Monday, May 3, 2010

Mak kena Stroke

Hari Ahad, lepas solat zohor, adikku Makcu Called, maklumkan aku berita yang amat mengejutkan. Makcu kata Mak tak sedarkan diri. Dr. buat scan dan confirmkan mak kena stroke. Baru semalam (Sabtu) aku jenguk mak kat hospital,selepas balik dari kenduri kahwin anak kepada staff hubbyku. Mak sihat dan ceria, cuma mak kata selipar baru mak menyakitkan kaki, so aku belikan sandal yang baru. Sandal mak dah hilang ntah ke mana, mungkin dah kena buang masa tertinggal kat wad kecemasan hari Jumaat lepas.

So, lepas solat asar, aku minta kebenaran hubby untuk melawat mak. Dia sanggup jaga anak2 yang bertiga tu kat rumah, pergi hospital, risky katanya dengan penyakit yang semakin berleluasa sekarang ni. Hubbypun tak berapa sihat sangat, tapi InsyaAllah dalam rumah senang nak control bebudak ni.

Baru nak keluar dari rumah, My beloved mother in-law (Ma)called, so aku terangkan segala-galanya pada Ma. Dia kata takpe, nanti dia akan jenguk bebudak tu kat rumah. Akupun terus drive dan sampai hospital 10 min. pukul 6pm. Aku naik atas wad 'ICU', Ya Allah, sedih tengok keadaan mak dengan oksigen dan segala tiub di dalam mulut dan hidung. Aku panggil mak, mak seolah-olah tidur berdengkur, aku betul2 sedih tengok keadaan mak. Baru semalam bersembang dengan dia kat Wad G3, masa dia baru nak buat dialisis.

Yong kata mak kena stroke semasa makan kacang kuda rebus. Kali kedua Yong suapkan, mak sempat cakap dengan Yong, 'tak boleh telan'. Yong perati mak lama-lama semakin lemah dan seperti tak sedar, terus panggil doktor. Doktor buat scan dan sahkan mak kena stroke dan sawan. (sebab badan mak kejang dan terkejut-kejut).

Malam tadi aku terima sms dari Angah (yang jaga mak kat wad), mak dah sedar dan beri response tapi doktor bagi ubat tidur supaya mak terus berehat dan tak banyak berfikir. Hari Isnin ni nak ambil cuti half day untuk gantikan Angah, biar Angah berehat sebentar kat rumah. Aku pergi dengan Ika. Memang teringin nak jaga mak, tapi tuntutan tanggungjawab dengan anak-anak dan hubby yang tak sihat membantutkan hasratku.

Semoga mak diberi segala kemudahan untuk cepat sembuh dan ceria seperti sediakala. Amin.

2 comments:

lin said...

"Semoga mak diberi segala kemudahan untuk cepat sembuh dan ceria seperti sediakala. Amin."

AMINN..Semoga Allah beri kekuatan pada akak juga.

Ayah Najmi said...

Mak saya meninggal kena stroke..