kalau nak minum, itupun susu saje. Aku pujuk mak, mak tak boleh minum kopi mak, diorang tak bagi, tak elok untuk mak. Nanti kejap lagi diorang nak ajar sapa2 yang jaga mak untuk minumkan mak susu guna tiub. Aku msg angah.

Aku kata kat mak, mak minum air masak ye. Mak angguk. Aku ambil sudu plastik, aku suapkan air masak sedikit ke mulut mak, mak nak lagi, aku suap lagi. Sedikit je yang mak boleh minum. Aku janji dengan mak, nanti anjang bawakan air zam-zam ye. Mak angguk. Sebenarnya pas pelawat alang dah bawa turun tadi, so mak guard ada datang menjenguk bilik ICU tu, aku buat dek je. Angah datang bawakan pas pelawat aku. Dari 15 min. masa lawatan, aku duduk di sisi mak dalam masa dekat 2 jam.

Aku kena balik, sebab nak ambil anak2ku. Aku called hubby, boleh ke dia tolong ambilkan budak2, dia kata tak boleh. Kalau boleh aku nak sambung duduk dengan mak, sebab masa lawatan waktu petang dah nak mula dari pukul 5-7 petang. Tapi takpela, aku kata since hubby dah tak boleh ambil anak2ku, akupun drive pulag. Sebenarnya aku sedikit stress, sebab tak berapa faham apa sebenarnya kemahuan mak. Ada beberapa kali mak cuba cakap sesuatu, aku tanya semua mak geleng. Aku rasa mak suruh cabut wayar2 kat badan dia, aku agak je la. Tapi aku kata tak boleh cabut mak, oksigen mak tak cukup, nanti mak susah bernafas. Mak diam. Aku benar2 berharap, pernafasan mak kembali seperti sedia kala, supaya mak boleh beritahu apa sebenarnya yang dia ingin beritau. Ya Allah, sembuhkan mak dengan segera Ya Allah. Permudahkan urusan mak Ya Allah. Itu doaku setiap masa.

No comments: