Monday, May 3, 2010

Mak ditidurkan

Tengahari tadi aku sempat jenguk mak di hospital. Sebab di situ, sorang je yang boleh mengiringi, jadi aku kena dapatkan pas pelawat sebab waktu melawat dah berakhir semasa aku sampai. Mak guard tu ingatkan aku, hanya 15 min.je yang aku boleh melawat, 'baik cik' aku balas.

Ika (anak buahku), aku suruh pergi ke kantin berjumpa dengan makcu dan Asu (adik lelakiku). Masa mencari parking aku terserempak dengan abang chik, dah nak balik ke kg. selepas habis waktu melawat, so akupun ambil alih tempat parking. Alhamdulillah berkat Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

Dapat saje pas (aku sandarkan lesen memandu yang dah tamat tempoh)aku terus ke wad 7b, tempat mak diletakkan di bawah pengawasan rapi. Aku panggil mak, 'mak ni Anjang mak'. Betul-betul tak boleh tahan airmata tengok keadaan mak. Mak seolah-olah dengar, mak seolah-olah mengangguk, mata mak terbuka sedikit lepas itu tertutup semula. Sekali lagi aku panggil mak, 'mak kalau mak dengar Anjang cakap ni, mak zikir Allah banyak-banyak ye' aku ingatkan mak. Mak angguk lagi, aku cium mak.

Aku tengok jari mak bengkak, aku suruh nurse yang melawat bukakkan bandage tangan mak, aku kata ketat sangat tu dik, so mujur baik nurse tu tak jenis yang suka mengamuk. Datang Dr. Nor Saleha, sweet je doktor ni, aku tanya kenapa tangan mak diikat kiri kanan, mulut mak kena ikat hidung mak kena ikat, dr. tu jawab dengan sopan, sebab dia restless, dia nak cabut semua wayar. Tak dapat aku bayangkan keadaan mak, mesti dia rasa uncomfortable, ye la wayar dan tiub berselirat di badan, hidung dan mulut mak. Akupun rasa nak cabut, entah-entah mak nak cakap sesuatu.

Aku tanya lagi sampai bila nak macam ni, dr. tu jawab sampai pernafasan mak stabil, jantung mak kuat pam darah. Ooo.. rupa-rupanya oksigen kurang jadi dr. takut otak mak boleh mati sebab kekurangan oksigen, so tiub yang masuk ke mulut tu lah sumber oksigen sekarang. Jantung mak lemah, garampun kurang dalam tubuh mak. Jadi kalau semua stabil, semua wayar dan tiub akan dicabut. Aku dah faham.

Masa ni turn Alang (kakak ku yang tinggal di PD) jaga mak. Masa aku sampai, Alang sedang baca Yassin, akupun baca Al-fatihah 7 kali dan hembus ke seluruh tubuh mak bermula dari ubun-ubun, muka hingga ke kaki, semoga Allah kurangkan penderitaan mak.

Aku tak habis-habis panggil mak, sesekali mak terkejut dan mata mak terbuka luas. Alang picit-picit kaki tangan mak. Aku dah berada di situ lebih dari 15 min. Aku cakap dengan mak, Anjang nak balik, mak tidur lagi. Aku cium tangan mak seperti kebiasaan, pipi mak kiri dan kanan dan dahi mak, aku pesan lagi dengan mak, ingat Allah banyak-banyak, zikir dalam hati. Tapi aku tak tahu mak boleh lakukan atau tidak, sebab mak sedang ditidurkan. Ya Allah engkau permudahkan urusan mak Ya Allah.

Aku teringat firman Allah 'Kun Fa Yakun' Jadi maka jadilah Ia. Semalam je aku bersembang dengan mak, hari ni mak dah tak sedarkan diri. So, nasib aku esok, akupun tak tau. Aku called makcu, dia kata dia kat wad G3, Abang Long (abang iparku) sedang buat dialisis air, sama tempat dengan wad mak kelmarin. Yong dan Ika ada sama. Lepas hantar pas pelawat aku pergi ke Wad G3.

Teringat esok ada presentation kat Bukit Jalil aku balik semula ke ofis untuk buat persiapan dan lain-lain kerja yang perlu dibereskan. Esok aku akan tengok mak lagi.

No comments: